i-Akaun Secure
i-Akaun Secure
Important Update
Starting 6 January 2025, i-Akaun Secure will be available for approving Akaun Fleksibel Withdrawal transactionsthrough the KWSP i-Akaun app.
i-Akaun Secure adalah ciri keselamatan dalam aplikasi KWSP i-Akaun yang membolehkan anda mengesahkan transaksi KWSP dengan satu klik pada peranti anda, menghapuskan keperluan untuk kod TAC melalui SMS.
Mengapa i‑Akaun Secure?
Kelulusan Dengan
Sekali Klik
Pengalaman Yang
Lancar
Keselamatan Dipertingkatkan
Buat Transaksi
Di Mana-Mana Sahaja
Mesra Pengguna
Pengesahan Transaksi Yang Tersedia Dengan i‑Akaun Secure
| Pendaftaran | Pengeluaran |
|---|---|
|
|
Frequently Asked Question
| Pendaftaran | Pengeluaran |
|---|---|
|
|
Cara Aktifkan i-Akaun Secure
Langkah 1: Kemas Kini Aplikasi KWSP i-Akaun Ke Versi Terkini
Log masuk ke KWSP i‑Akaun → Buka 'Profil' anda → Pilih 'Tetapan Aplikasi'
Aktifkan notifikasi di halaman 'Tetapan Aplikasi'
Dari tetapan aplikasi KWSP i-Akaun → Pilih 'Pemberitahuan' → Aktifkan 'Benarkan Pemberitahuan'
Langkah 2: Aktifkan Notifkasi Dalam Aplikasi
Pastikan anda telah memuat turun dan mengemas kini aplikasi KWSP i‑Akaun ke versi terkini untuk mengakses i‑Akaun Secure.
Cara Mengesahkan Transaksi Dengan i‑Akaun Secure
Langkah 1
Langkah 2
Pergi ke 'Profil' > 'Tetapan Aplikasi' > Aktifkan 'Paparan Notifikasi' untuk menerima notifikasi masa nyata.
Apabila anda menerima notifikasi, pilih 'Sahkan melalui i-Akaun Secure'.
Ketik 'Lulus' pada halaman kelulusan untuk meneruskan pengesahan transaksi.
Anda akan dibawa ke halaman pengesahan transaksi.
Soalan Lazim
1. Apakah itu i-Akaun Secure?
i-Akaun Secure ialah kaedah yang pantas dan selamat untuk mengesahkan transaksi dalam talian di aplikasi KWSP i-Akaun.
2. Adakah i-Akaun Secure digunakan untuk semua transaksi dalam talian di KWSP?
Pada masa ini, i-Akaun Secure hanya tersedia untuk perkhidmatan terpilih dalam aplikasi KWSP i-Akaun. i-Akaun Secure akan diperluaskan secara berperingkat merangkumi lebih banyak transaksi pada masa akan datang.
3. Adakah saya dikenakan bayaran untuk menggunakan i-Akaun Secure?
Tidak. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan i-Akaun Secure.
4. Bagaimanakah saya boleh mengakses i-Akaun Secure?
i-Akaun Secure kini hanya boleh diakses melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Buat masa ini, akses melalui portal web i-Akaun (Ahli) belum disediakan.
5. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan i-Akaun Secure pada peranti (contoh: telefon mudah alih) saya?
a) Bagi pengguna aplikasi KWSP i-Akaun sedia ada, i-Akaun Secure akan diaktifkan secara automatik melalui proses pengikatan senyap (silent binding);
b) Bagi pengguna baharu, peranti akan dipautkan semasa proses pendaftaran aplikasi KWSP i-Akaun.
6. Adakah terdapat tempoh bertenang dan bilakah ia dikenakan?
Ya. Tempoh bertenang selama 12 jam akan dikenakan dalam situasi tertentu bagi meningkatkan keselamatan transaksi dalam talian anda.
Nota: Anda tidak dapat melakukan sebarang transaksi melalui aplikasi KWSP i-Akaun dalam tempoh 12 jam.
7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya peranti tidak dapat dipautkan?
Untuk penyelesaian masalah ringkas, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
a) Cuba semula proses pendaftaran i-Akaun Secure;
b) Jika gagal, nyahpasang aplikasi KWSP i-Akaun dan muat turun semula;
c) Jika masalah berterusan, hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP atau kunjungi mana-mana Pejabat KWSP.
8. Bolehkah saya aktifkan i-Akaun Secure pada lebih daripada satu peranti?
Tidak. Hanya satu peranti boleh dipautkan pada satu-satu masa.
9. Apakah yang perlu saya buat bagi mengaktifkan i-Akaun Secure jika saya menukar atau kehilangan peranti?
a) Jika anda masih mempunyai peranti lama:
- Nyahaktifkan i-Akaun Secure di aplikasi KWSP i-Akaun pada peranti lama anda.
- Kemudian, aktifkan i-Akaun Secure pada peranti baharu.
b) Jika peranti hilang atau tidak lagi boleh diakses:
- Nyahaktifkan i-Akaun Secure melalui portal web i-Akaun (Ahli) atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP.
- Setelah dinyahaktifkan, anda boleh mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun Secure pada peranti baharu.
Nota: Selepas mengaktifkan i-Akaun Secure pada peranti baharu, tempoh bertenang selama 12 jam akan dikenakan sebelum pengguna boleh menggunakannya untuk transaksi.
10. Apakah keperluan minimum peranti yang diperlukan untuk menggunakan i-Akaun Secure?
Untuk menggunakan i-Akaun Secure, peranti yang digunakan mestilah memenuhi keperluan minimum sistem operasi berikut:
- iOS versi 12.5 dan ke atas;
- Android versi 5.0 dan ke atas.
Nota: Anda adalah dinasihatkan untuk mengemas kini versi terkini aplikasi KWSP i-Akaun bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melakukan sebarang transaksi.
11. Transaksi manakah yang memerlukan pengesahan i-Akaun Secure?
Semua transaksi ini memerlukan pengesahan i-Akaun Secure seperti berikut:
a) Pengeluaran Akaun Fleksibel;
b) Pengeluaran Melebihi RM1 Juta+;
c) Pengeluaran Perumahan;
d) Pengeluaran Kesihatan;
e) Pengeluaran Pendidikan;
f) Pengeluaran Umur 50 Tahun;
g) Pengeluaran Umur 55 Tahun;
h) Pengeluaran Umur 60 Tahun;
i) Pendaftaran i-Sayang;
j) Pendaftaran Simpanan Shariah;
k) Penamaan.
12. Bolehkah saya mengesahkan transaksi menggunakan i-Akaun Secure semasa berada di luar negara?
Ya. Anda boleh mengesahkan transaksi selagi peranti yang telah dipautkan mempunyai akses internet dan nombor telefon yang berdaftar dengan KWSP masih aktif .
13. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mengesahkan transaksi dalam tempoh masa yang ditetapkan?
Sekiranya anda tidak mengesahkan transaksi dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 60 saat, skrin akan memaparkan pesanan ”Pengesahan i-Akaun Secure anda telah tamat tempoh. Sila cuba semula.”
14. Adakah terdapat had percubaan untuk saya mengesahkan transaksi melalui i-Akaun Secure?
Ya, anda mempunyai tiga (3) kali percubaan untuk mengesahkan transaksi melalui i-Akaun Secure. Sekiranya percubaan yang dibuat melebihi had, anda perlu memulakan semula proses transaksi dari awal.
15. Bolehkah saya mengesahkan transaksi menggunakan peranti lain?
Tidak. Transaksi hanya boleh disahkan menggunakan peranti yang telah dipautkan dengan akaun anda.
16. Apakah yang perlu saya buat dalam keadaan seseorang cuba mengakses akaun atau saya menerima One-time password (OTP) yang tidak diminta?
Jika anda mengesyaki seseorang cuba mengakses akaun atau menerima OTP yang tidak diminta:
a) Jangan kongsi OTP tersebut dengan sesiapa;
b) Tukar kata laluan aplikasi KWSP i-Akaun anda dengan segera;
c) Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP atau kunjungi Pejabat KWSP terdekat untuk bantuan lanjut.
Nota: OTP dihantar melalui SMS.
17. Adakah saya boleh menyahaktif i-Akaun Secure untuk tempoh tertentu?
Ya. Anda boleh nyahaktifkan i-Akaun Secure untuk tempoh tertentu pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Walau bagaimanapun, pengaktifan semula i-Akaun Secure pada peranti mudah alih akan menyebabkan tempoh bertenang selama 12 jam dikenakan.
18. Adakah aplikasi KWSP i-Akaun boleh digunakan tanpa i-Akaun Secure?
Ya, anda masih boleh memilih untuk menerima SMS TAC sebagai alternatif untuk mengesahkan transaksi melalui portal web i-Akaun (Ahli) sahaja. Pastikan nombor telefon bimbit anda telah dikemas kini dan masih aktif dalam rekod KWSP.
Walau bagaimanapun, anda digalakkan menggunakan i-Akaun Secure untuk mengesahkan transaksi dalam aplikasi KWSP i-Akaun kerana ia dilengkapi ciri keselamatan yang melindungi transaksi penting dan sensitif.
19. Siapakah yang perlu dihubungi jika menghadapi sebarang masalah?
Anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP atau mengunjungi mana-mana pejabat KWSP berhampiran.
20. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan i-Akaun Secure?
Anda boleh melayari laman web rasmi KWSP atau merujuk Panduan Pengguna i-Akaun Secure di sini.
Frequently Asked Question
1. Apakah tujuan inisiatif ini dilaksanakan?
Tujuan inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan KWSP memperolehi liputan meluas di kalangan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli KWSP. Selain itu, inisiatif ini juga dapat mempermudah dan mempercepatkan proses pendaftaran ahli secara self-service tanpa memerlukan ahli untuk hadir ke Pejabat KWSP.
2. Adakah inisiatif ini boleh diguna pakai oleh semua pemohon KWSP?
Inisiatif ini boleh diguna pakai bagi pemohon yang;
a. Belum berdaftar sebagai ahli KWSP.
b. Berstatus warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia (pemegang MyKad atau MyPR).
c. Telah mencapai umur 14 tahun dan belum mencapai umur 75 tahun.
3. Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai ahli KWSP melalui kemudahan ini?
Pendaftaran sebagai ahli KWSP secara dalam talian boleh dibuat seperti berikut:
Langkah 1: Muat turun aplikasi KWSP i-Akaun melalui;
a) Apple App Store; atau
b) Google Play Store; atau
c) Huawei App Gallery
Langkah 2: Pilih fungsi ‘Belum daftar ahli atau i-Akaun?’.
Langkah 3: Lengkapkan proses electronic Know-Your-Customer (e-KYC) serta kunci masuk maklumat yang berkaitan.
4. Apakah itu proses e-KYC dan mengapa proses ini diperlukan?
e-KYC adalah singkatan ‘electronic Know-Your-Customer’ yang merupakan satu proses pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun. Proses ini diperlukan bagi memastikan kesahihan identiti pemohon ditentukan terlebih dahulu sebelum Akaun KWSP ahli diaktifkan.
5. Apakah perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan pendaftaran sebagai ahli KWSP berjaya dilaksanakan?
Bagi memastikan pendaftaran sebagai ahli KWSP berjaya dilakukan, perkara berikut perlu diikuti iaitu:
a) Menggunakan dokumen pengenalan diri (MyKad atau MyPR) yang asal. Dokumen berbentuk salinan/ digital/ gambar tidak diterima.
b) Mengguna pakai telefon yang mempunyai fungsi kamera hadapan.
c) Memastikan pemohon berada di kedudukan yang mempunyai pencahayaan dan talian internet yang baik.
6. Adakah pemohon perlu mengemukakan dokumen tambahan kepada KWSP bagi tujuan pengesahan kesahihan maklumat pemohon?
Tidak perlu. Pengesahan kesahihan maklumat pemohon akan dibuat secara automatik oleh sistem melalui padanan maklumat yang dibekalkan oleh pemohon
7. Adakah pemohon perlu hadir ke Pejabat KWSP bagi tujuan kelulusan permohonan?
Tidak perlu. Kelulusan permohonan akan dibuat secara real time.
8. Bagaimana jika pemohon gagal untuk membuat pendaftaran ahli KWSP melalui kemudahan ini?
Sekiranya pemohon gagal membuat pendaftaran melalui kemudahan dalam talian ini, mereka akan diminta untuk hadir membuat pendaftaran di Pejabat KWSP.
9. Bolehkah pendaftaran ahli melalui kemudahan ini dilakukan oleh pihak lain, contohnya suami membuat pendaftaran bagi pihak isteri?
Tidak boleh. Pendaftaran perlu dilakukan oleh pemohon sebenar.
10. Apakah kelebihan yang diperolehi bagi mereka yang menggunapakai kemudahan ini?
a. Jimat – Menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu hadir ke Pejabat KWSP untuk tujuan pendaftaran.
b. Mudah – Tidak perlu mengemukakan borang dan dokumen sokongan.
c. Cepat – Keputusan diperolehi secara real-time.
11. Adakah spesifikasi khusus diperlukan untuk telefon bimbit yang digunapakai bagi tujuan pendaftaran ini?
Telefon bimbit yang digunakan bagi tujuan pendaftaran ahli ini perlulah mempunyai kemudahan kamera (fungsi hadapan) dan talian internet.
12. Bolehkan pendaftaran ahli ini dibuat melalui komputer riba?
Tidak boleh. Pendaftaran hanya boleh dibuat melalui telefon bimbit yang mempunyai fungsi kamera sahaja. Ini bagi memastikan kualiti imej yang diperlukan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Frequently Asked Question
1. Apakah itu KWSP i-Akaun?
KWSP i-Akaun merupakan aplikasi mudah alih baharu bagi menggantikan i-Akaun (klasik) sedia ada. KWSP i-Akaun menyediakan kemudahan kepada ahli untuk menguruskan akaun KWSP mereka secara dalam talian dengan lebih mudah dan efisien.
2. Apakah manfaat KWSP i-Akaun?
Manfaat aplikasi KWSP i-Akaun adalah seperti berikut:
a. Menyemak simpanan KWSP dan memantau rekod caruman
b. Membuat penambahan simpanan
c. Menyemak kelayakan pengeluaran yang berkaitan
d. Mendapatkan pelan insurans atau takaful
e. Mengemaskini maklumat peribadi
f. Mendapatkan maklumat kesedaran kewangan
3. Apakah fungsi-fungsi yang terdapat di dalam KWSP i-Akaun?
Fungsi-fungsi yang terdapat di dalam KWSP i-Akaun adalah termasuk:
Pendaftaran:
• Pendaftaran ahli baharu dan i-Akaun – Fungsi sedia ada
• Pendaftaran dan kemaskini penamaan – Fungsi sedia ada
• Pendaftaran dan pembatalan Simpanan Shariah – Fungsi sedia ada
• Pendaftaran i-Sayang – Fungsi sedia ada
• Pendaftaran i-Saraan bagi ahli dalam Sektor Informal – Fungsi sedia ada
Simpanan:
• Penambahan simpanan melalui Caruman Sukarela – Fungsi sedia ada
• Paparan rekod caruman – Fungsi sedia ada
• Muat turun penyata – Fungsi sedia ada
• Kalkulator Simpanan Persaraan – Fungsi sedia ada
Pengeluaran:
• Pengeluaran Beli/Bina Rumah – Baharu
• Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan – Baharu
• Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan – Baharu
• Pengeluaran Kesihatan – Baharu
• Pengeluaran Pendidikan – Baharu
• Pengeluaran Akaun Fleksibel – Baharu
• Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta – Fungsi sedia ada
• Pengeluaran Umur 50 Tahun – Fungsi sedia ada
• Pengeluaran Umur 55 Tahun – Fungsi sedia ada
• Pengeluaran Umur 60 Tahun – Fungsi sedia ada
• Pembelian insurans atau takaful (melalui i-Lindung) – Fungsi sedia ada
• Pembatalan permohonan pengeluaran – Fungsi sedia ada
Lain-lain:
• Mobile binding (pautan peranti kepada profil ahli) – Fungsi sedia ada
• Lokasi Mobile KWSP – Fungsi sedia ada
• Lokasi Pejabat KWSP – Fungsi sedia ada
• Kemas kini maklumat profil ahli – Fungsi sedia ada
• Paparan maklumat penamaan – Fungsi sedia ada
• i-Invest – Baharu
4. Bolehkah ahli mengakses platform i-Invest melalui KWSP i-Akaun?
Boleh! i-Invest kini tersedia pada aplikasi KWSP i-Akaun dan portal web i-Akaun (Ahli).
Frequently Asked Question
1. Bagaimanakah cara untuk memuat turun KWSP i-Akaun?
KWSP i-Akaun boleh dimuat turun seperti berikut:
a. Apple App Store bagi pengguna iOS
b. Google Play Store bagi pengguna Android
c. Huawei AppGallery bagi pengguna Huawei
2. Bagaimana untuk membezakan antara i-Akaun (klasik) dan KWSP i-Akaun?
Perbezaannya adalah pada nama dan ikon, seperti yang ditunjukkan di bawah:
Nota: Ikon skala kelabu mewakili i-Akaun (klasik) dan ikon berwarna mewakili KWSP i-Akaun baharu.
3. Apakah spesifikasi sistem pengendalian peranti yang diperlukan untuk memuat turun KWSP i-Akaun?
Sistem pengendalian peranti yang diperlukan untuk memuat turun KWSP i-Akaun ialah:
a. iOS v12.4 dan ke atas bagi pengguna peranti iOS
b. Android v8.0 dan ke atas bagi pengguna peranti Android
c. Android v8.0 dan ke atas bagi pengguna peranti Huawei
4. Siapakah yang boleh memuat turun dan menggunakan KWSP i-Akaun?
KWSP i-Akaun boleh dimuat turun oleh ahli dan bukan ahli KWSP. Namun, untuk mendapatkan pengalaman yang menyeluruh dan menerokai fungsi aplikasi ini, anda perlu mendaftar sebagai ahli KWSP.
5. Adakah saya perlu menyahpasang (uninstall) aplikasi i-Akaun (klasik) apabila saya memuat turun KWSP i-Akaun?
Tidak. Anda tidak perlu menyahpasang aplikasi i-Akaun (klasik).
Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk beralih dan menggunakan KWSP i-Akaun untuk pengalaman yang lebih personalised dan mesra pengguna.
6. Adakah saya perlu membuat ID pengguna dan kata laluan baharu untuk menggunakan KWSP i-Akaun?
Bagi ahli yang sudah mempunyai i-Akaun (klasik), anda boleh log masuk ke KWSP i-Akaun dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang sama.
Walaubagaimanapun, bagi pengguna baru anda perlu membuat ID pengguna dan kata laluan sebelum log masuk ke KWSP i-Akaun.
7. Jika saya ahli KWSP dan ingin mendaftar sebagai pengguna i-Akaun, bolehkah saya melakukannya melalui KWSP i-Akaun?
Ya. Anda boleh mendaftar sebagai pengguna i-Akaun melalui aplikasi ini.
8. Bolehkah saya memuat turun dan menggunakan i-Akaun (klasik) dan KWSP i-Akaun pada masa yang sama?
Ya. Walaubagaimanapun, i-Akaun (klasik) hanya boleh dimuat turun dan digunakan bagi tempoh tertentu sahaja sebelum ditamatkan penggunaannya.
Oleh yang demikian, anda digalakkan untuk beralih ke KWSP i-Akaun untuk pengalaman yang lebih personalised dan mesra pengguna.
9. Jika saya menyahpasang aplikasi i-Akaun (klasik), adakah semua butiran saya akan terpadam?
Tidak. Semua butiran anda tidak akan terpadam. Anda hanya perlu log masuk ke KWSP i-Akaun dan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang sama dan semua tetapan akaun terdahulu akan dikemaskini secara automatik ke KWSP i-Akaun.
