Tak dinafikan bahawa hari persaraan merupakan saat yang paling dinantikan bagi setiap individu yang bekerja – masa di mana anda boleh menenangkan diri, melancong, dan menikmati hasil penat lelah bekerja selama bertahun-tahun. Walau bagaimanapun, untuk mengecapi hidup yang tenang dan selesa, anda perlu merancang dengan baik dan teliti bermula dari awal . Tiada istilah terlalu awal atau sudah terlambat untuk mula merancang masa hadapan anda.
Ingatlah, setiap detik anda menangguh untuk merancang persaraan anda, maka anda menanggung ‘kerugian’ yang besar. Langkah pertama dalam perancangan persaraan adalah dengan menetapkan objektif dan hala tuju yang jelas. Ini termasuk cara anda memilih gaya hidup selepas persaraan, anggaran perbelanjaan, dan mengira semula semua hutang yang anda perlu langsaikan seperti yuran pengajian anak-anak atau hutang kad kredit.
5 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum bersara
Antara perkara yang wajib difikirkan sebelum bersara adalah komitmen, sebagai contoh:
- Tanggungjawab kewangan terhadap isteri, anak-anak.
- Yuran pendidikan anak-anak.
- Bayaran pinjaman rumah dan hutang lain.
- Membeli insurans baharu sekiranya sebelum ini anda bergantung pada insurans yang disediakan oleh syarikat atau sudah mencapai had umur polisi sedia ada.
- Kenaikan harga barangan disebabkan inflasi.
Faktor-faktor ini jelas membuktikan bahawa perancangan simpanan untuk persaraan adalah aspek yang sangat penting.
Tidak kira berapa tahun lagi anda ada sebelum bersara – sama ada 10, 20, atau 30 tahun, penting untuk anda mula berfikir tentang kehidupan selepas bersara dari sekarang. Bila anda sedar berapa banyak duit yang diperlukan untuk bersara dan baki masa yang ada untuk menyimpan, anda akan cuba mencari cara yang terbaik untuk mencapai matlamat anda.
Tahukah anda, selain caruman bulanan berkanun yang sedia ada, anda juga boleh membuat caruman sukarela serendah RM10 melalui ciri Caruman Sukarela yang tersedia di aplikasi KWSP i-Akaun? Walaupun sedikit, ia akan menjadi banyak sekiranya anda ‘top up’ duit ke dalam akaun anda secara konsisten, membolehkan anda mencapai matlamat kewangan persaraan dengan lebih mudah.
Walau bagaimanapun, anda haruslah menetapkan matlamat untuk mempunyai perancangan kewangan yang baik bagi memastikan kecukupan duit persaraan selepas bersara. Disamping itu, anda mestilah megetahui berapa jumlah yang sesuai untuk dikeluarkan setiap tahun dengan mengambil kira faktor kadar cukai dan inflasi, serta masalah kecemasan yang tidak dapat anda jangka.
Kalkulator persaraan KWSP
Untuk menilai keadaan semasa dan mengetahui perubahan yang boleh berlaku pada masa hadapan, KWSP i-Akaun menawarkan sebuah ciri yang memberi unjuran ataupun anggaran jumlah simpanan ketika anda mencapai usia persaraan. Memperkenalkan, ciri Kalkulator Simpanan Persaraan, yang akan memastikan anda boleh bersara dengan selesa tanpa sebarang masalah kewangan di minda.
Kalkulator ini sangat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu mengisi butiran seperti gaji bulanan, purata kenaikan tahunan gaji, bonus tahunan, anggaran dividen, dan jangkaan umur persaraan, kalkulator ini akan memberikan anggaran jumlah simpanan apabila anda mencapai usia persaraan.
Pendek kata, ciri ini menunjukkan anggaran jumlah simpanan anda1, perbelanjaan yang mungkin anda perlukan selepas bersara dan baki simpanan pada setiap penghujung tahun. Sekiranya carta yang dipaparkan menunjukkan anggaran melebihi jumlah simpanan persaraan ideal yang disyorkan, iaitu RM600,000 pada umur 55, ia bermakna persaraan yang selesa bakal menanti anda!
Rancang persaraan anda dengan baik
Pendek kata, ciri ini menunjukkan anggaran jumlah simpanan anda , perbelanjaan yang mungkin anda perlukan selepas bersara dan baki simpanan pada setiap penghujung tahun. Sekiranya carta yang dipaparkan menunjukkan anggaran melebihi jumlah simpanan persaraan ideal yang disyorkan, iaitu RM600,000 pada umur 55, ia bermakna persaraan yang selesa bakal menanti anda!