Caruman Tak Dituntut
- Berdasarkan Seksyen 50(2B) Akta KWSP 1991, ahli KWSP adalah layak mencarum sehingga mencapai umur tujuh puluh lima (75) tahun sahaja.
- Bagi ahli yang merupakan warganegara Malaysia, pemastautin tetap Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998: Sekiranya ahli telah mencapai umur 75 tahun dan belum mengeluarkan simpanan KWSP dari akaunnya, dividen tetap akan dikreditkan ke akaun ahli sehingga ahli mencapai umur 100 tahun berdasarkan tarikh lahirnya di dalam rekod KWSP. Apabila ahli mencapai umur 100 tahun dan tiada permohonan pengeluaran (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) daripada ahli atau waris ahli, kesemua simpanan KWSP ahli akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 51A, Akta KWSP 1991.
- Sebarang tuntutan selepas simpanan dipindahkan ke BWTD, ahli atau waris perlu berurusan terus dengan BWTD.
- Ahli yang telah mencapai umur 75 boleh membuat semakan baki simpanan KWSP yang belum dikeluarkan, dengan membuat pencarian di bawah:
- Bagi ahli bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli KWSP pada/selepas 1 Ogos 1998: Sekiranya tiada caruman dikreditkan ke akaun ahli selepas tempoh tiga tahun dari tarikh caruman terakhir dikreditkan, tiada dividen akan dikreditkan ke akaunnya dan kesemua simpanan ahli akan dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 70H, Akta KWSP 1991.
- Ahli atau waris ahli dinasihatkan untuk membuat pengeluaran (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) sebelum pemindahan ke BWTD; Sebarang tuntutan selepas pindahan, ahli atau waris ahli perlu berurusan secara terus dengan BWTD.
- Ahli boleh membuat semakan status akaun atau sejarah caruman melalui i-Akaun (Ahli) atau hadir di mana-mana Pejabat KWSP untuk mendapatkan penyata ahli.
Semakan Maklumat Simpanan Tak Dituntut
Bayaran Pengeluaran Tidak Dituntut
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda