Penutupan Awal Kaunter KWSP & SST Pada 28 Februari 2025
Pada 28 Februari 2025

Penyelenggaraan Sistem
28 Februari 2025 (Jumaat)
- Waktu operasi kaunter perkhidmatan KWSP bermula 8.30 pagi hingga 1.00 petang*
*Kaunter perkhidmatan akan beroperasi dalam keadaan terhad.
- Kaunter bayaran hanya beroperasi sehingga jam 11.30 pagi.
- Waktu operasi SST bermula 8.00 pagi hingga 1.00 petang*.
- SST ditutup awal bagi urusan penyelenggaraan sistem dan akan beroperasi semula seperti biasa bermula 2 Mac 2025 (Ahad).
*Tertakluk kepada waktu operasi SST.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.