Bagi Simpanan Konvensional, dividen dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.50%. Namun begitu, kadar dividen sebenar Simpanan Konvensional adalah berdasarkan prestasi pelaburan yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP. Kadar dividen untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Kadar Dividen KWSP

Tahun

2022

5.35%

Simpanan 
Konvensional

4.75%

Simpanan 
Shariah

Kadar Dividen Pada Tahun-tahun Sebelumnya

Tahun Simpanan Shariah (Tahunan) Simpanan Konvensional (Tahunan)

Soalan Lazim

Latar Belakang Dividen KWSP 

Dividend-Latar Belakang Dividen KWSP

Mengapa terdapat perbezaan antara Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvesional?

back chevron

Antara 2017-2023:

Perbezaan kadar dividen antara Simpanan Shariah (SS) dan Simpanan Konvensional (SK) berasal daripada sumber pendapatan yang berbeza. SS bergantung sepenuhnya daripada portfolio Shariahnya, manakala pendapatan SK dijana daripada portfolio Shariah dan Konvensional. Perkongsian pendapatan Shariah antara SK dan SS mengikut dasar Nisbah Pendapatan Shariah (SIR) yang diguna pakai secara konsisten sejak 2017. 


 

Mulai 2024 ke hadapan: 

Pada Januari 2024, KWSP mengambil langkah strategik untuk mengasingkan portfolio Shariah kepada portfolio SS dan SK yang tersendiri. Keputusan ini bertujuan untuk mengoptimumkan pulangan setiap portfolio secara berasingan, selaras dengan strategi unik masing-masing. Selain itu, ia memastikan kepelbagaian merentas kelas aset, pasaran, negara dan mata wang untuk memberi pulangan yang mampan. 


Bolehkah ahli membatalkan pilihan Simpanan Shariah dan bertukar kepada Simpanan Konvensional?

back chevron

Ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional, selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. Namun, ahli boleh membatalkan pendaftaran Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa Akaun Simpanan Shariah.

Makluman lanjut mengenai Simpanan Shariah boleh dirujuk melalui laman web KWSP melalui dua (2) pautan berikut:
(i)   https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah dan;
(ii)  https://secure.kwsp.gov.my/ShariahResource/Simpanan_Shariah_bm_FA.pdf 


Pengkreditan Dividen

Dividend - Calculation

Bagaimanakah Dividen Tahunan 2023 dikira?

back chevron

Dividen dikira berdasarkan Modified Aggregate Daily Balance. Caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2023.


Berikut adalah contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan Aggregate Balance dengan contoh Kadar Dividen 5%:


Konsep Pembayaran Dividen

Dividend-Konsep Pembayaran Dividen Accordion

Bagaimanakah bayaran Dividen Tahunan bagi ahli yang membuat Pengeluaran Pra-Persaraan dan Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi) pada tahun 2023?

back chevron

(a) Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Pra-Persaraan pada 2023 (seperti Pengeluaran Perumahan, Umur 50 Tahun, Pendidikan, Kesihatan, Haji, Pelaburan Ahli dan Simpanan Melebihi RM1 Juta):

(i) Dividen bagi amaun simpanan yang telah dikeluarkan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli selepas pengkreditan dividen tahun 2023.


(b) Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi):

(i) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara sebahagian, dividen ke atas amaun pengeluaran adalah seperti kaedah (1)(a)(i).

(ii) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara  bulanan, dividen ke atas pengeluaran yang dibuat mengikut kaedah ini akan dibayar ke akaun bank ahli selepas pengkreditan dividen tahun 2023.
 


Bagaimanakah pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (55/60 Tahun, Hilang Upaya, dan Kematian) sebelum pengkreditan Dividen Tahunan 2023? Adakah ahli layak untuk mendapat dividen 2023?

back chevron

Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b):
(a) Bayaran Pengeluaran dibuat selepas pengkreditan Dividen Tahunan 2022 hingga 31 Disember 2023.

Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2022 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.


(b) Bayaran Pengeluaran dibuat SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2023 (1 Januari 2024 sehingga sebelum tarikh dividen dikreditkan)

(i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%.

(ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2023 dikreditkan.


Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (Meninggalkan Negara) sebelum pengkreditan dividen tahun 2023?

back chevron

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum pengkreditan dividen tahun 2023, pembayaran dividen penuh akan dibuat berdasarkan kadar dividen terakhir diisytiharkan, dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.


Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang ingin memohon Pengeluaran PENUH (55/60 Tahun, Hilang Upaya, Kematian dan Meninggalkan Negara) selepas pengkreditan dividen tahun 2023?

back chevron

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Penuh selepas pengkreditan dividen tahun 2023, ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2023 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad. 


Adakah caruman Caruman Sukarela, Caruman Lewat Bayar, Penyelesaian CTML dan Rejek Perakaunan akan menerima dividen?

back chevron

Ya. Semua caruman di atas adalah layak untuk menerima dividen yang dikira mengikut bulan caruman. 


Bagaimanakah pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) atau Pesara Pilihan (SPP)) sebelum pengkreditan dividen tahun 2023? Adakah ahli layak untuk mendapat Dividen 2023?

back chevron

Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): 

(a) Bayaran Pengeluaran dibuat selepas pengkreditan dividen tahun 2022 hingga 31 Disember 2023

Ahli yang membuat pengeluaran pada tempoh masa ini akan dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2022 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.

(b) Bayaran Pengeluaran SEBELUM pengkreditan dividen tahun 2023 (1 Januari 2024 sehingga sebelum tarikh dividen dikreditkan) 

(i) Ahli yang membuat pengeluaran pada tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. 

(ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2023 dikreditkan. 

(iii) Baki bayaran tambahan dividen (supplementary dividend) pengeluaran SPPB/SPP akan dibayar kepada akaun bank ahli dan/atau KWAP tanpa ahli perlu membuat permohonan semula. 


Penyucian Dividen Ahli Beragama Islam

Frequently Asked Question

Purification of dividends for muslim members accordion

Saya seorang Muslim dan belum bertukar ke Simpanan Shariah. Apakah status dividen yang saya terima dan perlukah saya melakukan penyucian dividen?

back chevron

Ahli yang belum bertukar ke Simpanan Shariah, simpanan mereka akan diuruskan di bawah Simpanan Konvensional dan dividen yang diterima setiap tahun adalah hasil daripada pelaburan bercampur antara yang patuh syariah  dan pelaburan konvensional. Dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan konvensional perlu disucikan seperti yang diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia seperti berikut: 


“Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:


(a)    Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;


(b)    Diserah kepada golongan fakir miskin”.


Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah terletak ke atas diri ahli sendiri. Ahli juga dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. 

Nota: Fatwa asal boleh dirujuk melalui e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui pautan berikut: JAKIM : E-SMAF V1 (islam.gov.my)

Saya telah bertukar ke Simpanan Shariah pada tahun 2023. Mengapakah saya masih menerima dividen Simpanan Konvensional?

back chevron

Bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah bermula 1 Januari 2023 sehingga 24 Disember 2023 atau antara 25 – 31 Disember 2023, pilihan tersebut hanya akan berkuat kuasa masing-masing pada 1 Januari 2024 dan 1 Januari 2025. 


Oleh itu, bagi dividen 2023, akaun ahli akan masih menerima dividen Simpanan Konvensional.


Saya baru bertukar ke Simpanan Shariah. Adakah saya perlu melakukan penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan ke akaun saya bagi tahun-tahun sebelum ini?

back chevron

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan: 


“Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba', gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan...”. 


Harta yang diperolehi dengan cara tidak mematuhi syariah, termasuklah dividen Simpanan Konvensional yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah.

Nota: Fatwa asal boleh dirujuk melalui e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui JAKIM : E-SMAF V1 (islam.gov.my)


Memandangkan ahli baru bertukar ke Simpanan Shariah, penyucian dividen hanya perlu dilakukan ke atas dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan sebelum bertukar ke Simpanan Shariah. 
 

Contoh: Sekiranya ahli mendaftar dengan KWSP pada tahun 2017 dan hanya bertukar ke Simpanan Shariah pada tahun 2023, penyucian dividen hanya perlu dilakukan bagi dividen 2017 sehingga 2022.


Penyucian dividen boleh dilakukan sama ada menggunakan simpanan KWSP yang layak dikeluarkan (sekiranya ada), atau menggunakan sumber kewangan lain yang dimiliki oleh ahli. 


Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas kehendak ahli sendiri. Ahli dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.


PENYUCIAN DIVIDEN ADALAH DIKECUALIKAN DALAM SITUASI BERIKUT:
1.    Sebarang dividen yang diterima sebelum Simpanan Shariah diperkenalkan pada tahun 2016 adalah dikecualikan daripada penyucian kerana Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan bahawa ahli tidak mempunyai Haq Tasarruf, iaitu hak untuk memilih simpanan mereka diuruskan mengikut prinsip syariah (tiada pilihan akaun patuh syariah).


2.    Dividen Simpanan Konvensional 2023 adalah dikecualikan daripada penyucian bagi ahli yang baru bertukar ke Simpanan Shariah pada tahun 2022 atau 2023, dengan tarikh berkuat kuasa pada 1 Januari 2024 atau 1 Januari 2025, kerana JKPS berpandangan bahawa tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah yang ditentukan oleh polisi KWSP adalah di luar bidang kuasa ahli.


Bagaimanakah menentukan jumlah dividen Simpanan Konvensional yang perlu disucikan?

back chevron

Kadar penyucian dividen Simpanan Konvensional untuk 2023 adalah 66% daripada jumlah dividen dikreditkan ke akaun ahli. Manakala kadar penyucian dividen bagi tahun sebelum 2023 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Penyucian Dividen [%]
2022 73%
2021 69%
2020 69%
2019 71%
2018 68%
2017 64%
2016 -

 

Contoh Pengiraan

Jumlah dividen Simpanan Konvensional 2023: RM1,000


Jumlah dividen yang perlu dibersihkan/disucikan: RM1,000 x 66% = RM660

 


Saya sudah membayar zakat KWSP, adakah saya masih perlu melakukan penyucian dividen Simpanan Konvensional?

back chevron

Pembayaran zakat dan penyucian dividen merupakan dua perkara yang berbeza. 


Zakat dikenakan ke atas harta yang halal yang memenuhi syarat wajib zakat, manakala penyucian harta pula dilakukan ke atas harta yang diperolehi dengan cara yang tidak patuh syariah yang tidak boleh dimanfaatkan dan perlu diserahkan kepada Baitulmal atau faqir miskin.


Bagi simpanan KWSP, sekiranya ahli tidak bertukar ke Simpanan Shariah, simpanannya itu telah termasuk dengan dividen yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah. Ahli beragama Islam dinasihatkan untuk mengasingkan simpanan tersebut daripada jumlah yang perlu dibersihkan mengikut kadar penyucian dividen setiap tahun sebelum menentukan jumlah simpanan yang diwajibkan zakat.


Saya adalah kakitangan Kerajaan yang telah memilih Skim Pencen Perkhidmatan Awam dan telah membuat pengeluaran di bawah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB), adakah saya perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan yang telah disalurkan kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)?

back chevron

Ahli beragama Islam tidak perlu menyucikan dividen Syer Kerajaan yang telah disalurkan kepada KWAP. 


Ahli  hanya bertanggungjawab melakukan penyucian ke atas dividen Simpanan Konvensional (Syer Pekerja) yang telah diterima oleh ahli sahaja (sekiranya ada) tertakluk kepada perincian yang dijelaskan pada Soalan No. 3 di atas. 


Ahli boleh mendapatkan khidmat nasihat di Pejabat KWSP untuk pengiraan dividen yang telah disalurkan kepada KWAP mengikut nisbah Caruman Majikan dan Caruman Ahli berdasarkan penyata tahunan KWSP yang terlibat.


Mengapakah hanya 66% daripada dividen Simpanan Konvensional 2023 yang perlu disucikan?

back chevron

Dividen Simpanan Konvensional yang dikreditkan kepada ahli terhasil daripada dua (2) portfolio pelaburan yang telah diasingkan iaitu Portfolio Syariah dan Portfolio Konvensional (Tidak Patuh Syariah).


Portfolio Syariah adalah portfolio pelaburan yang terdiri daripada aset dan instrumen patuh syariah yang diuruskan mengikut prinsip syariah dan diluluskan oleh JKPS.


Portfolio Konvensional pula adalah portfolio pelaburan yang diuruskan secara konvensional yang terdiri daripada aset dan instrumen tidak patuh syariah. Hanya dividen yang terhasil daripada Portfolio Konvensional perlu disucikan.



Latar Belakang Dividen KWSP 

Frequently Asked Question

Dividend-Latar Belakang Dividen KWSP

Mengapa terdapat perbezaan antara Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvesional?

back chevron

Antara 2017-2023:

Perbezaan kadar dividen antara Simpanan Shariah (SS) dan Simpanan Konvensional (SK) berasal daripada sumber pendapatan yang berbeza. SS bergantung sepenuhnya daripada portfolio Shariahnya, manakala pendapatan SK dijana daripada portfolio Shariah dan Konvensional. Perkongsian pendapatan Shariah antara SK dan SS mengikut dasar Nisbah Pendapatan Shariah (SIR) yang diguna pakai secara konsisten sejak 2017. 


 

Mulai 2024 ke hadapan: 

Pada Januari 2024, KWSP mengambil langkah strategik untuk mengasingkan portfolio Shariah kepada portfolio SS dan SK yang tersendiri. Keputusan ini bertujuan untuk mengoptimumkan pulangan setiap portfolio secara berasingan, selaras dengan strategi unik masing-masing. Selain itu, ia memastikan kepelbagaian merentas kelas aset, pasaran, negara dan mata wang untuk memberi pulangan yang mampan. 


Bolehkah ahli membatalkan pilihan Simpanan Shariah dan bertukar kepada Simpanan Konvensional?

back chevron

Ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional, selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah. Namun, ahli boleh membatalkan pendaftaran Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa Akaun Simpanan Shariah.

Makluman lanjut mengenai Simpanan Shariah boleh dirujuk melalui laman web KWSP melalui dua (2) pautan berikut:
(i)   https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/akaun-pengguna/simpanan-shariah dan;
(ii)  https://secure.kwsp.gov.my/ShariahResource/Simpanan_Shariah_bm_FA.pdf 



Pengkreditan Dividen

Frequently Asked Question

Dividend- Crediting

Di manakah Penyata Ahli 2023 boleh diperolehi?

back chevron

Penyata Ahli 2023 boleh diperoleh melalui i-Akaun (Ahli) sama ada versi web atau aplikasi mudah alih, Self Service Terminal (SST) dan kaunter-kaunter di Pejabat KWSP. Senarai Pejabat KWSP dan SST boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami

Ahli digalakkan untuk mendapatkan Penyata Ahli 2023 melalui i-Akaun (Ahli). Panduan pendaftaran i-Akaun boleh dirujuk di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/documents/d/guest/e-kyc-via-kwsp-i-akaun_v6


Bilakah ahli boleh menyemak jumlah dividen mereka untuk tahun 2023?

back chevron

Ahli boleh menyemak jumlah dividen yang telah dikreditkan melalui Penyata Ahli 2023 setelah Dividen Tahun 2023 diisytiharkan oleh KWSP.


Bagaimanakah ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli?

back chevron

Ahli yang berada di luar negara boleh mendapatkan Penyata Ahli melalui kemudahan i-Akaun Ahli sama ada versi web atau aplikasi mudah alih.


Sekiranya ahli tiada kemudahan ini, Penyata Ahli boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian +603-89226000 atau mengemukakan permohonan di Laman Web KWSP melalui https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami



Pengiraan Dividen

Frequently Asked Question

Dividend - Calculation

Bagaimanakah Dividen Tahunan 2023 dikira?

back chevron

Dividen dikira berdasarkan Modified Aggregate Daily Balance. Caruman bagi sesuatu bulan akan mendapat dividen mulai hari terakhir bagi bulan caruman sehingga 31 Disember 2023.


