Kemaskini terakhir : 15 Mei 2023    

e-payroll

e-Payroll KWSP merupakan kemudahan di dalam i-Akaun (Majikan) yang bertujuan membantu majikan (khususnya majikan mikro dan kecil) dalam mengurus dan mengekalkan rekod gaji secara digital, serta memudahkan pembayaran caruman KWSP.

 

Sistem e-Payroll KWSP Terima Anugerah Inovasi WorldPensionSummit 2021

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima Anugerah Inovasi daripada Pensions & Investments WorldPensionSummit 2021 untuk kategori Teknologi untuk sistem e-Payroll KWSP semasa majlis penyampaian anugerah yang diadakan pada 12-14 Oktober 2021.

 

Kelebihan

Nikmati sokongan dan bantuan yang diperlukan dengan e-Payroll. Proses penggajian lebih ringkas dan sistemnya lebih terurus.

Ease of accessibility

Mudah diakses

Menerusi portal i-Akaun (Majikan)

Automatic calculations of contributions

Pengiraan caruman automatik

KWSP, PERKESO, potongan LHDNM dan lain-lain

Efficient automatic file generation

Dapatkan fail dengan cepat dan mudah

Untuk agensi berkanun dan lain-lain

Statutory compliance

Berdasarkan piawaian agensi berkanun

KWSP, PERKESO dan LHDNM

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pengguna i-Akaun (Majikan)
  • Majikan mempunyai minimum SATU (1) pekerja
 

Ciri-ciri Utama

  • Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
  • Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi 'Import Pekerja'
  • Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
  • Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
  • Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
  • Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
  • Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
  • Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
  • Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
  • Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik
  • Kini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses
Muat Turun Risalah
 
 

Panduan Pengguna

Soalan Lazim