Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah. Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana di bawah seksyen 43A Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Mengapa Pilih Simpanan Shariah?

Ahli Beragama Islam:

  • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya bagi menunaikan ibadah haji dan umrah, tanpa sebarang keraguan dan waswas terhadap sumber dana.
  • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian di dalam kontrak) yang sering terdapat dalam pelaburan perbankan konvensional dan insurans.
  • Membantu ahli menyediakan dana halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka sekiranya meninggal dunia.

Ahli Bukan Beragama Islam:

Ahli bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional:

  • Objektif dan profil risiko pelaburan yang sama.
  • Alokasi aset strategik yang sama.
  • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
  • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Ciri-ciri

Simpanan Shariah Simpanan Konvensional
Siapa Yang Boleh Memohon
icon card
Ahli KWSP (Warganegara & Bukan Warganegara)
icon card
Semua agama
icon card
Semua bangsa

Cara Mendaftar & Apa Yang Perlu Disediakan

Melalui Pejabat KWSP, Mobile KWSP dan Self- Service Terminal (SST)
  • MyKad (Warganegara Malaysia)
  • Pasport (Bukan warganegara Malaysia)
  • MyPR (Pemastautin tetap Malaysia)
Secara dalam talian menerusi i‑Akaun (Ahli)

Simpanan Shariah

Simpanan Persaraan Yang Beretika Dan Mapan

  • Sudahkah anda melunaskan pembayaran Zakat bagi pengeluaran simpanan KWSP? Dapatkan keterangan lanjut di laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) di www.zakatselangor.com.my, Pusat Pungutan Zakat (PPZ‑MAIWP) di www.zakat.com.my atau pihak berkuasa zakat negeri yang berkenaan.
  • Selain zakat berkaitan KWSP, anda juga boleh menjelaskan Zakat Fitrah, Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat Perak, Zakat Ternakan, Zakat Tanaman (Padi), Zakat Saham, Zakat Perniagaan dan Qadha’ Zakat. Marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Lembaga Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertekad memberi perkhidmatan berkualiti yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Agensi ini beroperasi dengan objektifnya untuk memperkasa pengurusan zakat, memaksimakan kutipan zakat dan meningkatkan keberkesanan agihan zakat.

Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Satu Institusi Zakat yang unggul dan menjadi salah satu teras sosio-ekonomi umat Islam berlandaskan perkhidmatan yang berkualiti, pengurusan korporat yang mantap dan berdaya maju, penggunaan teknologi terkini, pengembelingan dan pembangunan sumber manusia serta pertalian yang erat dengan semua pihak. Agensi ini komited dalam menjalankan aktiviti dakwah dan promosi ke arah meningkatkan kesedaran umat Islam tentang kewajipan berzakat, mengutip zakat dan menguruskan Pusat Pungutan Zakat bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Maklumat Tambahan

Simpanan Shariah Important Note/ Akad Accordion

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Simpanan Shariah FAQ Latest

Apakah Simpanan Shariah KWSP?

back chevron

Simpanan Shariah ialah pilihan simpanan KWSP di mana simpanan ahli diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip patuh syariah.


Siapakah yang boleh memohon Simpanan Shariah?

back chevron

Semua ahli KWSP layak memohon Simpanan Shariah, termasuk:

  • Warganegara atau bukan warganegara Malaysia
  • Ahli daripada semua agama
  • Ahli daripada semua bangsa

Bagaimanakah ahli boleh mendaftar Simpanan Shariah?

back chevron

Ahli boleh mendaftar Simpanan Shariah melalui saluran KWSP berikut:

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Portal web i-Akaun (Ahli)
  • Terminal Layan Diri (SST)
  • Pejabat KWSP yang berhampiran

Apakah kemudahan Simpanan Shariah yang tersedia secara dalam talian?

back chevron

Ahli boleh mengurus Simpanan Shariah melalui platform dalam talian KWSP i-Akaun dengan kemudahan berikut:

