i-Legasi ialah kemudahan yang membolehkan ahli KWSP yang lebih berusia (Pemberi) berkongsi sebahagian daripada simpanan persaraan mereka dengan memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat (Penerima) apabila mereka mencapai umur layak pengeluaran penuh dan pada masa yang sama memastikan keselamatan persaraan mereka sendiri tetap terpelihara.

Siapakah Yang Boleh Memohon

icon card
Suami
Kepada isteri
icon card
Isteri
Kepada suami
icon card
Ibu Bapa
Kepada anak-anak termasuk anak tiri dan anak angkat
*Tertakluk Terma & Syarat*

Syarat-syarat Kelayakan

Pemberi

icon card
Warganegara Malaysia / Bukan Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap
icon card
Berumur 55 tahun dan ke atas
icon card
Mempunyai jumlah simpanan KWSP melebihi RM650,000

Penerima

icon card
Ahli KWSP 
icon card
Berumur 60 tahun ke bawah
icon card
Warganegara Malaysia
icon card
Pemastautin tetap

Dokumen Diperlukan

  • MyKad atau dokumen pengenalan diri asal Pemberi
  • Salinan dokumen pengenalan Penerima yang telah disahkan
  •  Dokumen bukti pertalian asal dan salinan. 
Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Oleh Pemberi Penerima
Suami Isteri Anak
Kandung
Anak
Tiri
Anak
Angkat
MyKad/ Kad Kuasa Polis/ Kad Kuasa Tentera/ Surat Pengesahan Kad Pengenalan Awam
Sijil Kelahiran
Sijil Warganegara (Sekiranya belum mendapat MyKad)
Sijil Pernikahan
Surat Pengesahan Anak Angkat dari JPN

Bagaimana Untuk Memohon

  • Permohonan hendaklah dihantar melalui pejabat KWSP
  • Ahli diwajibkan menghadiri sesi khidmat nasihat bersama Pegawai Penasihat Khidmat Pelanggan (RA) sebelum meneruskan permohonan.

Maklumat Tambahan

Sahkan dokumen anda

Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(Lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

Dokumen Orang Yang Diberi Kuasa
Salinan MyKad/Pasport dan dokumen-dokumen sokongan lain
  • Pegawai KWSP (Gred 18/G5 ke atas atau Pegawai kaunter KWSP)
  • Pegawai Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi/Konsulat Negara pemohon di Malaysia
  • Majikan Pemohon
  • Ketua Kampung/Penghulu/Penggawaa
  • Jaksa Pendamai
  • Peguam bela dan peguam cara
  • Pegawai Kerajaan/Badan Berkanun/Agensi Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Ahli Parlimen
  • Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

i-Legasi General FAQ

Apakah i-Legasi?

back chevron

i-Legasi ialah kemudahan yang memberi pilihan kepada ahli KWSP memindahkan sebahagian daripada simpanan mereka ke dalam akaun KWSP ahli keluarga terdekat apabila mereka mencapai umur layak pengeluaran penuh. 


Mengapakah KWSP membenarkan permohonan i-Legasi?

back chevron

i-Legasi bertujuan membenarkan ahli KWSP untuk membantu memperkukuh simpanan persaraan ahli keluarga (Penerima) tanpa menjejaskan kecukupan simpanan persaraan ahli (Pemberi). 


Apakah syarat kelayakan Pemberi?

back chevron

Untuk layak sebagai Pemberi, seseorang ahli mestilah: 

i. Ahli KWSP yang telah mencapai umur 55 tahun; dan 
ii. Mempunyai jumlah simpanan dalam akaun KWSP melebihi Tahap Simpanan Mencukupi (RM650,000). 


Apakah syarat kelayakan Penerima?

back chevron

Untuk layak sebagai Penerima, seseorang ahli mestilah memenuhi semua kriteria berikut: 

  1. Ahli KWSP yang belum mencapai umur persaraan (60 tahun);
  2. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap; dan 
  3. Mempunyai hubungan pertalian keluarga dengan Pemberi: 
    a. Pasangan yang didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia atau luar negara; 
    b. Anak kandung; 
    c. Anak tiri; 
    d. Anak angkat (Anak angkat yang sah di sisi undang-undang dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara.) 

Frequently Asked Question

i-Legasi Application FAQ

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan i-Legasi?

back chevron

Pemberi boleh hadir di mana-mana pejabat KWSP berhampiran dengan membawa dokumen yang diperlukan. 


