Pengeluaran Melebihi RM1 Juta+
KWSP memberikan kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta+ untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan tersebut.
Keperluan
Apa Yang Boleh Dikeluarkan
Ahli boleh mengeluarkan sebarang amaun lebihan daripada jumlah simpanan melebihi RM1 juta+. Pengeluaran akan dibuat mengikut turutan berikut:
Akaun Fleksibel — Amaun akan diambil terlebih dahulu daripada akaun ini.
Akaun Sejahtera — Jika baki Akaun Fleksibel tidak mencukupi, pengeluaran akan diambil daripada Akaun Sejahtera.
Akaun Persaraan — Jika amaun masih tidak mencukupi, baki selebihnya akan diambil daripada Akaun Persaraan.
Apa Anda Perlu Tahu
Maklumat Tambahan
Cara Pembayaran
- Bayaran Dalam Negara
a. Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
b. Anda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun anda gagal.
- Bayaran Luar Negara
Bayaran penuh akan dibuat melalui draf bank asing (FDD) dalam mata wang pilihan berikut:
i. Dolar Brunei (BND)
ii. Dolar Singapura (SGD)Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat dalam senarai di atas, bayaran penuh akan dibuat melalui pemindahan telegrafik asing (FTT).
Peringatan Penting
- Mengesahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli. - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.Mel Ke KWSP:
JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