  • Pendaftaran Simpanan Shariah
  • Paparan tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah
  • Muat turun e-Akad Simpanan Shariah
  • Pembatalan pilihan Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa (dibenarkan sekali sahaja)

Mengapakah ahli beragama Islam tidak didaftarkan secara automatik untuk Simpanan Shariah oleh KWSP?

back chevron
  • KWSP tidak mendaftarkan ahli beragama Islam secara automatik untuk Simpanan Shariah kerana tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
  • Ahli perlu membuat pilihan secara sukarela untuk mendaftar Simpanan Shariah bagi membuktikan persetujuan nyata  untuk melaksanakan Akad Wakalah serta menerima terma dan syarat Simpanan Shariah yang telah ditetapkan.

Bolehkah ahli KWSP mempunyai kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah pada masa yang sama?

back chevron

Tidak. Ahli KWSP hanya boleh mempunyai satu jenis simpanan sahaja, sama ada Simpanan Konvensional atau Simpanan Shariah.


Bolehkah ahli KWSP mendaftar Simpanan Shariah tanpa akad?

back chevron

Tidak. Ahli perlu membaca, memahami dan bersetuju dengan akad Simpanan Shariah semasa membuat pendaftaran. Pendaftaran tidak boleh diselesaikan tanpa persetujuan terhadap akad.


Apakah akad yang digunakan bagi Simpanan Shariah?

back chevron
  • Akad bagi Simpanan Shariah adalah berasaskan akad Wakalah di mana ahli melantik Lembaga KWSP sebagai wakil dan pemegang amanah untuk mengurus dan melaburkan kesemua simpanan di dalam akaun ahli mengikut prinsip syariah, yang diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) berdasarkan peruntukan-peruntukan di bawah Akta KWSP 1991, Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah KWSP serta ketetapan lain mengenainya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
  • Akad Wakalah yang diguna pakai ini dikategorikan sebagai Wakalah Mudhafah Lil Mustaqbal (pewakilan yang berkuat kuasa pada masa hadapan) di mana pilihan Simpanan Shariah ini akan berkuat kuasa pada tarikh yang ditentukan oleh KWSP.

Apakah maksud tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah?

back chevron
  • Tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah ialah tarikh apabila simpanan KWSP ahli mula diurus dan dilaburkan mengikut prinsip syariah.

  • Tarikh kuat kuasa adalah pada hari pertama bulan berikutnya selepas pendaftaran dibuat, tertakluk kepada peruntukan tahunan dana Simpanan Shariah, giliran permohonan, dan apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga KWSP.


Apakah penambahbaikan yang dibuat bagi tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah?

back chevron

  • Mulai 1 April 2025, tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah telah ditambah baik daripada secara tahunan (1 Januari setiap tahun) kepada secara bulanan.
  • Ini bermakna tarikh kuat kuasa adalah pada hari pertama bulan berikutnya selepas pendaftaran dibuat, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
  • Bagi pendaftaran pilihan Simpanan Shariah yang dibuat dalam tujuh (7) hari terakhir setiap bulan, tarikh kuat kuasa akan menjadi hari pertama bulan kedua selepas tarikh pendaftaran.

Nota:
1. Dalam tempoh peralihan sehingga 31 Mac 2025, tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah ditetapkan seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

No.

Tarikh Daftar 

Tarikh Kuat Kuasa

1.

Ahli yang membuat pilihan Simpanan Shariah pada 25 Disember 2024 sehingga 24 Mac 2025

01 April 2025

2.

Ahli yang membuat pilihan Simpanan Shariah pada 25 Mac 2025 sehingga 31 Mac 2025

01 Mei 2025

2. Mulai 1 April 2025 dan seterusnya, tarikh kuat kuasa adalah pada hari pertama bulan berikutnya selepas tarikh membuat pilihan, tertakluk kepada tempoh tangguh tujuh (7) hari.

No.

Tarikh Daftar 

Tarikh Kuat Kuasa

1.

Ahli yang membuat pilihan Simpanan Shariah mulai 1 April 2025 sehingga 23 April 2025

01 Mei 2025

2.

