Akta KWSP 1991
Akta KWSP 1991
AKTA 452
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara yang bersampingan dengannya.
[1 Jun 1991; P.U. (B) 264/1991; Gan. Akta A1300/2007.]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen 1
Tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa
- Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
- Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"ahli Kumpulan Wang" ertinya seseorang yang mempunyai akaun dan kredit dengan Kumpulan Wang;
[Pin. Akta A1300/2007]
"amaun tambahan" ertinya amaun yang boleh dibayar di bawah seksyen 58;
[Pin. Akta A1300/2007]
"amaun upah bagi bulan itu" ertinya—
(a) berkenaan dengan pekerja yang dibayar secara bulanan atau pada lat tempoh yang lebih lama daripada satu bulan, amaun upah yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bulan tersebut; atau(b) berkenaan dengan mana-mana pekerja lain, amaun agregat upah yang kena dibayar kepadanya pada hari pembayaran upah yang jatuh dalam bulan tersebut:
Dengan syarat bahawa jika tunggakan upah dibayar kepada pekerja atas apa-apa kajian semula upah, tunggakan upah itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai sebahagian daripada amaun upah bagi bulan di dalamnya tunggakan upah itu dibayar sebagai tambahan kepada amaun upah yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bulan itu yang disebut dalam perenggan (a) atau (b);
"bayaran lebih masa" ertinya apa-apa bayaran yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan melebihi masa bekerja biasa pekerja itu dan termasuklah apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan pada hari kelepasan dan hari rehat;
[Mas. Akta A914/1995]
"bulan" ertinya suatu bulan kalendar atau sebahagian daripadanya;
"caj perkhidmatan" ertinya apa-apa wang atau bayaran, sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, fi perkhidmatan, tip, atau selainnya walau bagaimana jua pun diperihalkan, yang telah dibayar oleh, dicajkan kepada, dikutip daripada, atau diberi secara sukarela oleh, pelanggan atau mana-mana orang lain (yang bukannya majikan) berhubung dengan perniagaan majikan itu dan yang kena dibayar kepada seseorang pekerja sama ada pada keseluruhannya atau sebahagiannya secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada di bawah kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja, atau selainnya;
"ditetapkan oleh Lembaga" ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
[Mas. Akta A1300/2007]
"ditetapkan oleh Menteri" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
[Mas. Akta A1300/2007]
"faedah persaraan" ertinya apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja kerana bersara sama ada secara wajib atau pilihan atau atas sebab kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah kontrak perkhidmatan pekerja itu;
[Mas. Akta A914/1995]
"ganjaran" ertinya apa-apa bayaran yang dibayar oleh majikan kepada pekerja atas sebab tamat tempoh perkhidmatan atau pemberhentian secara sukarela sebagai mengiktiraf perkhidmatan pekerja itu;
[Mas. Akta A914/1995]
"hari ditetapkan" ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2);"ketua pegawai eksekutif" ertinya seseorang yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif di bawah seksyen 30 Akta;
[Mas. Akta A958/1996]
"kredit" ertinya caruman yang berada dalam akaun ahli Kumpulan Wang bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya;
"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;
"kumpulan wang diluluskan" ertinya—
(a) suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain untuk faedah pekerja yang ditubuhkan oleh majikan atau kumpulan majikan dan diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 52 sebagai suatu kumpulan wang diluluskan, dan termasuklah—dan jika timbul apa-apa keraguan tentang sama ada mana-mana orang itu berada dalam pekerjaan tersebut atau tidak, keputusan Menteri hendaklah muktamad; atau
- mana-mana skim berkenaan dengan orang yang bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan diletakkan dalam perjawatan berpencen;
- apa-apa perkiraan berkenaan dengan orang yang bekerja dengan mana-mana organisasi jika pelantikan ke organisasi itu dibuat oleh atau dengan kelulusan Kerajaan Malaysia akan seseorang yang sebelum pelantikan tersebut, telah bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan jika tempoh perkhidmatan dengan organisasi itu boleh dihitung bagi maksud pemberian apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain oleh Kerajaan Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pencen,
- mana-mana skim yang ditubuhkan secara nyata oleh mana-mana undang-undang bertulis sebelum sahaja 6 Ogos 1970, untuk faedah pekerja dalam mana-mana tred, perniagaan, industri atau pekerjaan:
Dengan syarat bahawa skim sedemikian hendaklah terhenti daripada
menjadi kumpulan wang diluluskan apabila Menteri mengisytiharkan bahawa skim sedemikian terhenti menjadi kumpulan wang diluluskan;
"Lembaga" ertinya Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"majikan" ertinya orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan dan termasuklah -
- pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang "pekerja";
- mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan; dan
- mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau badan lain yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan, jika seseorang pekerja bekerja dengan mana-mana Kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan atau dengan mana-mana pegawai bagi pihak mana-mana Kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan itu, pegawai yang di bawahnya pekerja itu bekerja hendaklah disifatkan sebagai seorang majikan:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun pegawai sedemikian adalah bertanggungan sendiri di bawah Akta ini untuk apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati olehnya sebagai seorang pegawai bagi majikan tersebut;
"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab dalam hal yang berhubungan dengan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
[Pin. Akta A914/1995]
"orang" termasuklah mana-mana ejen, syarikat, persatuan atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
"orang yang bekerja sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja;
"pekerja" ertinya mana-mana orang, yang bukannya orang yang perihalannya dinyatakan dalam Jadual Pertama, yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan, sama ada secara bertulis atau lisan dan sama ada nyata atau tersirat, untuk bekerja bagi sesuatu majikan;
[Pin. Akta A914/ 1995; Gan. A1123/ 2001]
"pekerja berpencen" ertinya pekerja yang telah diletakkan dalam perjawatan berpencen yang berkenaan atau disifatkan telah diletakkan sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh perletakan pekerja dalam perjawatan berpencen yang berkenaan oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
"Pemeriksa" ertinya seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 34;
[Pin. Akta A914/1995]
"Pengerusi" berhubungan dengan Lembaga termasuklah Timbalan Pengerusi;
"pinjaman" termasuk pembiayaan mengikut Shariah;
[Mas. Akta A1504/2016]
"pinjaman perumahan khas" ertinya apa-apa pinjaman kepada syarikat yang diluluskan semata-mata bagi maksud pinjaman semula kepada peminjam bagi pembelian rumah kos rendah;
[Mas. Akta A914/1995]
"rumah" ertinya mana-mana rumah kediaman yang dibina atau sedang dibina dan termasuklah rumah pangsa, kondominium atau rumah kedai yang dibina atau sedang dibina bagi maksud kediaman atau sebahagiannya untuk kediaman dan sebahagiannya untuk menjalankan perniagaan, perdagangan atau profesion di dalamnya;
"skim baru" ertinya gaji dan terma dan syarat perkhidmatan yang dikaji semula bagi pekerja dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang timbul daripada kajian semula gaji dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri;
"syarikat diluluskan" ertinya suatu syarikat yang
- diperbadankan di Malaysia dan mempunyai suatu tempat perniagaan di Malaysia;
-
- tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk menggalakkan pemunyaan rumah secara membuat pendahuluan jumlah wang bagi pembelian tanah dan bangunan, yang mana wang pokok dan faedahnya kena dibayar balik secara ansuran dalam tempoh beberapa tahun yang tetap, yang tidak melebihi pada bila-bila masa nilai tanah dan bangunan tersebut yang dibuat oleh juruukur tanah berlesen atau pentaksir berlesen; atau
- dalam mana Kerajaan Malaysia mempunyai penyertaan dan tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk membiayai industri; dan
- diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud menerima pinjaman daripada Lembaga mengikut seksyen 26A;
[Pin. Akta A914/1995]
"upah" ertinya semua saraan dalam bentuk wang, yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya dan termasuklah apa-apa bonus, komisen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja sama ada bonus, komisen atau elaun itu kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya atau selainnya, tetapi tidak termasuk-
- caj perkhidmatan;
[Pin. Akta A1080/2000]
- bayaran lebih masa;
- ganjaran;
- faedah persaraan;
[Pin. Akta A1080/2000]
- faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan;
[Mas. Akta A914/1995]
- mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsensi perjalanan; atau
[Mas. Akta A914/1995]
- mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri.
[Mas. Akta A914/1995]
BAHAGIAN II
LEMBAGA DAN PANEL PELABURAN
Seksyen 3
Penubuhan Lembaga
Bagi maksud menguruskan Kumpulan Wang dan bagi melaksanakan maksud Akta ini, suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja" ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh dengan ini membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil,memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada tiap-tiap perihalan dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
[Pin. Akta A1300/2007]
Seksyen 4
Keahlian Lembaga
- Lembaga hendaklah terdiri daripada -
- Pengerusi;
- Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang disebut dalam subperenggan (d)(i);
- Ketua pegawai eksekutif yang hendaklah menjadi seorang ahli ex-officio; dan
[Pin. Akta A958/1996]
- tidak lebih daripada dua puluh orang ahli lain yang mana-
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri;
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan majikan yang mencarum kepada Kumpulan Wang dan yang bukannya orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri atau diambil bekerja oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan pekerja yang mencarum kepada Kumpulan Wang; dan
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan.

- Jika Pengerusi itu bukanlah seorang wakil dari Kementerian Kewangan, Menteri hendaklah melantik seorang wakil dari Kementerian Kewangan untuk menjadi seorang ahli Lembaga di bawah subseksyen 1(d)(i) yang hendaklah juga dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.
- Ahli Lembaga, selain daripada ketua pegawai eksekutif, hendaklah dilantik oleh Menteri dan, tertakluk kepada seksyen 6 dan 7 hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri.
- Ahli Lembaga tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 5
Ahli silih ganti
- Menteri bolehlah berkenaan dengan setiap orang ahli yang dilantik di bawah subperenggan 4(1)(d)(i) melantik, dengan menamakannya, seseorang untuk menjadi seorang ahli silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan ahli itu apabila ahli itu tidak dapat hadir oleh kerana apa-apa sebab.
- Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan seseorang ahli, seseorang ahli silih berganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Lembaga.
- Seseorang ahli silih ganti hendaklah terhenti menjadi ahli silih ganti apabila ahli yang berkenaan dengannya dia adalah ahli silih ganti terhenti menjadi ahli Lembaga.
Seksyen 6
Tempoh jawatan
(1) Tertakluk kepada seksyen 7(2), 8 dan 22, seseorang ahli Lembaga, selain daripada ketua pegawai eksekutif, hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.
[Pin. Akta A958/1996, A1611/2019]
(2) Seseorang ahli Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada ahli boleh memegang jawatan bagi tempoh keseluruhan melebihi dua belas tahun.
[Mas. Akta. A1611/2019]
Seksyen 7
Perletakan jawatan dan pembatalan
- Seseorang ahli Lembaga, termasuklah Timbalan Pengerusi, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi, dan dalam hal Pengerusi, melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
- Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan seseorang ahli Lembaga jika difikirkannya suai manfaat untuk berbuat demikian tanpa memberikan apa-apa sebab mengenainya.
Seksyen 8
Pengosongan jawatan
Seseorang ahli Lembaga hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya -
- atas kematiannya; atau
- atas kegagalannya untuk menghadiri tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.
Seksyen 9
Kuorum Lembaga
[Gan. Akta A1611/2019]
- Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan lapan orang ahli lain adalah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Lembaga.
[Pin. Akta A1611/2019]
- Dalam masa ketakhadiran Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga dan bolehlah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.
- Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
Seksyen 10
Pengerusi mempunyai undi pemutus
- Jika atas apa-apa soal yang hendak ditentukan terdapat kesamarataan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya
- Jika Pengerusi adalah juga ketua pegawai eksekutif, dia tidaklah mempunyai undi atas sifatnya sebagai ketua pegawai eksekutif.
[Pin. Akta A958/1996]
Seksyen 11
Kuasa Menteri untuk memberi arahan
Menteri bolehlah memberi kepada Lembaga arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini tentang penjalanan fungsi dan kuasa Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu.
Seksyen 12
Tugas untuk mengemukakan maklumat kepada Menteri
Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri apa-apa maklumat berhubungan dengan kegiatannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Seksyen 13
Pengesahan meterai
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Lembaga hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga di hadapan Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, atau sama ada Pengerusi atau ketua pegawai eksekutif dan seorang ahli lain Lembaga, atau mana-mana dua orang ahli lain Lembaga dan mana-mana surat ikatan, dokumen atau surat cara yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga dan disahkan sedemikian hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah:
Dengan syarat bahawa jika Pengerusi adalah juga ketua pegawai eksekutif, meterai perbadanan Lembaga hendaklah dimeteraikan di hadapan Pengerusi dan seorang ahli lain Lembaga atau mana-mana dua orang ahli lain Lembaga.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 14
Kuasa-kuasa dan tugas-tugas Lembaga
- Lembaga hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah melaksanakan tugas sebagaimana yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini.
- Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang dan mewakilkan kepada orang tersebut sama ada di dalam Malaysia atau di mana-mana tempat di luar Malaysia semua atau mana-mana kuasa dan tugas Lembaga dan orang yang dilantik sedemikian itu boleh, tertakluk kepada surat cara tersebut, melakukan apa-apa tindakan atau menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa tugas yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakan.
- Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan dalam menjalankan kuasa-kuasanya atau dalam melaksanakan tugasnya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik lagi maksud Akta ini.
Seksyen 15
Rizab am dan akaun rizab lain
- Lembaga boleh menubuhkan dan menguruskan suatu rizab am dan akaun rizab lain.
- Pembayaran ke dalam dan keluar daripada akaun rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
Seksyen 16
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh melantik mana-mana orang atau menubuhkan apa-apa jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan pentadbiran Kumpulan Wang.
Seksyen 17
Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya
Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
Seksyen 18
Penubuhan dan keahlian Panel Pelaburan
- Suatu Panel Pelaburan yang bertanggungjawab bagi perkara yang berkenaan dengan pelaburan Kumpulan Wang dan yang hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut ditubuhkan:
- Pengerusi, atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Menteri, yang hendaklah menjadi Pengerusi Panel Pelaburan;
- Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan wakil daripada Kementerian Kewangan;
- (Dipotong oleh Akta A1611/2019);
- ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah menjadi seorang ahli ex-officio; dan
- empat orang lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi atau pengetahuan atau pengalaman lain yang relevan, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
[Gan. Akta A1300/2007; Pin. Akta A1611/2019]
- Panel Pelaburan hendaklah tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri, dari semasa ke semasa.
- Ahli Panel Pelaburan tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri.
Seksyen 19
Pengosongan jawatan
Seseorang ahli Panel Pelaburan hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya -
- atas kematiannya; atau
- atas kegagalannya untuk menghadiri tiga mesyuarat Panel Pelaburan secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Panel Pelaburan.
Seksyen 20
Kuorum dan penjalanan prosiding
- Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Panel Pelaburan dan dua orang ahli lain Panel Pelaburan adalah membentuk kuorom pada semua mesyuarat Panel Pelaburan.
[Pin. Akta A1300/2007]
(1A) Dalam masa ketidakhadiran Pengerusi, Tmbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Panel Pelaburan dan, hendaklah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.[Mas. Akta A1300/2007]
- Tertakluk kepada seksyen 18(2), Panel Pelaburan hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
Seksyen 21
Pengerusi Panel Pelaburan mempunyai undi pemutus
- Jika atas apa-apa soal yang hendak ditentukan terdapat kesamarataan undi, Pengerusi Panel Pelaburan hendaklah mempunyaiundi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
- Jika Pengerusi adalah juga ketua pegawai eksekutif dan dia dilantik sebagai Pengerusi Panel Pelaburan, dia tidaklah mempunyai undi atas sifatnya sebagai ketua pegawai eksekutif.
[Pin. Akta A958/1996]
Seksyen 22
Ketidaklayakan daripada keahlian Lembaga dan Panel Pelaburan
Orang yang berikut tidak layak dilantik sebagai ahli Lembaga atau Panel Pelaburan atau jika dia adalah seorang ahli Lembaga atau Panel Pelaburan dia hendaklah terhenti daripada menjadi ahli:
- seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak upaya melaksanakan tugasnya;
- seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun;
- seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran, atau keburukan akhlak; atau
- seseorang bankrap.
Seksyen 23
Pendedahan kepentingan
- Tiap-tiap ahli Lembaga atau Panel Pelaburan, yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung melalui dirinya sendiri, suami-isteri atau anak-anaknya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, Panel Pelaburan atau mana-mana jawatankuasa yang baginya dia adalah seorang ahli, hendaklah mendedahkan kepada Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa, mengikut mana yang berkenaan, fakta mengenai kepentingannya dan jenis kepentingannya dengan seberapa segera yang praktik selepas fakta berkaitan itu telah sampai kepada pengetahuannya.
- Mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa yang gagal mendedahkan kepentingannya sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
- Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa, dan selepas apa-apa perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah -
- tidak mengambil bahagian dan juga tidak hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa atau jawatankuasa berhubungan dengan perkara tersebut; dan
- tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa untuk pertimbangtelitian atau keputusan tersebut.
- Tiada tindakan atau prosiding Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.
Seksyen 23A
Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Shariah
- Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Shariah yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan perkara Shariah bagi maksud menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa mematuhi prinsip Shariah, termasuk caruman, pelaburan dan dividen.
- Jawatankuasa Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 23B
Fungsi Jawatankuasa Penasihat Shariah
Jawatankuasa Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
- untuk menentukan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa;
- untuk menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Shariah dan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa;
- apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 23C
Pelantikan ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah
- Lembaga boleh melantik apa-apa bilangan orang, yang hendaklah tidak kurang daripada tiga orang, dalam kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah, atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin lain yang berkaitan, sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah.
- Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah tidak berhak kepada apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium, dan elaun perbelanjaan dan elaun sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 23D
Rujukan kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah
- Lembaga dan Panel Pelaburan hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Shariah dan apa-apa perkara yang menghendaki penentuan prinsip Shariah oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa.
- Nasihat yang diberikan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara yang dirujuk di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat Lembaga dan Panel Pelaburan.
[Mas. Akta A1504/2016]
BAHAGIAN III
KUMPULAN WANG
Seksyen 24
Penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Bagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dipanggil "Kumpulan Wang Simpanan Pekerja", yang ke dalamnya hendaklah dibayar-
- segala caruman yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini;
- wang yang diperoleh dengan menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
- wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; dan
- segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya.
- Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud-
- menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini;
- pelaburan di bawah Akta ini;
[Pin. Akta A914/1995]
- memberi pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga;
- membayar, apa-apa belanja yang dilakukan dengan sahnya oleh Lembaga termasuklah apa-apa fi ukur atau fi guaman dan kos atau apa-apa fi lain dan kos di bawah seksyen 14 dan, saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
[Pin. Akta A914/1995]
- membayar apa-apa belanja lain, kos atau perbelanjaan yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh Lembaga dalam melaksanakan kuasanya dan melaksanakan tugasnya;
[Pin. Akta A914/1995]
- membayar balik apa-apa wang yang dipinjamkan di bawah Akta ini jika ada, dan faedah yang kena dibayar ke atasnya; dan
- pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang.
Seksyen 25
Lembaga hendaklah menjadi pemegang amanah Kumpulan Wang
Lembaga hendaklah menjadi pemegang amanah Kumpulan Wang.
Seksyen 26
Kuasa Lembaga untuk melabur
[Gan. Akta A914/1995]
- Lembaga boleh tertakluk kepada subseksyen 18(2), melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang mengikut cara yang berikut:
- didepositkan dalam-
- Bank Negara Malaysia; atau
- bank atau bank pelaburan yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; atau
[Gan. Akta A1504/2016]
- bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau
[Gan. Akta A1504/2016]
- institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
[Mas.Akta A1504/2016]
- dilabur dalam-
- saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam permulaan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau saham yang disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta yang sama; atau
[Gan. Akta A1504/2016]
- debentur mana-mana syarikat awam;

- dalam bon atau pembelian kertas gadai-janji, nota komersial, persetujuan jurubank, kertas pasaran wang, sijil deposit, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain jenis yang seumpamanya;
- mengikut peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]:
Dengan syarat bagaimanapun, jika Lembaga melaburkan dalam atau atas hakmilik kepada harta tak alih di Malaysia mengikut perenggan 4(1)(c) Akta Pemegang Amanah 1949, harta tak alih itu mungkin atau mungkin tidak menghasilkan apa-apa pendapatan pada masa pelaburan itu; - memberi pinjaman kepada Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri; dan
[Pin.Akta A1504/2016]
- memberi pinjaman kepada ahli Kumpulan Wang tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga bagi maksud pembelian atau pembinaan sebuah rumah.
- didepositkan dalam-
- Lembaga boleh dengan kebenaran bertulis Menteri, melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang dengan cara yang berikut:
- didepositkan dalam mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- dilaburkan dalam apa-apa usaha sama;
- menyertai dalam apa-apa program penswastaan;
- memberi pinjaman kepada mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- dengan melabur dalam apa-apa pelaburan di luar Malaysia;
[Pin. Akta A1300/2007]
(ea) dengan menyertai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif; atau[Pin. Akta A1300/2007]
- dilaburkan dalam apa-apa bentuk pelaburan yang lain.
- Bagi maksud seksyen ini
"debentur" termasuklah stok debentur, bon, nota dan mana-mana sekuriti lain sesebuah perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian ke atas aset perbadanan atau tidak;
[Pin. Akta A1300/2007]
"instrumen derivatif" ertinya suatu kontrak kewangan termasuk kontrak hadapan, kontrak niagaan ke depan dan kontrak opsyen; dan
[Pin. Akta A1300/2007]
"saham" ertinya saham berbayar (sama ada dibayar secara penuh atau tidak) dalam modal saham syarikat dan termasuklah stok dan hak untuk melanggan bagi mana-mana stok dan saham.
- Lembaga boleh, jika suatu mata wang asing dikehendaki sebagai suatu instrumen pelaburan, dalam menjalankan pelaburan yang telah diluluskan dibawah seksyen ini, membuat pinjaman mata wang asing bagi maksud pelaburan itu.
[Pin. Akta A1300/2007]
Seksyen 26A
Kuasa Lembaga untuk melabur dalam syarikat yang diluluskan
[Mas. Akta A914/1995; Pin. Akta A958/1996]
- Sebagai tambahan kepada kuasa Lembaga untuk melabur mengikut seksyen 26, Lembaga boleh melabur
- secara pinjaman kepada sesuatu syarikat diluluskan atau pembelian syer dalam sesuatu syarikat diluluskan; atau
- secara pinjaman perumahan khas kepada sesuatu syarikat diluluskan.
- Tiada wang kepunyaan Kumpulan Wang boleh dilaburkan mengikut subseksyen (1) melainkan jika
- modal syer biasa berbayar syarikat diluluskan itu adalah tidak kurang daripada lima juta ringgit Malaysia;
- syarikat diluluskan itu telah membayar dividen pada kadar yang tidak kurang daripada lima peratus ke atas modal syer biasa itu dalam setiap tiga tahun yang terakhir sebelum masa pelaburan itu dan jika syarikat diluluskan itu adalah suatu syarikat yang telah memperoleh aset dan liabiliti sesuatu syarikat diluluskan yang lain, pembayaran dividen oleh syarikat yang lain itu dalam setiap tiga tahun yang terakhir sebelum masa perolehan itu hendaklah dianggap sebagai pembayaran oleh syarikat diluluskan itu;
- dalam hal sesuatu syarikat diluluskan yang tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk menggalakkan pemunyaan rumah dan, jumlah amaun pinjaman syarikat diluluskan itu daripada semua sumber, tidak termasuk amaun apa-apa pinjaman perumahan khas, sama ada pemegang amanah atau tidak, yang telah diterima oleh syarikat diluluskan itu atas pinjaman dan deposit, dan termasuk faedah yang kena dibayar ke atasnya dan tidak dibayar balik oleh syarikat diluluskan itu, tidak pada bila-bila masa melebihi tiga perempat daripada amaun, tidak termasuk faedah akan datang, yang pada masa itu dicagarkan kepada syarikat diluluskan itu daripada peminjam-peminjamnya:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh mengubah apa-apa had yang dikenakan ke atas jumlah amaun pinjaman syarikat diluluskan dalam perenggan ini;
[Mas. Akta A958/1996]
- suatu perakuan bahawa peruntukan perenggan (a), (b) dan (c) subseksyen ini telah dipatuhi berkenaan dengan tahun kewangan yang terakhir bagi syarikat diluluskan itu, jika dimasukkan dalam laporan juruaudit yang dilampirkan kepada akaun tahunan syarikat diluluskan itu yang dikehendaki disediakan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang kepadanya syarikat diluluskan itu tertakluk, hendaklah muktamad memihak kepada Lembaga yang membuat pelaburan itu; dan
- mana-mana perjanjian tentang pembayaran balik yang dibuat antara Lembaga dan syarikat diluluskan itu hendaklah ditamatkan dengan serta-merta jika-
- syarikat diluluskan itu terhenti daripada mematuhi mana-mana peruntukan perenggan (a), (b) dan (c) subseksyen ini;
- syarikat diluluskan itu tidak mendapatkan suatu perakuan dalam terma dan mengikut cara yang dinyatakan dalam perenggan (d) subseksyen ini; atau
- Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui pemberitahuan dalam Warta, mengarahkan bahawa syarikat itu hendaklah terhenti daripada menjadi suatu syarikat diluluskan akibat daripada pertimbangannya bahawa syarikat itu telah menyimpang daripada tujuan tunggal atau utamanya,
dan apa-apa wang kepunyaan Kumpulan Wang hendaklah sesudah itu kena dibayar balik dengan serta-merta.

Seksyen 26B
Lembaga melabur dalam Sekuriti Kerajaan
[Mas. Akta A914/1995]
- Tertakluk kepada apa-apa perubahan yang boleh dibuat oleh Menteri di bawah subsekyen (2), Lembaga hendaklah melaburkan atau melaburkan semula sekurang-kurangnya lima puluh peratus, daripada wang yang dipunyai oleh Kumpulan Wang dan dilaburkan atau dilaburkan semula dalam mana-mana satu tahun, dalam sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat bahawa jumlah amaun wang dilaburkan sedemikian dalam sekuriti itu pada bila-bila masa tertentu tidak boleh kurang daripada tujuh puluh peratus daripada jumlah pelaburan Kumpulan Wang.
- Menteri boleh, atas permohonan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
[Gan. Akta A1123/2001]
- Bagi maksud seksyen ini, sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia hendaklah termasuk -
- pinjaman yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia;
- sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia;
- kertas Bank Negara Malaysia;
[Pin. Akta A958/1996]
- sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia;
[Pin. Akta A958/1996]
- apa-apa surat cara komersial (yang mempunyai sifat boleh niaga) yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan; dan
- apa-apa deposit dalam akaun sumbangan pendahuluan di Bank Negara Malaysia di bawah subperenggan 26(1)(a)(i).
[Gan. Akta A1123/2001]
Seksyen 26C
Kuasa Lembaga untuk menubuhkan perbadanan atau syarikat
[Mas. Akta A958/1996]
- Lembaga boleh, dalam melaksanakan kuasa pelaburan di bawah Akta ini, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan khas Menteri
- menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga;
- menubuhkan sesuatu syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dengan apa-apa nama yang difikirkan sesuai oleh Lembaga; atau
- mengambil alih apa-apa syarikat, untuk menjalankan, mentadbirkan, melakukan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, skim, perusahaan atau apa-apa perkara lain yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.
- Peruntukan Jadual Ketujuh hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) dan Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai bagi sesuatu syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih di bawah perenggan (1)(b) atau (c), masing-masingnya.
Seksyen 27
Perisytiharan dividen
[Gan. Akta A1504/2016]
- Pada atau selepas berakhirnya tahun kewangan, iaitu pada 31 Disember setiap tahun, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan dividen ke atas caruman kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan tahun itu -
- berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli Kumpulan Wang yang tidak memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43A atau yang telah memilih di bawah seksyen 43A tetapi pemilihan itu belum berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh Lembaga berhubung dengan akaun itu yang hendaklah tidak kurang daripada dua setengah peratus setahun; dan
- berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh Lembaga berhubung dengan akaun itu.
- Tertakluk kepada seksyen 50, dividen yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1) hendaklah kena dibayar ke atas caruman kepada Kumpulan Wang mengikut akaun ahli-ahli Kumpulan Wang masing-masing.
- Walau apa pun perenggan (1)(a) dan (b), tiada kadar dividen yang melebihi dua setengah peratus setahun boleh diisytiharkan sedemikian-
- melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa keupayaan Kumpulan Wang untuk menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibayar di bawah Akta ini tidak terancam oleh pengisytiharan kadar itu; dan
- jika apa-apa jumlah wang yang didahulukan oleh Kerajaan Malaysia di bawah seksyen 28 telah tidak pada ketika itu dibayar balik.
Seksyen 28
Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Jika Kumpulan Wang pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang yang Kumpulan Wang dikehendaki membayar di bawah Akta ini, jumlah wang yang dikehendaki dibayar sedemikian hendaklah dipertanggungkan ke atas dan didahulukan kepada Kumpulan Wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan Kumpulan Wang hendaklah dengan seberapa segera yang praktik membayar balik kepada Kerajaan Malaysia jumlah wang yang telah didahulukan sedemikian.
Seksyen 29
Pengauditan akaun-akaun tahunan Kumpulan Wang
Akaun tahunan Kumpulan Wang hendaklah diaudit mengikut peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240].
BAHAGIAN IIIA
PELABURAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG
Seksyen 29A
Pelaburan oleh ahli Kumpulan Wang
[Mas. Akta A958/1996, Gan. Akta A1300/2007]
- Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dengan Akta ini, Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini -
- membenarkan suatu permohonan yang dibuat oleh seseorang ahli Kumpulan Wang bagi pelaburan dalam institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pelaburan dalam mana-mana pelaburan yang diluluskan oleh Menteri; dan
- membenarkan pemindahan apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu ke dalam institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Menteri tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
- Jika Lembaga telah membenarkan pemindahan suatu jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu di bawah subseksyen (1)
- amaun yang dibenarkan itu tidak boleh dibayar dividen sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan
- amaun itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan daripada kredit ahli itu di Kumpulan Wang mulai dari tarikh ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun dan ahli itu boleh berurusan terus dengan institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Menteri berhubung dengan kredit itu.
BAHAGIAN IV
PELANTIKAN PEGAWAI DAN PEKHIDMAT, KUASA, FUNGSI DAN TUGAS MEREKA
Seksyen 30
[Pin. Akta A1080/2000]
Pelantikan ketua pegawai eksekutif, pegawai dan pekhidmat Lembaga
- Menteri hendaklah melantik seseorang yang layak dan sesuai, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukannya, sebagai ketua pegawai eksekutif, yang boleh diberikan apa-apa nama jawatan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
[Gan. Akta A958/1996]
- Jika tiada pelantikan ketua pegawai eksekutif dibuat di bawah subseksyen (1), Pengerusi hendaklah menjalankan tugas ketua pegawai eksekutif dan hendaklah dikenali sebagai Pengerusi Eksekutif dan apa-apa saraan atau elaun yang dibayar hendaklah ditentukan oleh Menteri.
[Pin. Akta A914/1995]
- Lembaga hendaklah melantik seberapa orang pegawai atau pekhidmat lain, sebagaimana yang difikirkan perlu bagi penjalanan cekap urusan Lembaga, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, yang boleh diberikan apa-apa jua nama jawatan sebagaimana yang ditentukannya.
[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996]
- Ketua pegawai eksekutif hendaklah, tertakluk kepada arahan Lembaga ke atas perkara polisi, dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian mengenai hal ehwal Lembaga dan kawalan pentadbiran mengenai pegawai dan pekhidmatnya.
- Tertakluk pada seksyen 31 dan 33, adalah menjadi tugas Lembaga untuk melantik, mengesahkan, meletakkan dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.
- Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah subseksyen (5) kepada mana-mana ahli Lembaga, pegawai atau kepada mana-mana jawatankuasa, yang terdiri daripada beberapa orang ahli atau pegawai atau beberapa orang ahli dan pegawai kedua-duanya, yang dilantik olehnya, dan ahli, pegawai atau jawatankuasa itu hendaklah menjalankan fungsi itu di bawah arahan dan kawalan Lembaga.
Seksyen 31
[Pin. Akta A1080/2000]
Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib
[Gan. Akta A1300/2007]
- Suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga ditubuhkan.
[Pin. Akta A914/1995, Pin. Akta A958/1996]
- Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada lima orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa.

- Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan dua orang ahli Jawatankuasa hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib.
[Pin. Akta A958/1996, Pin. Akta A1080/2000]
- Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan prosidingnya.

- Dalam menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 73.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk pada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau tugas tatatertibnya selain hukuman tatatertib bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai dan pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai dan pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa itu.
- Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) bagi membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjalankan apa-apa kuasa tatatertib atau menjadi seorang ahli suatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 31A
Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
[Mas. Akta A1300/2007]
- Suatu Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib di bawah seksyen 31 ditubuhkan.
- Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa itu.
- Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib.
- Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
- Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 31(5) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.
- Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu adalah muktamad.
Seksyen 32
Pengenaan surcaj
- Jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Lembaga-
- bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;
- bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, setem, sekuriti, stor atau harta lain Lembaga;
- yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
- telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, akan wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran tersebut kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang tersebut dan Lembaga,
- Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
- Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik tersebut.
- Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan-
- daripada gaji orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
- daripada pencen orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian,
- ...
- (Dipotong oleh Akta A914)
Seksyen 33
Penubuhan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga
- Suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Lembaga berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga selain ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah terdiri daripada lima orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa, ditubuhkan.
[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996, Gan. Akta A1300/2007]
(1A) Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat dan dua orang ahli lain Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996]
(1B) Jika atas apa-apa soal yang hendaklah ditentukan terdapat kesamarataan undi, Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996]
(1C) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.[Pin. Akta A914/1995]
- Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa, fungsi dan tugas yang berhubungan dengan kenaikan pangkat pegawai dan pekhidmat Lembaga.
- Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh mewakilkan mana-mana kuasa, fungsi atau tugasnya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa tersebut.
- (Dipotong oleh Akta A1300)
- (Dipotong oleh Akta A1300)
Seksyen 33A
[Mas. Akta A1300/2007]
Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga
- Suatu Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat Lembaga berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di bawah seksyen 33 ditubuhkan.
- Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa.
- Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat.
- Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
- Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 33(3) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.
- Keputusan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat adalah muktamad.
Seksyen 34
Pelantikan Pemeriksa, kuasa, fungsi dan tugas mereka
- Lembaga boleh melantik seberapa bilangan Pemeriksa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini daripada mana-mana pegawai dan pekhidmat yang dilantik di bawah subseksyen 30(3) dan pelantikan tersebut hendaklah disiarkan dalamWarta.
[Pin. Akta A914/1995; Pin. Akta A1080/2000]
- Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang diberikan di bawah Akta ini.
- Seseorang Pemeriksa hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan ketua pegawai eksekutif, atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain Lembaga yang diberi kuasa oleh ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana Pemeriksa lain yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ketua pegawai eksekutif, atau pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau Pemeriksa yang lebih tinggi dari segi pangkat, boleh menyatakan secara lisan atau bertulis, sama ada pada amnya, atau dalam mana-mana hal atau hal keadaan tertentu.
- Ketua pegawai eksekutif hendaklah mempunyai segala kuasa Pemeriksa.
[Pin. Akta A914/1995, Pin. Akta A1080/2000]
- Lembaga boleh, secara bertulis, meletakhakkan segala atau mana-mana kuasa, fungsi dan tugas Pemeriksa pada mana-mana pegawai Lembaga yang tidak dilantik sebagai Pemeriksa di bawah subseksyen (1).
[Gan. Akta A1080/2000]
Seksyen 35
Kuasa-kuasa untuk memasuki, memeriksa dan menggeledah
Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, seseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh pada bila-bila masa yang munasabah -
- memasuki mana-mana premis atau tempat di mana orang dipercayai telah diambil bekerja sebagai pekerja;
- membuat apa-apa pemeriksaan dan siasatan sebagaimana yang perlu bagi menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sedang dipatuhi atau telah dipatuhi dalam mana-mana premis atau tempat tersebut;
- menyoal periksa, sama ada secara bersendirian atau dengan kehadiran mana-mana orang lain, berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini yang mengenainya dia semunasabahnya menghendaki maklumat, tiap-tiap orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai boleh memberi maklumat mengenai hal perkara siasatan itu, dan menghendaki tiap-tiap orang tersebut disoal periksa dan bagi maksud-maksud soal periksa tersebut boleh menyaman mana-mana orang tersebut untuk hadir pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam saman itu; dan
- menjalankan mana-mana kuasa lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan Akta ini.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 36
Menghalang penjalanan kuasa Pemeriksa
- Tiada seorang pun boleh -
- enggan memberi mana-mana Pemeriksa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 35, akses kepada mana-mana premis atau bahagiannya;
- menyerang, menghalang, menggalang atau melengahkan Pemeriksa itu dalam melakukan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melakukan;
- gagal mematuhi apa-apa kehendak sah Pemeriksa dalam melaksanakan kuasa, fungsi dan tugasnya di bawah seksyen 35;
- enggan memberi Pemeriksa apa-apa maklumat semunasabahnya yang dikehendaki daripadanya;
- gagal mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada Pemeriksa, mana-mana harta, buku, dokumen lain atau barang yang berhubungan dengannya Pemeriksa itu mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini atau
- mengemukakan kepada Pemeriksa sebagai benar, maklumat yang dia ketahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu.
[Mas. Akta A914/1995]
- Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
Seksyen 37
Kuasa untuk menyoal periksa orang
- Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa, yang membuat apa-apa penyiasatan di bawah seksyen 35 boleh menyoal periksa secara lisan mana-mana orang yang dipercayainya mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah menurunkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang disoal periksa itu.
- Orang yang disoal periksa itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes tersebut yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang menyoal periksa itu:
Dengan syarat bahawa orang tersebut boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada sesuatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
- Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan kebenaran, sama ada atau tidak pernyataan tersebut dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.
- Seseorang pegawai yang menyoal periksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang tersebut akan peruntukan subseksyen (2) dan (3).
- Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila jua mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau diletakkan dengan cap ibu jarinya mengikut mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.ya.
[Pin. Akta A914/1995]
- (Dipotong oleh Akta A914).
Seksyen 37A
[Mas. Akta A914.]
Kuasa Lembaga menaksir caruman berdasarkan kepada maklumat yang ada
- Seseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh, menaksirkan apa-apa caruman yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan kepada maklumat yang ada jika majikan itu -
- tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dilaksanakan olehnya di bawah Akta ini; atau
- tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dikemukakan olehnya di bawah Akta ini.
- Taksiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi bukti mencukupi tuntutan Lembaga bagi mendapatkan kembali apa-apa caruman di bawah seksyen 65.
Seksyen 38
Kuasa ketua pegawai eksekutif untuk meminta maklumat atau butir-butir menggeledah
- Bagi maksud mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada mana-mana orang adalah bertanggungan untuk membayar caruman di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang -
- untuk mengemukakan kepada ketua pegawai eksekutif dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir-butir yang dinyatakan dalam notis itu;
- untuk hadir sendiri di hadapan ketua pegawai eksekutif atau mana-mana pegawai yang dilantik olehnya dan mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang ketua pegawai eksekutif atau pegawai itu fikirkan perlu; atau
- untuk mengemukakan maklumat atau butir-butir mengikut perenggan(a)dan juga hadir mengikut perenggan(b).
- Mana-mana orang yang gagal mematuhi peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(2A) Jika seseorang didapati bersalah di bawah subseksyen (2), Mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk mematuhi kehendak notis ketua pegawai eksekutif di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh perintah Mahkamah itu.[Mas. Akta A1080/2000]
- Apabila didapati oleh mana-mana majistret, atas maklumat bertulis yang diangkat sumpah, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di premis tertentu terdapat mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki menurut subseksyen (1) dan telah tidak dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, maka majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya dengan atau tanpa bantuan-
- untuk menggeledah premis dan untuk memecah buka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti, koper, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan ataupun tidak, di dalam premis itu; dan
- untuk mengambil milik, atau melindung daripada gangguan, mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang nampaknya adalah buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki sedemikian.
Seksyen 39
[Gan. Akta A1611/2019]
Menghalang orang daripada meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman
-
- Jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar mana-mana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak dan kena dibayar itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya.
[Gan. Akta A1300/2007; Gan. Akta A1611/2019]
- Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima sesuatu permintaan di bawah perenggan(a)berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah (termasuklah menggunakan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana surat pengenalan dan mana-mana pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan orang tersebut) sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya.
[Gan. Akta A1611/2019]
- Ketua pegawai eksekutif hendaklah menyebabkan notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah perenggan (a) supaya disampaikan ke diri atau melalui pos berdaftar (yang dialamatkan kepada alamatnya yang akhir sekali diketahui) kepada orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu:
Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang tersebut tidaklah menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini. - Jika seseorang yang berkenaan dengannya sesuatu perakuan telah dikeluarkan di bawah perenggan (a) mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh ketua pegawai eksekutif atau seorang pegawai diberi kuasa yang bermaksud bahawa caruman yang tertunggak dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayaran, pernyataan atau pembayaran itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan orang tersebut meninggalkan Malaysia.
[Gan. Akta A1611/2019]
- Jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar mana-mana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak dan kena dibayar itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya.
- Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau disenggarakan terhadap Lembaga, pegawai dan pekhidmatnya, Kerajaan Malaysia atau mana-mana pekhidmat awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan secara sah di bawah seksyen ini.
[Pin. Akta A1611/2019]
- Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah subseksyen (1), meninggalkan Malaysia tanpa membayar semua caruman yang tertunggak dan kena dibayar yang dinyatakan dalam perakuan itu atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
[Mas. Akta A1611/2019]
- Bagi maksud seksyen ini, “caruman” termasuklah apa-apa dividen atau caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.
[Mas. Akta A1611/2019]
BAHAGIAN V
CARUMAN KEPADA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Seksyen 40
(Dipotong oleh Akta A1300/2007).
Seksyen 41
Tugas majikan untuk mendaftar dengan Lembaga
- Tiap-tiap majikan hendaklah, melainkan jika dia sudah pun didaftarkan dengan Lembaga, sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam bulan pertama yang di dalamnya dia membayar upah yang berkenaan dengannya dia dikehendaki untuk membayar caruman di bawah Akta ini, mendaftar dengan Lembaga mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
- Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi seorang majikan, mengikut pengertian Akta ini, dia hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memberitahu Lembaga mengenainya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1300/2007]
- Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Seksyen 42
Tugas majikan untuk menyediakan dan memberikan penyata upah
- Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan memberikan penyata upah kepada setiap dan tiap-tiap orang pekerja dan penyata upah tersebut hendaklah mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.
- Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan menyimpan satu atau lebih daftar yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah dan daftar tersebut hendaklah disimpan bagi sesuatu tempoh supaya tiap-tiap butir yang direkodkan di dalamnya boleh didapati bagi pemeriksaan untuk tidak kurang daripada enam tahun selepas daftar berkenaan direkodkan.
Seksyen 43
Kadar caruman
- Tertakluk pada seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan tiap-tiap majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungan untuk membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
[Mas. Akta A914/1995]
(1A) Tertakluk kepada seksyen 52, caruman bulanan bagi tiap-tiap pekerja dan majikan yang tertakluk kepada perintah gaji minimum yang dibuat di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] tidak boleh kurang daripada caruman bulanan berdasarkan amaun gaji minimum bagi bulan itu yang ditentukan di bawah perintah gaji minimum itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.[Mas. Akta A1504/2016]
- Mana-mana orang yang menjadi seorang majikan yang gagal, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, untuk membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa caruman yang dia bertanggungan di bawah Akta ini untuk membayar berkenaan dengan atau bagi pihak mana-mana pekerja berkenaan dengan mana-mana bulan melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama satu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
[Gan. Akta A1300/2007]
- Tanpa menjelaskan peruntukan subseksyen (1) dan (1A), majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk membayar caruman bulanan pada kadar yang melebihi kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga dengan satu ringgit ataupun sesuatu gandaan bagi satu ringgit tertakluk pada apa-apa had maksimum caruman bulanan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
[Pin. Akta A1504/2016, Mas. Akta A1300/2007]
- Notis mengenai pemilihan sedemikian hendaklah diberikan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan, Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah memilih seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah kadar caruman yang majikan atau pekerja tersebut telah memilih untuk membayar, adalah kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga:
Dengan syarat bahawa sesuatu pemilihan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pemilihannya yang dibuat di bawah subseksyen (4).
- Notis mengenai pembatalan sedemikian hendaklah diberi kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan, Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah membatalkan seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah majikan atau pekerja tersebut tidak memilih untuk membayar caruman lebihan:
Dengan syarat bahawa sesuatu pembatalan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Dalam keadaan berlakunya kematian pekerja, tiada caruman kena dibayar di bawah seksyen ini oleh atau bagi pihak pekerja itu berkenaan dengan bulan yang di dalamnya kematian tersebut berlaku:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana caruman sedemikian telah diterima, caruman berkenaan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut seksyen 50.
[Mas. Akta A914/1995]
- Walau apa pun subseksyen (1)
- orang yang bekerja sendiri;
- pekerja berpencen;
- mana-mana orang yang bukan majikan atau bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini; atau
[Pin. Akta A1080/2000, Mas. Akta. A1611/2019]
- mana-mana orang yang bukan majikan dan bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini, dan kedua-duanya telah memberi persetujuan untuk mencarum,
[Gan. Akta. A1611/2019]
boleh, dengan memberi notis mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memilih untuk membayar caruman bulanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Gan. Akta A914/1995]
- Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, mengembalikan
- amaun caruman yang terlebih dibayar di bawah subseksyen (3) atau (8); atau
- apa-apa caruman yang telah dibayar oleh mana-mana orang yang tidak bertanggungan untuk mencarum.
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 43A
Pemilihan untuk akaun ahli Kumpulan Wang diuruskan mengikut Shariah
- Ahli Kumpulan Wang boleh memilih bagi kesemua amaun yang ada pada kredit akaunnya untuk diuruskan mengikut Shariah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga
- Pemilihan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan pemilihan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan oleh Lembaga.
- Lembaga hendaklah memberitahu tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa itu.
- Ahli Kumpulan Wang itu boleh, sebelum tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) , membatalkan pemilihannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Selepas pemilihan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa, Lembaga hendaklah mengasingkan akaun ahli Kumpulan Wang itu daripada akaun ahli-ahli Kumpulan Wang yang lain-
- yang tidak membuat pemilihan di bawah subseksyen (1); dan
- yang telah membuat pemilihan di bawah subseksyen (1) tetapi pemilihan itu masih belum berkuat kuasa,
bagi maksud menguruskan akaun ahli Kumpulan Wang itu mengikut Shariah.
[Mas.Akta A1504/2016]
Seksyen 44
Peremitan wang berkaitan dengan persaraan
[Gan. Akta A1123/2001]
- Sebagai tambahan kepada seksyen 43, seseorang majikan atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa, dengan keizinan pekerja, meremitkan kepada Lembaga-
- apa-apa wang yang merupakan faedah persaraan pekerja itu; atau
- apa-apa wang daripada apa-apa skim atau rancangan persaraan lain yang berhubungan dengan pekerja itu,
mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Seseorang pekerja atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa meremitkan kepada Lembaga apa-apa wang daripada apa-apa skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja atau orang itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Apabila Lembaga menerima apa-apa wang yang diremitkan di bawah subseksyen (1) atau (2), Lembaga hendaklah menyebabkan wang itu dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut seksyen 50.
Seksyen 44A
[Mas. Akta A1300/2007]
Penambahan kredit ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang
Sebagai tambahan kepada seksyen 43 dan 44, mana-mana orang yang ditetapkan oleh Lembaga boleh menambah kredit ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang dengan meremitkan suatu jumlah wang kepada Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, dan apa-apa had maksimum caruman bulanan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Seksyen 45
Pembayaran Caruman
- Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, majikan hendaklah, pada mulanya, bertanggungan untuk membayar kedua-dua caruman yang kena dibayar oleh dirinya serta juga, bagi pihak dan dengan tidak termasuk pekerja, caruman yang kena dibayar oleh pekerja tersebut; dan bagi maksud Akta ini caruman yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja hendaklah disifatkan caruman oleh pekerja.
- Caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi dirinya dan bagi pihak pekerja di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar berkenaan dengan upah bulan pertama dan berikutnya.
- Walau apa pun seksyen 49, jika majikan gagal membayar apa-apa caruman yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah, sebagai tambahan kepada caruman itu,bertanggungan untuk membayar dividen ke atas caruman itu pada kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.
[Mas. Akta 914/1995, Gan. Akta A958/1996, Gan.Akta A1504/2016,
Gan. Akta A1300/2007] - Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
[Mas. Akta A914/1995]
Seksyen 46
Tanggungan bersama dan berasingan bagi pengarah, dsb
- Jika apa-apa caruman masih tidak dibayar oleh sesuatu syarikat, sesuatu firma atau sesuatu persatuan orang, maka, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pengarah syarikat itu termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah syarikat itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pekongsi firma itu, termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pemegang jawatan dalam persatuan orang itu, termasuklah mana-mana orang yang pernah menjadi pemegang jawatan dalam persatuan itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, firma atau persatuan orang yang bertanggungan untuk membayar caruman tersebut, bersama-sama dan berasingan bertanggungan bagi caruman yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang.
- Bagi maksud seksyen ini -
[Mas. Akta A914/1995; Gan. Akta A1504/2016]
"caruman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman;
"pekongsi" -
- ertinya mana-mana pekongsi yang disebut dalam Akta Perkongsian 1961 [Akta 135 atau
- mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707] dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743].
Seksyen 47
Caruman majikan tidak boleh didapatkan kembali daripada pekerja
- Walau apa pun apa-apa kontrak yang berlawanan, majikan tidaklah berhak memotong atau selainnya mendapatkan kembali daripada upah atau saraan pekerja, caruman majikan daripada pekerja.
[Pin. Akta A914/1995]
- Jika majikan memotong atau cuba memotong daripada upah atau saraan mana-mana pekerja keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada caruman majikan, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seksyen 48
Mendapatkan kembali caruman pekerja oleh majikan
- Tertakluk pada seksyen ini, majikan hendaklah berhak untuk mendapatkan kembali daripada pekerja, mengikut seksyen ini, amaun mana-mana caruman yang kena dibayar bagi pihak pekerja.
- Amaun mana-mana caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana kontrak yang berlawanan, boleh didapatkan kembali dengan cara potongan daripada upah pekerja yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja itu dan tidak selainnya.
- Mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada Kumpulan Wang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
- Tiada potongan bagi mana-mana caruman boleh dibuat sebagaimana diperuntukkan oleh subseksyen (2)-
- kecuali pada masa upah dibayar kepada pekerja itu; dan
- selain caruman berkenaan dengan upah yang ketika itu sedang dibayar:
Dengan syarat bahawa, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, jika majikan telah, melalui kesilapan yang bukan disebabkan oleh kecuaian majikan tersebut, ketinggalan membuat potongan mana-mana caruman atau sebahagian daripada mana-mana caruman yang kena dibayar olehnya bagi pihak pekerja, maka, caruman atau bahagiannya itu bolehlah dipotong daripada upah yang kena dibayar oleh majikan tersebut kepada pekerja itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh pembayaran upah yang berkenaan dengannya caruman atau sebahagian daripadanya itu tertinggal daripada dipotong.
[Pin. Akta A914/1995]
- Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan.
- (Dimansuhkan oleh Akta A914)
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 49
[Pin. Akta A1504/2016]
Caj lewat bayar ke atas tunggakan caruman
- Jika amaun caruman bulanan atau sebahagian daripada mana-mana caruman bulanan yang seseorang majikan adalah bertanggungan untuk membayar di bawah seksyen 45 tidak dibayar dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah bertanggungan, sebagai tambahan kepada dividen yang hendaklah dibayar di bawah subseksyen 45(3), untuk membayar caj lewat bayar yang hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang ke atas amaun itu pada apa-apa kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1504/2016, Gan. Akta A1300/2007]
- Lembaga boleh dalam mana-mana hal yang difikirkannya patut meremit pada keseluruhannya atau sebahagiannya bayaran mana-mana caj lewat bayar yang kena dibayar di bawah seksyen ini.
[Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 50
Caruman hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
- Semua jumlah wang yang dipungut, didapatkan kembali atau dipindahkan di bawah Akta ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Lembaga hendaklah menyebabkan supaya dikreditkan kepada akaun setiap ahli -
- amaun apa-apa caruman yang dibayar berkenaan dengannya oleh majikan bagi pihaknya sendiri dan bagi pihak ahli tersebut dalam Kumpulan Wang;
[Pin. Akta A914/1995]
- dividen apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli itu pada kadar yang diisytiharkan di bawah seksyen 27 mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
[Pin. Akta A958/1996]
- apa-apa wang lain yang dibayar bagi pihak ahli tersebut di bawah Akta ini.
[Pin. Akta A958/1996]
[Mas. Akta A1080/2000]
(2B) Walau apa pun perenggan 2(a) dan 2(b)[Gan. Akta A1504/2016]
- tiada amaun caruman atau wang boleh dikreditkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang selepas ahli itu mencapai umur tujuh puluh lima tahun; dan
- dividen hendaklah dikreditkan ke atas apa-apa amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang sehingga kesemua jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah seksyen 51A.
[Mas. Akta A1300/2007]
[Mas. Akta A1300/2007]
- amaun apa-apa caruman yang dibayar berkenaan dengannya oleh majikan bagi pihaknya sendiri dan bagi pihak ahli tersebut dalam Kumpulan Wang;
- Jika mana-mana majikan gagal membayar mana-mana caruman yang telah dipotong olehnya daripada upah seseorang pekerja, Lembaga hendaklah, setelah berpuas hati bahawa potongan tersebut telah dibuat, mengkreditkan pekerja itu dengan amaun caruman tersebut bersama-sama dengan apa-apa dividen yang hendaklah dikreditkan berkenaan dengannya jika caruman tersebut telah dibayar oleh majikan itu dalam tempoh ditetapkan dan hendaklah mempertanggungkan amaun yang dikreditkan sedemikian kepada hasil am Kumpulan Wang:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak Lembaga untuk mendapatkan kembali amaun caruman dan dividen tersebut daripada majikan itu. - Mana-mana amaun yang didapatkan kembali di bawah subseksyen (3) hendaklah dibayar mengikut cara yang berikut:
- pertamanya hendaklah dikreditkan kepada hasil am Kumpulan Wang mana-mana jumlah wang yang telah dibayar keluar daripada hasil am Kumpulan Wang di bawah subseksyen (3); dan
- bakinya hendaklah dikreditkan kepada akaun pekerja-pekerja itu masing-masing mengikut kadarnya.
- [Dipotong oleh Akta A958/1996].
- Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa amaun yang berada pada kredit seseorang pekerja dalam sesuatu kumpulan wang diluluskan setelah pemindahan amaun tersebut kepada Kumpulan Wang.
Seksyen 50A
Bayaran dividen tambahan
Sebagai tambahan kepada bayaran dividen yang dibayar di bawah proviso kepada subseksyen 50(2), Lembaga bolehlah membayar kepada ahli Kumpulan Wang yang membuat pengeluaran di bawah subseksyen 54(1), suatu dividen tambahan yang ditentukan oleh Lembaga.
[Mas. Akta A914/1995]
Seksyen 51
Caruman dan deposit tidak boleh diserah hak atau ditahan
- Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain
[Pin. Akta A1504/2016]
- tiada jumlah wang yang dipotong daripada upah seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah seksyen 48;
- tiada amaun yang kena dibayar oleh majikan sebagai carumannya; dan
- tiada amaun yang berada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang,
[Pin. Akta A914/1995]
- Walau apa pun subseksyen (1), amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan (1)(c) boleh dilucuthakkan jika amaun yang ada pada kredit ahli itu adalah tertakluk kepada suatu perintah pelucuthakan oleh mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 51A
Pemindahan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut
[Mas. Act A1300/2007]
- Walau apa pun seksyen 51, Lembaga boleh memindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut kesemua jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang yang tidak dituntut apabila ahli itu telah mencapai umur satu ratus tahun atau apa-apa had umur sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
[Gan. Akta A1504/2016]
- Apa-apa permohonan atau tuntutan yang berhubungan dengan kredit ahli Kumpulan Wang itu selepas apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (1) telah dilaksanakan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Seksyen 52
Kumpulan wang diluluskan
- Tiada caruman menjadi kena dibayar kepada Kumpulan Wang oleh pekerja yang berkenaan dengan mereka telah wujud suatu kumpulan wang diluluskan, atau oleh majikan atau majikan-majikan pekerja tersebut berkenaan dengan pekerja tersebut.
- Jika Menteri meminda Jadual Pertama di bawah seksyen 74 dengan memotong mana-mana perenggannya, mana-mana majikan atau kumpulan majikan yang sebelum tarikh perintah itu mula berkuat kuasa telah menubuhkan suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain untuk faedah kesemua atau sekumpulan pekerja-pekerjanya atau pekerja-pekerja mereka daripada perihalan yang dinyatakan dalam perenggan tersebut hendaklah, dalam masa sesuatu tempoh sebagaimana yang Lembaga boleh menurut budi bicaranya membenarkan, mengemukakan kepada Lembaga butir-butir kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu sebagaimana yang ditetapkan atau dalam mana-mana hal tertentu dikehendaki oleh Lembaga, dan jika selepas memeriksa butir-butir tersebut Lembaga berpuas hati bahawa kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu sebagaimana yang dipinda jika perlu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga memperuntukkan bagi seseorang pekerja faedah yang tidak kurang baiknya daripada faedah-faedah yang diperuntukkan bagi seseorang pekerja oleh Kumpulan Wang, Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan olehnya, mengisytiharkan kumpulan wang simpanan tersebut atau lain-lain skim itu menjadi suatu kumpulan wang diluluskan.
- Jika seseorang pekerja atas apa-apa sebab apa jua pun menukarkan pekerjaan kepada suatu pekerjaan yang berkenaan dengannya suatu kumpulan wang diluluskan wujud, caruman berkenaan dengan pekerja tersebut hendaklah terhenti daripada kena dibayar kepada Kumpulan Wang dan amaun yang berada pada kredit pekerja tersebut hendaklah terus berada di dalam Kumpulan Wang.
- Jika seseorang pekerja, yang berada dalam suatu pekerjaan yang berkenaan dengannya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan, dihalang oleh kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut daripada mencarum kepadanya selama suatu tempoh percubaan yang dinyatakan, apa-apa jumlah wang yang berada pada kredit pekerja tersebut dalam Kumpulan Wang yang merupakan caruman kepada Kumpulan Wang oleh kedua-dua majikan dan pekerja itu sejak tarikh yang padanya pekerjaan tersebut bermula, bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah terus berada di dalam Kumpulan Wang.
- Jika -
- majikan yang adalah salah satu daripada sekumpulan majikan yang oleh mereka suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan terhenti daripada menyertai dalam kumpulan wang diluluskan tersebut; atau
- pekerja
- meninggalkan pekerjaan yang berkenaan dengannya dia adalah seorang pencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan; atau
- terhenti daripada mencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan, dalam hal keadaan selain daripada yang dinyatakan dalam perenggan 54(1)(a), (b) atau (c),
amaun yang berada pada kredit setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di dalam kumpulan wang diluluskan tersebut yang merupakan caruman kepada kumpulan wang diluluskan tersebut oleh kedua-dua majikan dan pekerja sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dipindahkan kepada Kumpulan Wang, dan Lembaga hendaklah menyebabkan dikreditkan kepada setiap pekerja tersebut atau pekerja-pekerja tersebut amaun tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dan amaun tersebut hendaklah dipindahkan dalam masa satu bulan dari masa majikan itu terhenti daripada menyertai dalam kumpulan wang diluluskan tersebut atau pekerja itu meninggalkan pekerjaan atau terhenti daripada mencarum, mengikut mana yang berkenaan, atau di dalam sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga dalam mana-mana hal tertentu:
Dengan syarat bahawa jika pekerja -
- bertukar daripada pekerjaan di dalam Malaysia di bawah majikan yang olehnya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan kepada pekerjaan di luar Malaysia di bawah majikan yang sama; atau
- bertukar daripada pekerjaan di bawah majikan yang adalah salah satu daripada sekumpulan majikan yang oleh mereka suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan kepada pekerjaan di bawah majikan lain yang adalah salah satu daripada kumpulan yang sama,
dan di dalam mana-mana satu hal itu, jika pertukaran tersebut adalah dibenarkan oleh kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut untuk terus mencarum kepadanya atas terma dan syarat yang sama seolah-olah pertukaran tersebut tidak berlaku, pekerja tersebut, selagi dia terus mencarum sedemikian, tidaklah bagi maksud subperenggan (b)(i) subseksyen ini disifatkan sebagai telah meninggalkan pekerjaan yang berkenaan dengannya dia adalah seorang pencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan:
Dengan syarat selanjutnya bahawa jika mengikut kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut amaun yang berada pada kredit mana-mana pekerja terdiri pada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada suatu polisi insurans nyawa, polisi tersebut tidaklah boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah diperlakukan mengikut kaedah-kaedah tersebut.
-
- Jika suatu kumpulan wang diluluskan digulung, amaun yang berada pada kredit setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di dalam kumpulan wang diluluskan tersebut yang merupakan caruman kepada kumpulan wang diluluskan tersebut oleh kedua-dua majikan dan pekerja sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dipindahkan kepada Kumpulan Wang, dan Lembaga hendaklah menyebabkan dikreditkan kepada setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut amaun tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
- Lembaga boleh, jika difikirkannya perlu demi kepentingan pekerja untuk berbuat demikian, menerima pada keseluruhannya aset dan liabiliti kumpulan wang diluluskan tersebut pada sesuatu tarikh sebagaimana yang dipersetujui dan jika aset kumpulan wang diluluskan tersebut tidaklah mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya, amaun yang akan dikreditkan kepada pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di bawah perenggan (a) hendaklah dikurangkan mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa jika mengikut kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut amaun yang berada pada kredit mana-mana pekerja terdiri pada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada suatu polisi insurans nyawa, polisi tersebut tidaklah boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah diperlakukan mengikut kaedah-kaedah tersebut.
- Majikan yang telah menubuhkan suatu kumpulan wang diluluskan hendaklah -
- mengemukakan kepada Lembaga apa-apa akaun sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga berkenaan dengan kumpulan wang diluluskan tersebut yang diperakui dengan sewajarnya oleh seseorang yang telah diluluskan sebagai juruaudit syarikat di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965;
- memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan yang dicadangkan kepada kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut dan tidaklah boleh membuat apa-apa pindaan tersebut kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Lembaga; dan
- mengemukakan kepada Lembaga apa-apa butir-butir pekerja yang mencarum kepada kumpulan wang diluluskan tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Lembaga boleh, jika tidak berpuas hati dengan pengurusan mana-mana kumpulan wang diluluskan, membatalkan apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini, dan di atas pembatalan tersebut, subseksyen (5) seksyen ini hendaklah terpakai sebagaimana ia terpakai jika kumpulan wang tersebut digulung.
- Majikan yang berkenaan dengan mana-mana kumpulan wang diluluskan hendaklah tertakluk kepada kesalahan dan penalti yang sama berkenaan dengan apa-apa potongan atau caruman yang dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini berkenaan dengan potongan dan caruman yang berhubungan dengan Kumpulan Wang.
- Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan, amaun yang berada pada kredit seseorang pekerja di dalamnya bersamasama dengan apa-apa dividen ke atasnya boleh dikeluarkan dalam mana-mana hal-keadaan yang dinyatakan dalam perenggan 54(1)(a), (b) atau (c).
- Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan, mana-mana majikan boleh atas permohonan seseorang pekerja yang telah mencapai umur lima puluh tahun membenarkan tidak lebih daripada satu pengeluaran dibuat daripada kumpulan wang diluluskan tersebut iaitu sejumlah wang yang merupakan satu pertiga daripada amaun yang berada pada kredit pekerja tersebut dan seseorang pekerja yang berkenaan dengannya kebenaran bagi pengeluaran telah diberikan di bawah subseksyen ini hendaklah, walaupun pengeluaran tersebut dibuat, terus dianggap sebagai seorang pencarum kepada kumpulan wang diluluskan tersebut.
- Apabila seseorang pekerja membuat pengeluaran di bawah subseksyen (10) akan apa-apa amaun yang berada pada kreditnya di dalam suatu kumpulan wang diluluskan, dia tidaklah selepas itu dianggap sebagai pekerja, walaupun jika tidak kerana subseksyen ini, dia adalah pekerja, bagi maksud Akta ini.
- Mana-mana majikan yang gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak atau arahan Lembaga di bawah seksyen ini, atau mana-mana peruntukan subseksyen (7), adalah melakukan suatu kesalahan.
- Jika dalam hal keadaan yang disebutkan dalam subseksyen (5) dan (8), apa-apa amaun caruman yang dibayar sejak 1 Julai 1952 adalah dipindahkan kepada Kumpulan Wang, majikan dan pekerja berkenaan boleh, dengan persetujuan bersama, memilih untuk memindahkan kepada Kumpulan Wang kesemua amaun yang berada pada kredit pekerja itu di dalam suatu kumpulan wang diluluskan yang merupakan caruman-caruman yang dibayar kepada kumpulan wang tersebut sebelum 1 Julai 1952. Notis mengenai pemilihan tersebut hendaklah diberikan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, dan jika Lembaga meluluskan pemindahan tersebut, amaun yang dipindahkan sedemikian kepada Kumpulan Wang hendaklah dikreditkan kepada pekerja itu.
- Peruntukan-peruntukan seksyen 51 hendaklah terpakai berkenaan dengan suatu kumpulan wang diluluskan mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berkenaan dengan Kumpulan Wang.
- Bagi maksud seksyen ini ungkapan "majikan yang telah menubuhkan suatu kumpulan wang diluluskan" termasuklah majikan yang bagi faedah pekerja-pekerjanya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan.
- Tiada apa-apa jua dalam peruntukan-peruntukan subseksyen (7) dan (13) boleh terpakai bagi suatu kumpulan wang diluluskan yang ditubuhkan secara nyata oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
- Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam menguatkuasakan kewajipan kumpulan wang diluluskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar balik kepada Lembaga daripada wang kumpulan wang tersebut atas asas keahlian kumpulan wang tersebut.
Seksyen 53
Penggulungan kumpulan wang diluluskan
Kumpulan wang diluluskan bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di bawah skim baru hendaklah digulung pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dalam setiap hal tertentu, dan kesemua aset dan liabiliti kumpulan wang diluluskan tersebut hendaklah dipindahkan kepada Kumpulan Wang dan diperlakukan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika terdapat suatu skim pencen bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan mengikut pengertian "kumpulan wang diluluskan" di bawah seksyen 2 Akta ini maka penggulungan skim tersebut hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 30 Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak berkuasa-Pihak berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 [Akta 185] walau apa pun peruntukan seksyen 52.
BAHAGIAN VA
PEMINDAHAN KREDIT MENGIKUT PERINTAH PEMBAHAGIAN HARTA PERKAHWINAN
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 53A
Pemindahan kredit ahli Kumpulan Wang mengikut perintah pembahagian harta perkahwinan
[Mas. Akta A1300/2007]
- Walau apa pun seksyen 51, apabila suatu perintah dikeluarkan oleh suatu mahkamah bahawa sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang adalah merupakan harta perkahwinan, Lembaga boleh, selepas disampaikan perintah yang dimeterai, memindahkan jumlah wang itu sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah itu daripada akaun ahli Kumpulan Wang itu ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Lembaga hendaklah menangguhkan apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (1) jika suatu perintah, rayuan atau apa-apa proses prosiding mahkamah yang menghalang pelaksanaan perintah di bawah subseksyen (1) disampaikan kepada Lembaga.
- Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), pemindahan kredit daripada akaun seseorang ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu adalah tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh pemindahan itu dibuat.
- Bagi maksud subseksyen (3), "tarikh pemindahan" ertinya tarikh yang jumlah wang itu didebitkan daripada akaun seseorang ahli Kumpulan Wang.
Seksyen 53B
Pengeluaran amaun yang dipindahkan
[Mas. Akta A1300/2007]
- Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berkaitan dengan Akta ini, amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah di bawah subseksyen 53A(1) tidak boleh dikeluarkan atau dipindahkan kecuali mengikut subseksyen (2).
- Lembaga boleh membenarkan pengeluaran semua amaun yang telah dipindahkan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa penerima itu—
- telah meninggal dunia;
- telah mencapai umur lima puluh lima tahun;
- tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau
- bukan seorang warganegara Malaysia dan akan meninggalkan Malaysia.
- Jika apa-apa kebenaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 2(a) atau 2(c) telah diberikan, tiada amaun tambahan di bawah seksyen 58 boleh dibayar.
BAHAGIAN VB
PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN CARUMANNYA
[Mas. Akta A1611/2019]
Seksyen 53C
Pemindahan caruman pekerja
[Mas. Akta A1611/2019]
Caruman ahli Kumpulan Wang yang disentuh oleh pemindahan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain di bawah Bahagian ini adalah caruman pekerja ahli Kumpulan Wang yang pertama disebut.
Seksyen 53D
Pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk memindahkan carumannya
[Mas. Akta A1611/2019]
- Walau apa pun seksyen 51 dan tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah.
- Seorang ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya hendaklah membuat suatu permohonan kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
- Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah memindahkan caruman ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang dipilihnya secara bulanan atau mengikut apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga tertakluk kepada caruman yang ada dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang membuat pemilihan itu.
Seksyen 53E
Penghentian pemindahan caruman
[Mas. Akta A1611/2019]
- Apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan berhubung dengan suatu pemindahan caruman, ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan carumannya di bawah seksyen 53D boleh memohon kepada Lembaga untuk menghentikan pemindahan itu.
- Suatu permohonan bagi penghentian pemindahan caruman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir-butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
- Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah menghentikan pemindahan caruman itu.
- Apa-apa amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan sebelum tarikh penghentian pemindahan caruman itu hendaklah dikekalkan dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu.
Seksyen 53F
Pemindahan semula caruman
[Mas. Akta A1611/2019]
Jika caruman di bawah seksyen 53D telah dipindahkan secara silap, Lembaga boleh memindahkan semula caruman itu, termasuk apa-apa dividen, ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan caruman itu, tertakluk pada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang yang telah menerima caruman yang dipindahkan secara silap itu.
BAHAGIAN VI
PENGELUARAN CARUMAN
Seksyen 54
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang
[Pin. Akta A958/1996; Gan. Akta A1080/2000]
- Lembaga boleh membenarkan pengeluaran kesemua jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa -
[Gan. Akta A914/1995]
- ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;
- (Dipotong oleh Akta A1300/2007) ;
- ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau
[Pin. Akta A1123/2001]
- (Dipotong oleh Akta A1123/2001).
- ahli Kumpulan Wang itu bukan seorang warganegara Malaysia dan dia akan meninggalkan Malaysia.
[Pin. Akta A1300/2007]
(1A) Tertakluk kepada apa-apa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, bagi maksud perenggan 54(1)(a), mana-mana ahli Kumpulan Wang boleh membuat penamaan bagi maksud pembayaran kredit selepas kematian ahli itu.[Mas. Akta A1300/2007]
- ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;
- (Dipotong oleh Akta A1300/2007).
- (Dipotong oleh Akta A1300/2007).
- Seseorang ahli Kumpulan Wang yang, sebelum 1 Ogos 1995, telah membuat pengeluaran kesemua jumlah wang yang ada pada kreditnya dalam Kumpulan Wang atas alasan bahawa dia hendak meninggalkan Malaysia tanpa niat untuk kembali ke Malaysia atau dia hendak bermastautin di Republik Singapura hendaklah dianggap sebagai pekerja di bawah Akta ini jika dia memberikan suatu notis kepada Lembaga dan majikannya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga mengenai niatnya untuk mencarum kepada Kumpulan Wang.
[Gan. Akta A914/1995; Gan. Akta A1300/2007]
(4A) (Dipotong oleh Akta A1300/2007).
- (Dipotong oleh Akta A1300/2007).
- Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen 59(2), Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa—
[Pin. Akta A958/1996; Pin. Akta A1300/2007]
- ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur lima puluh tahun;
- ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah;
(ba) ahli Kumpulan Wang itu telah menjual rumah yang dibeli atau dibinanya dengan menggunakan pengeluaran di bawah perenggan (b) dan kemudiannya dia telah membeli atau membina rumah yang lain;[Mas. Akta A1123/2001]
- ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman di bawah perenggan 26(1)(f) untuk pembelian atau pembinaan rumah itu;
- ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman dan rumah itu telah digadaikan sebagai cagaran untuk pinjaman itu;
(da) ahli Kumpulan Wang itu telah menjual rumah yang telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman di bawah perenggan(d)dan dia kemudiannya -[Mas. Akta A1123/2001]
- telah membeli atau membina rumah yang lain dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baharu itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain; atau
[Mas. Akta A1123/2001; Gan. Akta A372/2016]
- telah membeli rumah daripada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baharu itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain itu;
[Mas. Akta A1123/2001; Gan. P.U.(A) 372/2016]
[Mas. P.U. (A) 372/2016]

- ahli Kumpulan Wang itu tidak mengambil pinjaman untuk membeli atau membina rumah tetapi isteri atau suami ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman dan rumah itu telah digadaikan sebagai cagaran untuk pinjaman itu;
[Pin. Akta A1300/2007]
- ahli Kumpulan Wang itu atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Lembaga memerlukan pembiayaan perubatan;
- ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk pengajian tinggi bagi dirinya sendiri, anaknya, suami atau isterinya atau ibu atau bapanya;
[Gan. Akta A1123/2001; Pin. Akta A1190/2003; Pin. P.U.(A) 177/2021]
(ga) ahli Kumpulan Wang itu beragama Islam telah menerima surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji untuk menunaikan haji dan memerlukan pembiayaan bagi menampung kos menunaikan haji; haj;[Mas. Akta A498/2012]
- (Dipotong oleh Akta A1190/2003);
[Pin. Akta A1123/2001; Akta A1190/2003]
- ahli Kumpulan Wang itu mempunyai kredit yang melebihi satu juta ringgit dalam akaunnya; dan;
[Mas. Akta A1300/2007; Pin. Akta A135/2020]
- ahli Kumpulan Wang itu mengambil suatu polisi insurans atau sijil takaful, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada suatu syarikat insurans atau takaful yang diluluskan oleh Menteri tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya sesuai, bagi dirinya sendiri, atau dirinya sendiri dan mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Lembaga;
[Mas. Akta A1300/2007; Pin. P.U.(A).135/2020; Pin. Akta A253/2021]
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022)
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022)
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022)
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022)
- Walau apa pun subseksyen 54(6), Menteri boleh, jika difikirkannya suai manfaat dan selepas berunding dengan Lembaga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, mengubah atau mengubahsuaikan maksud yang baginya seseorang ahli Kumpulan Wang boleh membuat pengeluaran di bawah subseksyen (6).;
[Mas. Akta A1123/2001]
Seksyen 54A
Pembayaran dividen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga
[Mas. Akta A958/1996; Gan. Akta A1300/2007]
Jika apa-apa amaun -
- dikeluarkan daripada Kumpulan Wang di bawah subseksyen 53B(2), seksyen 54, 54C, 55A atau 58B,Lembaga hendaklah membayar dividen ke atas apa-apa amaun yang dikeluarkan atau mengkreditkan apa-apa dividen ke atas amaun yang dikeluarkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa; dan
- dibayar daripada Kumpulan Wang di bawah seksyen 56, Lembaga hendaklah membayar dividen ke atas apa-apa amaun yang dikeluarkan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Seksyen 54B
Tarikh pengeluaran
[Mas. Akta A958/1996]
Bagi maksud pengeluaran di bawah Akta ini, tarikh pengeluaran hendaklah -
- jika pembayaran dibuat dengan waran, pada tarikh waran bagi pengeluaran itu dikeluarkan; dan
- jika pembayaran dibuat dengan cara selain daripada waran, pada tarikh amaun bagi pengeluaran itu didebitkan daripada akaun ahli Kumpulan Wang itu.
Seksyen 54C
Pengeluaran oleh pekerja berpencen
[Mas. Akta A1123/2001]
- Tertakluk kepada seksyen 56, Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang merupakan seorang pekerja berpencen yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun dan masih bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang merupakan seorang pekerja berpencen yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kreditnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa ahli Kumpulan Wang itu telah dikehendaki untuk bersara atau telah memilih untuk bersara di bawah seksyen 10, 11, 12 dan 12A Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau seksyen 10, 11, 12 dan 13 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239].
(2A) Seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah membuat apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen (1) atau (2) tidak boleh membuat apa-apa pengeluaran lain di bawah subseksyen yang sama.[Mas. Akta A1504/2016]
- (Dipotong oleh Akta A1504/2016)
[Gan. Akta A1300/2007]
- Bagi maksud subseksyen (2), "sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kreditnya" ertinya amaun wang yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu sehingga tarikh apabila pemberitahuan bertulis mengenai persaraan ahli itu yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen 56 mula berkuat kuasa.
Seksyen 55
Pembayaran berkala sebagai ganti pembayaran jumlah wang pukal
(Dipotong oleh Akta A1300/2007)
Seksyen 55A
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun
[Mas. Akta A1300/2007]
- Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan semua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Subseksyen 54(6) tidak terpakai bagi seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
[Gan. Akta A1611/2019]
Seksyen 55B
Caruman kepada dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun
[Mas. Akta A1504/2016]
- Walau apa pun seksyen 55A, apa-apa caruman yang telah dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang selepas ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun hanya boleh dikeluarkan apabila ahli itu mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
- Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang lebih tinggi, untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun yang tergolong dalam kategori ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan 54(1)(c) atau (e) atau perenggan 70c(1)(b) atau (c).
[Mas. Akta A1611/2019]
Seksyen 56
Pelepasan caruman majikan
[Pin. Akta A1080/2000]
- Lembaga, selepas menerima suatu pemberitahuan secara bertulis daripada majikan seseorang pekerja berpencen yang menyatakan bahawa pekerja berpencen tersebut telah meninggal dunia dalam perkhidmatan atau akan bersara atas alasan mencapai umur persaraan yang terpakai bagi pekerja berpencen itu atau atas apa-apa alasan lain dan membuat permintaan bagi pengembalian jumlah wang yang bersamaan dengan caruman majikan yang telah dihantar kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan pekerja berpencen itu oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau daripada semua majikan tersebut bagi pekerja berpencen itu, bersama-sama dengan apa-apa dividen yang dikreditkan ke atasnya, boleh membayar kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 [Akta 454], amaun tersebut bersama-sama dengan dividen yang dikreditkan ke atasnya dan kemudiannya amaun yang berada pada kredit pekerja berpencen itu dalam Kumpulan Wang hendaklah amaun yang telah dikurangkan dari tarikh tersebut.
- Walau apa pun subseksyen (1), apabila Lembaga telah membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang membuat pengeluaran di bawah subseksyen 54C(1), dan (2), Lembaga bolehlah membayar sejumlah wang yang bersamaan dengan caruman majikan ahli itu yang diremitkan ke dalam Kumpulan Wang berkenaan dengan ahli itu ke dalam Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991.
[Pin. Akta A1123/2001]
Seksyen 57
Bayaran untuk pengeluaran
Melainkan jika sebaliknya diperuntukkan, bayaran berkenaan dengan mana-mana pengeluaran yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Seksyen 57A
Had masa bagi ahli Kumpulan Wang untuk mempertikaikan ketepatan amaun yang dikeluarkan atau kesahan sesuatu pengeluaran yang dibuat
[Mas. Akta A1300/2007]
- Apa-apa pertikaian oleh mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang berkenaan dengan ketepatan amaun pengeluaran yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dibuat dalam masa dua belas bulan dari tarikh pengeluaran itu.
- Bagi maksud subseksyen (1), "tarikh pengeluaran" adalah tarikh pengeluaran yang diperuntukkan di bawah seksyen 54B.
- Apa-apa pertikaian oleh mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang berkenaan dengan apa-apa pengeluaran yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh pemberitahuan pengeluaran itu disampaikan kepada orang atau ahli Kumpulan Wang itu.
- Pertikaian di bawah subseksyen (1) dan (3) hendaklah dibuat melalui suatu pemberitahuan bertulis kepada Lembaga dan jika tiada pemberitahuan dibuat dalam tempoh itu, pembayaran atau pengeluaran itu hendaklah disifatkan sebagai betul dan teratur.
Seksyen 58
Bayaran amaun tambahan
- Jika kebenaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 54(1)(a) telah diberikan, Lembaga mempunyai budi bicara untuk membayar suatu amaun tambahan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1080/2000; Gan. Akta A1300/2007]
(1A) (Dipotong oleh Akta A1300/2007)[Mas. Akta A914/1995]
- Jika kebenaran bagi pengeluaran telah diberikan di bawah perenggan 54(1)(c), Lembaga mempunyai budi bicara untuk membayar suatu amaun tambahan yang dinyatakan dalam Jadual Keenam tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1080/2000; Gan. Akta A1300/2007]
- Seseorang ahli Kumpulan Wang tidak boleh dibayar amaun tambahan di bawah subseksyen (2) atas apa-apa pengeluaran berikutnya di bawah perenggan 54(1)(c).
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 58A
Amaun yang dikeluarkan tidak boleh digunakan untuk maksud lain
[Mas. Akta A1080/2000]
- Amaun yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli Kumpulan Wang di bawah Akta ini hendaklah digunakan semata-mata untuk maksud yang baginya pengeluaran itu telah dibenarkan.
- Jika kesemua amaun yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana bahagian amaun itu tidak digunakan bagi maksud yang baginya pengeluaran itu dibenarkan, maka ahli Kumpulan Wang itu hendaklah mengembalikan kesemua amaun atau bahagian yang tidak digunakan itu kepada Lembaga dalam tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran.
- Bagi maksud subseksyen (2), "tarikh pengeluaran" ertinya tarikh pengeluaran yang diperuntukkan dalam seksyen 54B.
- Mana-mana ahli Kumpulan Wang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan.
BAHAGIAN VIA
PENGAMBILAN POLISI INSURANS OLEH AHLI KUMPULAN WANG
Seksyen 58B
Pengambilan polisi insurans
[Mas. Akta A1080/2000; Pin. Akta A1123/2001]
- Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk menggunakan apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu bagi tujuan untuk mengambil polisi insurans yang ditentukan oleh Lembaga daripada syarikat insurans yang diluluskan oleh Menteri tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.
- Jika Lembaga telah membenarkan permohonan ahli Kumpulan Wang di bawah subseksyen (1), tiada dividen sebagaimana yang disytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27 boleh dibayar ke atas amaun yang dipindahkan kepada syarikat insurans itu.
- Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang merupakan pekerja berpencen dan pekerja yang bukan warganegara Malaysia.
[Pin. Akta A1123/2001]
BAHAGIAN VII
KESALAHAN DAN PROSIDING
Seksyen 59
Perisytiharan tidak betul, kegagalan untuk memberikan penyata atau mengemukakan dokumen palsu
[Gan. Akta A1300/2007]
- Mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang yang—
- membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir; atau
- gagal atau enggan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata,
perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya supaya diberikan atau dikemukakan; atau
- menggunakan atau mengemukakan apa-apa dokumen, yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya, yang adalah palsu,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

- Mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan pengeluaran yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh sabitan itu, mengembalikan kesemua amaun yang dikeluarkan.
- Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu mengembalikan kesemua amaun yang dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu dibenarkan untuk membuat pengeluaran selanjutnya bagi maksud yang sama selepas dua tahun dari tarikh amaun itu dikembalikan.
- Tempoh dua tahun yang disebut dalam subseksyen (3) tidak terpakai bagi maksud apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen 54(1) atau seksyen 55A.
- Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu tidak mematuhi subseksyen (2), mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu adalah dilarang daripada membuat pengeluaran selanjutnya bagi maksud yang sama yang berkenaan dengannya dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
- Subseksyen (5) tidak terpakai bagi maksud apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen 54(1) atau seksyen 55A.
Seksyen 59A
Perintah mahkamah
[Mas. Akta A958/1996]
Jika seseorang yang didapati bersalah bagi kesalahan di bawah perenggan 59(1)(b), mahkamah yang di hadapannya seseorang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata, sijil atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya untuk diberikan atau dikemukakan.
Seksyen 60
Penalti am
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti khas diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya itu boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seksyen 61
Percubaan, persediaan, pensubahatan dan komplot boleh dihukum sebagai kesalahan
Mana-mana orang yang
- cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini;
- melakukan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini; atau
- bersubahat atau terlibat dalam sesuatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan akibat daripadanya,
melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
- bersubahat atau terlibat dalam sesuatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan akibat daripadanya,
Seksyen 62
Satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang majikan boleh dipertuduhkan dengan dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan di bawah subseksyen 43(2) dan kesalahan itu hendaklah, bagi maksud undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan tatacara jenayah, disifatkan sebagai membentuk transaksi yang sama.
Seksyen 63
Perintah Mahkamah
[Gan. Akta A914/1995]
- Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 43(2) atau 48(3), Mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa amaun caruman, bersama-sama dengan apa-apa dividen yang dikreditkan ke atasnya, yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Lembaga dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar daripada majikan itu sebelum tarikh dapatan bersalah itu.
[Pin. Akta A1080/2000]
(1A) Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 47(2), mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada pekerja itu melalui Kumpulan Wang apa-apa amaun upah pekerja yang telah dipotong untuk membayar syer majikan bersama-sama dengan apa-apa dividen yang kena dibayar dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar oleh majikan itu, sebelum tarikh dapatan bersalah itu.[Mas. Akta A1300/2007]
- Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 45(3), Mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada Kumpulan Wang amaun apa-apa dividen ke atasnya yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Lembaga dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar daripada majikan itu.
- Perintah Mahkamah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), (1A) atau (2) atau kedua-duanya hendaklah dijelaskan oleh majikan secara sekali pembayaran pada tarikh perintah dikeluarkan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa majikan itu tidak berupaya dari segi kewangan dan atas sebab khas kesalahan itu dilakukan, Mahkamah bolehlah memerintahkan pembayaran tunggakan caruman dibuat secara yang tidak melebihi enam ansuran bulanan mulai tarikh perintah itu.
[Pin. Akta A1300/2007]
- Jika seseorang majikan tidak mematuhi mana-mana perintah di bawah subseksyen (1A) atau (3), Mahkamah hendaklah, atas permohonan Lembaga, mengeluarkan suatu waran untuk melevi harta majikan itu bagi mendapatkan keseluruhan jumlah tunggakan caruman itu mengikut cara yang berikut:
[Gan. Akta. A1080/2000; Pin. Akta A1300/2007]
- secara distres dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara yang sama seperti pelaksanaan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai secara mutatis mutandis walau apa pun amaun dalam perintah tunggakan caruman atau dividen atau kedua-duanya; atau

- cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Seksyen 64
Perakuan pegawai Lembaga yang diberikuasa hendaklah menjadi keterangan
[Gan. Akta A1300/2007]
Dalam mana-mana prosiding undang-undang, suatu perakuan berhubung dengan suatu tuntutan caruman yang kena dibayar dan diperakui dengan sewajarnya oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga hendaklah menjadi keterangan prima facie yang perakuan itu telah dibuat dan tentang kebenaran kandungannya.
Seksyen 65
Prosiding sivil bagi mendapatkan kembali caruman
- Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain kesemua caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, didapatkan kembali oleh Lembaga secara terus sebagai hutang sivil.
[Pin. Akta A914/1995]
- Prosiding bagi mendapatkan kembali secara terus sebagai hutang sivil akan caruman bolehlah dimulakan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau arahan am daripada Pengerusi dan mana-mana pegawai sedemikian bolehlah menjalankan prosiding tersebut.
- Dalam seksyen ini perkataan "caruman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.
[Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 66
Perlindungan caruman dalam prosiding pelaksanaan atau penjualan di bawah cagaran
- Jika, pada bila-bila masa sebelum tarikh bermulanya sesuatu penggulungan dalam hal sesuatu syarikat atau sebelum pembuatan sesuatu perintah penerimaan dalam hal seseorang penghutang dalam kebankrapan-
- suatu penahanan telah dikeluarkan terhadap harta seseorang majikan sebagai pelaksanaan suatu dekri terhadapnya dan mana-mana harta tersebut telah disita atau dijual atau selainnya dihasilkan menurut pelaksanaan tersebut; atau
- harta seseorang majikan telah dijual, atas permohonan seseorang pemiutang bercagar,
maka hasil penjualan atau penghasilan lain daripada harta tersebut tidaklah boleh dibahagikan kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya sehingga mahkamah yang memerintahkan penjualan atau penghasilan lain itu, telah membuat peruntukan bagi pembayaran apa-apa amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar oleh majikan itu di bawah Akta ini.
- suatu penahanan telah dikeluarkan terhadap harta seseorang majikan sebagai pelaksanaan suatu dekri terhadapnya dan mana-mana harta tersebut telah disita atau dijual atau selainnya dihasilkan menurut pelaksanaan tersebut; atau
- Dalam seksyen ini perkataan "caruman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.
[Pin. Akta A914/1995; Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 67
Penjalanan prosiding sivil
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tanpa menjejaskan seksyen 65, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga-
- mana-mana orang yang memegang jawatan sebagai Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau
- mana-mana pegawai undang-undang Lembaga yang diberi kuasa bagi maksud tersebut oleh Pengerusi,
boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding tersebut dan boleh membuat dan melakukan kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding tersebut.
Seksyen 68
(Dipotong)
(Dipotong oleh Akta A1080/2000)
Seksyen 69
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu adalah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau pekongsi dalam pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu atau berupa bertindak atas sifat tersebut hendaklah, berserta juga dengan pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain tersebut, disifatkan sebagai melakukan kesalahan tersebut melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandangkan kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.
Seksyen 69A
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga, seseorang ahli Lembaga, seseorang ahli Panel Pelaburan, seseorang ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, dan mana-mana pegawai dan pekhidmat Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya, atau apa-apa peninggalan olehnya, dengan suci hati atas sifat sedemikian.
