Ahli KWSP dialu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa daripada Akaun Sejahtera untuk mendapatkan rumah PR1MA pertama anda. Mulakan langkah pertama dengan kaedah hadangan (ring-fence) supaya caruman seterusnya akan disimpankan untuk rumah baharu anda.
Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan

icon card
Warganegara
icon card
Umur bawah 55 tahun
icon card
Pembeli rumah PR1MA
icon card
Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
icon card
Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual/ melepaskan hakmilik harta
Apa Yang Anda Perlu Tahu
  • Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan.
  • Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun Sejahtera akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
  • Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55; membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
  • Jika baki di dalam Akaun Sejahtera kurang dari jumlah bayaran bulanan yang diminta, KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun Sejahtera (tertakluk kepada bayaran minimum RM50).
  • KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan.
  • Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam Akaun Sejahtera akan dihadang.
  • Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda.
Apa Yang Boleh Digunakan
  • Jumlah pembayaran PR1MA ditentukan oleh ahli dan tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan.
  • Sebahagian atau semua dari simpanan Akaun Sejahtera (minimum RM50)
Bagaimana Untuk Memohon

Langkah 1

Mendaftar akaun di www.pr1ma.my DAN memohon untuk rumah PR1MA di projek perumahan pilihan sendiri

Langkah 2
Tunggu surat tawaran pembelian dan mohon pinjaman dari institusi kewangan

Langkah 3
Hantar permohonan untuk:
a) Hadangan Simpanan
b) Pengeluaran Perumahan PR1MA
c) Penstrukturan Semula
d) Pembatalan Hadangan

Langkah 4
Institusi kewangan akan mengesahkan dan menghantar permohonan anda ke KWSP

Langkah 5
Kami akan memberitahu anda apabila pengeluaran sudah diluluskan (melalui SMS/mesej keselamatan i-Akaun/Notis)

Maklumat Tambahan

PR1MA Housing Withdrawal Accordion

Peringatan Penting

back chevron

1. Pastikan bank panel anda

Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun Pinjaman Perumahan PR1MA.

Bank Panel KWSP

2. Hantar ke bank panel pilihan anda

Hantar permohonan anda ke kaunter bank panel terdekat dan bank akan menghantar permohonan kepada KWSP bagi pihak anda.

3. Perlu maklumat lanjut?

Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

Muat Turun Risalah

4. Bank Panel untuk Pengeluaran Perumahan PR1MA

  • Ambank
  • CIMB
  • Maybank
  • RHB

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

PR1MA Housing Withdrawal FAQ Accordion

Apakah hadangan simpanan?

back chevron

Ahli yang dihalang daripada membuat sebarang pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti Pengeluaran Perumahan (selain Skim PR1MA), Pengeluaran Kesihatan, Pengeluaran Pendidikan, Pengeluaran Umur 50 Tahun dan Pengeluaran Haji sehingga selesai pinjaman perumahan PR1MA.