i-Saraan: Caruman Sukarela Ahli Bekerja Sendiri
Kaedah Bayaran
Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Had Caruman
Minimum: RM1
Maksimum: RM100,000 setahun
Cara Mendaftar i-Saraan
KWSP i-Akaun
- Pendaftaran i-Saraan melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
- Baca panduan mudah di sini.
- Pendaftaran i-Saraan di mana‑mana SST
- Sediakan MyKad
Pejabat KWSP
- Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri - KWSP 16G (M)
- Sediakan MyKad
- Lawati mana‑mana lokasi SST
- MyKad
Pejabat KWSP
- Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri - KWSP 16G (M)
- MyKad
Frequently Asked Question
Apakah i-Saraan?
i-Saraan ialah kemudahan caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Program ini memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri, golongan yang tiada pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk mencarum bagi simpanan persaraan dan menerima insentif khas daripada kerajaan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Apakah penambahbaikan yang diumumkan kerajaan bagi i-Saraan?
Kadar insentif khas kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan daripada 15% kepada 20% untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya pekerja sektor tidak formal dan mereka yang tiada pendapatan tetap, menambah simpanan persaraan.
Namun, had maksimum insentif khas tahunan kekal pada RM500 setahun dan RM5,000 seumur hidup, atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.
Apakah syarat untuk memohon i-Saraan?
Syarat permohonan i-Saraan adalah seperti berikut:
- Telah berdaftar sebagai ahli KWSP
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig
Adakah ahli yang telah mencapai umur 55 tahun boleh mendaftar i-Saraan?
Ya. Ahli KWSP yang berstatus warganegara Malaysia dan belum mencapai 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan.
Adakah ahli yang telah mencapai umur 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan?
Tidak. i-Saraan hanya terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 60 tahun.
Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dalam skim berpencen memohon i-Saraan?
Ya. Anggota perkhidmatan awam yang berada dalam skim perkhidmatan berpencen dan belum mencapai umur 60 tahun layak memohon i-Saraan.
Bolehkah ahli yang merupakan anggota tentera yang masih berkhidmat memohon i-Saraan?
Ya, anggota tentera yang masih berkhidmat boleh memohon i-Saraan sekiranya telah berdaftar sebagai ahli KWSP.
Berapakah kadar insentif khas i-Saraan?
Kadar insentif khas i-Saraan ialah 20% daripada jumlah caruman sukarela tahunan, sehingga maksimum RM500 setahun.
Insentif ini tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bilakah had maksimum insentif khas seumur hidup RM5,000 berkuat kuasa?
Had maksimum insentif khas seumur hidup RM5,000 berkuat kuasa mulai tahun 2024, berdasarkan caruman yang dibuat bermula tahun tersebut.
Bagaimanakah had maksimum insentif khas seumur hidup dikira?
Had maksimum insentif khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah insentif khas tahunan yang terkumpul dan terhad kepada RM5,000 atau apabila mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.
Contoh:
Abu mencarum i-Saraan dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025.
| Tahun | Amaun Tahunan Insentif Khas |
|---|---|
2024 2025 |
RM500 RM500 |
Jumlah insentif khas yang terkumpul adalah RM1,000.
Jumlah insentif khas i-Saraan yang masih layak untuk diterima adalah RM4,000 (RM5,000 - RM1,000).
Apakah saluran bayaran caruman i-Saraan?
Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Saraan melalui saluran berikut:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Perbankan Internet
- Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
- Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
- Bayaran secara cek atau draf bank di kaunter peresitan pejabat KWSP
- Bayaran secara Kad Debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA)
- Self-Service Terminal (SST) - Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di pejabat KWSP yang terpilih
Berapakah jumlah caruman yang perlu dibuat untuk menerima insentif khas i-Saraan maksimum RM500 setahun?
Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun di bawah i-Saraan.
Nota: Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa yang dibuat oleh ahli.
| Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Bagi Tahun Semasa |
Amaun Tahunan Insentif Khas |
|---|---|---|
Ahmad Baba Kevin |
RM1,000 RM2,500 RM5,000 |
RM200 RM500 RM500 |
Apakah faedah i-Saraan?
Faedah bagi ahli yang mencarum di bawah i-Saraan termasuk:
- Meningkatkan simpanan persaraan dengan insentif khas daripada kerajaan
- Menikmati dividen tahunan ke atas simpanan
- Bantuan kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
- Pelepasan cukai (tertakluk kepada terma dan syarat LHDN)
Bilakah insentif khas i-Saraan dikreditkan ke akaun KWSP ahli?
Insentif khas i-Saraan akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dua (2) kali setahun, tertakluk kepada penerimaan bayaran insentif khas daripada Kerajaan.
Bolehkah ahli memohon pengembalian semula bayaran caruman i-Saraan?
Tidak. Semua caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP adalah muktamad. Ahli perlu memastikan maklumat bayaran adalah betul sebelum meneruskan transaksi.
Apakah yang berlaku jika caruman i-Saraan dibuat selepas umur 55 tahun?
Semua caruman i-Saraan yang diterima selepas ahli mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan selepas ahli mencapai umur 60 tahun.
Bagaimanakah caruman i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli?
Caruman i-Saraan akan dikreditkan ke akaun KWSP berikut mengikut kadar agihan seperti di bawah:
| Akaun KWSP | Kadar Agihan |
|---|---|
Akaun Persaraan (Akaun 1) Akaun Sejahtera (Akaun 2) Akaun Fleksibel (Akaun 3) |
75% 15% 10% |
Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, 100% caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Emas.
Bagaimanakah insentif khas i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli?
Insentif khas i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1) bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, insentif khas akan dikreditkan ke Akaun Emas.
Apakah kaedah pembayaran caruman i-Saraan?
Kaedah pembayaran caruman i-Saraan adalah seperti berikut:
1. Sekali bayaran (one-time) melalui:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Perbankan internet
- Ejen bank berdaftar
- Kaunter ejen bank
- Bayaran secara cek atau draf bank di kaunter penerimaan pejabat KWSP
- Bayaran secara kad debit melalui perkhidmatan pasukan Mobile KWSP / Relationship Advisory (RA)
- Self-Service Terminal (SST) di pejabat KWSP yang terpilih
2. Caruman berulang secara automatik (Auto Simpan / Auto Tambah) melalui:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Portal Web i-Akaun (Ahli)
Bagaimanakah cara mendaftar Auto Simpan?
Ahli boleh mendaftar Auto Simpan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) untuk membolehkan caruman dibuat secara automatik setiap bulan menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit.
Ikuti langkah berikut:
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli);
- Klik tab Simpanan di Laman Utama;
- Klik "Tambah simpanan";
- Pilih “Aktifkan Auto Simpan”;
- Skrin pengenalan Auto Simpan akan dipaparkan. Klik “Teruskan”;
- Tetapkan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan yang dikehendaki;
- Pilih bank;
- Ahli perlu membaca dan memahami Terma & Syarat terlebih dahulu sebelum mengesahkan butiran pembayaran caruman. Setelah itu, tandakan setuju dengan Terma & Syarat, dan klik “Teruskan”;
- Log masuk ke akaun bank untuk mengesahkan pendaftaran Auto Simpan;
- Mesej pengesahan akan dipaparkan. Klik “Selesai” untuk menamatkan proses pendaftaran Auto Simpan.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