Apakah dokumen yang diperlukan oleh Pemberi untuk membuat permohonan?

back chevron

Dokumen pengesahan diri yang asal atau satu (1) salinan yang diperakui sah seperti berikut: 

i. MyKad atau Kad Kuasa Polis/Tentera Pemberi & Penerima. Jika tiada MyKad, Surat Pengesahan Kad Pengenalan Awam atau Sijil Kelahiran Pemberi/Penerima diperlukan. 
ii. Pasport Pemberi yang masih sah tempoh laku (Bagi bukan warganegara).
iii. Sijil Warganegara Pemberi (sekiranya masih belum mendapat MyKad).
iv. Sijil Kelahiran Penerima (sekiranya pindahan kepada anak kandung).
v. Surat Nikah/Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran Anak (sekiranya pindahan kepada isteri, suami atau anak tiri).
vi. Surat Pengesahan Anak Angkat daripada JPN (sekiranya Penerima adalah anak angkat).

Dokumen iv,v dan vi hanya diperlukan bagi permohonan pindahan i-Legasi pertama kali dan tidak terpakai bagi permohonan pindahan i-Legasi seterusnya kepada penerima yang sama. 


Adakah ahli wajib diberikan khidmat nasihat semasa membuat permohonan i-Legasi?

back chevron

Ya. Ahli wajib melalui proses khidmat nasihat terlebih dahulu untuk memahami implikasi i-Legasi terhadap simpanan persaraan mereka.  


Bagaimanakah pindahan i-Legasi dilaksanakan daripada Pemberi kepada Penerima?

back chevron

Pindahan i-Legasi dilaksanakan melalui pindahan simpanan KWSP daripada Pemberi kepada Penerima seperti berikut: 

Umur Pemberi Akaun Pemberi Pindahan Umur Penerima Akaun Penerima

55 - 59 tahun

Akaun 55

54 tahun dan ke bawah

Akaun Persaraan

55 - 59 tahun

Akaun 55

55 - 59 tahun

Akaun Emas

60 tahun dan ke atas

Akaun Emas

54 tahun dan ke bawah

Akaun Persaraan

60 tahun dan ke atas

Akaun Emas

55 - 59 tahun

Akaun Emas


Mengapakah i-Legasi hanya dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan dan Akaun Emas Penerima sahaja?

back chevron

i-Legasi dihadkan kepada Akaun Persaraan atau Akaun Emas sahaja bagi memastikan dana yang dipindahkan kekal dilindungi serta digunakan untuk tujuan persaraan. Langkah ini membantu Penerima membina masa hadapan persaraan yang lebih baik. 


Mengapakah i-Legasi ini dibenarkan hanya selepas Pemberi berumur 55 tahun dan ke atas?

back chevron

i-Legasi hanya dibenarkan selepas ahli mencapai umur 55 tahun dan mempunyai simpanan melebihi Tahap Simpanan Mencukupi. Walau bagaimanapun, hanya jumlah yang melebihi paras tersebut sahaja boleh dipindahkan. Ini bagi memastikan keperluan persaraan Pemberi dilindungi terlebih dahulu sebelum sebarang simpanan dipindahkan kepada ahli keluarga yang layak. 


Berapakah amaun yang layak dipindahkan dan bagaimana kaedah pengiraan amaun kelayakan bagi pindahan i-Legasi?

back chevron

Amaun yang layak dipindahkan ialah sebarang jumlah yang melebihi Tahap Simpanan Mencukupi dalam keseluruhan jumlah simpanan KWSP. Tahap Simpanan Mencukupi semasa adalah berdasarkan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan, iaitu sebanyak RM650,000 pada masa ini. Sehubungan itu, hanya baki simpanan yang melebihi amaun tersebut boleh dipindahkan melalui i-Legasi. 

Pindahan simpanan hanya boleh dibuat daripada akaun yang dibenarkan untuk pengeluaran, tertakluk kepada umur ahli serta peraturan pengeluaran KWSP. 

Ahli Umur Pecahan
Simpanan
Tahap Simpanan Mencukupi (RM)
Pengiraan Amaun Kelayakan i-Legasi
Sumber Pindahan Kelayakan

A

55

Akaun 55: RM450,000
Akaun Emas: RM350,000
Jumlah Simpanan: RM800,000

650,000

RM800,000-RM650,000 = RM150,000.00

Akaun 55 sahaja

Ahli layak memohon. Amaun maksimum pindahan ialah RM150,000 dan hanya boleh dipindahkan daripada Akaun 55. Simpanan dalam Akaun Emas hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun.

