Pengemaskinian Kadar Caruman PERKESO Dalam e‑Payroll
Susulan pelaksanaan perlindungan tambahan dan kadar caruman baharu PERKESO, sistem e‑Payroll sedang ditambah baik untuk menyokong pengiraan dan pemprosesan bayaran berdasarkan kadar tersebut.
Buat sementara waktu, caruman PERKESO pada kadar baharu tidak akan dipaparkan dalam pengiraan gaji dan fail caruman e‑Payroll bagi bulan Jun hingga Julai 2026. Majikan digalakkan menyemak kadar caruman berkenaan dan, jika perlu, membuat bayaran terus kepada PERKESO melalui portal bayaran rasmi di bawah.
Makluman lanjut akan diberikan apabila penambahbaikan ini tersedia.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan dana simpanan persaraan utama di Malaysia yang bertujuan membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk Malaysia. Misi KWSP adalah untuk membantu ahli mencapai pendapatan persaraan yang selesa. KWSP telah beralih daripada sebuah organisasi yang berpaksikan transaksi kepada sebuah institusi pengurusan dana profesional yang berfokus kepada keselamatan persaraan. KWSP dipacu oleh rangka kerja tadbir urus yang teguh dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berusaha untuk memupuk budaya menabung dan pelaburan dalam kalangan ahlinya bagi meningkatkan tahap celik kewangan negara.



