Penyelenggaraan Sistem Pada 9 Januari 2025
KWSP akan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan sistem. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, perkhidmatan berikut dijangka akan mengalami gangguan pada tarikh dan masa seperti di bawah:
Masa: 6.00 petang - 9.00 malam
Sistem:
Perkhidmatan Majikan:
- i-Akaun (Majikan)
- Pendaftaran Majikan Dalam Talian (ROB & ROC)
- ePayroll
- Aplikasi eCaruman
Perkhidmatan kami dijangka pulih seperti biasa selepas waktu yang ditetapkan. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.
Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.