Dengan membuat penamaan KWSP, anda melantik individu atau institusi untuk menerima dan mengurus simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Ia membantu menjamin masa depan kewangan orang tersayang dan memastikan simpanan anda diterima oleh pihak yang sepatutnya.
Siapa Yang Boleh Membuat Penamaan
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap Malaysia (PR) 
  • Bukan Warganegara Malaysia
    (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Who Can Apply

Penerbit Aset

Death Benefit
Subject to EPF terms and conditions.
Tax Exemption
Subject to IRB terms and conditions.
Annual Dividend
Enjoy annual dividends on top of your retirement savings.
Special Incentive
Up to 15% of total contribution or max RM300 this year.
Kepentingan Penamaan
icon card
Memendekkan proses pengeluaran
icon card
Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah
icon card
Memastikan waris mewarisi simpanan anda
Mulakan Penamaan Anda Hari Ini

*Untuk permohonan penamaan kali pertama atau pengemaskinian penamaan sedia ada melalui aplikasi KWSP i-Akaun, pengesahan identiti boleh dilakukan melalui e-KYC tanpa perlu hadir ke pejabat KWSP, atau melalui pengesahan cap ibu jari di mana-mana pejabat KWSP (tertakluk kepada syarat dan prosedur).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen Warganegara Malaysia/ Pemastautin Tetap Malaysia (PR) *Bukan Warganegara Malaysia
*Bukan Warganegara Malaysia yang menjadi Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

Nota: Penamaan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau dengan mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 yang baharu di mana-mana pejabat KWSP. Penamaan yang dikemas kini akan membatalkan penamaan terdahulu. Ahli digalakkan membawa salinan pengenalan diri penama untuk rujukan.

Siapa Yang Boleh Anda Namakan

  • Mana-mana individu
  • Amanah Raya Berhad (ARB)

* Sebagai Wasi/ Pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak mengikut Undang-undang Islam.
*Sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB akan menjadi pentadbir kepada SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli.

Memahami Proses Penamaan

Nomination (Understanding Scenario) Muslim Accordion

Status Penamaan

Nomination Status Accordion

  • Mana-mana individu
  • Amanah Raya Berhad (ARB)

* Sekiranya ahli memilih untuk menamakan ARB sebagai penama, ARB adalah Pentadbir kepada SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli.
* Ahli (bukan Islam) juga boleh menamakan ARB sebagai Pemegang Amanah kepada penama yang berumur kurang daripada 18 tahun.

Memahami Proses Penamaan

Nomination (Understanding Scenario) Non-Muslim Accordion

Semakan Maklumat Penamaan
Untuk semakan maklumat penamaan anda dengan lebih cepat dan mudah, anda boleh menggunakan saluran berikut:
icon card
 Aplikasi KWSP i-Akaun
icon card
Portal web i-Akaun (Ahli)
icon card
Kunjungi pejabat KWSP terdekat anda
Jika Ada Penamaan Jika Tiada Penamaan

Bayaran Pengeluaran Kematian akan dibuat
kepada penama.

Permohonan Pengeluaran Kematian akan diproses
mengikut prosedur tanpa penamaan.

Jika Ada Penamaan Jika Tiada Penamaan

Salah Faham Mengenai Penamaan KWSP

Mitos Fakta
  • Simpanan KWSP yang tidak dituntut akan dipindahkan ke ARB selepas kematian ahli.
  • Simpanan KWSP ahli tidak dipindahkan kepada Amanah Raya Berhad (ARB). Jika tiada tuntutan dibuat, kesemua simpanan ahli akan dipindahkan kepada Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) apabila ahli mencapai umur 100 tahun, berdasarkan tarikh lahir ahli dalam rekod KWSP.
  • Kematian penama akan membatalkan keseluruhan penamaan.
  • Kematian salah seorang penama tidak membatalkan keseluruhan penamaan yang dibuat. Hanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja akan terbatal manakala bahagian penama lain kekal sah. Bahagian yang terbatal akan diproses mengikut prosedur Pengeluaran Kematian (tanpa penamaan).
  • Waris perlu kemukakan permohonan Pengeluaran Kematian dalam masa tiga (3) hari, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARB.
  • Simpanan KWSP ahli tidak akan dipindahkan kepada Amanah Raya Berhad (ARB) sekiranya waris atau penama tidak membuat tuntutan dalam tempoh tiga (3) hari atau apa-apa jangka masa sekalipun. Tuntutan boleh dibuat pada bila-bila masa dan akan diproses mengikut prosedur Pengeluaran Kematian semasa.
  • Bagi ahli beragama Islam dan ahli bukan beragama Islam yang membuat penamaan sebelum 1 Januari 2017, penamaan kekal sah sehingga ahli berumur 100 tahun.
  • Bagi ahli beragama Islam yang membuat penamaan mulai 1 Januari 2017, penamaan akan terbatal selepas satu (1) tahun dari tarikh kematian jika tiada permohonan Pengeluaran Kematian dibuat. Tuntutan akan diproses mengikut prosedur Pengeluaran Kematian (tanpa penamaan).
Mitos Fakta

Faktor Pembatalan Penamaan

Revocation Of Nomination Accordion

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Member Nomination FAQ Accordion

Apakah itu penamaan KWSP?

back chevron

Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai benefisiari atau bertindak sebagai wasi atau pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.


Mengapakah saya perlu membuat penamaan?

back chevron

Ahli digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengeluaran simpanan KWSP oleh penama sekiranya berlaku kematian. Tanpa penamaan, waris atau ahli keluarga terdekat mungkin menghadapi kesukaran atau kelewatan dalam menuntut simpanan KWSP ahli yang telah meninggal dunia.


Bagaimanakah saya boleh membuat penamaan?

back chevron

Ahli boleh membuat atau mengemas kini penamaan melalui saluran berikut:

1. Aplikasi KWSP i-Akaun
Pengesahan identiti boleh dilakukan menggunakan kaedah *e-KYC, tanpa perlu hadir ke pejabat KWSP.

2. Portal web i-Akaun (Ahli) atau Borang Penamaan (KWSP 4)
Ahli perlu hadir ke mana-mana pejabat KWSP untuk tujuan pengesahan cap ibu jari (CIJ).

Sebarang penamaan baharu akan membatalkan semua penamaan terdahulu secara automatik.

*Tertakluk kepada terma dan syarat


Bilakah penamaan saya berkuat kuasa?

back chevron

Tarikh kuat kuasa penamaan bergantung pada kaedah penamaan dan proses pengesahan.

Kaedah Penamaan Tarikh Kuat Kuasa

Borang KWSP 4/ Portal Web i-Akaun (Ahli)

Penamaan berkuat kuasa pada tarikh pengesahan cap ibu jari dibuat oleh ahli di mana-mana pejabat KWSP.

Aplikasi KWSP i-Akaun (pengesahan pengecaman wajah e-KYC)

Penamaan berkuat kuasa dua (2) hari selepas tarikh pendaftaran.


Bolehkah waris menuntut simpanan KWSP jika ahli telah menamakan pihak lain sebagai penama?

back chevron

Tidak. Mengikut Akta KWSP, bayaran hanya akan dibuat kepada penama yang dinamakan oleh ahli.


Siapakah yang boleh dinamakan sebagai penama?

back chevron

Ahli KWSP boleh menamakan individu atau institusi yang diluluskan untuk menguruskan simpanan KWSP mereka sekiranya berlaku kematian. Urusan penamaan adalah berbeza bagi ahli beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Kategori
Ahli
Pilihan
Penama
Butiran

Ahli Beragama Islam

  • Mana-mana individu
  • Ahli digalakkan menamakan waris terdekat seperti suami/isteri, ibu/bapa atau anak-anak bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari

 

  • Institusi yang diluluskan - Amanah Raya Berhad (ARB)
  • ARB boleh dilantik sebagai penama/ pentadbir

 

Bahagian Simpanan

Semua (100%) bahagian simpanan ahli

Ahli Bukan Beragama Islam

  • Mana-mana individu
  • Ahli digalakkan menamakan waris terdekat seperti suami/isteri, ibu/bapa atau anak-anak bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari

 

  • Institusi yang diluluskan - Amanah Raya Berhad (ARB)
  • ARB boleh dilantik sebagai penama/ pentadbir serta sebagai pemegang amanah bagi penama yang berumur di bawah 18 tahun

 

Bahagian Simpanan

Semua (100%) bahagian simpanan ahli


Apakah tanggungjawab penama?

back chevron

Peranan penama bergantung kepada agama ahli.

Ahli Beragama Islam

  • Penama bertindak sebagai wasi (pentadbir) yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia kepada waris yang berhak mengikut Undang-undang Islam.

Ahli Bukan Beragama Islam

  • Penama merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia.
  • Jika penama meninggal dunia sebelum ahli, pemohon yang layak ialah waris terdekat kepada ahli yang meninggal dunia.
  • Jika ahli meninggal dunia sebelum penama, pemohon yang layak ialah waris terdekat kepada penama.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar penamaan di pejabat KWSP?

back chevron

Ahli perlu mengemukakan dokumen tertentu bergantung pada kategori ahli semasa membuat pendaftaran penamaan di pejabat KWSP.