Ahli yang membuat pilihan Simpanan Shariah mulai 24 April 2025 sehingga 30 April 2025

01 Jun 2025

3. Notis tarikh kuat kuasa akan diberikan kepada ahli sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa.


Bagaimanakah simpanan sedia ada ahli akan diuruskan apabila Simpanan Shariah berkuat kuasa?

back chevron

Apabila pilihan Simpanan Shariah berkuat kuasa, semua simpanan KWSP ahli akan diurus dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.


Bolehkah ahli membatalkan pilihan Simpanan Shariah?

back chevron

Ya. Ahli boleh membatalkan pilihan Simpanan Shariah pada bila-bila masa sebelum tarikh kuat kuasa.

Walau bagaimanapun, pembatalan tidak dibenarkan selepas tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.


Bagaimanakah cara ahli membuat pembatalan pilihan Simpanan Shariah?

back chevron

Ahli boleh membatalkan pilihan Simpanan Shariah sebelum tarikh kuat kuasa melalui saluran berikut:

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Portal web i-Akaun (Ahli)
  • Self-Service Terminal (SST)
  • Pejabat KWSP yang berhampiran

Nota:

  • Sekiranya ahli membuat pembatalan pilihan Simpanan Shariah secara dalam talian sebelum tarikh kuat kuasa, ahli boleh mendaftar semula Simpanan Shariah melalui saluran dalam talian atau di pejabat KWSP.
  • Pembatalan secara dalam talian hanya dibenarkan sekali sahaja.
  • Jika ahli mendaftar semula Simpanan Shariah, sebarang pembatalan seterusnya mesti dibuat di pejabat KWSP sebelum tarikh kuat kuasa.

Berapa kali ahli boleh membatalkan pilihan Simpanan Shariah?

back chevron

Ahli boleh membatalkan pilihan Simpanan Shariah sekali sahaja melalui saluran dalam talian sebelum tarikh kuat kuasa.

Sekiranya ahli mendaftar semula Simpanan Shariah, sebarang pembatalan seterusnya perlu dibuat di pejabat KWSP sebelum tarikh kuat kuasa.


Bagaimana kadar dividen Simpanan Shariah dijana?

back chevron

Kadar dividen bagi Simpanan Shariah dijana berdasarkan pendapatan nyata pelaburan Simpanan Shariah dan pendapatan bukan pelaburan setelah mengambil kira perbelanjaan. Jumlah pendapatan nyata bersih ini kemudiannya dibahagikan dengan amaun yang diperlukan untuk setiap 1% dividen bagi Simpanan Shariah.


Apakah kadar dividen Simpanan Shariah bagi tahun-tahun sebelumnya?

back chevron

Kadar dividen Simpanan Shariah yang diumumkan oleh KWSP boleh dirujuk di halaman dividen KWSP.

Klik di sini untuk melihat sejarah kadar dividen.


Saya beragama Islam dan belum bertukar kepada Simpanan Shariah. Berapakah peratusan dividen Simpanan Konvensional dari tahun 2017 hingga 2025 yang perlu disucikan?

back chevron

Ahli beragama Islam yang belum memilih Simpanan Shariah bertanggungjawab untuk melakukan penyucian dividen yang diterima daripada Simpanan Konvensional. Jumlah penyucian adalah berdasarkan peratusan pendapatan pelaburan tidak patuh syariah dalam portfolio Simpanan Konvensional bagi setiap tahun, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Tahun  Peratusan Penyucian
Dividen (%) 
Contoh Pengiraan (Dividen Diterima*
Peratusan Penyucian Dividen ) 

2017

64

RM1,000*64% = RM640 

2018

68 

RM1,000*68% = RM680 

2019 

71 

RM1,000*71% = RM710 

2020

69 

RM1,000*69% = RM690 

2021 

69 

RM1,000*69% = RM690 

2022

73 

RM1,000*73% = RM730 

2023

66 

RM1,000*66% = RM660 

2024

61 

RM1,000*61% = RM610 

2025

60 

RM1,000*60% = RM600 

Contoh: Pengiraan ini mengandaikan ahli menerima RM1,000 dividen Simpanan Konvensional.

