Menyimpan untuk masa depan tidak semestinya rumit atau memerlukan kos yang tinggi.
Dengan hanya menyimpan RM6.85 sehari, anda boleh membina dana simpanan yang kukuh untuk jangka masa panjang — sekitar RM25,000 dalam tempoh 10 tahun jika anda menyimpan sendiri. Namun, yang membezakan adalah di mana anda menyimpan.
Dengan i-Saraan, jumlah harian yang sama boleh berkembang sehingga RM39,000, hasil daripada insentif kerajaan 20% (sehingga RM500 setahun) dan anggaran dividen tahunan KWSP sekitar 5%, memberi lebih nilai bagi setiap ringgit yang disimpan.
Inilah kelebihan faedah kompaun dan menyimpan dengan bijak. Selain pulangan lebih tinggi, simpanan KWSP turut memberi fleksibiliti, pendapatan persaraan, faedah kompaun, dan perlindungan sosial. Lagi awal anda mula, lagi besar manfaat untuk masa depan anda.