Frequently Asked Question
1. Adakah saya boleh membuat penamaan melalui KWSP i-Akaun?
Ya. Anda boleh membuat penamaan melalui KWSP i-Akaun, walau bagaimanapun, anda dikehendaki untuk hadir ke Pejabat KWSP yang berdekatan bagi tujuan pengesahan cap ibu jari.
2. Adakah saya boleh mengemas kini maklumat profil saya seperti alamat, alamat e-mel dan nombor telefon melalui KWSP i-Akaun?
Ya. Anda boleh mengemas kini maklumat profil melalui KWSP i-Akaun.
3. Bolehkah saya membuat permohonan pengeluaran melalui KWSP i-Akaun?
Ya, anda boleh mengemukakan permohonan pengeluaran melalui KWSP i-Akaun. Pada masa ini, perkhidmatan ini tersedia untuk jenis pengeluaran berikut:
a. Pengeluaran Umur 50 Tahun, Umur 55 Tahun, dan Umur 60 Tahun;
b. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta;
c. Perumahan (Beli/Bina, Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan & Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan);
d. Pengeluaran Kesihatan;
e. Pengeluaran Pendidikan;
f. Pengeluaran Akaun Fleksibel; dan
g. Pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) melalui i-Lindung untuk diri sendiri, pasangan dan anak.
Kami akan memperluaskan ciri ini untuk menyediakan lebih banyak pilihan pengeluaran di masa hadapan, demi memberikan pengalaman yang lebih baik untuk anda.
4. Bolehkah saya membuat pembatalan pengeluaran melalui KWSP i-Akaun?
Ya. Anda boleh membuat pembatalan permohonan pengeluaran melalui KWSP i-Akaun sekiranya status permohonan anda masih berstatus “Telah Dihantar”.
5. Adakah saya masih perlu menghantar dokumen ke Pejabat KWSP jika saya membuat pengeluaran melalui KWSP i-Akaun?
Tidak. Anda tidak perlu lagi hadir ke Pejabat KWSP untuk menghantar dokumen permohonan pengeluaran jika permohonan dibuat melalui KWSP i-Akaun.
Walaubagaimanapun, anda perlu hadir ke Pejabat KWSP untuk pengesahan cap ibu jari bagi keadaan berikut:
a. Permohonan bagi amaun pengeluaran yang melebihi RM30,000.00.
b. Permohonan pengeluaran kali pertama.
6. Bagaimanakah KWSP i-Akaun dapat membantu saya merancang persaraan yang lebih baik?
Anda boleh membuat perancangan persaraan dengan menggunakan Kalkulator Simpanan Persaraan dan membaca artikel-artikel berkaitan perancangan persaraan yang disediakan dalam KWSP i-Akaun.
7. Bolehkah saya membatalkan pendaftaran Simpanan Shariah melalui KWSP i-Akaun?
Ya. Anda boleh membuat permohonan pembatalan melalui KWSP i-Akaun sebelum tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah. Tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah adalah pada 1 Januari pada tahun selepas pendaftaran dibuat, tertakluk kepada peruntukan tahunan dana syariah mengikut giliran dan apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Lembaga.
8. Apakah tujuan fungsi ‘Lupakan Peranti Ini’ di bahagian profil di dalam KWSP i-Akaun?
Fungsi keselamatan 'Lupakan Peranti Ini' digunakan untuk log keluar daripada KWSP i-Akaun. Setelah log keluar, anda perlu memasukkan semula ID pengguna dan kata laluan anda untuk mengakses semula.
Frequently Asked Question
1. Bolehkah saya tidak beralih kepada KWSP i-Akaun?
Boleh. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk beralih ke KWSP i-Akaun kerana ia akan dikemas kini dengan fungsi-fungsi baharu dari semasa ke semasa, lebih personalised dan mesra pengguna.
i-Akaun (klasik) hanya boleh digunakan dalam tempoh tertentu sehingga ditamatkan penggunaannya.
2. Bilakah penggunaan i-Akaun (klasik) akan ditamatkan?
KWSP akan membuat pengumuman dalam tempoh sewajarnya berkenaan penamatan i-Akaun (klasik) ini kelak.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