[Mas . Akta A1504/2016]
Seksyen 70
Ahli Lembaga, Panel Pelaburan dan pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam
Tiap-tiap ahli Lembaga, Panel Pelaburan, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
BAHAGIAN VIIA
AHLI KUMPULAN WANG YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Seksyen 70A
Pemakaian
Bahagian ini hendaklah terpakai bagi setiap ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998.
[Mas. Akta A1080/2000; Pin. Akta A1190/2003]
Seksyen 70B
(Dipotong)
(Dipotong oleh Akta A1190/2003).
Seksyen 70C
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang
- Lembaga boleh membenarkan pengeluaran kesemua amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa—
- ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;
- ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja;
[Pin. Akta A1504/2016]
- ahli Kumpulan Wang itu akan meninggalkan Malaysia dan tidak mempunyai niat untuk kembali ke Malaysia; atau
[Pin. Akta A1504/2016]
- ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
[Mas. Akta A1080/2000; Mas. Akta A1504/2016]

- Jika seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia telah membuat pengeluaran kesemua amaun yang ada pada kreditnya di bawah perenggan (1)(d), ahli Kumpulan Wang itu tidak boleh dianggap sebagai pekerja di bawah Akta ini melainkan jika dia telah memberikan kepada Lembaga dan majikannya suatu notis sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga mengenai niatnya untuk mencarum kepada Kumpulan Wang.
[Mas. Akta A1504/2016]
- Tertakluk kepada subseksyen 59(1A) dan (3), Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya bagi maksud pengeluaran di bawah subseksyen 54(6) atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 70D
Penamaan
Ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia tidak dibenarkan membuat apa-apa penamaan di bawah Akta ini.
[Mas. Akta A1080/2000]
Seksyen 70E
Penerusan pemakaian peruntukan lain
Sebagai tambahan kepada dan tidak sebagai pengurangan peruntukan di bawah Bahagian ini, kesemua peruntukan lain di bawah Akta ini kecuali seksyen 29A, 44A, 53A, 53B, 54 (selain subseksyen (6)), 55A (selain subseksyen (2)), 58 dan 58B hendaklah terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia.
[Pin. Akta A1123/2001; Gan. Akta A1300/2007; Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 70F
Pengembalian kredit
Walau apa pun seksyen 70C, Lembaga boleh, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, mengembalikan kepada seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia dan yang diwajibkan mencarum dalam tempoh yang bermula pada 1 Ogos 1998 dan berakhir pada 1 Ogos 2001, kesemua amaun yang ada pada kredit ahli itu.
[Mas. Akta A1190/2003]
Seksyen 70G
Penghentian tanggungan untuk mencarum
- Tanggungan untuk mencarum seseorang pekerja yang bukan seorang warganegara Malaysia dan majikannya hendaklah terhenti pada dua bulan terakhir—
- sebelum tamat tempoh pas kerja pekerja itu; atau
- sebelum tamat apa-apa tempoh lanjutan pas kerja pekerja itu.

- Bagi maksud seksyen ini—
"pas kerja" ertinya pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen.
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 70H
Penghentian pembayaran dividen dan pemindahan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut
Walau apa pun subseksyen 50(2B) dan seksyen 51, tiada dividen boleh dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia jika tiada caruman telah dikreditkan ke dalam akaunnya selepas tempoh tiga tahun dari tarikh caruman terakhir dikreditkan, dan Lembaga boleh memindahkan kesemua jumlah wang yang ada pada akaunnya kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut selepas habis tempoh itu.
[Mas. Akta A1504/2016]
BAHAGIAN VIII
KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN DAN KAEDAH-KAEDAH.
Seksyen 71
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan—
- untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran dan pemungutan caruman dan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;
- untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh seseorang ahli Kumpulan Wang akan orang yang kepada mereka apa-apa amaun yang berada pada kreditnya dalam Kumpulan Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar setelah kematiannya, bagi cara yang mengikutnya penamaan tersebut boleh dibatalkan dan bagi hal-keadaan dalam mana ia hendaklah dianggap sebagai terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada namaan yang dinamakan sedemikian;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang berada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang pada masa kematiannya jika tiada penamaan oleh ahli itu akan orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar setelah kematiannya;
- untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran amaun tambahan dalam hal kematian seseorang ahli atau atas pengeluaran di bawah peruntukan perenggan 54(1)(c);
- untuk memperuntukkan bahawa apa-apa amaun yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, yang berada pada kredit seseorang ahli yang telah mati dalam Kumpulan Wang boleh dibayar keluar oleh Lembaga tanpa pengemukaan apa-apa keterangan bahawa apa-apa duti harta pusaka yang kena dibayar ke atas harta pusaka ahli yang telah mati itu telah dibayar;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen tetapi peraturan-peraturan sedemikian hendaklah menghendaki perundingan terlebih dahulu dengan Arkib Negara sebelum pemusnahan tersebut;
- [Dipotong oleh Akta A1504/2016];
- untuk menetapkan fi yang hendaklah dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA dan caj bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini;
[Mas. Akta A958/1996]
- untuk menetapkan fi untuk dikenakan ke atas institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan di bawah Bahagian IIIA;
[Mas. Akta A958/1996; Pin. Akta A1300/2007]
- untuk menetapkan apa-apa yang berhubungan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA termasuklah perkara berkenaan dengan pelantikan, pengurusan, pentadbiran, tugas, terma dan syarat institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan;

(ja) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengambilan polisi insurans di bawah Bahagian VIA, termasuklah pelantikan, pengurusan, pentadbiran, tugas, terma dan syarat syarikat insurans;[Mas. Akta A1080/2000]
- untuk menetapkan apa-apa jua yang di bawah Akta ini boleh ditetapkan oleh Menteri;
[Pin. Akta A958/1996; Pin. Akta A1300/2007]
(ka) untuk menetapkan apa-apa caj atau fi yang hendaklah dibayar kepada Lembaga bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini;[Mas. Akta A1300/2007]
(kb) untuk mengadakan peruntukan bagi larangan penggunaan nama dan lambang Kumpulan Wang; dan[Mas. Akta A1300/2007]
- bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.
[Pin. Akta A958/1996]
Seksyen 72
Kuasa Menteri untuk menghendaki orang lain untuk mencarum dan mengisytiharkan apa-apa pembayaran atau saraan sebagai upah
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta—
- menghendaki mana-mana orang yang memperoleh pendapatan daripada apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion, atau daripada apa-apa sumber lain sebagaimana yang ditetapkannya, supaya mencarum kepada Kumpulan Wang;
- mengisytiharkan apa-apa jenis pembayaran atau saraan yang dibayar atau kena dibayar oleh mana-mana majikan kepada pekerjanya di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan, sebagai upah, jika Menteri berpuas hati bahawa, memandangkan sifat atau maksud pembayaran atau saraan itu atau apa-apa fakta lain yang berkaitan, pembayaran atau saraan patutlah dalam hal keadaan itu dianggap sebagai upah bagi maksud Akta ini; atau
- mengisytiharkan mana-mana orang atau golongan orang yang diambil kerja, yang terlibat atau berkontrak untuk menjalankan kerja dalam mana-mana pekerjaan dalam apa-apa kegiatan pertanian atau perusahaan, kerja binaan, perdagangan, perniagaan atau tempat kerja sebagai pekerja atau pekerja-pekerja dan orang yang mengambil kerja, terlibat atau berkontrak dengan setiap orang atau golongan orang yang disebut di atas, hendaklah disifatkan sebagai majikan dan majikan dan pekerja itu hendaklah disifatkan telah membuat kontrak perkhidmatan antara satu sama lain dan Menteri boleh memutuskan apa-apa bayaran yang diterima oleh orang yang disebut di atas sebagai upah bagi maksud Akta ini,
dan sesudah itu Akta ini hendaklah terpakai bagi orang, majikan atau pekerja itu, mengikut mana yang berkenaan, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
[Mas. Akta A914/1995]
Seksyen 73
Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah
Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada tugas lain yang dikenakan dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini, membuat kaedah-kaedah -
- untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran segala caruman di bawah Akta ini atau mana-mana bahagiannya, yang tertinggal daripada dibayar;
(aa) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengambilan polisi insurans di bawah Bahagian VIA, termasuklah tatacara bagi pengambilan polisi insurans;[Mas. Akta A1080/2000]
- untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan buku, akaun atau rekod oleh majikan;
- untuk menetapkan penyata yang hendaklah dibuat oleh majikan, dan borang dan daftar yang hendaklah digunakan, dalam melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini;
- untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti apabila caruman didepositkan oleh majikan dalam Kumpulan Wang;
(da) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk akaun ahli itu diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43A dan pengurusan akaun itu;[Mas. Akta A1504/2016]
- untuk memperuntukkan, dalam hal di mana seorang pekerja adalah bekerja secara serentak dengan dua atau lebih majikan, takat kewajipan majikan tersebut ke atas pembayaran caruman di bawah Akta ini;
- untuk mengadakan peruntukan bagi mengembalikan caruman, atau mana-mana bahagian caruman itu, yang tersilap dibayar;
[Pin. Akta A1504/2016]
- untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi maksud penamaan dan pembatalan penamaan, dan butir-butir yang hendaklah dikemukakan;
[Pin. Akta A1080/2000]
- untuk menetapkan tatacara berhubungan dengan pengeluaran daripada Kumpulan Wang;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan lembaga perubatan bagi maksud perenggan 54(1)(c) dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan;
- untuk menetapkan keterangan yang hendaklah dikemukakan dan orang, pegawai atau pihak berkuasa yang kepadanya keterangan itu hendaklah dikemukakan bagi maksud seksyen 54;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pelupusan amaun yang tidak dituntut, tidak dibayar atau selainnya masih berada dalam Kumpulan Wang;
- untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi pelupusan perkara yang berhubungan dengan akaun majikan dan pekerja;
-
- untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuklah pegawai sementara dan pegawai kontrak Lembaga;
- kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah Akta ini bolehlah termasuk peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan dalam gaji atau dalam saraan lain, atau peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, akan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib;
- kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian bolehlah meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat;
- kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah Akta ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib mengadakan peruntukan bagi peluang untuk representasi dibuat dalam keadaan tertentu oleh orang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil sebelum sesuatu keputusan dicapai oleh pihak berkuasa tatatertib ke atas tuduhan tatatertib yang dikenakan terhadap orang itu;
- untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuklah pegawai sementara dan pegawai kontrak Lembaga;
- untuk menetapkan apa-apa yang berhubungan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA termasuklah tatacara bagi pelaburan;
[Mas. Akta A958/1996]
(na) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemindahan kredit di bawah Bahagian VA termasuk pengeluaran bagi kredit yang dipindahkan;[Mas. Akta A1300/2007]
- [Dipotong oleh Akta A1504/2016]; dan
- untuk menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
[Gan. Akta A1080/2000]
Seksyen 74
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang diberitahu dalam Warta, meminda, menambah kepada atau mengubah mana-mana Jadual kepada Akta ini.
BAHAGIAN IX
PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN PERALIHAN
Seksyen 75
Pemansuhan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951
Pada hari ditetapkan—
- Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 [Akta 272] (dalam Bahagian ini disebut sebagai "Akta yang dimansuhkan") hendaklah terhenti berkuat kuasa;
- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (dalam Bahagian ini disebut sebagai "Lembaga KWSP") yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu hendaklah juga terhenti wujud:
Dengan syarat bahawa ahli Lembaga KWSP yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah dilantik sebagai ahli Lembaga KWSP hendaklah pada hari itu menjadi ahli Lembaga dan hendaklah tertakluk kepada semua peruntukan Akta ini berhubungan dengan ahli tersebut dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.
Seksyen 76
Penerusan undang-undang, dsb.
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua undang-undang bertulis, perintah, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga KWSP dan berkuat kuasa sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan:
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai Lembaga KWSP hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga, dan ungkapan yang membawa maksud sesuatu sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
- Semua perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan itu dan berkuat kuasa sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.
Seksyen 77
Pemindahan kuasa, hak, liabiliti dan tugas
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan Lembaga KWSP hendaklah, dari hari itu diturunkan kepada Lembaga.
Seksyen 78
Pemindahan harta
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua tanah yang sebelum sahaja hari ditetapkan terletak hak pada Lembaga KWSP hendaklah, pada hari itu, terletak hak pada Lembaga.
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan pada mana-mana arahan Menteri, semua harta dan aset selain tanah yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga KWSP atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga KWSP hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.
Seksyen 79
Kontrak yang sedia ada
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 78 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau menyebelahi Lembaga dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan seberkesannya seolah-olah Lembaga, dan bukannya Lembaga KWSP atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga KWSP, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Seksyen 80
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, pemansuhan Akta yang dimansuhkan itu, ataupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang telah dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum hari ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga KWSP atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga KWSP bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sepertimana yang prosiding (sama ada sivil atau jenayah) boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga KWSP atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
- Mana-mana rayuan yang dibawa atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas hari ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga sepertimana yang rayuan boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga KWSP seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
Seksyen 81
Pemindahan Kumpulan Wang
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua wang yang berada dalam, dan kena dibayar kepada, Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta yang dimansuhkan itu hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.
Seksyen 82
Penerusan pegawai dan pekhidmat
Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga KWSP hendaklah pada hari itu disifatkan sebagai diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat, mengikut mana yang berkenaan, Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat sebelum sahaja hari ditetapkan itu.
Seksyen 83
Prosiding tatatertib yang belum selesai
Semua prosiding tatatertib yang, sebelum sahaja hari ditetapkan, belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga KWSP pada atau selepas tarikh itu, boleh diteruskan terhadap pegawai atau pekhidmat itu oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Seksyen 84
Pemindahan ahli Kumpulan Wang
Tiap-tiap pekerja yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah ahli Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta yang dimansuhkan itu hendaklah pada tarikh itu menjadi ahli Kumpulan Wang dan tertakluk pada semua peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan ahli Kumpulan Wang.
Seksyen 85
Pemindahan pendaftaran majikan
Tiap-tiap majikan yang didaftarkan di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan itu atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini.
Seksyen 86
Menghalang anomali
- Jika apa-apa kesukaran timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang tersebut di atas dalam Akta ini Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan tersebut sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghalang anomali:
Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.
- Dalam seksyen ini, "ubah suaian" termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini.
JADUAL PERTAMA
(Seksyen 2)
ORANG YANG BUKAN PEKERJA
- Kesemua orang asli nomad melainkan jika dalam mana-mana hal tertentu Ketua Pengarah Hal Ehwal Orang Asli mengesyorkan selainnya.
- Orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273], kecuali apabila diambil bekerja
- oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua pada Akta ini;
- oleh mana-mana pertubuhan yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan atau pertubuhan-pertubuhan koperasi;
- dalam mana-mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan Perlesenan Perdagangan bagi Negeri Sabah [Sabah Bab. 144], Ordinan Perlesenan, Profesion dan Perdagangan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab. 33], atau Ordinan Nama-Nama Perniagaan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab 64], mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
- oleh mana-mana perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
- oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua pada Akta ini;
- Orang gaji domestik yang ditakrifkan sebagaimana yang tersebut dahulu (selain daripada yang telah dikecualikan di bawah perenggan (2)) yang tidak, berkenaan dengan mana-mana pekerjaan dalam mana mereka pada ketika itu bekerja, memberikan kepada Lembaga dan majikan mereka satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niat mereka untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
- Pekerja luar sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952, kecuali apabila diambil bekerja oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
- Mana-mana orang yang ditahan dalam mana-mana penjara, Sekolah Henry Gurney, sekolah diluluskan, tempat tahanan, hospital mental, pusat pemulihan yang mempunyai erti yang sama dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] atau penempatan pesakit kusta.
[Pin. Akta A958/1996]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen dan yang tidak memberi Lembaga dan majikannya satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niatnya untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
[Pin. Akta A958/1996; Mas. Akta A1190/2003]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang mengikut terma dan syarat perkhidmatannya menyertai suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain yang seumpamanya yang ditubuhkan atau ditadbirkan di luar Malaysia.

- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga untuk menyertai mengikut terma dan syarat perkhidmatannya dalam suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain yang ditubuhkan atau ditadbirkan di Malaysia.
[Pin. Akta A958/1996]
- Mana-mana orang yang adalah Anggota Pentadbiran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
- (Dipotong oleh Akta A1190/2003).
- (Dipotong oleh Akta A1190/2003).
- (Dipotong oleh Akta A1190/2003).
- Mana-mana orang yang telah mencapai umur tujuh puluh lima tahun.
[Mas. Akta A1300/2007]
JADUAL KEDUA
(Seksyen 2)
TAKRIF "MAJIKAN"
- Public Utilities Board of Singapore
- Mana-mana Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau mana-mana kerajaan lain dan mana-mana pejabat atau jabatan sedemikian yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud perenggan ini (yang berhubungan dengan pekerjaan di Malaysia dalam sesuatu jawatan sivil, di bawah kontrak perkhidmatan atau di bawah apa-apa perkiraan yang dibuat di Malaysia atau di Republik Singapura, yang bukannya pekerjaan dalam mana-mana jawatan tetap yang memberikan faedah di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan persaraan atau pencen).
JADUAL KETIGA
Kadar caruman bagi pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. Majikan dikehendaki membayar caruman bahagian syer pekerja berdasarkan jadual ini.
Nota: Perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini (sekurang-kurangnya versi 8.0) diperlukan untuk memastikan fail Jadual Ketiga boleh dipaparkan, dicetak atau dimuat turun.
Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran;
- Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di 03-89226000;
- Enquiry
JADUAL KEEMPAT
[Dipotong oleh Akta A914/1995]
JADUAL KELIMA
(Subseksyen 58(1))
AMAUN TAMBAHAN YANG KENA DIBAYAR JIKA PENGELUARAN DIBUAT DI BAWAH SEKSYEN 54(1)(a)
Jumlah amaun tambahan yang kena dibayar ialah dua ribu lima ratus ringgit.
[Gan. Akta A1080/2000; Pin. P.U. (A) 227/2003.]
JADUAL KEENAM
(Subseksyen 58(2))
AMAUN TAMBAHAN YANG KENA DIBAYAR JIKA PENGELUARAN DIBUAT DI BAWAH SEKSYEN 54(1)(c)
Jumlah amaun tambahan yang kena dibayar ialah lima ribu ringgit.
[Gan. Akta A1080/2000; Pin P.U. (A) 227/2003]
JADUAL KETUJUH
(Seksyen 26C)
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI PERBADANAN YANG DITUBUHKAN OLEH LEMBAGA
[Mas. Akta A958/1996]
- Tugas Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan.
Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh yang baginya sesuatu perbadanan ditubuhkan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan yang menentukan -- maksud dan matlamat yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
- hak, kuasa dan fungsi perbadanan itu;
- sistem pengurusan perbadanan itu; dan
- hubungan di antara perbadanan dan Lembaga dan hak kawalan ke atas perbadanan itu.
- Skop perbadanan.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini bolehlah ditafsirkan sebagai membenarkan Lembaga untuk menubuhkan sesuatu perbadanan bagi apa-apa maksud atau matlamat yang skopnya adalah lebih ekstensif daripada maksud atau matlamat yang baginya Lembaga telah ditubuhkan atau sebagai memberi kepada sesuatu perbadanan apa-apa hak, tugas, kuasa, atau fungsi yang bukannya hak, tugas, kuasa, atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.
- Kesan mengikat kepada peraturan-peraturan.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat ke atas perbadanan itu yang baginya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kesan bagi semua maksud di bawah Akta ini.
- Daftar perbadanan.
Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam borang yang ditetapkan bagi semua perbadanan dan daftar itu bersama-sama dengan salinan semua peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
- Penggulungan.
- Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan bahawa sesuatu perbadanan digulungkan dan dibubarkan.
- Setelah pembubaran sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini, aset perbadanan, selepas pembayaran semua liabiliti hendaklah dipindahkan kepada dan diletakhakkan pada Lembaga.
- Sifat di sisi undang-undang sesuatu perbadanan.
Setiap perbadanan hendaklah menjadi sebuah pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang Lembaga akan berikan kepada perbadanan itu dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu, dan bagi maksud untuk memberikan kesan kepada maksud dan matlamat yang baginya ia ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan memegang dan berurusan dalam atau dengan apa-apa harta alih atau tak alih dan melakukan semua perkara lain dan hal bersampingan atau bersangkutan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau had sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Meterai biasa perbadanan.
- Setiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mempunyai reka bentuk sebagaimana perbadanan boleh, dengan kelulusan Lembaga, meluluskan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan dibuat baru oleh perbadanan itu, dengan kelulusan Lembaga.
- Sehingga suatu meterai disediakan oleh perbadanan itu di bawah perenggan ini, meterai perbadanan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja boleh digunakan sebagai meterai bagi perbadanan itu.
- Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan, dan hendaklah disahkan oleh, mana-mana orang sebagaimana yang diarahkan oleh perbadanan itu.
- Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain bagi maksud untuk dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai perbadanan itu disimpan hendaklah, sehingga yang berlawanan dapat dibuktikan, disifatkan sebagai disempurnakan dengan sah.

JADUAL KELAPAN
(Seksyen 53D dan 53E)
PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN CARUMANNYA
Pemindahan caruman ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah
- Tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) jadual yang berikut, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (3) ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.
- Pemindahan caruman boleh dihentikan oleh ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a) pembubaran perkahwinan antara ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya dengan ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu;
(b) kematian ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu.
AKTA 452
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang berhubungan dengan suatu skim simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi perkara yang bersampingan dengannya.
[1 Jun 1991; P.U. (B) 264/1991; Gan. Akta A1300/2007.]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen 1
Tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa
- Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
- Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"ahli Kumpulan Wang" ertinya seseorang yang mempunyai akaun dan kredit dengan Kumpulan Wang;
[Pin. Akta A1300/2007]
"amaun tambahan" ertinya amaun yang boleh dibayar di bawah seksyen 58;
[Pin. Akta A1300/2007]
"amaun upah bagi bulan itu" ertinya—
- berkenaan dengan pekerja yang dibayar secara bulanan atau pada lat tempoh yang lebih lama daripada satu bulan, amaun upah yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bulan tersebut; atau
- berkenaan dengan mana-mana pekerja lain, amaun agregat upah yang kena dibayar kepadanya pada hari pembayaran upah yang jatuh dalam bulan tersebut:
Dengan syarat bahawa jika tunggakan upah dibayar kepada pekerja atas apa-apa kajian semula upah, tunggakan upah itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan sebagai sebahagian daripada amaun upah bagi bulan di dalamnya tunggakan upah itu dibayar sebagai tambahan kepada amaun upah yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bulan itu yang disebut dalam perenggan (a) atau (b);
"bayaran lebih masa" ertinya apa-apa bayaran yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan melebihi masa bekerja biasa pekerja itu dan termasuklah apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja bagi kerja yang dijalankan pada hari kelepasan dan hari rehat;
[Mas. Akta A914/1995]
"bulan" ertinya suatu bulan kalendar atau sebahagian daripadanya;
"caj perkhidmatan" ertinya apa-apa wang atau bayaran, sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, fi perkhidmatan, tip, atau selainnya walau bagaimana jua pun diperihalkan, yang telah dibayar oleh, dicajkan kepada, dikutip daripada, atau diberi secara sukarela oleh, pelanggan atau mana-mana orang lain (yang bukannya majikan) berhubung dengan perniagaan majikan itu dan yang kena dibayar kepada seseorang pekerja sama ada pada keseluruhannya atau sebahagiannya secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada di bawah kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja, atau selainnya;
"ditetapkan oleh Lembaga" ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
[Mas. Akta A1300/2007]
"ditetapkan oleh Menteri" ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
[Mas. Akta A1300/2007]
"faedah persaraan" ertinya apa-apa bayaran yang dibayar kepada pekerja kerana bersara sama ada secara wajib atau pilihan atau atas sebab kesihatan seperti yang dinyatakan di bawah kontrak perkhidmatan pekerja itu;
[Mas. Akta A914/1995]
"ganjaran" ertinya apa-apa bayaran yang dibayar oleh majikan kepada pekerja atas sebab tamat tempoh perkhidmatan atau pemberhentian secara sukarela sebagai mengiktiraf perkhidmatan pekerja itu;
[Mas. Akta A914/1995]
"hari ditetapkan" ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2);
"ketua pegawai eksekutif" ertinya seseorang yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif di bawah seksyen 30 Akta;
[Mas. Akta A958/1996]
"kredit" ertinya caruman yang berada dalam akaun ahli Kumpulan Wang bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya;
"Kumpulan Wang" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 24;
"kumpulan wang diluluskan" ertinya—
suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain untuk faedah pekerja yang ditubuhkan oleh majikan atau kumpulan majikan dan diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 52 sebagai suatu kumpulan wang diluluskan, dan termasuklah—
(iii) mana-mana skim berkenaan dengan orang yang bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan diletakkan dalam perjawatan berpencen;
(iv) apa-apa perkiraan berkenaan dengan orang yang bekerja dengan mana-mana organisasi jika pelantikan ke organisasi itu dibuat oleh atau dengan kelulusan Kerajaan Malaysia akan seseorang yang sebelum pelantikan tersebut, telah bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan dan jika tempoh perkhidmatan dengan organisasi itu boleh dihitung bagi maksud pemberian apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain oleh Kerajaan Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pencen,
dan jika timbul apa-apa keraguan tentang sama ada mana-mana orang itu berada dalam pekerjaan tersebut atau tidak, keputusan Menteri hendaklah muktamad; atau
(b) mana-mana skim yang ditubuhkan secara nyata oleh mana-mana undang-undang bertulis sebelum sahaja 6 Ogos 1970, untuk faedah pekerja dalam mana-mana tred, perniagaan, industri atau pekerjaan:
Dengan syarat bahawa skim sedemikian hendaklah terhenti daripada menjadi kumpulan wang diluluskan apabila Menteri mengisytiharkan bahawa skim sedemikian terhenti menjadi kumpulan wang diluluskan;
"Lembaga" ertinya Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"majikan" ertinya orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan dan termasuklah—
- pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang "pekerja";
- mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan; dan
- mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau badan lain yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan, jika seseorang pekerja bekerja dengan mana-mana Kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan atau dengan mana-mana pegawai bagi pihak mana-mana Kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan itu, pegawai yang di bawahnya pekerja itu bekerja hendaklah disifatkan sebagai seorang majikan:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun pegawai sedemikian bertanggungan sendiri di bawah Akta ini untuk apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan dengan suci hati olehnya sebagai seorang pegawai bagi majikan tersebut;
"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab dalam hal yang berhubungan dengan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
[Pin. Akta A914/1995]
"orang" termasuklah mana-mana ejen, syarikat, persatuan atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
"orang yang bekerja sendiri" ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja;
"pekerja" ertinya mana-mana orang, yang bukannya orang yang perihalannya dinyatakan dalam Jadual Pertama, yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan, sama ada secara bertulis atau lisan dan sama ada nyata atau tersirat, untuk bekerja bagi sesuatu majikan;
[Pin. Akta A914/ 1995; Gan. A1123/ 2001]
"pekerja berpencen" ertinya pekerja yang telah diletakkan dalam perjawatan berpencen yang berkenaan atau disifatkan telah diletakkan sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh perletakan pekerja dalam perjawatan berpencen yang berkenaan oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
"Pemeriksa" ertinya seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 34;
[Pin. Akta A914/1995]
"Pengerusi" berhubungan dengan Lembaga termasuklah Timbalan Pengerusi;
"pinjaman" termasuk pembiayaan mengikut Shariah;
[Mas. Akta A1504/2016]
"pinjaman perumahan khas" ertinya apa-apa pinjaman kepada syarikat yang diluluskan semata-mata bagi maksud pinjaman semula kepada peminjam bagi pembelian rumah kos rendah;
[Mas. Akta A914/1995]
"rumah" ertinya mana-mana rumah kediaman yang dibina atau sedang dibina dan termasuklah rumah pangsa, kondominium atau rumah kedai yang dibina atau sedang dibina bagi maksud kediaman atau sebahagiannya untuk kediaman dan sebahagiannya untuk menjalankan perniagaan, perdagangan atau profesion di dalamnya;
"skim baru" ertinya gaji dan terma dan syarat perkhidmatan yang dikaji semula bagi pekerja dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan yang timbul daripada kajian semula gaji dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja itu yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri;
"syarikat diluluskan" ertinya suatu syarikat yang—
- diperbadankan di Malaysia dan mempunyai suatu tempat perniagaan di Malaysia;
- (i) tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk menggalakkan pemunyaan rumah secara membuat pendahuluan jumlah wang bagi pembelian tanah dan bangunan, yang mana wang pokok dan faedahnya kena dibayar balik secara ansuran dalam tempoh beberapa tahun yang tetap, yang tidak melebihi pada bila-bila masa nilai tanah dan bangunan tersebut yang dibuat oleh juruukur tanah berlesen atau penaksir berlesen; atau
- diluluskan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud menerima pinjaman daripada Lembaga mengikut seksyen 26A;
[Pin. Akta A914/1995]
(ii) dalam mana Kerajaan Malaysia mempunyai penyertaan dan tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk membiayai industri; dan
"upah" ertinya semua saraan dalam bentuk wang, yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya sama ada dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya dan termasuklah apa-apa bonus, komisen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja sama ada bonus, komisen atau elaun itu kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya atau selainnya, tetapi tidak termasuk—
- caj perkhidmatan;
[Pin. Akta A1080/2000]
- bayaran lebih masa;
- ganjaran;
- faedah persaraan;
[Pin. Akta A1080/2000]
- faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan;
[Mas. Akta A914/1995]
- mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsensi perjalanan; atau
[Mas. Akta A914/1995]
- mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri.
[Mas. Akta A914/1995]
BAHAGIAN II
LEMBAGA DAN PANEL PELABURAN
Seksyen 3
Penubuhan Lembaga
Bagi maksud menguruskan Kumpulan Wang dan bagi melaksanakan maksud Akta ini, suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja" ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan yang boleh dengan ini membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih daripada tiap-tiap perihalan dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerahkan, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
[Pin. Akta A1300/2007]
Seksyen 4
Keahlian Lembaga
- Lembaga hendaklah terdiri daripada—
- Pengerusi;
- Timbalan Pengerusi yang hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang disebut dalam subperenggan (d)(i);
- ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah menjadi seorang ahli ex-officio; dan
[Pin. Akta A958/1996]
- tidak lebih daripada dua puluh orang ahli lain yang mana—
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri;
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan majikan yang mencarum kepada Kumpulan Wang dan yang bukannya orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri atau diambil bekerja oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan;
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan pekerja yang mencarum kepada Kumpulan Wang; dan
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan.
