Cara Untuk Tingkatkan Simpanan dengan Akaun KWSP Anda

Tingkatkan Simpanan Anda Dengan Akaun KWSP
Article Image

Setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza pada setiap fasa kehidupan. Kita semua mempunyai impian besar yang ingin kita capai seperti membeli rumah, kereta, atau mengembara ke serata dunia. Walau bagaimanapun, kita sering berfikiran bahawa impian tersebut jauh dari jangkauan.  

Untuk mencapai matlamat ini, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan. Anda boleh mulakan dengan membuka akaun bank simpanan khusus atau meneroka pelan pelaburan, yang dapat memberikan asas yang kukuh untuk simpanan anda. Selain itu, sesetengah individu menemui nilai melalui pelaburan dalam emas dan perak.  

Dengan mempelbagaikan jenis pelaburan dan simpanan, anda boleh mengurangkan risiko kerugian duit. Satu pelaburan mungkin mengalami kerugian nilai, tetapi kerugian tersebut boleh diselamatkan melalui pelaburan yang lain. Ini membantu untuk mencapai pulangan keseluruhan yang lebih konsisten. 

Tahukah anda sebenarnya KWSP juga menawarkan cara untuk anda mempelbagaikan lagi simpanan anda?  

KWSP menggunakan simpanan anda untuk melabur dalam pelbagai portfolio pelaburan, seperti saham, bon, dan hartanah, yang membantu mempelbagaikan sumber pendapatan dan memaksimumkan potensi pulangan anda dengan risiko yang munasabah. Dengan mengamanahkan simpanan anda kepada KWSP,  kepakaran kami boleh menguruskan dan mempelbagaikan dana tersebut sekaligus memberikan anda peluang untuk mengembangkan simpanan itu dari semasa ke semasa.

Manfaat menyimpan wang dalam akaun KWSP

Berikut adalah manfaat yang boleh dijangkakan apabila duit anda meningkat dengan KWSP dari semasa ke semasa: 

Selain daripada caruman bulanan wajib yang terdiri daripada syer pekerja dan syer majikan, anda juga digalakkan mengambil inisiatif untuk meningkatkan simpanan KWSP anda secara sukarela. Apa yang lebih menarik lagi adalahdengan menyimpan di KWSP, anda dapat menyimpan dengan lebih mudah dan efektif menggunakan dua pilihan yang kami sediakan.  

Caruman Sukarela (Voluntary Contribution) dan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Voluntary Excess)

Pilihan ini memudahkan anda untuk meningkatkan simpanan KWSP dengan lebih proaktif dan menjamin masa depan kewangan yang lebih baik. 

Tambahan lagi, jumlah simpanan maksimum bagi Caruman Sukarela telah dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun. Pelarasan baru ini menawarkan potensi yang lebih besar untuk anda mencapai matlamat kewangan dalam jangka masa yang lebih pendek. 

Selain itu, mencarum melebihi kadar berkanun (VE) berlaku apabila anda atau majikan memilih untuk mencarum melebihi kadar berkanun. Anda hanya perlu maklumkan kepada majikan berhubung pilihan anda untuk mencarum melebihi kadar yang ditetapkan. Pilihan ini menjadikan proses simpanan lebih mudah kerana anda tidak perlu lagi menyimpan secara manual pada setiap bulan. Lagipun, caruman dibuat secara automatik dan ini membolehkan anda menyimpan secara teratur dan konsisten.

Contoh: 

Zura, seorang graduan baru yang bekerja di sebuah syarikat elektronik dengan gaji RM 4,500 menyatakan hasratnya kepada majikan untuk mencarum melebihi kadar berkanun sebanyak 2% (RM 90) setiap bulan. Ini menjadikan jumlah caruman bulanannya RM1,170 dan simpanan sehingga bulan Disember RM 14,040. Dengan anggapan kadar dividen KWSP pada tahun itu ialah 3%, maka jumlah dividen yang diterima ialah RM 421.20, menjadikan jumlah simpanan Zura pada tahun tersebut RM 14,461.20. /p>

Jika Zura memilih untuk menambah simpanan dengan membuat Caruman Sukarela (VC) sebanyak RM 50 secara konsisten setiap bulan, jumlah simpanannya sehingga akhir tahun adalah RM 13,560. Dengan anggapan kadar dividen pada tahun tersebut ialah 3%, Zura akan memperolehi dividen RM 406.80 menjadikan jumlah simpanannya meningkat kepada RM 13,966.80. 

