Keseimbangan Dalam Pekerjaan & Kehidupan

Keseimbangan Dalam Pekerjaan Dan Kehidupan
Article Image

Rasa diri anda sering menghabiskan masa bekerja? Anda tidak keseorangan. Ramai individu yang menghadapi kesukaran untuk menyeimbangkan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi. Tetapi, bagaimana anda ingin menyeimbangkan antara pekerjaan dan kehidupan jika masih bekerja di luar waktu pejabat? Dan bagaimana anda dapat mengimbangi beban kerja anda dengan lebih efisien?

 

Untuk mencapai keharmonian dalam pekerjaan dan kehidupan peribadi memerlukan kesedaran dan kesungguhan. Ini bermakna anda perlu bijak membahagikan masa untuk kerja dan masa peribadi. Dengan berbuat demikian, anda dapat meletakkan matlamat dan batasan yang jelas antara keduanya.  

Kesukaran untuk mengimbangi masa kerja dan masa peribadi ini tidak dapat mengelakkan diri anda daripada merasa tertekan dan kelesuan bekerja. Namun, ia tidak perlu sampai ke tahap itu.  

Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan dalam kehidupan dan pekerjaan?

back chevron

Keseimbangan dalam kehidupan dan pekerjaan yang sihat bermaksud anda berjaya mengekalkan keharmonian antara pekerjaan anda dan kehidupan peribadi. Ia melibatkan pengurusan masa dan tenaga dengan bijak untuk mencapai komitmen secara profesional di samping mengutamakan penjagaan dan kesejahteraan diri.  

Namun, mempunyai pandangan yang tidak realistik mengenai keseimbangan yang sihat dalam konteks pekerjaan dan kehidupan seringkali menyebabkan anda rasa kurang bersemangat, kemurungan dan kelesuan bekerja. 


3 Mitos tentang keseimbangan pekerjaan dan kehidupan

back chevron

Mitos 1: Lagi sedikit anda bekerja, lagi bahagia anda akan rasai 

Bekerja lebih masa boleh mengganggu produktiviti manakala bekerja dalam tempoh masa yang singkat pula boleh menyebabkan tekanan meningkat.  Tempoh waktu bekerja yang singkat ini tidak bermaksud bahawa beban kerja menjadi kurang; sebaliknya, pekerjaan yang sama perlu dilakukan dalam masa yang lebih pendek, yang boleh menyebabkan tekanan tambahan. 

Mitos 2: Anda boleh mencapai keseimbangan dengan sempurna 

Bayangkan sebuah dunia di mana keseimbangan pekerjaan dan kehidupan peribadi itu mudah dicapai, ibarat menjumpai kunci yang tepat kepada mangga pintu. Namun, realitinya keutamaan dan permintaan boleh berubah dan cubaan untuk mencapai keseimbangan ini boleh menjurus kepada tekanan yang sia-sia. Jadi, daripada berusaha untuk mencapai sebuah jadual yang sempurna seperti apa yang orang katakan, cuba tetapkan jadual yang realistik dan boleh dicapai. 

Mitos 3: “Saya seorang sahaja yang rasa tidak seimbang” 

Sebenarnya, setiap individu yang bekerja menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan. Mencapai keseimbangan pekerjaan dan kehidupan peribadi merupakan suatu proses yang kompleks dan tiada penghujungnya. 

Daripada anda cuba untuk mengasingkan minggu kerja anda dari hujung minggu, cuba gabungkan kedua-duanya untuk mencapai matlamat profesional anda dengan selesa. Ingat, ini merupakan sebuah perjalanan kehidupan. Berikan diri anda masa untuk mencari pendekatan yang bersesuaian. Hala tuju positif ini dapat memupuk keseimbangan pekerjaan dan kehidupan peribadi yang sihat. 


Seimbangkan untuk kebaikan anda

back chevron

Walaupun kadangkala kerja perlu diutamakan, kesejahteraan diri anda tidak seharusnya diabaikan. Berikut merupakan beberapa langkah untuk memastikan kedua-duanya terjaga.

 

1. Masa untuk diri sendiri!

Rancang satu hari untuk membuat aktiviti yang memfokuskan diri anda sahaja. Sama ada bersenam, meditasi, menyertai kelas melukis atau berjalan di taman. Penting untuk anda menetapkan satu masa untuk meluangkan masa untuk diri sendiri.

2. Tetapkan batasan dengan jelas

Tetapkan masa kerja dan ikut jadual yang dibuat. Elakkan daripada melihat e-mel kerja atau mengangkat sebarang panggilan telefon berkaitan kerja luar daripada waktu pekerjaan anda untuk memastikan masa peribadi anda tidak terganggu.

3. Rehat sebentar setelah selesai satu kerja

Rehat sebentar setelah anda selesai satu tugasan apabila sedang bekerja. Sama ada berjalan sebentar ataupun berborak bersama rakan kerja anda untuk kekal fokus dan meningkatkan produktiviti.


Apa kepentingannya?

back chevron

Mengekalkan keseimbangan pekerjaan dan kehidupan bukan sahaja penting untuk keperluan peribadi, tetapi juga atas beberapa sebab lain, termasuklah:

 

1. Anda boleh mengelakkan diri daripada kelesuan bekerja 

Apabila diri anda letih, lesu atau stres, sistem imunisasi badan anda juga akan terjejas. Jika anda biarkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan stres ini terlalu lama tanpa mendapatkan rawatan, ia boleh membawa kepada kelesuan bekerja dan akan menjadikan anda lebih mudah untuk mendapat penyakit.

Tidak kira seberapa gigih anda berusaha untuk kekal sihat, kesibukan harian yang memerlukan anda untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain dan perubahan lanskap pekerjaan boleh menjadi cabaran yang akhirnya akan memberi impak kepada kesihatan diri. 

Anda boleh menggunakan simpanan Akaun 2 anda untuk Pengeluaran Kesihatan jika anda berusia 55 tahun ke bawah, yang menyediakan pelbagai rawatan penyakit kritikal atau untuk membeli peralatan penjagaan kesihatan.

Namun, masih ada peluang dan harapan – jika anda berusia 55 tahun ke bawah, anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan Akaun 2 untuk Pengeluaran Kesihatan yang merangkumi pelbagai rawatan penyakit kritikal atau untuk pembelian peralatan perubatan*. Matlamat utama pengeluaran ini dibenarkan adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada anda, pasangan, ibu bapa (kandung, angkat, tiri, mentua) adik-beradik kandung dan anak-anak (kandung, angkat, tiri) anda dengan harapan dapat mengurangkan beban tanggungan yang perlu anda hadapi ketika mengalami kesukaran. 

*Tidak semua jenis rawatan penyakit kritikal dan pembelian peralatan kesihatan layak untuk Pengeluaran Kesihatan KWSP dan tertakluk kepada kelulusan KWSP. 

 

KWSP juga ada menawarkan Pelan Perlindungan Ahli (PPA), melalui platform  i-Lindung. Ia bertujuan untuk memastikan keselamatan kewangan dan ketenangan minda bagi keperluan perubatan dan perlindungan hayat anda. Dengan i-Lindung, anda boleh memilih pelan perlindungan hayat dan/ atau liputan insurans penyakit kritikal dengan pembayaran tahunan melalui Akaun 2 untuk ahli yang berumur 55 ke bawah. Selain itu, anda boleh memilih pelbagai pelan insurans/ takaful yang ditawarkan mengikut keperluan anda. 

Saya Ingin Membeli Insurans/ Takaful Melalui KWSP i-Akaun

2. Menambah baik kualiti kehidupan secara keseluruhan

Menyeimbangkan pekerjaan dan kehidupan peribadi secara efektif dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental. Dengan memperuntukkan masa untuk berehat, bersenam, dan meluangkan waktu yang berkualiti bersama insan tersayang, anda dapat meningkatkan kebahagiaan, tenaga dan sistem imunisasi serta mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan. Kehidupan yang seimbang dapat membantu anda mendapat tidur yang mencukupi, pemakanan yang berkhasiat, mengurangkan kelesuan bekerja serta mempromosikan kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.


Ingat, mencapai keseimbangan adalah berbeza untuk setiap individu; ia adalah perjalanan unik penemuan diri di mana anda perlu mengenal pasti dan membuat perubahan mengikut kesesuaian. Dengan membentuk satu strategi yang bersesuaian dengan kehendak peribadi, anda akan berada selangkah daripada kehidupan dinamik yang diimpikan.