[Pin. Akta A1611/2019]
- tidak lebih daripada lima orang hendaklah merupakan orang yang memegang jawatan beremolumen di bawah Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri;
- Jika Pengerusi itu bukanlah seorang wakil dari Kementerian Kewangan, Menteri hendaklah melantik seorang wakil dari Kementerian Kewangan untuk menjadi seorang ahli Lembaga di bawah subseksyen 1(d)(i) yang hendaklah juga dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.
- Ahli Lembaga, selain ketua pegawai eksekutif, hendaklah dilantik oleh Menteri dan, tertakluk kepada seksyen 6 dan 7 hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Menteri.
- Ahli Lembaga tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 5
Ahli silih ganti
- Menteri bolehlah berkenaan dengan setiap orang ahli yang dilantik di bawah subperenggan 4(1)(d)(i) melantik, dengan menamakannya, seseorang untuk menjadi seorang ahli silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan ahli itu apabila ahli itu tidak dapat hadir oleh kerana apa-apa sebab.
- Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan seseorang ahli, seseorang ahli silih berganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang ahli Lembaga.
- Seseorang ahli silih ganti hendaklah terhenti menjadi ahli silih ganti apabila ahli yang berkenaan dengannya dia adalah ahli silih ganti terhenti menjadi ahli Lembaga.
Seksyen 6
Tempoh jawatan
(1) Tertakluk kepada seksyen 7(2), 8 dan 22, seseorang ahli Lembaga, selain ketua pegawai eksekutif, hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun.
[Pin. Akta A958/1996, A1611/2019]
(2) Seseorang ahli Lembaga yang disebut dalam subseksyen (1) adalah layak untuk dilantik semula tetapi tiada ahli boleh memegang jawatan bagi tempoh keseluruhan melebihi dua belas tahun.
[Mas. Akta. A1611/2019]
Seksyen 7
Peletakan jawatan dan pembatalan
- Seseorang ahli Lembaga, termasuklah Timbalan Pengerusi, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi, dan dalam hal Pengerusi, melalui suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri.
- Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan seseorang ahli Lembaga jika difikirkannya suai manfaat untuk berbuat demikian tanpa memberikan apa-apa sebab mengenainya.
Seksyen 8
Pengosongan jawatan
Seseorang ahli Lembaga hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya—
- atas kematiannya; atau
- atas kegagalannya untuk menghadiri tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.
Seksyen 9
Kuorum Lembaga
[Gan. Akta A1611/2019]
- Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan lapan orang ahli lain adalah membentuk kuorum pada semua mesyuarat Lembaga.
[Pin. Akta A1611/2019]
- Dalam masa ketidakhadiran Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga dan bolehlah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.
- Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
Seksyen 10
Pengerusi mempunyai undi pemutus
- Jika atas apa-apa soal yang hendak ditentukan terdapat kesamarataan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
- Jika Pengerusi adalah juga ketua pegawai eksekutif, dia tidaklah mempunyai undi atas sifatnya sebagai ketua pegawai eksekutif.
[Pin. Akta A958/1996]
Seksyen 11
Kuasa Menteri untuk memberi arahan
Menteri bolehlah memberi kepada Lembaga arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini tentang penjalanan fungsi dan kuasa Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan arahan itu.
Seksyen 12
Tugas untuk mengemukakan maklumat kepada Menteri
Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri apa-apa maklumat berhubungan dengan kegiatannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Seksyen 13
Pengesahan meterai
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Lembaga hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga di hadapan Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, atau sama ada Pengerusi atau ketua pegawai eksekutif dan seorang ahli lain Lembaga, atau mana-mana dua orang ahli lain Lembaga, dan mana-mana surat ikatan, dokumen atau surat cara yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga dan disahkan sedemikian hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah:
Dengan syarat bahawa jika Pengerusi adalah juga ketua pegawai eksekutif, meterai perbadanan Lembaga hendaklah dimeteraikan di hadapan Pengerusi dan seorang ahli lain Lembaga atau mana-mana dua orang ahli lain Lembaga.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 14
Kuasa dan tugas Lembaga
- Lembaga hendaklah mempunyai kuasa dan hendaklah melaksanakan tugas sebagaimana yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini.
- Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang dan mewakilkan kepada orang tersebut sama ada di dalam Malaysia atau di mana-mana tempat di luar Malaysia semua atau mana-mana kuasa dan tugas Lembaga dan orang yang dilantik sedemikian itu boleh, tertakluk kepada surat cara tersebut, melakukan apa-apa tindakan atau menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa tugas yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukan atau melaksanakan.
- Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan dalam menjalankan kuasa-kuasanya atau dalam melaksanakan tugasnya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik lagi maksud Akta ini.
Seksyen 15
Rizab am dan akaun rizab lain
- Lembaga boleh menubuhkan dan menguruskan suatu rizab am dan akaun rizab lain.
- Pembayaran ke dalam dan keluar daripada akaun rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
Seksyen 16
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh melantik mana-mana orang atau menubuhkan apa-apa jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengurusan dan pentadbiran Kumpulan Wang.
Seksyen 17
Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya
Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
Seksyen 18
Penubuhan dan keahlian Panel Pelaburan
- Suatu Panel Pelaburan yang bertanggungjawab bagi perkara yang berkenaan dengan pelaburan Kumpulan Wang dan yang hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut ditubuhkan:
- Pengerusi, atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Menteri, yang hendaklah menjadi Pengerusi Panel Pelaburan;
- Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan wakil daripada Kementerian Kewangan;
- (Dipotong oleh Akta A1611);
- ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah menjadi seorang ahli ex-officio; dan
- empat orang lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi atau pengetahuan atau pengalaman lain yang relevan, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
[Gan. Akta A1300/2007; Pin. Akta A1611/2019]
- Panel Pelaburan hendaklah tertakluk pada apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri, dari semasa ke semasa.
- Ahli Panel Pelaburan tidaklah berhak kepada apa-apa saraan tetapi bolehlah dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan elaun sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri.
Seksyen 19
Pengosongan jawatan—
Seseorang ahli Panel Pelaburan hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya -
- atas kematiannya; atau
- atas kegagalannya untuk menghadiri tiga mesyuarat Panel Pelaburan secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Panel Pelaburan.
Seksyen 20
Kuorum dan penjalanan prosiding
- Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Panel Pelaburan dan dua orang ahli lain Panel Pelaburan adalah membentuk kuorom pada semua mesyuarat Panel Pelaburan.
[Pin. Akta A1300/2007]
(1A) Dalam masa ketidakhadiran Pengerusi, Tmbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Panel Pelaburan dan, hendaklah menjalankan semua kuasa Pengerusi berkenaan dengan mesyuarat itu.
[Mas. Akta A1300/2007]
- Tertakluk kepada seksyen 18(2), Panel Pelaburan hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
Seksyen 21
Pengerusi Panel Pelaburan mempunyai undi pemutus
- Jika atas apa-apa soal yang hendak ditentukan terdapat kesamarataan undi, Pengerusi Panel Pelaburan hendaklah mempunyaiundi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
- Jika Pengerusi adalah juga ketua pegawai eksekutif dan dia dilantik sebagai Pengerusi Panel Pelaburan, dia tidaklah mempunyai undi atas sifatnya sebagai ketua pegawai eksekutif.
[Pin. Akta A958/1996]
Seksyen 22
Ketidaklayakan daripada keahlian Lembaga dan Panel Pelaburan
Orang yang berikut tidak layak dilantik sebagai ahli Lembaga atau Panel Pelaburan atau jika dia adalah seorang ahli Lembaga atau Panel Pelaburan dia hendaklah terhenti daripada menjadi ahli:
- seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak upaya melaksanakan tugasnya;
- seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun;
- seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran, atau keburukan akhlak; atau
- seseorang bankrap.
Seksyen 23
Pendedahan kepentingan
- Tiap-tiap ahli Lembaga atau Panel Pelaburan, yang mempunyai secara langsung atau tidak langsung melalui dirinya sendiri, suami-isteri atau anak-anaknya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, Panel Pelaburan atau mana-mana jawatankuasa yang baginya dia adalah seorang ahli, hendaklah mendedahkan kepada Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa, mengikut mana yang berkenaan, fakta mengenai kepentingannya dan jenis kepentingannya dengan seberapa segera yang praktik selepas fakta berkaitan itu telah sampai kepada pengetahuannya.
- Mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa yang gagal mendedahkan kepentingannya sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
- Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa, dan selepas apa-apa perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah—
- tidak mengambil bahagian dan juga tidak hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa atau jawatankuasa berhubungan dengan perkara tersebut; dan
- tidak diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa untuk pertimbangtelitian atau keputusan tersebut.
- Tiada tindakan atau prosiding Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana ahli Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.
Seksyen 23A
Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Shariah
- Lembaga hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Shariah yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan perkara Shariah bagi maksud menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan dalam memastikan pengurusan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa mematuhi prinsip Shariah, termasuk caruman, pelaburan dan dividen.
- Jawatankuasa Penasihat Shariah boleh menentukan tatacaranya sendiri.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 23B
Fungsi Jawatankuasa Penasihat Shariah
Jawatankuasa Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
- untuk menentukan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa;
- untuk menasihati Lembaga dan Panel Pelaburan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Shariah dan pemakaian prinsip Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa;
- apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 23C
Pelantikan ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah
- Lembaga boleh melantik apa-apa bilangan orang, yang hendaklah tidak kurang daripada tiga orang, dalam kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah, atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin lain yang berkaitan, sebagai ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah.
- Ahli Jawatankuasa Penasihat Shariah tidak berhak kepada apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium, dan elaun perbelanjaan dan elaun sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 23D
Rujukan kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah
- Lembaga dan Panel Pelaburan hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan Shariah dan apa-apa perkara yang menghendaki penentuan prinsip Shariah oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah yang berhubungan dengan akaun ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa.
- Nasihat yang diberikan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah mengenai apa-apa perkara yang dirujuk di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat Lembaga dan Panel Pelaburan.
[Mas. Akta A1504/2016]
BAHAGIAN III
KUMPULAN WANG
Seksyen 24
Penubuhan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Bagi maksud Akta ini hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dipanggil "Kumpulan Wang Simpanan Pekerja", yang ke dalamnya hendaklah dibayar-
- segala caruman yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini;
- wang yang diperoleh dengan menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
- wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga; dan
- segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan tugasnya.
- Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
- menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibuat di bawah Akta ini;
- pelaburan di bawah Akta ini;
[Pin. Akta A914/1995]
- memberi pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga;
- membayar, apa-apa belanja yang dilakukan dengan sahnya oleh Lembaga termasuklah apa-apa fi ukur atau fi guaman dan kos atau apa-apa fi lain dan kos di bawah seksyen 14 dan, saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil bekerja oleh Lembaga termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
[Pin. Akta A914/1995]
- membayar apa-apa belanja lain, kos atau perbelanjaan yang dilakukan dengan sepatutnya atau diterima oleh Lembaga dalam melaksanakan kuasanya dan melaksanakan tugasnya;
[Pin. Akta A914/1995]
- membayar balik apa-apa wang yang dipinjamkan di bawah Akta ini jika ada, dan faedah yang kena dibayar ke atasnya; dan
- pada amnya membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dan berkaitan dengan pentadbiran Kumpulan Wang.
Seksyen 25
Lembaga hendaklah menjadi pemegang amanah Kumpulan Wang
Lembaga hendaklah menjadi pemegang amanah Kumpulan Wang.
Seksyen 26
Kuasa Lembaga untuk melabur
[Gan. Akta A914/1995]
- Lembaga boleh tertakluk kepada subseksyen 18(2), melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang mengikut cara yang berikut:
- didepositkan dalam—
- Bank Negara Malaysia; atau
- bank atau bank pelaburan yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]; atau
[Gan. Akta A1504/2016]
- bank Islam yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau
[Gan. Akta A1504/2016]
- institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
[Mas.Akta A1504/2016]
- dilabur dalam—
- saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam permulaan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau saham yang disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta yang sama; atau
[Gan. Akta A1504/2016]
- debentur mana-mana syarikat awam;
- saham yang ditawarkan menurut suatu tawaran awam permulaan yang telah diluluskan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau saham yang disenaraikan di bursa saham yang telah diluluskan di bawah Akta yang sama; atau
- dalam bon atau pembelian kertas gadai-janji, nota komersial, persetujuan jurubank, kertas pasaran wang, sijil deposit, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain jenis yang seumpamanya;
- mengikut peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]:
Dengan syarat bagaimanapun, jika Lembaga melaburkan dalam atau atas hakmilik kepada harta tak alih di Malaysia mengikut perenggan 4(1)(c) Akta Pemegang Amanah 1949, harta tak alih itu mungkin atau mungkin tidak menghasilkan apa-apa pendapatan pada masa pelaburan itu; - memberi pinjaman kepada Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri; dan
[Pin.Akta A1504/2016]
- memberi pinjaman kepada ahli Kumpulan Wang tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga bagi maksud pembelian atau pembinaan sebuah rumah.
- didepositkan dalam—
- Lembaga boleh dengan kebenaran bertulis Menteri, melabur wang kepunyaan Kumpulan Wang dengan cara yang berikut:
- didepositkan dalam mana-mana bank atau institusi kewangan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- dilaburkan dalam apa-apa usaha sama;
- menyertai dalam apa-apa program penswastaan;
- memberi pinjaman kepada mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- dengan melabur dalam apa-apa pelaburan di luar Malaysia;
[Pin. Akta A1300/2007]
(ea) dengan menyertai atau menjalankan urus niaga dalam apa-apa instrumen derivatif; atau
[Pin. Akta A1300/2007]
- dilaburkan dalam apa-apa bentuk pelaburan yang lain.
- Bagi maksud seksyen ini—
"debentur" termasuklah stok debentur, bon, nota dan mana-mana sekuriti lain sesebuah perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian ke atas aset perbadanan atau tidak;
[Pin. Akta A1300/2007]
"instrumen derivatif" ertinya suatu kontrak kewangan termasuk kontrak hadapan, kontrak niagaan ke depan dan kontrak opsyen; dan
[Pin. Akta A1300/2007]
"saham" ertinya saham berbayar (sama ada dibayar secara penuh atau tidak) dalam modal saham syarikat dan termasuklah stok dan hak untuk melanggan bagi mana-mana stok dan saham.
- Lembaga boleh, jika suatu mata wang asing dikehendaki sebagai suatu instrumen pelaburan, dalam menjalankan pelaburan yang telah diluluskan dibawah seksyen ini, membuat pinjaman mata wang asing bagi maksud pelaburan itu.
[Pin. Akta A1300/2007]
Seksyen 26A
Kuasa Lembaga untuk melabur dalam syarikat yang diluluskan
[Mas. Akta A914/1995; Pin. Akta A958/1996]
- Sebagai tambahan kepada kuasa Lembaga untuk melabur mengikut seksyen 26, Lembaga boleh melabur—
- secara pinjaman kepada sesuatu syarikat diluluskan atau pembelian syer dalam sesuatu syarikat diluluskan; atau
- secara pinjaman perumahan khas kepada sesuatu syarikat diluluskan.
- Tiada wang kepunyaan Kumpulan Wang boleh dilaburkan mengikut subseksyen (1) melainkan jika—
- modal syer biasa berbayar syarikat diluluskan itu adalah tidak kurang daripada lima juta ringgit Malaysia;
- syarikat diluluskan itu telah membayar dividen pada kadar yang tidak kurang daripada lima peratus ke atas modal syer biasa itu dalam setiap tiga tahun yang terakhir sebelum masa pelaburan itu dan jika syarikat diluluskan itu adalah suatu syarikat yang telah memperoleh aset dan liabiliti sesuatu syarikat diluluskan yang lain, pembayaran dividen oleh syarikat yang lain itu dalam setiap tiga tahun yang terakhir sebelum masa perolehan itu hendaklah dianggap sebagai pembayaran oleh syarikat diluluskan itu;
- dalam hal sesuatu syarikat diluluskan yang tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk menggalakkan pemunyaan rumah dan, jumlah amaun pinjaman syarikat diluluskan itu daripada semua sumber, tidak termasuk amaun apa-apa pinjaman perumahan khas, sama ada pemegang amanah atau tidak, yang telah diterima oleh syarikat diluluskan itu atas pinjaman dan deposit, dan termasuk faedah yang kena dibayar ke atasnya dan tidak dibayar balik oleh syarikat diluluskan itu, tidak pada bila-bila masa melebihi tiga perempat daripada amaun, tidak termasuk faedah akan datang, yang pada masa itu dicagarkan kepada syarikat diluluskan itu daripada peminjam-peminjamnya:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh mengubah apa-apa had yang dikenakan ke atas jumlah amaun pinjaman syarikat diluluskan dalam perenggan ini;
[Mas. Akta A958/1996]
- suatu perakuan bahawa peruntukan perenggan (a), (b) dan (c) subseksyen ini telah dipatuhi berkenaan dengan tahun kewangan yang terakhir bagi syarikat diluluskan itu, jika dimasukkan dalam laporan juruaudit yang dilampirkan kepada akaun tahunan syarikat diluluskan itu yang dikehendaki disediakan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang kepadanya syarikat diluluskan itu tertakluk, hendaklah muktamad memihak kepada Lembaga yang membuat pelaburan itu; dan
- mana-mana perjanjian tentang pembayaran balik yang dibuat antara Lembaga dan syarikat diluluskan itu hendaklah ditamatkan dengan serta-merta jika—
- syarikat diluluskan itu terhenti daripada mematuhi mana-mana peruntukan perenggan (a), (b) dan (c) subseksyen ini;
- syarikat diluluskan itu tidak mendapatkan suatu perakuan dalam terma dan mengikut cara yang dinyatakan dalam perenggan (d) subseksyen ini; atau
- Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui pemberitahuan dalam Warta, mengarahkan bahawa syarikat itu hendaklah terhenti daripada menjadi suatu syarikat diluluskan akibat daripada pertimbangannya bahawa syarikat itu telah menyimpang daripada tujuan tunggal atau utamanya,
dan apa-apa wang kepunyaan Kumpulan Wang hendaklah sesudah itu kena dibayar balik dengan serta-merta.
- syarikat diluluskan itu terhenti daripada mematuhi mana-mana peruntukan perenggan (a), (b) dan (c) subseksyen ini;
Seksyen 26B
Lembaga melabur dalam Sekuriti Kerajaan
[Mas. Akta A914/1995]
- Tertakluk pada apa-apa perubahan yang boleh dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah melaburkan atau melaburkan semula sekurang-kurangnya lima puluh peratus, daripada wang yang dipunyai oleh Kumpulan Wang dan dilaburkan atau dilaburkan semula dalam mana-mana satu tahun, dalam sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat bahawa jumlah amaun wang dilaburkan sedemikian dalam sekuriti itu pada bila-bila masa tertentu tidak boleh kurang daripada tujuh puluh peratus daripada jumlah pelaburan Kumpulan Wang.
- Menteri boleh, atas permohonan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).
[Gan. Akta A1123/2001]
- Bagi maksud seksyen ini, sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia hendaklah termasuk—
- pinjaman yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia;
- sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia;
- kertas Bank Negara Malaysia;
[Pin. Akta A958/1996]
- sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia;
[Pin. Akta A958/1996]
- apa-apa surat cara komersial (yang mempunyai sifat boleh niaga) yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan; dan
- apa-apa deposit dalam akaun sumbangan pendahuluan di Bank Negara Malaysia di bawah subperenggan 26(1)(a)(i).
[Gan. Akta A1123/2001]
Seksyen 26C
Kuasa Lembaga untuk menubuhkan perbadanan atau syarikat
[Mas. Akta A958/1996]
- Lembaga boleh, dalam melaksanakan kuasa pelaburan di bawah Akta ini, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan khas Menteri—
- menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga;
- menubuhkan sesuatu syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dengan apa-apa nama yang difikirkan sesuai oleh Lembaga; atau
- mengambil alih apa-apa syarikat, untuk menjalankan, mentadbirkan, melakukan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, skim, perusahaan atau apa-apa perkara lain yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.
- Peruntukan Jadual Ketujuh hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) dan Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai bagi sesuatu syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih di bawah perenggan (1)(b) atau (c), masing-masingnya.
Seksyen 27
Perisytiharan dividen
[Gan. Akta A1504/2016]
- Pada atau selepas berakhirnya tahun kewangan, iaitu pada 31 Disember setiap tahun, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan dividen ke atas caruman kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan tahun itu—
- berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli Kumpulan Wang yang tidak memilih untuk akaunnya diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43A atau yang telah memilih di bawah seksyen 43A tetapi pemilihan itu belum berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh Lembaga berhubung dengan akaun itu yang hendaklah tidak kurang daripada dua setengah peratus setahun; dan
- berhubung dengan caruman yang dibuat oleh ahli Kumpulan Wang yang pemilihannya di bawah seksyen 43A telah berkuat kuasa, pada apa-apa kadar mengikut prestasi sebenar pelaburan yang dibuat oleh Lembaga berhubung dengan akaun itu.
- Tertakluk kepada seksyen 50, dividen yang diisytiharkan di bawah subseksyen (1) hendaklah kena dibayar ke atas caruman kepada Kumpulan Wang mengikut akaun ahli-ahli Kumpulan Wang masing-masing.
- Walau apa pun perenggan (1)(a) dan (b), tiada kadar dividen yang melebihi dua setengah peratus setahun boleh diisytiharkan sedemikian—
- melainkan jika Lembaga berpuas hati bahawa keupayaan Kumpulan Wang untuk menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki supaya dibayar di bawah Akta ini tidak terancam oleh pengisytiharan kadar itu; dan
- jika apa-apa jumlah wang yang didahulukan oleh Kerajaan Malaysia di bawah seksyen 28 telah tidak pada ketika itu dibayar balik.
Seksyen 28
Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
Jika Kumpulan Wang pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang yang Kumpulan Wang dikehendaki membayar di bawah Akta ini, jumlah wang yang dikehendaki dibayar sedemikian hendaklah dipertanggungkan ke atas dan didahulukan kepada Kumpulan Wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan Kumpulan Wang hendaklah dengan seberapa segera yang praktik membayar balik kepada Kerajaan Malaysia jumlah wang yang telah didahulukan sedemikian.
Seksyen 29
Pengauditan akaun tahunan Kumpulan Wang
Akaun tahunan Kumpulan Wang hendaklah diaudit mengikut peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240].
BAHAGIAN IIIA
PELABURAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG
Seksyen 29A
Pelaburan oleh ahli Kumpulan Wang
[Mas. Akta A958/1996, Gan. Akta A1300/2007]
- Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dengan Akta ini, Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini—
- membenarkan suatu permohonan yang dibuat oleh seseorang ahli Kumpulan Wang bagi pelaburan dalam institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud pelaburan dalam mana-mana pelaburan yang diluluskan oleh Menteri; dan
- membenarkan pemindahan apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu ke dalam institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Menteri tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
- Jika Lembaga telah membenarkan pemindahan suatu jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu di bawah subseksyen (1)—
- amaun yang dibenarkan itu tidak boleh dibayar dividen sebagaimana yang diisytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan
- amaun itu hendaklah disifatkan telah dikeluarkan daripada kredit ahli itu di Kumpulan Wang mulai dari tarikh ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun dan ahli itu boleh berurusan terus dengan institusi pengurusan dana atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh Menteri berhubung dengan kredit itu.
BAHAGIAN IV
PELANTIKAN PEGAWAI DAN PEKHIDMAT, KUASA, FUNGSI DAN TUGAS MEREKA
Seksyen 30
[Pin. Akta A1080/2000]
Pelantikan ketua pegawai eksekutif, pegawai dan pekhidmat Lembaga
- Menteri hendaklah melantik seseorang yang layak dan sesuai, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukannya, sebagai ketua pegawai eksekutif, yang boleh diberikan apa-apa nama jawatan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
[Gan. Akta A958/1996]
- Jika tiada pelantikan ketua pegawai eksekutif dibuat di bawah subseksyen (1), Pengerusi hendaklah menjalankan tugas ketua pegawai eksekutif dan hendaklah dikenali sebagai Pengerusi Eksekutif dan apa-apa saraan atau elaun yang dibayar hendaklah ditentukan oleh Menteri.
[Pin. Akta A914/1995]
- Lembaga hendaklah melantik seberapa orang pegawai atau pekhidmat lain, sebagaimana yang difikirkan perlu bagi penjalanan cekap urusan Lembaga, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, yang boleh diberikan apa-apa jua nama jawatan sebagaimana yang ditentukannya.
[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996]
- Ketua pegawai eksekutif hendaklah, tertakluk kepada arahan Lembaga ke atas perkara polisi, dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian mengenai hal ehwal Lembaga dan kawalan pentadbiran mengenai pegawai dan pekhidmatnya.
- Tertakluk pada seksyen 31 dan 33, adalah menjadi tugas Lembaga untuk melantik, mengesahkan, meletakkan dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.
- Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsinya di bawah subseksyen (5) kepada mana-mana ahli Lembaga, pegawai atau kepada mana-mana jawatankuasa, yang terdiri daripada beberapa orang ahli atau pegawai atau beberapa orang ahli dan pegawai kedua-duanya, yang dilantik olehnya, dan ahli, pegawai atau jawatankuasa itu hendaklah menjalankan fungsi itu di bawah arahan dan kawalan Lembaga.
Seksyen 31
[Pin. Akta A1080/2000]
Penubuhan Jawatankuasa Tatatertib
[Gan. Akta A1300/2007]
- Suatu Jawatankuasa Tatatertib Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga ditubuhkan.
[Pin. Akta A914/1995, Pin. Akta A958/1996]
- Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada lima orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa.
[Pin. Akta A914/1995, Pin. Akta A958/1996]
- Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib dan dua orang ahli Jawatankuasa hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib.
[Pin. Akta A958/1996, Pin. Akta A1080/2000]
- Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan prosidingnya.
[Pin. Akta A958/1996, Pin. Akta A1080/2000]
- Dalam menjalankan fungsi tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan oleh mana-mana kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 73.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Jawatankuasa Tatatertib boleh, tertakluk pada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau tugas tatatertibnya selain hukuman tatatertib bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai dan pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi, kuasa atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa itu.
- Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) bagi membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga menjalankan apa-apa kuasa tatatertib atau menjadi seorang ahli suatu jawatankuasa yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 31A
Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
[Mas. Akta A1300/2007]
- Suatu Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib di bawah seksyen 31 ditubuhkan.
- Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa itu.
- Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah membentuk suatu kuorum dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib.
- Jawatankuasa Rayuan Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
- Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 31(5) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.
- Keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu adalah muktamad.
Seksyen 32
Pengenaan surcaj
- Jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Lembaga—
- bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;
- bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, setem, sekuriti, stor atau harta lain Lembaga;
- yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
- telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, akan wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran tersebut kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang tersebut dan Lembaga,
- Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
- Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik tersebut.
- Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—
- daripada gaji orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
- daripada pencen orang yang disurcaj tersebut jika Lembaga mengarahkan sedemikian,
Seksyen 33
Penubuhan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga
- Suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Lembaga berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga selain ketua pegawai eksekutif, yang hendaklah terdiri daripada lima orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa, ditubuhkan.
[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996, Gan. Akta A1300/2007]
(1A) Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat dan dua orang ahli lain Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996]
(1B) Jika atas apa-apa soal yang hendaklah ditentukan terdapat kesamarataan undi, Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.[Pin. Akta A914/1995, Gan. Akta A958/1996]
(1C) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.[Pin. Akta A914/1995]
- Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa, fungsi dan tugas yang berhubungan dengan kenaikan pangkat pegawai dan pekhidmat Lembaga.
- Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh mewakilkan mana-mana kuasa, fungsi atau tugasnya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, atau kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Lembaga, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Lembaga atau berkenaan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas itu hendaklah melaksanakan, menjalankan atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan pegawai atau pekhidmat atau jawatankuasa tersebut.
- (Dipotong oleh Akta A1300).
- (Dipotong oleh Akta A1300).
Seksyen 33A
[Mas. Akta A1300/2007]
Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga
- Suatu Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat Lembaga berkenaan dengan pegawai dan pekhidmat Lembaga yang bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di bawah seksyen 33 ditubuhkan.
- Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah terdiri daripada tujuh orang ahli Lembaga yang hendaklah dilantik oleh Lembaga, yang salah seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa.
- Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dan empat orang ahli lain Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah membentuk suatu kuorum pada semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat.
- Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat hendaklah mempunyai kuasa untuk menentukan penjalanan prosidingnya.
- Mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang terkilan dengan keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat atau mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan kuasa, fungsi atau tugas di bawah subseksyen 33(3) boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu ke alamat terakhir yang diketahui pegawai atau pekhidmat itu.
- Keputusan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat adalah muktamad.
Seksyen 34
Pelantikan Pemeriksa, kuasa, fungsi dan tugas mereka
- Lembaga boleh melantik seberapa bilangan Pemeriksa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini daripada mana-mana pegawai dan pekhidmat yang dilantik di bawah subseksyen 30(3) dan pelantikan tersebut hendaklah disiarkan dalam Warta.
[Pin. Akta A914/1995; Pin. Akta A1080/2000]
- Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsi dan tugas yang diberikan di bawah Akta ini.
- Seseorang Pemeriksa hendaklah tertakluk pada arahan dan kawalan ketua pegawai eksekutif, atau mana-mana pegawai atau pekhidmat lain Lembaga yang diberi kuasa oleh ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana Pemeriksa lain yang lebih tinggi daripadanya dari segi pangkat, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya, dan menunaikan tugasnya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi arahan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ketua pegawai eksekutif, atau pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, atau Pemeriksa yang lebih tinggi dari segi pangkat, boleh menyatakan secara lisan atau bertulis, sama ada pada amnya, atau dalam mana-mana hal atau hal keadaan tertentu.
- Ketua pegawai eksekutif hendaklah mempunyai segala kuasa Pemeriksa.