*Ini hanya untuk tujuan ilustrasi dan kaedah pengiraan dividen sebenar mungkin berbeza. 

Melalui contoh ini, anda dapat melihat bagaimana pelaksanaan Caruman Sukarela dan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Voluntary Excess) dapat meningkatkan jumlah simpanan anda. Ini secara tidak langsung memberikan keyakinan kewangan yang mapan untuk hari persaraan anda. 

Mengapa anda perlu meningkatkan simpanan anda dengan KWSP?

Anda mungkin masih tertanya-tanya kenapa menyimpan di KWSP? Ini kerana, ia memberi anda kelebihan dimana anda bukan sahaja dapat menjimatkan duit anda, tetapi juga mendapat pelbagai faedah tambahan, seperti: 

1. Pulangan dividen tahunan yang kompetitif

Kami menawarkan pulangan dividen tahunan yang menarik, dianggarkan sekitar 3% hingga 4% dalam keuntungan, dan terdapat kemungkinan untuk peratusan ini meningkat. Tambahan pula, bagi Simpanan Konvensional dalam KWSP, kadar dividen minimum adalah 2.50% setahun. Dividen-dividen ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan simpanan anda, menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan simpanan anda dari semasa ke semasa.

2. Pelaburan bercagar untuk persaraan anda

KWSP adalah badan berkanun persekutuan yang menguruskan pelaburan secara selamat dan boleh dipercayai. Ia membantu anda menyimpan secara konsisten dan memastikan kewangan anda selepas persaraan terjamin.  

3. Meningkatkan taraf hidup anda

Anda boleh membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun Sejahtera KWSP anda untuk pelbagai tujuan tertentu jika memenuhi terma dan syarat Skim Pengeluaran KWSP yang disediakan termasuklah pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Sebagai contoh, Pengeluaran Pendidikan membolehkan anda membiayai kos pendidikan seperti yuran pengajian atau bayaran pinjaman PTPTN. 

Ini memberikan anda fleksibiliti untuk memanfaatkan simpanan anda sesuai dengan keperluan anda, tertakluk pada skim pengeluaran yang tersedia dalam KWSP. 

4. Simpanan persaraan yang dipertingkatkan

Keluarga anda juga mempunyai pilihan untuk membuat caruman bagi pihak anda melalui kemudahan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan. Ini membolehkan anda meningkatkan simpanan persaraan melebihi caruman anda sendiri, sekali gus menjamin masa depan kewangan anda. 

Baca juga: 4 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Semasa Merancang Persaraan

Tip: Cara membuat caruman sukarela

Katakanlah anda sudah membuat caruman sukarela atau mencarum melebihi kadar berkanun, wujudkah cara lain untuk meningkatkan lagi simpanan anda? 

Ya, terdapat cara lain yang boleh juga membantu anda!

Melabur di dalam unit amanah

Melabur duit simpanan anda adalah pilihan yang bijak kerana ia dapat membantu meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat. Bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui dan menilai tahap keselesaan anda terhadap pengambilan risiko sebelum membuat sebarang pelaburan.

Skim Pelaburan Ahli (SPA) kami menawarkan cara yang efektif untuk meningkatkan simpanan anda. Dengan skim ini, ahli yang layak untuk membuat pelaburan boleh memindahkan amaun yang diperlukan dari simpanan Akaun Persaraan untuk tujuan pelaburan yang diluluskan oleh pihak KWSP.  

Apa yang lebih menarik lagi adalah, anda boleh melabur secara dalam talian melalui kemudahan i-Invest KWSP yang terdapat di platform i-Akaun!

Lihat perincian Skim Pelaburan Ahli KWSP dan kelayakan di sini: 

Saya Ingin Melabur

back chevron

Mula menyimpan dari sekarang untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk diri anda sendiri. Walau apa jenis simpanan yang anda pilih sekalipun, pastikan anda menguruskannya dengan berhemah dan bijak. 

 

Penafian: Informasi, bahan, atau kandungan di sini adalah untuk maklumat dan pendidika sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran atau dorongan untuk melibatkan diri dengan dana atau produk yang dirujuk atau terdapat di laman web ini.