Nota:

  • Penyucian dividen boleh dilakukan menggunakan simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan (jika ada) atau sumber kewangan lain yang dimiliki ahli, dan jumlah tersebut hendaklah disumbangkan kepada Baitulmal atau golongan yang layak menerima seperti fakir miskin.
  • Keputusan untuk melakukan penyucian dividen adalah atas budi bicara ahli.
  • Ahli dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.
  • Sila rujuk Penyucian Dividen Ahli Beragama Islam untuk maklumat lanjut.

Jika saya memilih Simpanan Shariah, adakah penyata tahunan saya akan berbeza?

back chevron

Tidak. Penyata tahunan KWSP ahli akan kekal sama. Walau bagaimanapun, penyata tersebut akan memaparkan maklumat berikut:

  • Jenis akaun ahli
  • Tarikh kuat kuasa Simpanan Shariah
  • Jumlah dividen Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional (jika berkaitan)

Adakah ahli dibenarkan untuk menggunakan amaun pengeluaran daripada Simpanan Shariah untuk membayar pinjaman perumahan konvensional, atau terhad kepada pembiayaan perumahan Islamik sahaja?

back chevron

Ya. Ahli boleh menggunakan amaun pengeluaran Simpanan Shariah untuk membiayai pinjaman perumahan konvensional dan pembiayaan perumahan Islamik, tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran perumahan KWSP.


Adakah terdapat perubahan kepada polisi penamaan bagi Simpanan Shariah?

back chevron

Tidak. Polisi penamaan bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah adalah sama seperti polisi penamaan sedia ada.


Adakah ahli perlu memaklumkan kepada majikan sekiranya membuat pilihan Simpanan Shariah?

back chevron

Tidak. Pendaftaran Simpanan Shariah adalah sepenuhnya pilihan ahli, dan tiada keperluan untuk memaklumkan kepada majikan.


Adakah majikan perlu membuat bayaran caruman berasingan atau mengisi borang yang berbeza bagi pekerja yang memilih Simpanan Shariah?

back chevron

Tidak. Majikan tidak perlu membuat bayaran caruman berasingan bagi pekerja yang memilih Simpanan Shariah. Majikan hanya perlu melengkapkan Borang A seperti proses sedia ada, dan tiada borang tambahan atau perubahan diperlukan.


Adakah terdapat peraturan atau kaedah baharu yang perlu dipatuhi majikan berkaitan caruman jika pekerja mereka memilih Simpanan Shariah?

back chevron

Tidak. Majikan kekal tertakluk kepada peraturan dan kaedah caruman KWSP sedia ada, dan tiada keperluan tambahan dikenakan apabila pekerja memilih Simpanan Shariah.


Adakah majikan akan menanggung sebarang kos tambahan jika pekerja mereka memilih Simpanan Shariah?

back chevron

Tidak. Majikan tidak akan menanggung sebarang kos tambahan sekiranya pekerja mereka memilih Simpanan Shariah.


Apakah pelaburan patuh syariah?

back chevron

Pelaburan patuh Syariah ialah pelaburan yang mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah seperti yang ditadbir di bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah, yang telah diluluskan dan diperakui oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS) KWSP.

Pelaburan ini mengelakkan sektor dan aktiviti yang tidak dibenarkan di bawah syariah, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berkaitan dengan:

  • Perbankan dan insurans konvensional;
  • Alkohol
  • Tembakau and vape
  • Perjudian
  • Hiburan dewasa
  • Senjata ketenteraan

Semua aset pelaburan juga melalui proses saringan syariah bagi memastikan ia tidak mengandungi elemen tidak patuh syariah, seperti:

  • Riba (faedah atau bunga)
  • Gharar (ketidakpastian dalam kontrak)
  • Maysir (perjudian)
  • Barangan dan perkhidmatan tidak halal

Portfolio Simpanan Konvensional juga boleh  melabur dalam pelaburan patuh syariah. Walau bagaimanapun, portfolio tersebut tidak tertakluk kepada rangka kerja tadbir urus syariah yang ditetapkan oleh JKPS.


Apakah proses pengkelasan semula pelaburan patuh syariah?

back chevron
  • Pelaburan KWSP seperti ekuiti tersenarai dan persendirian, hartanah serta infrastruktur tertakluk kepada saringan syariah berkala bagi menyemak status patuh syariah pelaburan tersebut.
  • Bagi ekuiti tersenarai, saringan syariah dijalankan berdasarkan semakan berkala oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS SC) bagi ekuiti domestik serta penyedia indeks syariah yang berkaitan untuk ekuiti luar negara.
  • Bagi ekuiti persendirian, hartanah dan infrastruktur, saringan syariah dijalankan oleh KWSP setiap tahun sekurang-kurangnya sekali setahun berdasarkan kriteria dan garis panduan saringan syariah yang ditetapkan oleh JKPS.
  • Sekiranya hasil saringan syariah mendapati mana-mana aset pelaburan tersebut dikeluarkan dikecualikan daripada senarai sekuriti patuh syariah MPS SC atau indeks syariah berkaitan, atau gagal melepasi saringan syariah KWSP, aset tersebut akan dikelaskan semula sebagai pelaburan tidak patuh syariah dan akan dikendalikan dikenal pasti berdasarkan polisi syariah berkaitan pematuhan serta pengawasan pelaburan patuh syariah yang diluluskan oleh JKPS.
  • Sebaliknya, sekiranya pelaburan tidak patuh syariah tersebut berjaya melepasi saringan syariah berdasarkan senarai sekuriti patuh syariah MPS SC, atau indeks syariah berkaitan, atau saringan syariah KWSP pada tempoh semakan seterusnya, pelaburan tersebut akan dikelaskan semula sebagai pelaburan patuh syariah dan boleh dimasukkan semula ke dalam portfolio patuh syariah.
  • Bagi mandat syariah yang diuruskan oleh pengurus dana luar, sebarang instrumen patuh syariah yang dikelaskan semula sebagai tidak patuh syariah yang dikenal pasti akan dilupuskan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MPS SC.

Bagaimanakah pengendalian pendapatan tidak patuh syariah?

back chevron

Pendapatan tidak patuh syariah merujuk kepada mana-mana pendapatan yang terhasil secara langsung atau tidak langsung daripada portfolio Simpanan Shariah yang ditentukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) sebagai pendapatan tidak patuh syariah pendapatan yang diperoleh daripada aktiviti atau keadaan yang tidak mematuhi keperluan syariah. Dalam Simpanan Shariah, pengendalian pendapatan ini ditentukan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS). 

Sumber pendapatan tidak patuh syariah termasuk:

  • Lebihan keuntungan yang terhasil daripada pengkelasan semula pelaburan patuh syariah kepada tidak patuh syariah;
  • Pendapatan faedah daripada akaun konvensional luar negara; dan
  • Caj lewat bayar, termasuk caj lewat bayar ke atas majikan yang lewat mencarum yang dikenakan ke atas majikan atau pihak lain bagi kelewatan pembayaran caruman atau obligasi kewangan kepada KWSP.

Bagi melindungi kepentingan ahli KWSP, caj lewat bayar dan/atau dividen dikenakan ke atas majikan yang lewat membayar caruman serta pihak lain yang lewat melunaskan obligasi kewangan kepada KWSP. Bagi Simpanan Shariah, JKPS membenarkan caj ini dikenakan sebagai langkah pencegahan dan penalti kepada pihak yang mungkir, sama ada dalam bentuk ta’widh (pampasan) atau gharamah (penalti melebihi kadar ta’widh).

Amaun ta’widh yang diluluskan oleh JKPS boleh direkodkan sebagai pendapatan patuh syariah, manakala sebarang amaun yang melebihi kadar ta’widh akan direkodkan sebagai pendapatan tidak patuh syariah.