[Pin. Akta A914/1995, Pin. Akta A1080/2000]
- Lembaga boleh, secara bertulis, meletakhakkan segala atau mana-mana kuasa, fungsi dan tugas Pemeriksa pada mana-mana pegawai Lembaga yang tidak dilantik sebagai Pemeriksa di bawah subseksyen (1).
[Gan. Akta A1080/2000]
Seksyen 35
Kuasa untuk memasuki, memeriksa dan menggeledah
Tertakluk pada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, seseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh pada bila-bila masa yang munasabah—
- memasuki mana-mana premis atau tempat di mana orang dipercayai telah diambil bekerja sebagai pekerja;
- membuat apa-apa pemeriksaan dan siasatan sebagaimana yang perlu bagi menentukan sama ada peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya sedang dipatuhi atau telah dipatuhi dalam mana-mana premis atau tempat tersebut;
- menyoal periksa, sama ada secara bersendirian atau dengan kehadiran mana-mana orang lain, berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini yang mengenainya dia semunasabahnya menghendaki maklumat, tiap-tiap orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai boleh memberi maklumat mengenai hal perkara siasatan itu, dan menghendaki tiap-tiap orang tersebut disoal periksa dan bagi maksud-maksud soal periksa tersebut boleh menyaman mana-mana orang tersebut untuk hadir pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam saman itu; dan
- menjalankan mana-mana kuasa lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan Akta ini.
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 36
Menghalang penjalanan kuasa Pemeriksa
- Tiada seorang pun boleh—
- enggan memberi mana-mana Pemeriksa yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 35, akses kepada mana-mana premis atau bahagiannya;
- menyerang, menghalang, menggalang atau melengahkan Pemeriksa itu dalam melakukan apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk melakukan;
- gagal mematuhi apa-apa kehendak sah Pemeriksa dalam melaksanakan kuasa, fungsi dan tugasnya di bawah seksyen 35;
- enggan memberi Pemeriksa apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya;
- gagal mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada Pemeriksa, mana-mana harta, buku, dokumen lain atau barang yang berhubungan dengannya Pemeriksa itu mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan di bawah Akta ini atau
- mengemukakan kepada Pemeriksa sebagai benar, maklumat yang dia ketahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu.
[Mas. Akta A914/1995]
- Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Seksyen 37
Kuasa untuk menyoal periksa orang
- Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa, yang membuat apa-apa penyiasatan di bawah seksyen 35 boleh menyoal periksa secara lisan mana-mana orang yang dipercayainya mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah menurunkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang disoal periksa itu.
- Orang yang disoal periksa itu hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes tersebut yang diajukan kepadanya oleh pegawai yang menyoal periksa itu:
Dengan syarat bahawa orang tersebut boleh enggan untuk menjawab mana-mana soalan yang jawapannya mempunyai kecenderungan untuk mendedahkannya kepada sesuatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
- Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan kebenaran, sama ada atau tidak pernyataan tersebut dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.
- Seseorang pegawai yang menyoal periksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang tersebut akan peruntukan subseksyen (2) dan (3).
- Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila jua mungkin, diambil secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau diletakkan dengan cap ibu jarinya mengikut mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu telah dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dia telah membuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.
[Pin. Akta A914/1995]
- (Dipotong oleh Akta A914).
Seksyen 37A
[Mas. Akta A914.]
Kuasa Lembaga menaksir caruman berdasarkan kepada maklumat yang ada
- Seseorang Pemeriksa atau pegawai yang diletak hak dengan kuasa Pemeriksa boleh, menaksirkan apa-apa caruman yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan kepada maklumat yang ada jika majikan itu—
- tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dilaksanakan olehnya di bawah Akta ini; atau
- tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau rekod berkenaan dengan setiap pekerja yang dikehendaki dikemukakan olehnya di bawah Akta ini.
- Taksiran yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi bukti mencukupi tuntutan Lembaga bagi mendapatkan kembali apa-apa caruman di bawah seksyen 65.
Seksyen 38
Kuasa ketua pegawai eksekutif untuk meminta maklumat dan permohonan untuk waran geladah
- Bagi maksud mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada mana-mana orang adalah bertanggungan untuk membayar caruman di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang—
- untuk mengemukakan kepada ketua pegawai eksekutif dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir-butir yang dinyatakan dalam notis itu;
- untuk hadir sendiri di hadapan ketua pegawai eksekutif atau mana-mana pegawai yang dilantik olehnya dan mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang ketua pegawai eksekutif atau pegawai itu fikirkan perlu; atau
- untuk mengemukakan maklumat atau butir-butir mengikut perenggan (a) dan juga hadir mengikut perenggan (b).
- Mana-mana orang yang gagal mematuhi peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(2A) Jika seseorang didapati bersalah di bawah subseksyen (2), Mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk mematuhi kehendak notis ketua pegawai eksekutif di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh perintah Mahkamah itu.[Mas. Akta A1080/2000]
- Apabila didapati oleh mana-mana majistret, atas maklumat bertulis yang diangkat sumpah, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki bahawa di premis tertentu terdapat mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki menurut subseksyen (1) dan telah tidak dikemukakan sebagai mematuhi kehendak itu, maka majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada ketua pegawai eksekutif atau mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya dengan atau tanpa bantuan—
- untuk menggeledah premis dan untuk memecah buka dan menggeledah mana-mana almari, laci, peti, koper, kotak, bungkusan atau bekas lain, sama ada suatu lekapan ataupun tidak, di dalam premis itu; dan
- untuk mengambil milik, atau melindung daripada gangguan, mana-mana buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang nampaknya adalah buku, akaun, rekod atau dokumen lain yang pengemukaannya telah dikehendaki sedemikian.
Seksyen 39
[Gan. Akta A1611/2019]
Menghalang orang daripada meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman
- (a) Jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar mana-mana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta ini, ketua pegawai eksekutif boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan caruman yang tertunggak dan kena dibayar dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia, melainkan jika dia membayar caruman yang tertunggak dan kena dibayar itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya.
[Gan. Akta A1300/2007; Gan. Akta A1611/2019]
(b) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima sesuatu permintaan di bawah perenggan (a) berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah (termasuklah menggunakan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana surat pengenalan dan mana-mana pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan orang tersebut) sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya.
(c) Ketua pegawai eksekutif hendaklah menyebabkan notis mengenai pengeluaran sesuatu perakuan di bawah perenggan (a) supaya disampaikan ke diri atau melalui pos berdaftar (yang dialamatkan kepada alamatnya yang akhir sekali diketahui) kepada orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu:
Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang tersebut tidaklah menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini.
(d) Jika seseorang yang berkenaan dengannya sesuatu perakuan telah dikeluarkan di bawah perenggan (a) mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh ketua pegawai eksekutif atau seorang pegawai diberi kuasa yang bermaksud bahawa caruman yang tertunggak dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayaran, pernyataan atau pembayaran itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan orang tersebut meninggalkan Malaysia.
[Gan. Akta A1611/2019]
(2) Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau disenggarakan terhadap Lembaga, pegawai dan pekhidmatnya, Kerajaan Malaysia atau mana-mana pekhidmat awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan secara sah di bawah seksyen ini.
[Pin. Akta A1611/2019]
(3) Mana-mana orang yang, mengetahui bahawa suatu perakuan telah dikeluarkan berkenaan dengannya di bawah subseksyen (1), meninggalkan Malaysia tanpa membayar semua caruman yang tertunggak dan kena dibayar yang dinyatakan dalam perakuan itu atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati ketua pegawai eksekutif bagi pembayarannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
[Mas. Akta A1611/2019]
(4) Bagi maksud seksyen ini, “caruman” termasuklah apa-apa dividen atau caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.
[Mas. Akta A1611/2019]
BAHAGIAN V
CARUMAN KEPADA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Seksyen 40
(Dipotong oleh Akta A1300).
Seksyen 41
Tugas majikan untuk mendaftar dengan Lembaga
- Tiap-tiap majikan hendaklah, melainkan jika dia sudah pun didaftarkan dengan Lembaga, sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam bulan pertama yang di dalamnya dia membayar upah yang berkenaan dengannya dia dikehendaki untuk membayar caruman di bawah Akta ini, mendaftar dengan Lembaga mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
- Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi seorang majikan, mengikut pengertian Akta ini, dia hendaklah dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memberitahu Lembaga mengenainya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1300/2007]
- Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Seksyen 42
Tugas majikan untuk menyediakan dan memberikan penyata upah
- Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan memberikan penyata upah kepada setiap dan tiap-tiap orang pekerja dan penyata upah tersebut hendaklah mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.
- Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan menyimpan satu atau lebih daftar yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah dan daftar tersebut hendaklah disimpan bagi sesuatu tempoh supaya tiap-tiap butir yang direkodkan di dalamnya boleh didapati bagi pemeriksaan untuk tidak kurang daripada enam tahun selepas daftar berkenaan direkodkan.
Seksyen 43
Kadar caruman
- Tertakluk pada seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan tiap-tiap majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungan untuk membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
[Mas. Akta A914/1995]
(1A) Tertakluk kepada seksyen 52, caruman bulanan bagi tiap-tiap pekerja dan majikan yang tertakluk kepada perintah gaji minimum yang dibuat di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] tidak boleh kurang daripada caruman bulanan berdasarkan amaun gaji minimum bagi bulan itu yang ditentukan di bawah perintah gaji minimum itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.[Mas. Akta A1504/2016]
- Mana-mana orang yang menjadi seorang majikan yang gagal, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, untuk membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa caruman yang dia bertanggungan di bawah Akta ini untuk membayar berkenaan dengan atau bagi pihak mana-mana pekerja berkenaan dengan mana-mana bulan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
[Gan. Akta A1300/2007]
- Tanpa menjelaskan peruntukan subseksyen (1) dan (1A), majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, memilih untuk membayar caruman bulanan pada kadar yang melebihi kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga dengan satu ringgit ataupun sesuatu gandaan bagi satu ringgit tertakluk pada apa-apa had maksimum caruman bulanan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
[Pin. Akta A1504/2016, Mas. Akta A1300/2007]
- Notis mengenai pemilihan sedemikian hendaklah diberikan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan, Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah memilih seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah kadar caruman yang majikan atau pekerja tersebut telah memilih untuk membayar, adalah kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga:
Dengan syarat bahawa sesuatu pemilihan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Majikan dan pekerja atau mana-mana satu daripada mereka boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pemilihannya yang dibuat di bawah subseksyen (4).
- Notis mengenai pembatalan sedemikian hendaklah diberi kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan jika mana-mana notis sedemikian telah diberikan, Akta ini hendaklah, berkenaan dengan mana-mana majikan atau pekerja yang telah membatalkan seperti yang disebut terdahulu, terpakai seolah-olah majikan atau pekerja tersebut tidak memilih untuk membayar caruman lebihan:
Dengan syarat bahawa sesuatu pembatalan tidak boleh dibuat supaya berkuat kuasa kebelakangan.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Dalam keadaan berlakunya kematian pekerja, tiada caruman kena dibayar di bawah seksyen ini oleh atau bagi pihak pekerja itu berkenaan dengan bulan yang di dalamnya kematian tersebut berlaku:
Dengan syarat bahawa jika mana-mana caruman sedemikian telah diterima, caruman berkenaan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut seksyen 50.
[Mas. Akta A914/1995]
- Walau apa pun subseksyen (1)—
- orang yang bekerja sendiri;
- pekerja berpencen;
- mana-mana orang yang bukan majikan atau bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini; atau
[Pin. Akta A1080/2000, Mas. Akta. A1611/2019]
- mana-mana orang yang bukan majikan dan bukan pekerja, sama ada atau tidak mengikut pengertian Akta ini, dan kedua-duanya telah memberi persetujuan untuk mencarum,
[Gan. Akta. A1611/2019]
boleh, dengan memberi notis mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, memilih untuk membayar caruman bulanan mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Gan. Akta A914/1995]
- Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, mengembalikan—
- amaun caruman yang terlebih dibayar di bawah subseksyen (3) atau (8); atau
- apa-apa caruman yang telah dibayar oleh mana-mana orang yang tidak bertanggungan untuk mencarum.
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 43A
Pemilihan untuk akaun ahli Kumpulan Wang diuruskan mengikut Shariah
- Ahli Kumpulan Wang boleh memilih bagi kesemua amaun yang ada pada kredit akaunnya untuk diuruskan mengikut Shariah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Pemilihan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan pemilihan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditentukan oleh Lembaga.
- Lembaga hendaklah memberitahu tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) kepada ahli Kumpulan Wang itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh kuat kuasa itu.
- Ahli Kumpulan Wang itu boleh, sebelum tarikh kuat kuasa pemilihan yang ditentukan di bawah subseksyen (2) , membatalkan pemilihannya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Selepas pemilihan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa, Lembaga hendaklah mengasingkan akaun ahli Kumpulan Wang itu daripada akaun ahli-ahli Kumpulan Wang yang lain-
- yang tidak membuat pemilihan di bawah subseksyen (1); dan
- yang telah membuat pemilihan di bawah subseksyen (1) tetapi pemilihan itu masih belum berkuat kuasa,
bagi maksud menguruskan akaun ahli Kumpulan Wang itu mengikut Shariah.
[Mas.Akta A1504/2016]
Seksyen 44
Peremitan wang berkaitan dengan persaraan
[Gan. Akta A1123/2001]
- Sebagai tambahan kepada seksyen 43, seseorang majikan atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa, dengan keizinan pekerja, meremitkan kepada Lembaga—
- apa-apa wang yang merupakan faedah persaraan pekerja itu; atau
- apa-apa wang daripada apa-apa skim atau rancangan persaraan lain yang berhubungan dengan pekerja itu,
mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Seseorang pekerja atau mana-mana orang lain boleh pada bila-bila masa meremitkan kepada Lembaga apa-apa wang daripada apa-apa skim atau rancangan persaraan yang berhubungan dengan pekerja atau orang itu mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Apabila Lembaga menerima apa-apa wang yang diremitkan di bawah subseksyen (1) atau (2), Lembaga hendaklah menyebabkan wang itu dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut seksyen 50.
Seksyen 44A
[Mas. Akta A1300/2007]
Penambahan kredit ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang
Sebagai tambahan kepada seksyen 43 dan 44, mana-mana orang yang ditetapkan oleh Lembaga boleh menambah kredit ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang dengan meremitkan suatu jumlah wang kepada Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, dan apa-apa had maksimum caruman bulanan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Seksyen 45
Pembayaran Caruman
- Kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, majikan hendaklah, pada mulanya, bertanggungan untuk membayar kedua-dua caruman yang kena dibayar oleh dirinya serta juga, bagi pihak dan dengan tidak termasuk pekerja, caruman yang kena dibayar oleh pekerja tersebut; dan bagi maksud Akta ini caruman yang dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja hendaklah disifatkan sebagai caruman oleh pekerja.
- Caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi dirinya dan bagi pihak pekerja di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar berkenaan dengan upah bulan pertama dan berikutnya.
- Walau apa pun seksyen 49, jika majikan gagal membayar apa-apa caruman yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah, sebagai tambahan kepada caruman itu,bertanggungan untuk membayar dividen ke atas caruman itu pada kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.
[Mas. Akta 914/1995, Gan. Akta A958/1996, Gan.Akta A1504/2016,
Gan. Akta A1300/2007] - Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
[Mas. Akta A914/1995]
Seksyen 46
Tanggungan bersama dan berasingan bagi pengarah, dsb
- Jika apa-apa caruman masih tidak dibayar oleh sesuatu syarikat, sesuatu firma atau sesuatu persatuan orang, maka, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, pengarah syarikat itu termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pengarah syarikat itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pekongsi firma itu, termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pekongsi firma itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, atau pemegang jawatan dalam persatuan orang itu, termasuk mana-mana orang yang pernah menjadi pemegang jawatan dalam persatuan itu dalam masa tempoh yang di dalamnya caruman itu bertanggungan dibayar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, firma atau persatuan orang yang bertanggungan untuk membayar caruman tersebut, bersama-sama dan berasingan bertanggungan bagi caruman yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang.
- Bagi maksud seksyen ini—
[Mas. Akta A914/1995; Gan. Akta A1504/2016]
"caruman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman;
"pekongsi"—
- ertinya mana-mana pekongsi yang disebut dalam Akta Perkongsian 1961 [Akta 135]; atau
- mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707] dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743].
Seksyen 47
Caruman majikan tidak boleh didapatkan kembali daripada pekerja
- Walau apa pun apa-apa kontrak yang berlawanan, majikan tidaklah berhak memotong atau selainnya mendapatkan kembali daripada upah atau saraan pekerja, caruman majikan daripada pekerja.
[Pin. Akta A914/1995]
- Jika majikan memotong atau cuba memotong daripada upah atau saraan mana-mana pekerja keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada caruman majikan, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seksyen 48
Mendapatkan kembali caruman pekerja oleh majikan
- Tertakluk pada seksyen ini, majikan hendaklah berhak untuk mendapatkan kembali daripada pekerja, mengikut seksyen ini, amaun mana-mana caruman yang kena dibayar bagi pihak pekerja.
- Amaun mana-mana caruman yang kena dibayar oleh majikan bagi pihak pekerja hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana kontrak yang berlawanan, boleh didapatkan kembali dengan cara potongan daripada upah pekerja yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja itu dan tidak selainnya.
- Mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada Kumpulan Wang melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
- Tiada potongan bagi mana-mana caruman boleh dibuat sebagaimana diperuntukkan oleh subseksyen (2)—
- kecuali pada masa upah dibayar kepada pekerja itu; dan
- selain caruman berkenaan dengan upah yang ketika itu sedang dibayar:
Dengan syarat bahawa, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, jika majikan telah, melalui kesilapan yang bukan disebabkan oleh kecuaian majikan tersebut, ketinggalan membuat potongan mana-mana caruman atau sebahagian daripada mana-mana caruman yang kena dibayar olehnya bagi pihak pekerja, maka, caruman atau bahagiannya itu bolehlah dipotong daripada upah yang kena dibayar oleh majikan tersebut kepada pekerja itu tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh pembayaran upah yang berkenaan dengannya caruman atau sebahagian daripadanya itu tertinggal daripada dipotong.
[Pin. Akta A914/1995]
- Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan.
- (Dipotong oleh Akta A914).
[Pin. Akta A914/1995]
Seksyen 49
[Pin. Akta A1504/2016]
Caj lewat bayar ke atas tunggakan caruman
- Jika amaun caruman bulanan atau sebahagian daripada mana-mana caruman bulanan yang seseorang majikan adalah bertanggungan untuk membayar di bawah seksyen 45 tidak dibayar dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, majikan itu hendaklah bertanggungan, sebagai tambahan kepada dividen yang hendaklah dibayar di bawah subseksyen 45(3), untuk membayar caj lewat bayar yang hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang ke atas amaun itu pada apa-apa kadar dan mengikut apa-apa cara dan pengiraan yang ditentukan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1504/2016, Gan. Akta A1300/2007]
- Lembaga boleh dalam mana-mana hal yang difikirkannya patut meremit pada keseluruhannya atau sebahagiannya bayaran mana-mana caj lewat bayar yang kena dibayar di bawah seksyen ini.
[Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 50
Caruman hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
- Semua jumlah wang yang dipungut, didapatkan kembali atau dipindahkan di bawah Akta ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1080/2000]
- Lembaga hendaklah menyebabkan supaya dikreditkan kepada akaun setiap ahli—
- amaun apa-apa caruman yang dibayar berkenaan dengannya oleh majikan bagi pihaknya sendiri dan bagi pihak ahli tersebut dalam Kumpulan Wang;
[Pin. Akta A914/1995]
- dividen apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli itu pada kadar yang diisytiharkan di bawah seksyen 27 mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga; dan
[Pin. Akta A958/1996]
- apa-apa wang lain yang dibayar bagi pihak ahli tersebut di bawah Akta ini.
[Pin. Akta A958/1996]
[Mas. Akta A1080/2000]
(2B) Walau apa pun perenggan 2(a) dan 2(b)—[Gan. Akta A1504/2016]
- tiada amaun caruman atau wang boleh dikreditkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang selepas ahli itu mencapai umur tujuh puluh lima tahun; dan
- dividen hendaklah dikreditkan ke atas apa-apa amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang sehingga kesemua jumlah wang yang ada pada kredit ahli itu dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah seksyen 51A.
[Mas. Akta A1300/2007]
[Mas. Akta A1300/2007]
- amaun apa-apa caruman yang dibayar berkenaan dengannya oleh majikan bagi pihaknya sendiri dan bagi pihak ahli tersebut dalam Kumpulan Wang;
- Jika mana-mana majikan gagal membayar mana-mana caruman yang telah dipotong olehnya daripada upah seseorang pekerja, Lembaga hendaklah, setelah berpuas hati bahawa potongan tersebut telah dibuat, mengkreditkan pekerja itu dengan amaun caruman tersebut bersama-sama dengan apa-apa dividen yang hendaklah dikreditkan berkenaan dengannya jika caruman tersebut telah dibayar oleh majikan itu dalam tempoh ditetapkan dan hendaklah mempertanggungkan amaun yang dikreditkan sedemikian kepada hasil am Kumpulan Wang:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan hak Lembaga untuk mendapatkan kembali amaun caruman dan dividen tersebut daripada majikan itu. - Mana-mana amaun yang didapatkan kembali di bawah subseksyen (3) hendaklah dibayar mengikut cara yang berikut:
- pertamanya hendaklah dikreditkan kepada hasil am Kumpulan Wang mana-mana jumlah wang yang telah dibayar keluar daripada hasil am Kumpulan Wang di bawah subseksyen (3); dan
- bakinya hendaklah dikreditkan kepada akaun pekerja itu masing-masing mengikut kadarnya.
- (Dipotong oleh Akta A958).
- Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa amaun yang berada pada kredit seseorang pekerja dalam sesuatu kumpulan wang diluluskan setelah pemindahan amaun tersebut kepada Kumpulan Wang.
Seksyen 51
Caruman dan deposit tidak boleh diserah hak atau ditahan
- Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
[Pin. Akta A1504/2016]
- tiada jumlah wang yang dipotong daripada upah seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah seksyen 48;
- tiada amaun yang kena dibayar oleh majikan sebagai carumannya; dan
- tiada amaun yang berada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang,
[Pin. Akta A914/1995]
- Walau apa pun subseksyen (1), amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan (1)(c) boleh dilucuthakkan jika amaun yang ada pada kredit ahli itu adalah tertakluk kepada suatu perintah pelucuthakan oleh mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 51A
Pemindahan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut
[Mas. Akta A1300/2007]
- Walau apa pun seksyen 51, Lembaga boleh memindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut kesemua jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang yang tidak dituntut apabila ahli itu telah mencapai umur satu ratus tahun atau apa-apa had umur sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
[Gan. Akta A1504/2016]
- Apa-apa permohonan atau tuntutan yang berhubungan dengan kredit ahli Kumpulan Wang itu selepas apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (1) telah dilaksanakan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].
Seksyen 52
Kumpulan wang diluluskan
- Tiada caruman menjadi kena dibayar kepada Kumpulan Wang oleh pekerja yang berkenaan dengan mereka telah wujud suatu kumpulan wang diluluskan, atau oleh majikan atau majikan-majikan pekerja tersebut berkenaan dengan pekerja tersebut.
- Jika Menteri meminda Jadual Pertama di bawah seksyen 74 dengan memotong mana-mana perenggannya, mana-mana majikan atau kumpulan majikan yang sebelum tarikh perintah itu mula berkuat kuasa telah menubuhkan suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain untuk faedah kesemua atau sekumpulan pekerja-pekerjanya atau pekerja-pekerja mereka daripada perihalan yang dinyatakan dalam perenggan tersebut hendaklah, dalam masa sesuatu tempoh sebagaimana yang Lembaga boleh menurut budi bicaranya membenarkan, mengemukakan kepada Lembaga butir-butir kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu sebagaimana yang ditetapkan atau dalam mana-mana hal tertentu dikehendaki oleh Lembaga, dan jika selepas memeriksa butir-butir tersebut Lembaga berpuas hati bahawa kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu sebagaimana yang dipinda jika perlu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga memperuntukkan bagi seseorang pekerja faedah yang tidak kurang baiknya daripada faedah-faedah yang diperuntukkan bagi seseorang pekerja oleh Kumpulan Wang, Lembaga boleh, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan olehnya, mengisytiharkan kumpulan wang simpanan tersebut atau skim lain itu menjadi suatu kumpulan wang diluluskan.
- Jika seseorang pekerja atas apa-apa sebab apa jua pun menukarkan pekerjaan kepada suatu pekerjaan yang berkenaan dengannya suatu kumpulan wang diluluskan wujud, caruman berkenaan dengan pekerja tersebut hendaklah terhenti daripada kena dibayar kepada Kumpulan Wang dan amaun yang berada pada kredit pekerja tersebut hendaklah terus berada di dalam Kumpulan Wang.
- Jika seseorang pekerja, yang berada dalam suatu pekerjaan yang berkenaan dengannya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan, dihalang oleh kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut daripada mencarum kepadanya selama suatu tempoh percubaan yang dinyatakan, apa-apa jumlah wang yang berada pada kredit pekerja tersebut dalam Kumpulan Wang yang merupakan caruman kepada Kumpulan Wang oleh kedua-dua majikan dan pekerja itu sejak tarikh yang padanya pekerjaan tersebut bermula, bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah terus berada di dalam Kumpulan Wang.
- Jika—
amaun yang berada pada kredit setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di dalam kumpulan wang diluluskan tersebut yang merupakan caruman kepada kumpulan wang diluluskan tersebut oleh kedua-dua majikan dan pekerja sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dipindahkan kepada Kumpulan Wang, dan Lembaga hendaklah menyebabkan dikreditkan kepada setiap pekerja tersebut atau pekerja-pekerja tersebut amaun tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dan amaun tersebut hendaklah dipindahkan dalam masa satu bulan dari masa majikan itu terhenti daripada menyertai dalam kumpulan wang diluluskan tersebut atau pekerja itu meninggalkan pekerjaan atau terhenti daripada mencarum, mengikut mana yang berkenaan, atau di dalam sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga dalam mana-mana hal tertentu:
Dengan syarat bahawa jika pekerja—
Dengan syarat selanjutnya bahawa jika mengikut kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut amaun yang berada pada kredit mana-mana pekerja terdiri pada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada suatu polisi insurans nyawa, polisi tersebut tidaklah boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah diperlakukan mengikut kaedah-kaedah tersebut.
- majikan yang adalah salah satu daripada sekumpulan majikan yang oleh mereka suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan terhenti daripada menyertai dalam kumpulan wang diluluskan tersebut; atau
- pekerja—
- meninggalkan pekerjaan yang berkenaan dengannya dia adalah seorang pencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan; atau
- terhenti daripada mencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan, dalam hal keadaan selain daripada yang dinyatakan dalam perenggan 54(1)(a), (b) atau (c),
- bertukar daripada pekerjaan di dalam Malaysia di bawah majikan yang olehnya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan kepada pekerjaan di luar Malaysia di bawah majikan yang sama; atau
- bertukar daripada pekerjaan di bawah majikan yang adalah salah satu daripada sekumpulan majikan yang oleh mereka suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan kepada pekerjaan di bawah majikan lain yang adalah salah satu daripada kumpulan yang sama,
dan di dalam mana-mana satu hal itu, jika pertukaran tersebut adalah dibenarkan oleh kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut untuk terus mencarum kepadanya atas terma dan syarat yang sama seolah-olah pertukaran tersebut tidak berlaku, pekerja tersebut, selagi dia terus mencarum sedemikian, tidaklah bagi maksud subperenggan (b)(i) subseksyen ini disifatkan sebagai telah meninggalkan pekerjaan yang berkenaan dengannya dia adalah seorang pencarum kepada suatu kumpulan wang diluluskan:
(6) (a) Jika suatu kumpulan wang diluluskan digulung, amaun yang berada pada kredit setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di dalam kumpulan wang diluluskan tersebut yang merupakan caruman kepada kumpulan wang diluluskan tersebut oleh kedua-dua majikan dan pekerja sejak 1 Julai 1952 bersama-sama dengan apa-apa dividen ke atasnya, hendaklah walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dipindahkan kepada Kumpulan Wang, dan Lembaga hendaklah menyebabkan dikreditkan kepada setiap pekerja atau pekerja-pekerja tersebut amaun tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
(b) Lembaga boleh, jika difikirkannya perlu demi kepentingan pekerja untuk berbuat demikian, menerima pada keseluruhannya aset dan liabiliti kumpulan wang diluluskan tersebut pada sesuatu tarikh sebagaimana yang dipersetujui dan jika aset kumpulan wang diluluskan tersebut tidaklah mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya, amaun yang akan dikreditkan kepada pekerja atau pekerja-pekerja tersebut di bawah perenggan (a) hendaklah dikurangkan mengikut apa-apa perkadaran sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa jika mengikut kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut amaun yang berada pada kredit mana-mana pekerja terdiri pada keseluruhannya atau sebahagiannya daripada suatu polisi insurans nyawa, polisi tersebut tidaklah boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang, tetapi hendaklah diperlakukan mengikut kaedah-kaedah tersebut.
(7) Majikan yang telah menubuhkan suatu kumpulan wang diluluskan hendaklah—
(a) mengemukakan kepada Lembaga apa-apa akaun sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga berkenaan dengan kumpulan wang diluluskan tersebut yang diperakui dengan sewajarnya oleh seseorang yang telah diluluskan sebagai juruaudit syarikat di bawah seksyen 8 Akta Syarikat 1965;
(b) memberitahu Lembaga mengenai apa-apa pindaan yang dicadangkan kepada kaedah-kaedah kumpulan wang diluluskan tersebut dan tidaklah boleh membuat apa-apa pindaan tersebut kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Lembaga; dan
(c) mengemukakan kepada Lembaga apa-apa butir-butir pekerja yang mencarum kepada kumpulan wang diluluskan tersebut mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(8) Lembaga boleh, jika tidak berpuas hati dengan pengurusan mana-mana kumpulan wang diluluskan, membatalkan apa-apa perisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini, dan di atas pembatalan tersebut, subseksyen (5) seksyen ini hendaklah terpakai sebagaimana ia terpakai jika kumpulan wang tersebut digulung.
