Date: 11 Mei 2024
Waktu Operasi SST Untuk Pilihan Pindahan Amaun Permulaan ke Akaun Fleksibel

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

i. Aplikasi KWSP i-Akaun;
ii. Portal web i-Akaun (Ahli);  atau
iii. Self-Service Terminal (SST)* di mana-mana Pejabat KWSP.

*Maklumat terperinci mengenai SST yang beroperasi selepas waktu pejabat untuk tujuan pendaftaran pilihan pindahan amaun permulaan, sila rujuk di sini.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan dana simpanan persaraan utama Malaysia yang membantu ahlinya mencapai simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang selesa. Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, dan misinya untuk melindungi simpanan ahli dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. KWSP telah beralih daripada berpaksikan transaksi kepada sebuah pengurusan dana profesional berfokuskan keselamatan persaraan. KWSP dipacu oleh rangka kerja tadbir urus yang teguh dan profesional dalam keputusan pelaburannya. KWSP terus memangkin pertumbuhan ekonomi negara dan memupuk budaya menabung dan pelaburan di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan negara.