Menurut keputusan JKPS, pendapatan tidak patuh syariah ini hanya terpakai kepada portfolio Simpanan Shariah dan boleh digunakan untuk perbelanjaan yang dibenarkan seperti aktiviti kebajikan ahli Simpanan Shariah termasuk:

  • Bayaran manfaat kematian
  • Bayaran manfaat hilang upaya
  • Kos invokasi

Sebarang lebihan pendapatan tidak patuh syariah boleh digunakan untuk perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pelaburan tidak langsung yang diperuntukkan kepada portfolio Simpanan Shariah.


Apakah tujuan KWSP melaksanakan pengasingan portfolio Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional?

back chevron
  • Bermula 1 Januari 2024, KWSP telah mengasingkan portfolio Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional yang berkaitan dengan pelaburan patuh syariah secara strategik bagi membolehkan pulangan setiap portfolio dioptimumkan dalam jangka masa panjang dengan alokasi aset strategik yang tersendiri bagi setiap portfolio.
  • Ini merupakan langkah proaktif untuk memastikan aset di bawah Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional dipelbagaikan dengan baik merentasi kelas aset, pasaran, negara dan mata wang untuk pulangan yang mampan.

Adakah KWSP akan membayar zakat bagi pihak ahli? Adakah ahli perlu membayar zakat selepas membuat pengeluaran Simpanan Shariah?

back chevron

Tidak. Pembayaran zakat simpanan adalah tanggungjawab individu, dan KWSP tidak membayar zakat ke atas simpanan KWSP bagi pihak ahli.

Ahli KWSP beragama Islam bertanggungjawab membayar zakat ke atas simpanan KWSP yang layak dikeluarkan dan boleh digunakan tanpa sekatan, iaitu apabila mempunyai pemilikan sempurna (Milkut Tam). Zakat dikenakan pada kadar 2.5%, tertakluk kepada Nisab (kadar minimum bersamaan nilai semasa 85 gram emas) seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa zakat negeri masing-masing.

Antara jenis akaun dan pengeluaran KWSP yang tertakluk kepada zakat termasuk:

  • Pengeluaran Akaun Fleksibel
  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan
  • Pengeluaran Melebihi RM1 Juta+

Adakah saya dibenarkan membuat pelaburan dalam dana konvensional di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) selepas bertukar ke Simpanan Shariah?

back chevron

Tidak. Selepas bertukar ke Simpanan Shariah, ahli hanya dibenarkan melabur dalam dana patuh syariah di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP). Pelaburan dalam dana tidak patuh syariah tidak dibenarkan selepas Simpanan Shariah berkuat kuasa.


Adakah saya perlu menebus pelaburan sedia ada dalam dana konvensional di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP) yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah saya?

back chevron

Tidak. Anda tidak diwajibkan untuk menebus atau menukar pelaburan sedia ada dalam dana konvensional yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah kepada dana patuh syariah.


Adakah dana amanah unit ASNB, termasuk ASB2, patuh syariah? Bolehkah ahli Simpanan Shariah melabur di dalamnya?

back chevron
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-80 telah memutuskan bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk dividen dan bonus, adalah harus.
  • Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah boleh merujuk kepada Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan penasihat syariah yang dilantik oleh IPD bagi mendapatkan pengesahan sama ada dana yang ditawarkan adalah patuh syariah.
  • Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP tidak memberikan pengesahan atau memperakui pematuhan syariah bagi dana amanah unit yang tersenarai.

Bagaimanakah KWSP memastikan Simpanan Shariah kekal patuh syariah?

back chevron
  • KWSP telah mewujudkan rangka kerja tadbir urus syariah yang komprehensif bagi memastikan semua aktiviti operasi dan pelaburan di bawah Simpanan Shariah mematuhi garis panduan dan parameter pelaburan patuh syariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP (JKPS).
  • Sebagai sebahagian daripada tadbir urus korporat KWSP, JKPS turut menyedia dan mengeluarkan penyata tadbir urus syariah dan laporan Jawatankuasa Penasihat Shariah tahunan bagi setiap tahun kewangan.