(9) Majikan yang berkenaan dengan mana-mana kumpulan wang diluluskan hendaklah tertakluk kepada kesalahan dan penalti yang sama berkenaan dengan apa-apa potongan atau caruman yang dibuat di bawah kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini berkenaan dengan potongan dan caruman yang berhubungan dengan Kumpulan Wang.
(10) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan, amaun yang berada pada kredit seseorang pekerja di dalamnya bersamasama dengan apa-apa dividen ke atasnya boleh dikeluarkan dalam mana-mana hal-keadaan yang dinyatakan dalam perenggan 54(1)(a), (b) atau (c).
(11) Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam kaedah-kaedah suatu kumpulan wang diluluskan, mana-mana majikan boleh atas permohonan seseorang pekerja yang telah mencapai umur lima puluh tahun membenarkan tidak lebih daripada satu pengeluaran dibuat daripada kumpulan wang diluluskan tersebut iaitu sejumlah wang yang merupakan satu pertiga daripada amaun yang berada pada kredit pekerja tersebut dan seseorang pekerja yang berkenaan dengannya kebenaran bagi pengeluaran telah diberikan di bawah subseksyen ini hendaklah, walaupun pengeluaran tersebut dibuat, terus dianggap sebagai seorang pencarum kepada kumpulan wang diluluskan tersebut.
(12) Apabila seseorang pekerja membuat pengeluaran di bawah subseksyen (10) akan apa-apa amaun yang berada pada kreditnya di dalam suatu kumpulan wang diluluskan, dia tidaklah selepas itu dianggap sebagai pekerja, walaupun jika tidak kerana subseksyen ini, dia adalah pekerja, bagi maksud Akta ini.
(13) Mana-mana majikan yang gagal untuk mematuhi apa-apa kehendak atau arahan Lembaga di bawah seksyen ini, atau mana-mana peruntukan subseksyen (7), melakukan suatu kesalahan.
(14) Jika dalam hal keadaan yang disebutkan dalam subseksyen (5) dan (8), apa-apa amaun caruman yang dibayar sejak 1 Julai 1952 adalah dipindahkan kepada Kumpulan Wang, majikan dan pekerja berkenaan boleh, dengan persetujuan bersama, memilih untuk memindahkan kepada Kumpulan Wang kesemua amaun yang berada pada kredit pekerja itu di dalam suatu kumpulan wang diluluskan yang merupakan caruman yang dibayar kepada kumpulan wang tersebut sebelum 1 Julai 1952. Notis mengenai pemilihan tersebut hendaklah diberikan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga, dan jika Lembaga meluluskan pemindahan tersebut, amaun yang dipindahkan sedemikian kepada Kumpulan Wang hendaklah dikreditkan kepada pekerja itu.
(15) Seksyen 51 hendaklah terpakai berkenaan dengan suatu kumpulan wang diluluskan mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai berkenaan dengan Kumpulan Wang.
(16) Bagi maksud seksyen ini ungkapan "majikan yang telah menubuhkan suatu kumpulan wang diluluskan" termasuklah majikan yang bagi faedah pekerjanya suatu kumpulan wang diluluskan telah ditubuhkan.
(17) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (7) dan (13) boleh terpakai bagi suatu kumpulan wang diluluskan yang ditubuhkan secara nyata oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(18) Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam menguatkuasakan kewajipan kumpulan wang diluluskan di bawah Akta ini hendaklah dibayar balik kepada Lembaga daripada wang kumpulan wang tersebut atas asas keahlian kumpulan wang tersebut.
Seksyen 53
Penggulungan kumpulan wang diluluskan
Kumpulan wang diluluskan bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan di bawah skim baru hendaklah digulung pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, dalam setiap hal tertentu, dan kesemua aset dan liabiliti kumpulan wang diluluskan tersebut hendaklah dipindahkan kepada Kumpulan Wang dan diperlakukan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika terdapat suatu skim pencen bagi pihak berkuasa berkanun atau tempatan mengikut pengertian "kumpulan wang diluluskan" di bawah seksyen 2 Akta ini maka penggulungan skim tersebut hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 30 Akta Kumpulan Wang Persaraan Pihak berkuasa-Pihak berkuasa Berkanun dan Tempatan 1977 [Akta 185] walau apa pun seksyen 52.
BAHAGIAN VA
PEMINDAHAN KREDIT MENGIKUT PERINTAH PEMBAHAGIAN HARTA PERKAHWINAN
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 53A
Pemindahan kredit ahli Kumpulan Wang mengikut perintah pembahagian harta perkahwinan
[Mas. Akta A1300/2007]
- Walau apa pun seksyen 51, apabila suatu perintah dikeluarkan oleh suatu mahkamah bahawa sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang adalah merupakan harta perkahwinan, Lembaga boleh, selepas disampaikan perintah yang dimeterai, memindahkan jumlah wang itu sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah itu daripada akaun ahli Kumpulan Wang itu ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Lembaga hendaklah menangguhkan apa-apa pemindahan di bawah subseksyen (1) jika suatu perintah, rayuan atau apa-apa proses prosiding mahkamah yang menghalang pelaksanaan perintah di bawah subseksyen (1) disampaikan kepada Lembaga.
- Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), pemindahan kredit daripada akaun seseorang ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu adalah tertakluk kepada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu pada tarikh pemindahan itu dibuat.
- Bagi maksud subseksyen (3), "tarikh pemindahan" ertinya tarikh yang jumlah wang itu didebitkan daripada akaun seseorang ahli Kumpulan Wang.
Seksyen 53B
Pengeluaran amaun yang dipindahkan
[Mas. Akta A1300/2007]
- Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berkaitan dengan Akta ini, amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah di bawah subseksyen 53A(1) tidak boleh dikeluarkan atau dipindahkan kecuali mengikut subseksyen (2).
- Lembaga boleh membenarkan pengeluaran semua amaun yang telah dipindahkan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa penerima itu—
- telah meninggal dunia;
- telah mencapai umur lima puluh lima tahun;
- tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau
- bukan seorang warganegara Malaysia dan akan meninggalkan Malaysia.
- Jika apa-apa kebenaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 2(a) atau 2(c) telah diberikan, tiada amaun tambahan di bawah seksyen 58 boleh dibayar.
BAHAGIAN VB
PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN CARUMANNYA
[Mas. Akta A1611/2019]
Seksyen 53C
Pemindahan caruman pekerja
[Mas. Akta A1611/2019]
Caruman ahli Kumpulan Wang yang disentuh oleh pemindahan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain di bawah Bahagian ini adalah caruman pekerja ahli Kumpulan Wang yang pertama disebut.
Seksyen 53D
Pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk memindahkan carumannya
[Mas. Akta A1611/2019]
- Walau apa pun seksyen 51 dan tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah.
- Seorang ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya hendaklah membuat suatu permohonan kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
- Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah memindahkan caruman ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang dipilihnya secara bulanan atau mengikut apa-apa tempoh lain yang ditentukan oleh Lembaga tertakluk kepada caruman yang ada dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang membuat pemilihan itu.
Seksyen 53E
Penghentian pemindahan caruman
[Mas. Akta A1611/2019]
- Apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan berhubung dengan suatu pemindahan caruman, ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan carumannya di bawah seksyen 53D boleh memohon kepada Lembaga untuk menghentikan pemindahan itu.
- Suatu permohonan bagi penghentian pemindahan caruman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Lembaga dengan mengemukakan apa-apa butir-butir atau dokumen, dan mengikut apa-apa cara, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
- Selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah menghentikan pemindahan caruman itu.
- Apa-apa amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan sebelum tarikh penghentian pemindahan caruman itu hendaklah dikekalkan dalam akaun ahli Kumpulan Wang itu.
Seksyen 53F
Pemindahan semula caruman
[Mas. Akta A1611/2019]
Jika caruman di bawah seksyen 53D telah dipindahkan secara silap, Lembaga boleh memindahkan semula caruman itu, termasuk apa-apa dividen, ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan caruman itu, tertakluk pada amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang yang telah menerima caruman yang dipindahkan secara silap itu.
BAHAGIAN VI
PENGELUARAN CARUMAN
Seksyen 54
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang
[Pin. Akta A958/1996; Gan. Akta A1080/2000]
- Lembaga boleh membenarkan pengeluaran kesemua jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa—
[Gan. Akta A914/1995]
- ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;
- (Dipotong oleh Akta A1300) ;
- ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja; atau
[Pin. Akta A1123/2001]
- (Dipotong oleh Akta A1123);
- ahli Kumpulan Wang itu bukan seorang warganegara Malaysia dan dia akan meninggalkan Malaysia.
[Pin. Akta A1300/2007]
- ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;
- (Dipotong oleh Akta A1300).
- (Dipotong oleh Akta A1300).
- Seseorang ahli Kumpulan Wang yang, sebelum 1 Ogos 1995, telah membuat pengeluaran kesemua jumlah wang yang ada pada kreditnya dalam Kumpulan Wang atas alasan bahawa dia hendak meninggalkan Malaysia tanpa niat untuk kembali ke Malaysia atau dia hendak bermastautin di Republik Singapura hendaklah dianggap sebagai pekerja di bawah Akta ini jika dia memberikan suatu notis kepada Lembaga dan majikannya mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga mengenai niatnya untuk mencarum kepada Kumpulan Wang.
[Gan. Akta A914/1995; Gan. Akta A1300/2007]
(4A) (Dipotong oleh Akta A1300).
- (Dipotong oleh Akta A1300).
- Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen 59(2), Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa—
[Pin. Akta A958/1996; Pin. Akta A1300/2007]
- ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur lima puluh tahun;
- ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah;
(ba) ahli Kumpulan Wang itu telah menjual rumah yang dibeli atau dibinanya dengan menggunakan pengeluaran di bawah perenggan (b) dan kemudiannya dia telah membeli atau membina rumah yang lain;[Mas. Akta A1123/2001]
- ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman di bawah perenggan 26(1)(f) untuk pembelian atau pembinaan rumah itu;
- ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman dan rumah itu telah digadaikan sebagai cagaran untuk pinjaman itu;
(da) ahli Kumpulan Wang itu telah menjual rumah yang telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman di bawah perenggan (d) dan dia kemudiannya—[Mas. Akta A1123/2001]
- telah membeli atau membina rumah yang lain dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baharu itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain; atau
[Mas. Akta A1123/2001; Gan. Akta A372/2016]
- telah membeli rumah daripada Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baharu itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain itu;
[Mas. Akta A1123/2001; Gan. P.U.(A) 372/2016]
[Mas. P.U. (A) 372/2016]
- telah membeli atau membina rumah yang lain dan telah mengambil pinjaman lain dan rumah baharu itu telah digadaikan sebagai cagaran bagi pinjaman lain; atau
- ahli Kumpulan Wang itu tidak mengambil pinjaman untuk membeli atau membina rumah tetapi isteri atau suami ahli Kumpulan Wang itu telah membeli atau membina rumah dan telah mengambil pinjaman dan rumah itu telah digadaikan sebagai cagaran untuk pinjaman itu;
[Pin. Akta A1300/2007]
- ahli Kumpulan Wang itu atau mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Lembaga memerlukan pembiayaan perubatan;
- ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk pengajian tinggi bagi dirinya sendiri, anaknya, suami atau isterinya atau ibu atau bapanya;
[Gan. Akta A1123/2001; Pin. Akta A1190/2003; Pin. P.U.(A) 177/2021]
(ga) ahli Kumpulan Wang itu beragama Islam telah menerima surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji untuk menunaikan haji dan memerlukan pembiayaan bagi menampung kos menunaikan haji;[Mas. Akta A498/2012]
- (Dipotong oleh Akta A1190);
[Pin. Akta A1123/2001; Akta A1190/2003]
- ahli Kumpulan Wang itu mempunyai kredit yang melebihi satu juta ringgit dalam akaunnya;
[Mas. Akta A1300/2007; Pin. Akta A135/2020]
- ahli Kumpulan Wang itu mengambil suatu polisi insurans atau sijil takaful, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga daripada suatu syarikat insurans atau takaful yang diluluskan oleh Menteri tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya sesuai, bagi dirinya sendiri, atau dirinya sendiri dan mana-mana orang lain yang diluluskan oleh Lembaga;
[Mas. Akta A1300/2007; Pin. P.U.(A) 135/2020; Pin. Akta A253/2021]
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022);
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022);
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022); dan
- (Dipotong oleh P.U.(A) 151/2022).
(ja) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan wang untuk apa-apa tujuan;[Mas. P.U.(A) 119/2024]
- Walau apa pun subseksyen 54(6), Menteri boleh, jika difikirkannya suai manfaat dan selepas berunding dengan Lembaga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah, mengubah atau mengubahsuaikan maksud yang baginya seseorang ahli Kumpulan Wang boleh membuat pengeluaran di bawah subseksyen (6).
[Mas. Akta A1123/2001]
(1A) Tertakluk kepada apa-apa peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, bagi maksud perenggan 54(1)(a), mana-mana ahli Kumpulan Wang boleh membuat penamaan bagi maksud pembayaran kredit selepas kematian ahli itu.
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 54A
Pembayaran dividen mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga
[Mas. Akta A958/1996; Gan. Akta A1300/2007]
Jika apa-apa amaun—
- dikeluarkan daripada Kumpulan Wang di bawah subseksyen 53B(2), seksyen 54, 54C, 55A atau 58B, Lembaga hendaklah membayar dividen ke atas apa-apa amaun yang dikeluarkan atau mengkreditkan apa-apa dividen ke atas amaun yang dikeluarkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa; dan
- dibayar daripada Kumpulan Wang di bawah seksyen 56, Lembaga hendaklah membayar dividen ke atas apa-apa amaun yang dikeluarkan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Seksyen 54B
Tarikh pengeluaran
[Mas. Akta A958/1996]
Bagi maksud pengeluaran di bawah Akta ini, tarikh pengeluaran hendaklah—
- jika pembayaran dibuat dengan waran, pada tarikh waran bagi pengeluaran itu dikeluarkan; dan
- jika pembayaran dibuat dengan cara selain daripada waran, pada tarikh amaun bagi pengeluaran itu didebitkan daripada akaun ahli Kumpulan Wang itu.
Seksyen 54C
Pengeluaran oleh pekerja berpencen
[Mas. Akta A1123/2001]
- Tertakluk kepada seksyen 56, Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang merupakan seorang pekerja berpencen yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun dan masih bekerja dengan Kerajaan Malaysia, mana-mana Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang yang ada pada kreditnya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang merupakan seorang pekerja berpencen yang belum mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kreditnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa ahli Kumpulan Wang itu telah dikehendaki untuk bersara atau telah memilih untuk bersara di bawah seksyen 10, 11, 12 dan 12A Akta Pencen 1980 [Akta 227] atau seksyen 10, 11, 12 dan 13 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239].
(2A) Seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah membuat apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen (1) atau (2) tidak boleh membuat apa-apa pengeluaran lain di bawah subseksyen yang sama.[Mas. Akta A1504/2016]
- (Dipotong oleh Akta A1504).
[Gan. Akta A1300/2007]
- Bagi maksud subseksyen (2), "sebahagian daripada jumlah wang yang ada pada kreditnya" ertinya amaun wang yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu sehingga tarikh apabila pemberitahuan bertulis mengenai persaraan ahli itu yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen 56 mula berkuat kuasa.
Seksyen 55
(Dipotong oleh Akta A1300).
Seksyen 55A
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun
[Mas. Akta A1300/2007]
- Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun untuk mengeluarkan semua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Subseksyen 54(6) tidak terpakai bagi seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
[Gan. Akta A1611/2019]
Seksyen 55B
Caruman kepada dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun
[Mas. Akta A1504/2016]
- Walau apa pun seksyen 55A, apa-apa caruman yang telah dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang selepas ahli itu mencapai umur lima puluh lima tahun hanya boleh dikeluarkan apabila ahli itu mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
- Lembaga boleh membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur enam puluh tahun atau apa-apa umur lain sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang lebih tinggi, untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang atau sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
- Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang telah mencapai umur lima puluh lima tahun yang tergolong dalam kategori ahli Kumpulan Wang di bawah perenggan 54(1)(c) atau (e) atau perenggan 70c(1)(b) atau (c).
[Mas. Akta A1611/2019]
Seksyen 56
Pelepasan caruman majikan
[Pin. Akta A1080/2000]
- Lembaga, selepas menerima suatu pemberitahuan secara bertulis daripada majikan seseorang pekerja berpencen yang menyatakan bahawa pekerja berpencen tersebut telah meninggal dunia dalam perkhidmatan atau akan bersara atas alasan mencapai umur persaraan yang terpakai bagi pekerja berpencen itu atau atas apa-apa alasan lain dan membuat permintaan bagi pengembalian jumlah wang yang bersamaan dengan caruman majikan yang telah dihantar kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan pekerja berpencen itu oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan atau daripada semua majikan tersebut bagi pekerja berpencen itu, bersama-sama dengan apa-apa dividen yang dikreditkan ke atasnya, boleh membayar kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 [Akta 454], amaun tersebut bersama-sama dengan dividen yang dikreditkan ke atasnya dan kemudiannya amaun yang berada pada kredit pekerja berpencen itu dalam Kumpulan Wang hendaklah amaun yang telah dikurangkan dari tarikh tersebut.
- Walau apa pun subseksyen (1), apabila Lembaga telah membenarkan seseorang ahli Kumpulan Wang membuat pengeluaran di bawah subseksyen 54C(1), dan (2), Lembaga bolehlah membayar sejumlah wang yang bersamaan dengan caruman majikan ahli itu yang diremitkan ke dalam Kumpulan Wang berkenaan dengan ahli itu ke dalam Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991.
[Pin. Akta A1123/2001]
Seksyen 57
Bayaran untuk pengeluaran
Melainkan jika sebaliknya diperuntukkan, bayaran berkenaan dengan mana-mana pengeluaran yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Seksyen 57A
Had masa bagi ahli Kumpulan Wang untuk mempertikaikan ketepatan amaun yang dikeluarkan atau kesahan sesuatu pengeluaran yang dibuat
[Mas. Akta A1300/2007]
- Apa-apa pertikaian oleh mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang berkenaan dengan ketepatan amaun pengeluaran yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dibuat dalam masa dua belas bulan dari tarikh pengeluaran itu.
- Bagi maksud subseksyen (1), "tarikh pengeluaran" adalah tarikh pengeluaran yang diperuntukkan di bawah seksyen 54B.
- Apa-apa pertikaian oleh mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang berkenaan dengan apa-apa pengeluaran yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh pemberitahuan pengeluaran itu disampaikan kepada orang atau ahli Kumpulan Wang itu.
- Pertikaian di bawah subseksyen (1) dan (3) hendaklah dibuat melalui suatu pemberitahuan bertulis kepada Lembaga dan jika tiada pemberitahuan dibuat dalam tempoh itu, pembayaran atau pengeluaran itu hendaklah disifatkan sebagai betul dan teratur.
Seksyen 58
Bayaran amaun tambahan
- Jika kebenaran bagi pengeluaran di bawah perenggan 54(1)(a) telah diberikan, Lembaga mempunyai budi bicara untuk membayar suatu amaun tambahan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1080/2000; Gan. Akta A1300/2007]
(1A) (Dipotong oleh Akta A1300).[Mas. Akta A914/1995]
- Jika kebenaran bagi pengeluaran telah diberikan di bawah perenggan 54(1)(c), Lembaga mempunyai budi bicara untuk membayar suatu amaun tambahan yang dinyatakan dalam Jadual Keenam tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Pin. Akta A1080/2000; Gan. Akta A1300/2007]
- Seseorang ahli Kumpulan Wang tidak boleh dibayar amaun tambahan di bawah subseksyen (2) atas apa-apa pengeluaran berikutnya di bawah perenggan 54(1)(c).
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 58A
Amaun yang dikeluarkan tidak boleh digunakan untuk maksud lain
[Mas. Akta A1080/2000]
- Amaun yang dikeluarkan oleh mana-mana ahli Kumpulan Wang di bawah Akta ini hendaklah digunakan semata-mata untuk maksud yang baginya pengeluaran itu telah dibenarkan.
- Jika kesemua amaun yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana bahagian amaun itu tidak digunakan bagi maksud yang baginya pengeluaran itu dibenarkan, maka ahli Kumpulan Wang itu hendaklah mengembalikan kesemua amaun atau bahagian yang tidak digunakan itu kepada Lembaga dalam tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran.
- Bagi maksud subseksyen (2), "tarikh pengeluaran" ertinya tarikh pengeluaran yang diperuntukkan dalam seksyen 54B.
- Mana-mana ahli Kumpulan Wang yang melanggar subseksyen (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan.
BAHAGIAN VIA
PENGAMBILAN POLISI INSURANS OLEH AHLI KUMPULAN WANG
Seksyen 58B
Pengambilan polisi insurans
[Mas. Akta A1080/2000; Pin. Akta A1123/2001]
- Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang untuk menggunakan apa-apa amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang itu bagi tujuan untuk mengambil polisi insurans yang ditentukan oleh Lembaga daripada syarikat insurans yang diluluskan oleh Menteri tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.
- Jika Lembaga telah membenarkan permohonan ahli Kumpulan Wang di bawah subseksyen (1), tiada dividen sebagaimana yang disytiharkan oleh Lembaga di bawah seksyen 27 boleh dibayar ke atas amaun yang dipindahkan kepada syarikat insurans itu.
- Seksyen ini tidak terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang merupakan pekerja berpencen dan pekerja yang bukan warganegara Malaysia.
[Pin. Akta A1123/2001]
BAHAGIAN VII
KESALAHAN DAN PROSIDING
Seksyen 59
Perisytiharan tidak betul, kegagalan untuk memberikan penyata atau mengemukakan dokumen palsu
[Gan. Akta A1300/2007]
- Mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang yang—
- membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir; atau
- gagal atau enggan untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata,
perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya supaya diberikan atau dikemukakan; atau
- menggunakan atau mengemukakan apa-apa dokumen, yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya, yang adalah palsu,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
[Mas. Akta A1504/2016]
- membuat, secara lisan atau bertulis, atau menandatangani apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir; atau
- Mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan pengeluaran yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh sabitan itu, mengembalikan kesemua amaun yang dikeluarkan.
- Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu mengembalikan kesemua amaun yang dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (2), mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu dibenarkan untuk membuat pengeluaran selanjutnya bagi maksud yang sama selepas dua tahun dari tarikh amaun itu dikembalikan.
- Tempoh dua tahun yang disebut dalam subseksyen (3) tidak terpakai bagi maksud apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen 54(1) atau seksyen 55A.
- Jika mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu tidak mematuhi subseksyen (2), mana-mana orang atau ahli Kumpulan Wang itu adalah dilarang daripada membuat pengeluaran selanjutnya bagi maksud yang sama yang berkenaan dengannya dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
- Subseksyen (5) tidak terpakai bagi maksud apa-apa pengeluaran di bawah subseksyen 54(1) atau seksyen 55A.
Seksyen 59A
Perintah mahkamah
[Mas. Akta A958/1996]
Jika seseorang yang didapati bersalah bagi kesalahan di bawah perenggan 59(1)(b), mahkamah yang di hadapannya seseorang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu untuk memberikan atau mengemukakan apa-apa perisytiharan, penyata, sijil atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah di bawahnya untuk diberikan atau dikemukakan.
Seksyen 60
Penalti am
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti khas diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya itu boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seksyen 61
Percubaan, persediaan, pensubahatan dan komplot boleh dihukum sebagai kesalahan
Mana-mana orang yang—
- cuba untuk melakukan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini;
- melakukan apa-apa perbuatan persediaan kepada atau bagi mencapai perlakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini; atau
- bersubahat atau terlibat dalam sesuatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]) mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan akibat daripadanya, melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Seksyen 62
Satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang majikan boleh dipertuduhkan dengan dan dibicarakan pada satu perbicaraan bagi apa-apa bilangan kesalahan di bawah subseksyen 43(2) dan kesalahan itu hendaklah, bagi maksud undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan tatacara jenayah, disifatkan sebagai membentuk transaksi yang sama.
Seksyen 63
Perintah Mahkamah
[Gan. Akta A914/1995]
- Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 43(2) atau 48(3), Mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa amaun caruman, bersama-sama dengan apa-apa dividen yang dikreditkan ke atasnya, yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Lembaga dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar daripada majikan itu sebelum tarikh dapatan bersalah itu.
[Pin. Akta A1080/2000]
(1A) Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 47(2), mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada pekerja itu melalui Kumpulan Wang apa-apa amaun upah pekerja yang telah dipotong untuk membayar syer majikan bersama-sama dengan apa-apa dividen yang kena dibayar dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar oleh majikan itu, sebelum tarikh dapatan bersalah itu.[Mas. Akta A1300/2007]
- Jika seseorang majikan didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 45(3), Mahkamah yang di hadapannya majikan itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan majikan itu membayar kepada Kumpulan Wang amaun apa-apa dividen ke atasnya yang genap masa untuk dibayar dan kena dibayar kepada Lembaga dan diperakui oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga sebagai kena dibayar daripada majikan itu.
- Perintah Mahkamah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1), (1A) atau (2) atau kedua-duanya hendaklah dijelaskan oleh majikan secara sekali pembayaran pada tarikh perintah dikeluarkan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa majikan itu tidak berupaya dari segi kewangan dan atas sebab khas kesalahan itu dilakukan, Mahkamah bolehlah memerintahkan pembayaran tunggakan caruman dibuat secara yang tidak melebihi enam ansuran bulanan mulai tarikh perintah itu.
[Pin. Akta A1300/2007]
- Jika seseorang majikan tidak mematuhi mana-mana perintah di bawah subseksyen (1A) atau (3), Mahkamah hendaklah, atas permohonan Lembaga, mengeluarkan suatu waran untuk melevi harta majikan itu bagi mendapatkan keseluruhan jumlah tunggakan caruman itu mengikut cara yang berikut:
[Gan. Akta. A1080/2000; Pin. Akta A1300/2007]
- secara distres dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara yang sama seperti pelaksanaan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai secara mutatis mutandis walau apa pun amaun dalam perintah tunggakan caruman atau dividen atau kedua-duanya; atau
[Gan. Akta. A1080/2000; Pin. Akta A1300/2007]
- cara yang sama seperti suatu denda sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
- secara distres dan penjualan harta majikan itu mengikut tatacara yang sama seperti pelaksanaan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980] dan pelaksanaan ini hendaklah terpakai secara mutatis mutandis walau apa pun amaun dalam perintah tunggakan caruman atau dividen atau kedua-duanya; atau
[Pin. Akta A1080/2000]
Seksyen 64
Perakuan pegawai Lembaga yang diberikuasa hendaklah menjadi keterangan
[Gan. Akta A1300/2007]
Dalam mana-mana prosiding undang-undang, suatu perakuan berhubung dengan suatu tuntutan caruman yang kena dibayar dan diperakui dengan sewajarnya oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga hendaklah menjadi keterangan prima facie yang perakuan itu telah dibuat dan tentang kebenaran kandungannya.
Seksyen 65
Prosiding sivil bagi mendapatkan kembali caruman
- Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain kesemua caruman yang kena dibayar di bawah Akta ini boleh, tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain, didapatkan kembali oleh Lembaga secara terus sebagai hutang sivil.
[Pin. Akta A914/1995]
- Prosiding bagi mendapatkan kembali secara terus sebagai hutang sivil akan caruman bolehlah dimulakan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu melalui arahan khas atau arahan am daripada Pengerusi dan mana-mana pegawai sedemikian bolehlah menjalankan prosiding tersebut.
- Dalam seksyen ini perkataan "caruman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.
[Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 66
Perlindungan caruman dalam prosiding pelaksanaan atau penjualan di bawah cagaran
- Jika, pada bila-bila masa sebelum tarikh bermulanya sesuatu penggulungan dalam hal sesuatu syarikat atau sebelum pembuatan sesuatu perintah penerimaan dalam hal seseorang penghutang dalam kebankrapan—
- suatu penahanan telah dikeluarkan terhadap harta seseorang majikan sebagai pelaksanaan suatu dekri terhadapnya dan mana-mana harta tersebut telah disita atau dijual atau selainnya dihasilkan menurut pelaksanaan tersebut; atau
- harta seseorang majikan telah dijual, atas permohonan seseorang pemiutang bercagar,
maka hasil penjualan atau penghasilan lain daripada harta tersebut tidaklah boleh dibahagikan kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya sehingga mahkamah yang memerintahkan penjualan atau penghasilan lain itu, telah membuat peruntukan bagi pembayaran apa-apa amaun yang kena dibayar berkenaan dengan caruman yang kena dibayar oleh majikan itu di bawah Akta ini.
- suatu penahanan telah dikeluarkan terhadap harta seseorang majikan sebagai pelaksanaan suatu dekri terhadapnya dan mana-mana harta tersebut telah disita atau dijual atau selainnya dihasilkan menurut pelaksanaan tersebut; atau
- Dalam seksyen ini perkataan "caruman" hendaklah disifatkan sebagai termasuk apa-apa dividen dan caj lewat bayar yang kena dibayar ke atas mana-mana caruman.
[Pin. Akta A914/1995; Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 67
Penjalanan prosiding sivil
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, tetapi tanpa menjejaskan seksyen 65, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga—
- mana-mana orang yang memegang jawatan sebagai Peguam Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau
- mana-mana pegawai undang-undang Lembaga yang diberi kuasa bagi maksud tersebut oleh Pengerusi,
boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding tersebut dan boleh membuat dan melakukan kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding tersebut.
Seksyen 68
(Dipotong oleh Akta A1080)
Seksyen 69
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu adalah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya atau pekongsi dalam pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu atau berupa bertindak atas sifat tersebut hendaklah, berserta juga dengan pertubuhan perbadanan, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain tersebut, disifatkan sebagai melakukan kesalahan tersebut melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandangkan kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.
Seksyen 69A
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga, seseorang ahli Lembaga, seseorang ahli Panel Pelaburan, seseorang ahli jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, dan mana-mana pegawai dan pekhidmat Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya, atau apa-apa peninggalan olehnya, dengan suci hati atas sifat sedemikian.
[Mas . Akta A1504/2016]
Seksyen 70
Ahli Lembaga, Panel Pelaburan dan pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam
Tiap-tiap ahli Lembaga, Panel Pelaburan, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
BAHAGIAN VIIA
AHLI KUMPULAN WANG YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Seksyen 70A
Pemakaian
Bahagian ini hendaklah terpakai bagi setiap ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia yang memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998.