Kategori Ahli Dokumen Diperlukan Butiran

Warganegara Malaysia/ Pemastutin Tetap

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan/ MyKad/ MyTentera

 

  • Borang Penamaan
  • Borang Penamaan (KWSP 4)

Ahli Bukan Warganegara
(Mendaftar sebagai ahli KWSP
sebelum 1 Ogos 1998)

  • Salinan Pasport
  • Salinan pasport yang sah laku

 

  • Borang Penamaan
  • Borang Penamaan (KWSP 4)

Nota: Tiada dokumen diperlukan bagi pendaftaran penamaan yang diluluskan melalui Self Service Terminal (SST) atau aplikasi KWSP i-Akaun.


Bagaimanakah saya boleh menyemak maklumat penamaan saya?

back chevron

Maklumat penamaan boleh disemak melalui Aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli), atau dengan mengunjungi pejabat KWSP yang terdekat.


Apakah maksud pengesahan identiti secara e-KYC bagi pendaftaran penamaan melalui aplikasi KWSP i-Akaun?

back chevron

Pengesahan identiti secara e-KYC ialah proses pengesahan identiti ahli secara elektronik menggunakan teknologi seperti pengecaman wajah (Facial Recognition, FR), yang membolehkan KWSP memastikan maklumat ahli adalah tepat dan sah tanpa memerlukan kehadiran fizikal di pejabat KWSP.


Adakah saya perlu hadir ke pejabat KWSP jika menggunakan pengesahan e-KYC?

back chevron
  • Jika pengesahan e-KYC berjaya: Ahli tidak perlu hadir ke pejabat KWSP kerana identiti telah disahkan secara digital.
  • Jika pengesahan e-KYC gagal: Ahli perlu hadir ke pejabat KWSP untuk melengkapkan pengesahan identiti melalui cap ibu jari (CIJ).

Berapakah tempoh yang diberikan kepada ahli untuk membuat pengesahan CIJ bagi pendaftaran penamaan secara online jika pengesahan identiti secara e-KYC gagal?

back chevron

Jika pengesahan identiti melalui e-KYC tidak berjaya, ahli mempunyai 30 hari dari tarikh permohonan dihantar untuk membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) di pejabat KWSP.


Bilakah penamaan yang didaftarkan melalui aplikasi KWSP i-Akaun berkuat kuasa jika pengesahan identiti secara e-KYC berjaya?

back chevron

Penamaan akan berkuat kuasa selepas tempoh Cooling Period (T+1) tamat. Berikut adalah contoh senario untuk rujukan:

Senario Tempoh Cooling Period Tarikh Kuat Kuasa
Ahli membuat penamaan dan pengesahan
FR (e-KYC) berjaya pada 01 Dis 2025
01 Dis 2025 –
02 Dis 2025
03 Dis 2025

Adakah penamaan akan berkuat kuasa untuk Pengeluaran Kematian sekiranya ahli meninggal dunia semasa cooling period (T+1)?

back chevron

Tidak. Penamaan tidak berkuat kuasa kerana tempoh cooling period (T+1) masih belum tamat.

Bagi tujuan Pengeluaran Kematian, permohonan akan diproses seperti berikut:

  • Tanpa penamaan – jika ahli tiada rekod penamaan terdahulu yang sah; atau
  • Dengan penamaan – jika ahli mempunyai rekod penamaan terdahulu yang sah.

Berikut adalah contoh senario melibatkan Pengeluaran Kematian:

Bil. Senario Tempoh Cooling Period Tarikh Kuat Kuasa Status Penamaan
1. Ahli membuat penamaan dan pengesahan FR (e-KYC) berjaya pada 01/10/2025 01/10/2025 – 02/10/2025 03/10/2025 Berkuat kuasa mulai 03/10/2025
2. Ahli membuat penamaan dan pengesahan FR (e-KYC) berjaya pada 01/10/2025 dan ahli meninggal dunia pada 02/10/2025 01/10/2025 – 02/10/2025 03/10/2025 Tidak berkuat kuasa (ahli meninggal dunia sebelum tarikh kuat kuasa)
3. Ahli membuat penamaan dan pengesahan FR (e-KYC) berjaya pada 01/10/2025 dan ahli meninggal dunia pada 03/10/2025 01/10/2025 – 02/10/2025 03/10/2025 Berkuat kuasa mulai 03/10/2025 (meninggal pada/selepas tarikh kuat kuasa)
4. Ahli mempunyai rekod penamaan terdahulu dan membuat penamaan dan pengesahan FR (e-KYC) berjaya pada 01/10/2025 dan ahli meninggal dunia pada 02/10/2025 01/10/2025 – 02/10/2025 03/10/2025 Tidak berkuat kuasa (ahli meninggal dunia sebelum tarikh kuat kuasa). Pengeluaran kematian akan merujuk kepada rekod penamaan terdahulu.

Adakah permohonan penamaan dalam tempoh Cooling Period (T+1) boleh dibatalkan?

back chevron

Ya. Ahli boleh membatalkan penamaan semasa tempoh cooling period secara online melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.