e-Payroll KWSP merupakan kemudahan di dalam i-Akaun (Majikan) yang bertujuan membantu majikan (khususnya majikan mikro dan kecil) dalam mengurus dan mengekalkan rekod gaji secara digital, serta memudahkan pembayaran caruman KWSP.
Kelebihan
Nikmati sokongan dan bantuan yang diperlukan dengan e-Payroll. Proses penggajian lebih ringkas dan sistemnya lebih terurus.
icon card
Mudah diakses
Menerusi portal i-Akaun (Majikan)
icon card
Pengiraan caruman automatik
KWSP, PERKESO, potongan LHDNM dan lain-lain
icon card
Dapatkan fail dengan cepat dan mudah
Untuk agensi berkanun dan lain-lain
icon card
Pematuhan terhadap keperluan perundangan
KWSP, PERKESO dan LHDNM

Syarat-syarat Kelayakan


  • Pengguna i-Akaun (Majikan)
  • Majikan mempunyai minimum SATU (1) pekerja

Ciri-ciri Utama

  • Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
  • Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi 'Import Pekerja'
  • Fungsi tersedia untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
  • Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
  • Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
  • Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
  • Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
  • Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
  • Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
  • Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik
  • Kini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses

Sistem e-Payroll KWSP Terima Anugerah Inovasi World Pension Summit 2021

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima Anugerah Inovasi daripada Pensions & Investments WorldPensionSummit 2021 untuk kategori Teknologi untuk sistem e-Payroll KWSP semasa majlis penyampaian anugerah yang diadakan pada 12 - 14 Oktober 2021.

Panduan Pengguna

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

E-Payroll FAQ

1. Apakah e-Payroll KWSP?

back chevron

e-Payroll adalah kemudahan terkini di dalam i-Akaun (Majikan) untuk membantu majikan mengurus dan menyimpan rekod gaji mereka secara digital.


2. Apakah fungsi utama e-Payroll?

back chevron

Fungsi utama e-Payroll adalah seperti berikut:

  1. Kemas kini gaji pekerja
  2. Menjana slip gaji pekerja
  3. Buat pembayaran caruman kepada KWSP
  4. Hasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
  5. Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
  6. Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM
  7. Buat potongan gaji kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)

3. Adakah e-Payroll merangkumi semua modul Pengurusan Sumber Manusia?

back chevron

e-Payroll hanya menyediakan fungsi asas pengurusan gaji. Kami menggalakkan PKS yang memerlukan fungsi Pengurusan Sumber Manusia (seperti pengurusan tuntutan dan cuti) untuk menggunakan sistem penggajian lain di pasaran yang memenuhi syarat berkanun.


4. Siapakah segmen sasaran untuk e-Payroll?

back chevron

e-Payroll disasarkan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang tidak menggunakan sebarang sistem penggajian.


5. Adakah Majikan perlu memuat turun perisian untuk menggunakan e-Payroll?

back chevron

Majikan tidak perlu memuat turun sebarang perisian. e-Payroll boleh diakses melalui i-Akaun (Majikan) menggunakan komputer atau tablet.


6. Adakah borang cukai tahunan boleh diperolehi dari e-Payroll?

back chevron

Ya. Borang cukai tahunan boleh dimuat turun dari e-Payroll.


7. Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan e-Payroll?

back chevron

Sebarang browser yang digunakan untuk mengakses i-Akaun (Majikan) boleh digunakan untuk mengakses e-Payroll seperti Chrome versi 69 atau lebih baru, Firefox 61 dan lebih baru, Safari 11 dan lebih baru, atau Edge 16 dan lebih baru.


8. Adakah Majikan dapat membuat pembayaran terus ke agensi lain melalui e-Payroll?

back chevron

Tidak. e-Payroll menghasilkan fail data secara automatik (elektronik) dan juga menyediakan pautan ke laman web agensi berkanun masing-masing (LHDNM dan PERKESO) untuk pembayaran caruman wajib.


9. Bolehkah majikan menggunakan e-Payroll bermula pada pertengahan tahun? (contohnya pada Julai 2021)

back chevron

Boleh. Bagaimanapun kami menggalakkan agar pengguna yang baru menggunakan e-Payroll untuk memproses semula data gaji bulan sebelumnya bermula dari Januari tahun tersebut hingga bulan semasa untuk memastikan pengiraan cukai pendapatan dan menyediakan borang EA yang tepat dan betul.


10. Berapa lama data dalam e-Payroll disimpan?

back chevron

Data dalam e-Payroll akan disimpan selama 7 tahun untuk rujukan Majikan.


11. Adakah e-Payroll selamat digunakan? Bagaimana dengan datanya?

back chevron

KWSP sangat komited dalam memastikan keselamatan semua sistem dan datanya.


12. Adakah e-Payroll tersedia dalam versi Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps)?

back chevron

Tidak.


13. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya Majikan ingin mendapatkan maklumat berkaitan e-Payroll?

back chevron

Majikan boleh menghubungi cawangan KWSP berhampiran ATAU hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03–89226000 ATAU layari https://www.kwsp.gov.my/korporat/hubungi-kami


14. Bagaimana majikan boleh mengendalikan fail bank Maybank2U Biz?

back chevron

Maybank2u Biz tidak membenarkan fail CSV dihasilkan. Penyelesaian Pembayaran dilakukan dengan pemfailan Manual sepert berikut:

  1. Simpan fail bank Maybank2u yang dihasilkan oleh e-Payroll KWSP.
  2. Log masuk ke dalam portal Maybank2u dan muat turun templat fail pembayaran pukal.
  3. Masukkan semua data secara manual ke dalam templat fail pembayaran pukal dengan merujuk kepada fail bank yang dihasilkan oleh e-Payroll KWSP.
  4. Akhirnya, muat naik fail pembayaran pukal ke portal Maybank2u sekali lagi.

15. Bagaimanakah majikan boleh mendapatkan Kod Organisasi CIMB bagi pendaftaran bank korporat dalam e-Payroll?

back chevron

Majikan boleh mendapatkan Kod Organisasi CIMB yang dibekalkan semasa pendaftaran akaun bank korporat dengan CIMB.


16. Apakah maksud bulan gaji dalam e-Payroll?

back chevron

Maksud bulan gaji yang digunakan dalam e-Payroll merujuk kepada bulan semasa dalam kalendar. Dalam e-Payroll, bulan gaji dipaparkan mengikut tarikh semasa. Majikan perlu memilih bulan yang dikehendaki sebelum memproses penggajian pekerja.


17. Bolehkah majikan membatalkan bulan penggajian yang telah diproses dengan menggunakan e-Payroll?

back chevron

Majikan tidak digalakkan untuk membatalkan bulan penggajian yang telah diproses. Oleh itu, adalah penting bagi majikan untuk memastikan bahawa maklumat gaji pekerja telah disahkan dengan tepat sebelum memproses penggajian melalui sistem e-Payroll.