[Mas. Akta A1080/2000; Pin. Akta A1190/2003]
Seksyen 70B
(Dipotong oleh Akta A1190).
Seksyen 70C
Pengeluaran daripada Kumpulan Wang
- Lembaga boleh membenarkan pengeluaran kesemua amaun yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia atas apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga berpuas hati bahawa—
- ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;
- ahli Kumpulan Wang itu tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk bekerja;
[Pin. Akta A1504/2016]
- ahli Kumpulan Wang itu akan meninggalkan Malaysia dan tidak mempunyai niat untuk kembali ke Malaysia; atau
[Pin. Akta A1504/2016]
- ahli Kumpulan Wang itu telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
[Mas. Akta A1080/2000; Mas. Akta A1504/2016]
- ahli Kumpulan Wang itu telah meninggal dunia;
- Jika seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia telah membuat pengeluaran kesemua amaun yang ada pada kreditnya di bawah perenggan (1)(d), ahli Kumpulan Wang itu tidak boleh dianggap sebagai pekerja di bawah Akta ini melainkan jika dia telah memberikan kepada Lembaga dan majikannya suatu notis sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga mengenai niatnya untuk mencarum kepada Kumpulan Wang.
[Mas. Akta A1504/2016]
- Tertakluk kepada subseksyen 59(1A) dan (3), Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya bagi maksud pengeluaran di bawah subseksyen 54(6) atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
[Mas. Akta A1504/2016]
Seksyen 70D
Penamaan
Ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia tidak dibenarkan membuat apa-apa penamaan di bawah Akta ini.
[Mas. Akta A1080/2000]
Seksyen 70E
Penerusan pemakaian peruntukan lain
Sebagai tambahan kepada dan tidak sebagai pengurangan peruntukan di bawah Bahagian ini, kesemua peruntukan lain di bawah Akta ini kecuali seksyen 29A, 44A, 53A, 53B, 54 (selain subseksyen (6)), 55A (selain subseksyen (2)), 58 dan 58B hendaklah terpakai bagi ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia.
[Pin. Akta A1123/2001; Gan. Akta A1300/2007; Pin. Akta A1504/2016]
Seksyen 70F
Pengembalian kredit
Walau apa pun seksyen 70C, Lembaga boleh, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, mengembalikan kepada seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan warganegara Malaysia dan yang diwajibkan mencarum dalam tempoh yang bermula pada 1 Ogos 1998 dan berakhir pada 1 Ogos 2001, kesemua amaun yang ada pada kredit ahli itu.
[Mas. Akta A1190/2003]
Seksyen 70G
Penghentian tanggungan untuk mencarum
- Tanggungan untuk mencarum seseorang pekerja yang bukan seorang warganegara Malaysia dan majikannya hendaklah terhenti pada dua bulan terakhir—
- sebelum tamat tempoh pas kerja pekerja itu; atau
- sebelum tamat apa-apa tempoh lanjutan pas kerja pekerja itu.
- sebelum tamat tempoh pas kerja pekerja itu; atau
- Bagi maksud seksyen ini—
"pas kerja" ertinya pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen.
[Mas. Akta A1300/2007]
Seksyen 70H
Penghentian pembayaran dividen dan pemindahan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut
Walau apa pun subseksyen 50(2B) dan seksyen 51, tiada dividen boleh dikreditkan ke dalam akaun seseorang ahli Kumpulan Wang yang bukan seorang warganegara Malaysia jika tiada caruman telah dikreditkan ke dalam akaunnya selepas tempoh tiga tahun dari tarikh caruman terakhir dikreditkan, dan Lembaga boleh memindahkan kesemua jumlah wang yang ada pada akaunnya kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut selepas habis tempoh itu.
[Mas. Akta A1504/2016]
BAHAGIAN VIII
KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN DAN KAEDAH-KAEDAH.
Seksyen 71
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh, atas syor Lembaga, membuat peraturan-peraturan—
- untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran dan pemungutan caruman dan apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;
- untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh seseorang ahli Kumpulan Wang akan orang yang kepada mereka apa-apa amaun yang berada pada kreditnya dalam Kumpulan Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar setelah kematiannya, bagi cara yang mengikutnya penamaan tersebut boleh dibatalkan dan bagi hal-keadaan dalam mana ia hendaklah dianggap sebagai terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada namaan yang dinamakan sedemikian;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang berada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang pada masa kematiannya jika tiada penamaan oleh ahli itu akan orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar setelah kematiannya;
- untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran amaun tambahan dalam hal kematian seseorang ahli atau atas pengeluaran di bawah peruntukan perenggan 54(1)(c);
- untuk memperuntukkan bahawa apa-apa amaun yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, atau apa-apa amaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, yang berada pada kredit seseorang ahli yang telah mati dalam Kumpulan Wang boleh dibayar keluar oleh Lembaga tanpa pengemukaan apa-apa keterangan bahawa apa-apa duti harta pusaka yang kena dibayar ke atas harta pusaka ahli yang telah mati itu telah dibayar;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen tetapi peraturan-peraturan sedemikian hendaklah menghendaki perundingan terlebih dahulu dengan Arkib Negara sebelum pemusnahan tersebut;
- (Dipotong oleh Akta A1504);
- untuk menetapkan fi yang hendaklah dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA dan caj bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini;
[Mas. Akta A958/1996]
- untuk menetapkan fi untuk dikenakan ke atas institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan di bawah Bahagian IIIA;
[Mas. Akta A958/1996; Pin. Akta A1300/2007]
- untuk menetapkan apa-apa yang berhubungan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA termasuklah perkara berkenaan dengan pelantikan, pengurusan, pentadbiran, tugas, terma dan syarat institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan;
[Mas. Akta A958/1996; Pin. Akta A1300/2007]
(ja) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengambilan polisi insurans di bawah Bahagian VIA, termasuklah pelantikan, pengurusan, pentadbiran, tugas, terma dan syarat syarikat insurans;[Mas. Akta A1080/2000]
- untuk menetapkan apa-apa jua yang di bawah Akta ini boleh ditetapkan oleh Menteri;
[Pin. Akta A958/1996; Pin. Akta A1300/2007]
(ka) untuk menetapkan apa-apa caj atau fi yang hendaklah dibayar kepada Lembaga bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini;[Mas. Akta A1300/2007]
(kb) untuk mengadakan peruntukan bagi larangan penggunaan nama dan lambang Kumpulan Wang; dan[Mas. Akta A1300/2007]
- bagi melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.
[Pin. Akta A958/1996]
Seksyen 72
Kuasa Menteri untuk menghendaki orang lain untuk mencarum dan mengisytiharkan apa-apa pembayaran atau saraan sebagai upah
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta—
- menghendaki mana-mana orang yang memperoleh pendapatan daripada apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion, atau daripada apa-apa sumber lain sebagaimana yang ditetapkannya, supaya mencarum kepada Kumpulan Wang;
- mengisytiharkan apa-apa jenis pembayaran atau saraan yang dibayar atau kena dibayar oleh mana-mana majikan kepada pekerjanya di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan, sebagai upah, jika Menteri berpuas hati bahawa, memandangkan sifat atau maksud pembayaran atau saraan itu atau apa-apa fakta lain yang berkaitan, pembayaran atau saraan patutlah dalam hal keadaan itu dianggap sebagai upah bagi maksud Akta ini; atau
- mengisytiharkan mana-mana orang atau golongan orang yang diambil kerja, yang terlibat atau berkontrak untuk menjalankan kerja dalam mana-mana pekerjaan dalam apa-apa kegiatan pertanian atau perusahaan, kerja binaan, perdagangan, perniagaan atau tempat kerja sebagai pekerja atau pekerja-pekerja dan orang yang mengambil kerja, terlibat atau berkontrak dengan setiap orang atau golongan orang yang disebut di atas, hendaklah disifatkan sebagai majikan dan majikan dan pekerja itu hendaklah disifatkan telah membuat kontrak perkhidmatan antara satu sama lain dan Menteri boleh memutuskan apa-apa bayaran yang diterima oleh orang yang disebut di atas sebagai upah bagi maksud Akta ini,
dan sesudah itu Akta ini hendaklah terpakai bagi orang, majikan atau pekerja itu, mengikut mana yang berkenaan, tertakluk kepada apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
[Mas. Akta A914/1995]
Seksyen 73
Kuasa Lembaga untuk membuat kaedah-kaedah
Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada tugas lain yang dikenakan dan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini, membuat kaedah-kaedah—
- untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran segala caruman di bawah Akta ini atau mana-mana bahagiannya, yang tertinggal daripada dibayar;
(aa) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengambilan polisi insurans di bawah Bahagian VIA, termasuklah tatacara bagi pengambilan polisi insurans;[Mas. Akta A1080/2000]
- untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan buku, akaun atau rekod oleh majikan;
- untuk menetapkan penyata yang hendaklah dibuat oleh majikan, dan borang dan daftar yang hendaklah digunakan, dalam melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini;
- untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti apabila caruman didepositkan oleh majikan dalam Kumpulan Wang;
(da) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemilihan oleh ahli Kumpulan Wang untuk akaun ahli itu diuruskan mengikut Shariah di bawah seksyen 43A dan pengurusan akaun itu;[Mas. Akta A1504/2016]
- untuk memperuntukkan, dalam hal di mana seorang pekerja adalah bekerja secara serentak dengan dua atau lebih majikan, takat kewajipan majikan tersebut ke atas pembayaran caruman di bawah Akta ini;
- untuk mengadakan peruntukan bagi mengembalikan caruman, atau mana-mana bahagian caruman itu, yang tersilap dibayar;
[Pin. Akta A1504/2016]
- untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi maksud penamaan dan pembatalan penamaan, dan butir-butir yang hendaklah dikemukakan;
[Pin. Akta A1080/2000]
- untuk menetapkan tatacara berhubungan dengan pengeluaran daripada Kumpulan Wang;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan lembaga perubatan bagi maksud perenggan 54(1)(c) dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang ditetapkan;
- untuk menetapkan keterangan yang hendaklah dikemukakan dan orang, pegawai atau pihak berkuasa yang kepadanya keterangan itu hendaklah dikemukakan bagi maksud seksyen 54;
- untuk mengadakan peruntukan bagi pelupusan amaun yang tidak dituntut, tidak dibayar atau selainnya masih berada dalam Kumpulan Wang;
- untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi pelupusan perkara yang berhubungan dengan akaun majikan dan pekerja;
(m) (i) untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuklah pegawai sementara dan pegawai kontrak Lembaga;
(ii) kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah Akta ini bolehlah termasuk peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan dalam gaji atau dalam saraan lain, atau peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, akan seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib;
(iii) kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian bolehlah meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat;
(iv) kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah Akta ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib mengadakan peruntukan bagi peluang untuk representasi dibuat dalam keadaan tertentu oleh orang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil sebelum sesuatu keputusan dicapai oleh pihak berkuasa tatatertib ke atas tuduhan tatatertib yang dikenakan terhadap orang itu;
(n) untuk menetapkan apa-apa yang berhubungan dengan pelaburan di bawah Bahagian IIIA termasuklah tatacara bagi pelaburan;
[Mas. Akta A958/1996]
(na) untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemindahan kredit di bawah Bahagian VA termasuk pengeluaran bagi kredit yang dipindahkan;
[Mas. Akta A1300/2007]
(o) (Dipotong oleh Akta A1504); dan
(p) untuk menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
[Gan. Akta A1080/2000]
Seksyen 74
Kuasa Menteri untuk meminda Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang diberitahu dalam Warta, meminda, menambah kepada atau mengubah mana-mana Jadual kepada Akta ini.
BAHAGIAN IX
PERUNTUKAN PEMANSUHAN DAN PERALIHAN
Seksyen 75
Pemansuhan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951
Pada hari ditetapkan—
- Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 [Akta 272] (dalam Bahagian ini disebut sebagai "Akta yang dimansuhkan") hendaklah terhenti berkuat kuasa;
- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (dalam Bahagian ini disebut sebagai "Lembaga KWSP") yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan itu hendaklah juga terhenti wujud:
Dengan syarat bahawa ahli Lembaga KWSP yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah dilantik sebagai ahli Lembaga KWSP hendaklah pada hari itu menjadi ahli Lembaga dan hendaklah tertakluk kepada semua peruntukan Akta ini berhubungan dengan ahli tersebut dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.
Seksyen 76
Penerusan undang-undang, dsb.
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua undang-undang bertulis, perintah, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga KWSP dan berkuat kuasa sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan:
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai Lembaga KWSP hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga, dan ungkapan yang membawa maksud sesuatu sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
- Semua perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan itu dan berkuat kuasa sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.
Seksyen 77
Pemindahan kuasa, hak, liabiliti dan tugas
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti atau kewajipan Lembaga KWSP hendaklah, dari hari itu diturunkan kepada Lembaga.
Seksyen 78
Pemindahan harta
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua tanah yang sebelum sahaja hari ditetapkan terletak hak pada Lembaga KWSP hendaklah, pada hari itu, terletak hak pada Lembaga.
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini dan pada mana-mana arahan Menteri, semua harta dan aset selain tanah yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga KWSP atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga KWSP hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.
Seksyen 79
Kontrak yang sedia ada
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 78 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau menyebelahi Lembaga dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan seberkesannya seolah-olah Lembaga, dan bukannya Lembaga KWSP atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga KWSP, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Seksyen 80
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, pemansuhan Akta yang dimansuhkan itu, ataupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang telah dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum hari ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.
- Tertakluk pada peruntukan Akta ini, mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga KWSP atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga KWSP bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sepertimana yang prosiding (sama ada sivil atau jenayah) boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga KWSP atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
- Mana-mana rayuan yang dibawa atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas hari ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga sepertimana yang rayuan boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga KWSP seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.
Seksyen 81
Pemindahan Kumpulan Wang
Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua wang yang berada dalam, dan kena dibayar kepada, Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta yang dimansuhkan itu hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.
Seksyen 82
Penerusan pegawai dan pekhidmat
Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga KWSP hendaklah pada hari itu disifatkan sebagai diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat, mengikut mana yang berkenaan, Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat sebelum sahaja hari ditetapkan itu.
Seksyen 83
Prosiding tatatertib yang belum selesai
Semua prosiding tatatertib yang, sebelum sahaja hari ditetapkan, belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga KWSP pada atau selepas tarikh itu, boleh diteruskan terhadap pegawai atau pekhidmat itu oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi Lembaga yang ditubuhkan oleh Akta ini.
Seksyen 84
Pemindahan ahli Kumpulan Wang
Tiap-tiap pekerja yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah ahli Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta yang dimansuhkan itu hendaklah pada tarikh itu menjadi ahli Kumpulan Wang dan tertakluk pada semua peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan ahli Kumpulan Wang.
Seksyen 85
Pemindahan pendaftaran majikan
Tiap-tiap majikan yang didaftarkan di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan itu atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini.
Seksyen 86
Menghalang anomali
- Jika apa-apa kesukaran timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang tersebut di atas dalam Akta ini Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan tersebut sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghalang anomali:
Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.
- Dalam seksyen ini, "ubah suaian" termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini.
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 2]
ORANG YANG BUKAN PEKERJA
- Kesemua orang asli nomad melainkan jika dalam mana-mana hal tertentu Ketua Pengarah Hal Ehwal Orang Asli mengesyorkan selainnya.
- Orang gaji domestik sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273], kecuali apabila diambil bekerja—
- oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua pada Akta ini;
- oleh mana-mana pertubuhan yang didaftarkan atau dikehendaki didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan-pertubuhan atau pertubuhan-pertubuhan koperasi;
- dalam mana-mana perniagaan yang didaftarkan atau dilesenkan atau dikehendaki didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197], Ordinan Perlesenan Perdagangan bagi Negeri Sabah [Sabah Bab. 144], Ordinan Perlesenan, Profesion dan Perdagangan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab. 33], atau Ordinan Nama-Nama Perniagaan bagi Negeri Sarawak [Sarawak Bab. 64], mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
- oleh mana-mana perbadanan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
- oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua pada Akta ini;
- Orang gaji domestik yang ditakrifkan sebagaimana yang tersebut dahulu (selain daripada yang telah dikecualikan di bawah perenggan (2)) yang tidak, berkenaan dengan mana-mana pekerjaan dalam mana mereka pada ketika itu bekerja, memberikan kepada Lembaga dan majikan mereka satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niat mereka untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
- Pekerja luar sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Pampasan Pekerja 1952, kecuali apabila diambil bekerja oleh mana-mana majikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
- Mana-mana orang yang ditahan dalam mana-mana penjara, Sekolah Henry Gurney, sekolah diluluskan, tempat tahanan, hospital mental, pusat pemulihan yang mempunyai erti yang sama dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283] atau penempatan pesakit kusta.
[Pin. Akta A958/1996]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen dan yang tidak memberi Lembaga dan majikannya satu bulan notis dalam borang yang ditetapkan mengenai niatnya untuk menjadi ahli Kumpulan Wang.
[Pin. Akta A958/1996; Mas. Akta A1190/2003]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang mengikut terma dan syarat perkhidmatannya menyertai suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain yang seumpamanya yang ditubuhkan atau ditadbirkan di luar Malaysia.
[Pin. Akta A958/1996; Mas. Akta A1190/2003]
- Mana-mana orang yang diambil bekerja dan yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia dan yang telah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga untuk menyertai mengikut terma dan syarat perkhidmatannya dalam suatu kumpulan wang simpanan atau skim lain yang ditubuhkan atau ditadbirkan di Malaysia.
[Pin. Akta A958/1996]
- Mana-mana orang yang adalah Anggota Pentadbiran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
- – (12) (Dipotong oleh Akta A1190).
- Mana-mana orang yang telah mencapai umur tujuh puluh lima tahun.
[Mas. Akta A1300/2007]
JADUAL KEDUA
[Seksyen 2]
TAKRIF "MAJIKAN"
- Public Utilities Board of Singapore
- Mana-mana Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat atau mana-mana kerajaan lain dan mana-mana pejabat atau jabatan sedemikian yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud perenggan ini (yang berhubungan dengan pekerjaan di Malaysia dalam sesuatu jawatan sivil, di bawah kontrak perkhidmatan atau di bawah apa-apa perkiraan yang dibuat di Malaysia atau di Republik Singapura, yang bukannya pekerjaan dalam mana-mana jawatan tetap yang memberikan faedah di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan persaraan atau pencen).
JADUAL KETIGA
Kadar caruman bagi pekerja dan majikan boleh dirujuk di Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. Majikan dikehendaki membayar caruman bahagian syer pekerja berdasarkan jadual ini.
Nota: Perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini (sekurang-kurangnya versi 8.0) diperlukan untuk memastikan fail Jadual Ketiga boleh dipaparkan, dicetak atau dimuat turun.
Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran;
- Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di 03-89226000;
- Kemukakan Pertanyaan
JADUAL KEEMPAT
(Dipotong oleh Akta A914).
JADUAL KELIMA
[Subseksyen 58(1)]
AMAUN TAMBAHAN YANG KENA DIBAYAR JIKA PENGELUARAN DIBUAT DI BAWAH SEKSYEN 54(1)(a)
Jumlah amaun tambahan yang kena dibayar ialah dua ribu lima ratus ringgit.
[Gan. Akta A1080/2000; Pin. P.U. (A) 227/2003.]
JADUAL KEENAM
[Subseksyen 58(2)]
AMAUN TAMBAHAN YANG KENA DIBAYAR JIKA PENGELUARAN DIBUAT DI BAWAH SEKSYEN 54(1)(c)
Jumlah amaun tambahan yang kena dibayar ialah lima ribu ringgit.
[Gan. Akta A1080/2000; Pin P.U. (A) 227/2003]
JADUAL KETUJUH
[Seksyen 26C]
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI PERBADANAN YANG DITUBUHKAN OLEH LEMBAGA
[Mas. Akta A958/1996]
1. Tugas Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan
Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh yang baginya sesuatu perbadanan ditubuhkan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan yang menentukan -
- maksud dan matlamat yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
- hak, kuasa dan fungsi perbadanan itu;
- sistem pengurusan perbadanan itu; dan
- hubungan di antara perbadanan dan Lembaga dan hak kawalan ke atas perbadanan itu.
2. Skop perbadanan
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini bolehlah ditafsirkan sebagai membenarkan Lembaga untuk menubuhkan sesuatu perbadanan bagi apa-apa maksud atau matlamat yang skopnya adalah lebih ekstensif daripada maksud atau matlamat yang baginya Lembaga telah ditubuhkan atau sebagai memberi kepada sesuatu perbadanan apa-apa hak, tugas, kuasa, atau fungsi yang bukannya hak, tugas, kuasa, atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.
3. Kesan mengikat kepada peraturan-peraturan
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 71, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat ke atas perbadanan itu yang baginya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kesan bagi semua maksud di bawah Akta ini.
4. Daftar perbadanan
Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam borang yang ditetapkan bagi semua perbadanan dan daftar itu bersama-sama dengan salinan semua peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
5. Penggulungan
- Lembaga boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengarahkan bahawa sesuatu perbadanan digulungkan dan dibubarkan.
- Setelah pembubaran sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini, aset perbadanan, selepas pembayaran semua liabiliti hendaklah dipindahkan kepada dan diletakhakkan pada Lembaga.
6. Sifat di sisi undang-undang sesuatu perbadanan
Setiap perbadanan hendaklah menjadi sebuah pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang Lembaga akan berikan kepada perbadanan itu dan hendaklah kekal turun temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu, dan bagi maksud untuk memberikan kesan kepada maksud dan matlamat yang baginya ia ditubuhkan, boleh membuat kontrak dan memegang dan berurusan dalam atau dengan apa-apa harta alih atau tak alih dan melakukan semua perkara lain dan hal bersampingan atau bersangkutan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau had sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
7. Meterai biasa perbadanan
- Setiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mempunyai reka bentuk sebagaimana perbadanan boleh, dengan kelulusan Lembaga, meluluskan, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan dibuat baru oleh perbadanan itu, dengan kelulusan Lembaga.
- Sehingga suatu meterai disediakan oleh perbadanan itu di bawah perenggan ini, meterai perbadanan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja boleh digunakan sebagai meterai bagi perbadanan itu.
- Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan, dan hendaklah disahkan oleh, mana-mana orang sebagaimana yang diarahkan oleh perbadanan itu.
- Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain bagi maksud untuk dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan oleh orang yang dalam jagaannya meterai perbadanan itu disimpan hendaklah, sehingga yang berlawanan dapat dibuktikan, disifatkan sebagai disempurnakan dengan sah.
JADUAL KELAPAN
(Seksyen 53D dan 53E)
PEMILIHAN OLEH AHLI KUMPULAN WANG UNTUK MEMINDAHKAN CARUMANNYA
Pemindahan caruman ahli Kumpulan Wang ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah
- Tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) jadual yang berikut, seseorang ahli Kumpulan Wang boleh memilih untuk memindahkan carumannya pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (3) ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain yang merupakan isteri atau isteri-isterinya yang sah dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.
- Pemindahan caruman boleh dihentikan oleh ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya apabila berlakunya mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a) pembubaran perkahwinan antara ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya dengan ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu;
(b) kematian ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan itu.
(1)
Kriteria ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya
(2)
Kriteria ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan
(3)
Kadar caruman yang akan dipindahkan
Ahli Kumpulan Wang itu —
(a) merupakan warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia; dan
(b) menerima caruman majikan secara bulanan
(2% / *11%) x caruman pekerja ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan caruman itu
Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya
[Mas. Akta A1611/2019; Pin. P.U. (A) 273/2020; Pin P.U. (A) 388/2020; P.U. (A) 500/2021; Pin. P.U. (A) 219/2022]
[[Mas. Akta A1611/2019; Pin. P.U. (A) 273/2020; Pin P.U. (A) 388/2020; P.U. (A) 500/2021; Pin. P.U. (A) 219/2022]
Senarai Pindaan
Act 452
AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda | Tajuk ringkas | Berkuat kuasa dari |
---|---|---|
P.U. (A) 551/92 | Perintah Kumpulan WangSimpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 1992 | 01/01/1993 |
Act A914 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 1995 | Seksyen 26A. (1)((a)-(c)) dan (2 - 4), Seksyen 26B (b), Seksyen 27 - 01/11/1994, P.U. (B) 478/95, Seksyen lain kecuali Seksyen 24. - 01/08/1995, P.U. (B) 356/95 |
P.U. (A) 30/96 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 1996 | 01/01/1996 |
Akta A958 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 1996 | 31/10/1996, P.U. (B) 447/96 |
P.U. (A) 290/98 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Pertama dan Ketiga) 1998 | 01/08/1998 |
P.U. (A) 414/98 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Pertama dan Ketiga) (No. 2) 1998 | 01/08/1998 |
Akta A1080 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2000 | 01/07/2000; kecuali Perenggan 54 (6)(g);01/04/2000 |
P.U. (A) 135/2001 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan 01/04/2001 hingga Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2001 | 31/03/2002 |
Akta A1123 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2001 | 01/07/2000; Perenggan 5(b) dan Seksyen 8-9;01/01/2001; Perenggan 5((a) & (e)) dan Seksyen 6-7 |
Akta A1190 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2003 | 01/08/2001 kecuali Seksyen 2. hingga 19/08/2002 |
P.U. (A) 171/2003 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan hingga Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2003 | 01/06/2003 - 31/05/2004 |
P.U. (A) 227/2003 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Kelima dan Keenam) 2003 | 26/11/2002 |
P.U. (A) 178/2004 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2004 | 01/06/2004 |
Akta A1300 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2007 | - 1 September 2007; Seksyen 2, perenggan 3((a) & (c)), Seksyen 4-8, Seksyen 13-15, perenggan 16((a) & (c)), Seksyen (18-19), perenggan 23(b-c), subperenggan 23(f)(ii), Seksyen 24, 25, 31, 32, 34 & perenggan 35((a-b), (d-e)) . [P.U. (B) 310/2007] - 1/11/2007; Perenggan 3(b), subperenggan 23(f)(i), perenggan (i) yang terdapat dalam subperenggan 23(f)(iv), Seksyen (26, 28-30). [P.U. (B) 413/2007] - 01/02/2008; Perenggan 16(b), Seksyen 20-21, perenggan 23((a), (d-e)), Seksyen (27, 33, 37-39) mula berkuat kuasa. [P.U.(B) 52/2008] - 01/07/2008; Seksyen 9-12, 17, 22 & perenggan 36(b). [P.U.(B) 264/2008] |
P.U.(A) 467/2008 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2008 | 01/01/2009 hingga 31/12/2010 |
P.U.(A) 479/2010 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2010 | 01/01/2010 |
P.U. (A) 425/2011 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2011 | 01/01/2012 |
P.U.(A) 498/2012 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Tambahan dan Ubahsuaian Maksud Pengeluaran di bawah Subseksyen 54(6)) 2012 | 01/01/2013 |
P.U.(A) 251/2013 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2011 | 01/08/2013 |
Akta A1504 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2016 | - Seksyen 2, 4, 12, 16, 19, 23, perenggan 24(b-c) Akta itu mula berkuat kuasa pada 01/04/2016 [P.U. (B) 136/2016] - Seksyen 3, 5, 7-10, 17-18, & perenggan 24(a) Akta itu mula berkuat kuasa pada 01/08/2016 [P.U. (B) 320/2016] - Seksyen 11,13,15,20-21, Akta itu mula berkuat kuasa pada 01/01/2017 [P.U. (B) 507/2016] |
P.U. (A) 21/20016 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2016 | 01/03/2016 - 31/12/2017 |
P.U. (A) 430/2017 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2017 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2017 |
P.U. (A) 370/2018 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2018 | 1-1-2019 |
Akta A1611 | Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019 | 15-03-2020 kecuali seksyen 6, 8 dan 11 Akta itu [P.U. (B) 158/2020] Seksyen 6, 8, dan 11 Akta itu mula berkuat kuasa pada 1-10-2020 [P.U. (B) 468/2020] |
P.U. (A) 96/2020 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2020 | 1-4-2020 - 31-12-2020 |
P.U. (A) 135/2020 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Tambahan dan Ubahsuaian Maksud Pengeluaran di bawah Subseksyen 54(6)) 2020 | 1-4-2020 |
P.U. (A) 273/2020 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Kelapan) 2020 | 1-10-2020 - 31-12-2020 |
P.U. (A) 387/2020 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) (No.2) 2020 | 1-1-2021 - 31-12-2021 |
P.U. (A) 388/2020 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Kelapan) (No.2) 2020 | 01-01-2022 - 30-06-2022 |
P.U. (A) 389/2020 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Tambahan dan Ubahsuaian Maksud Pengeluaran di bawah Subseksyen 54(6)) (No.2) 2020 | 1-1-2021 |
P.U. (A) 177/2021 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pengubahsuaian Kepada Maksud Pengeluaran di bawah Subseksyen 54(6)) 2021 | 1-5-2021 |
P.U. (A) 253/2021 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pengubahsuaian Kepada Maksud Pengeluaran di bawah Subseksyen 54(6)) (No. 2) 2021 | 8-6-2021 |
P.U. (A) 306/2021 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Tambahan dan Ubahsuaian Maksud Pengeluaran di bawah Subseksyen 54(6)) 2021 | 15-7-2021 |
P.U.(A) 467/2021 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) (No. 2) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2021 | 01-01-2022 - 30-06-2022 |
P.U.(A) 500/2021 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Kelapan) (No. 2) (Pelanjutan Kuat Kuasa) 2021 | 01-01-2022 - 30-06-2022 |
P.U.(A) 108/2022 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Tambahan Dan Ubah Suaian Kepada Maksud Pengeluaran Di Bawah Subseksyen 54(6)) 2022 | 15-04-2022 - 30-06-2022 |
P.U.(A) 151/2022 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pengubahsuaian Kepada Maksud Pengeluaran Di Bawah Subseksyen 54(6)) 2022 | 01-07-2022 |
P.U.(A) 218/2022 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Ketiga) 2022 | 01-07-2022 |
P.U.(A) 219/2022 | Perintah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan Jadual Kelapan) 2022 | 01-07-2022 |