Berikut adalah contoh pengiraan Dividen Tahunan berdasarkan Aggregate Balance dengan contoh Kadar Dividen 5%:



Konsep Pembayaran Dividen

Frequently Asked Question

Dividend-Konsep Pembayaran Dividen Accordion

Bagaimanakah bayaran Dividen Tahunan bagi ahli yang membuat Pengeluaran Pra-Persaraan dan Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi) pada tahun 2023?

back chevron

(a) Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Pra-Persaraan pada 2023 (seperti Pengeluaran Perumahan, Umur 50 Tahun, Pendidikan, Kesihatan, Haji, Pelaburan Ahli dan Simpanan Melebihi RM1 Juta):

(i) Dividen bagi amaun simpanan yang telah dikeluarkan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli selepas pengkreditan dividen tahun 2023.


(b) Bagi ahli yang telah membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pilihan Kombinasi):

(i) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara sebahagian, dividen ke atas amaun pengeluaran adalah seperti kaedah (1)(a)(i).

(ii) Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Umur 55/60 Tahun dan memilih kaedah bayaran secara  bulanan, dividen ke atas pengeluaran yang dibuat mengikut kaedah ini akan dibayar ke akaun bank ahli selepas pengkreditan dividen tahun 2023.
 


Bagaimanakah pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (55/60 Tahun, Hilang Upaya, dan Kematian) sebelum pengkreditan Dividen Tahunan 2023? Adakah ahli layak untuk mendapat dividen 2023?

back chevron

Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b):
(a) Bayaran Pengeluaran dibuat selepas pengkreditan Dividen Tahunan 2022 hingga 31 Disember 2023.

Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2022 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.


(b) Bayaran Pengeluaran dibuat SEBELUM pengkreditan Dividen Tahunan 2023 (1 Januari 2024 sehingga sebelum tarikh dividen dikreditkan)

(i) Ahli yang membuat pengeluaran dalam tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%.

(ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2023 dikreditkan.


Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (Meninggalkan Negara) sebelum pengkreditan dividen tahun 2023?

back chevron

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum pengkreditan dividen tahun 2023, pembayaran dividen penuh akan dibuat berdasarkan kadar dividen terakhir diisytiharkan, dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.


Bagaimanakah konsep pembayaran dividen bagi ahli yang ingin memohon Pengeluaran PENUH (55/60 Tahun, Hilang Upaya, Kematian dan Meninggalkan Negara) selepas pengkreditan dividen tahun 2023?

back chevron

Bagi ahli yang membuat Pengeluaran Penuh selepas pengkreditan dividen tahun 2023, ahli dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2023 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad. 


Adakah caruman Caruman Sukarela, Caruman Lewat Bayar, Penyelesaian CTML dan Rejek Perakaunan akan menerima dividen?

back chevron

Ya. Semua caruman di atas adalah layak untuk menerima dividen yang dikira mengikut bulan caruman. 


Bagaimanakah pembayaran dividen bagi ahli yang memohon pengeluaran PENUH (Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) atau Pesara Pilihan (SPP)) sebelum pengkreditan dividen tahun 2023? Adakah ahli layak untuk mendapat Dividen 2023?

back chevron

Pembayaran dividen dikira bergantung kepada tarikh ahli membuat pengeluaran penuh mengikut dua (2) senario (a) dan (b): 

(a) Bayaran Pengeluaran dibuat selepas pengkreditan dividen tahun 2022 hingga 31 Disember 2023

Ahli yang membuat pengeluaran pada tempoh masa ini akan dibayar dividen penuh berdasarkan kadar dividen tahun 2022 dan bayaran dividen tersebut adalah muktamad.

(b) Bayaran Pengeluaran SEBELUM pengkreditan dividen tahun 2023 (1 Januari 2024 sehingga sebelum tarikh dividen dikreditkan) 

(i) Ahli yang membuat pengeluaran pada tempoh masa ini akan dibayar dividen pendahuluan pada kadar 2.50%. 

(ii) Perbezaan kadar dividen pendahuluan dan kadar dividen tahunan sebenar akan dibayar selewat-lewatnya seminggu selepas dividen tahun 2023 dikreditkan. 

(iii) Baki bayaran tambahan dividen (supplementary dividend) pengeluaran SPPB/SPP akan dibayar kepada akaun bank ahli dan/atau KWAP tanpa ahli perlu membuat permohonan semula. 


Year

Simpanan Shariah 
(Per Annum)

Simpanan Konvensional 
(Per Annum)