Tarikh: 26 Sep 2024
Penyelenggaraan Fungsi Penamaan Di Aplikasi KWSP i-Akaun

Untuk makluman, fungsi Penamaan di aplikasi KWSP i-Akaun sedang diselenggara.

Buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk menggunakan saluran alternatif berikut bagi pendaftaran atau pengemaskinian penamaan:

  1. Web Portal KWSP i-Akaun (Ahli)
  2. Pejabat KWSP

Fungsi ini dijangka pulih seperti biasa selepas waktu yang ditetapkan. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja® (KWSP®) merupakan antara dana persaraan terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP merupakan organisasi keselamatan sosial yang fokus terhadap melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. Selaras dengan matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem kesejahteraan sosial yang menyeluruh. KWSP terus komited kepada ahli melalui inisiatif-inisiatif untuk mengemaskini dan menambah baik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.