B

60

Akaun 55: RM200,000
Akaun Emas: RM600,000
Jumlah Simpanan: RM800,000

650,000

RM800,000-RM650,000 = RM150,000.00

Akaun 55

Ahli adalah layak untuk memohon. Amaun pindahan akan diambil daripada Akaun 55 terlebih dahulu, memandangkan baki simpanan dalam akaun tersebut adalah mencukupi.

C

60

Akaun 55: RM80,000
Akaun Emas: RM720,000
Jumlah Simpanan: RM800,000

650,000

RM800,000-RM650,000 = RM150,000.00

Akaun 55 dan Akaun Emas

Ahli layak untuk memohon. Amaun pindahan simpanan akan diambil daripada Akaun 55 terlebih dahulu sebanyak RM80,000, diikuti baki RM70,000 daripada Akaun Emas.


Adakah pindahan i-Legasi ini diambil kira sebagai caruman sukarela?

back chevron

Tidak. Pindahan ini tidak dikira sebagai caruman sukarela kerana ia bukan caruman baharu, tetapi hanya pindahan sebahagian simpanan sedia ada daripada Pemberi kepada Penerima. 


Berapakah had jumlah pindahan?

back chevron

Minimum: RM50
Maksimum: Tiada had maksimum, tertakluk kepada jumlah simpanan melebihi Tahap Simpanan Mencukupi.


Bilakah pemindahan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP penerima?

back chevron

Pemindahan akan dikreditkan selepas tamat tempoh bertenang (cooling-off period) iaitu 7 hari kalendar dari tarikh permohonan dikemukakan. 


Bolehkah Pemberi menuntut semula amaun yang telah dipindahkan kepada Penerima?

back chevron

Tidak. Amaun yang telah dipindahkan ke dalam akaun Penerima tidak boleh dituntut semula atau dipindahkan kembali ke akaun Pemberi. 


Bolehkah Pemberi membuat pindahan kepada lebih daripada satu Penerima dalam satu permohonan yang sama?

back chevron

Ya. Pemberi boleh membuat pindahan simpanan kepada lebih daripada satu Penerima (tiada had bilangan Penerima), dengan syarat jumlah simpanan kekal sekurang-kurangnya pada Tahap Simpanan Mencukupi semasa permohonan i-Legasi dibuat. Dokumen bukti pertalian hendaklah dikemukakan bagi setiap Penerima. 


Adakah Penerima perlu hadir sewaktu permohonan i-Legasi dibuat?

back chevron

Tidak. Penerima tidak perlu hadir. 


Bolehkah Pemberi membuat lebih daripada satu permohonan i-Legasi pada hari yang sama dan berapakah had permohonan yang boleh dibuat dalam satu hari?

back chevron

Boleh. Tiada had bagi jumlah permohonan dalam sehari. Walau bagaimanapun, amaun yang layak dipindahkan adalah tertakluk kepada jumlah yang melebihi Tahap Simpanan Mencukupi selepas permohonan pindahan terdahulu didaftarkan. 


Bolehkah Pemberi meminda amaun pindahan i-Legasi terhadap permohonan yang terdahulu?

back chevron

Tidak. Pemberi perlu membatalkan permohonan i-Legasi terdahulu dan membuat permohonan baharu beserta amaun pindahan yang diingini. 


Bagaimanakah Pemberi boleh menyemak status permohonan i-Legasi?

back chevron

Pemberi boleh menyemak melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP atau mengunjungi mana-mana pejabat KWSP berhampiran. 


Adakah Pemberi dan Penerima akan mendapat sebarang notifikasi selepas pindahan berjaya dilaksanakan?

back chevron

Ya. Pemberi dan Penerima akan mendapat notifikasi melalui inbox KWSP i-Akaun atau SMS. 


Frequently Asked Question

i-Legasi Cancellation FAQ

Adakah pindahan i-Legasi ini boleh dibatalkan?

back chevron

Ya. Walaubagaimanapun, pembatalan hanya boleh dibuat oleh Pemberi dalam tempoh bertenang (cooling-off period), iaitu dalam tempoh 7 hari kalendar dari tarikh permohonan dikemukakan. 


Bagaimanakah cara untuk membatalkan permohonan i‑Legasi?

back chevron

Pemberi perlu hadir ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan ketika tempoh bertenang (cooling-off period) iaitu dalam tempoh 7 hari kalendar dari tarikh permohonan dikemukakan. 


Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh bertenang (cooling-off period) dalam permohonan i-Legasi?

back chevron

Tempoh bertenang (cooling-off period) ialah tempoh selama 7 hari kalendar bermula dari tarikh permohonan i-Legasi dibuat. Dalam tempoh ini, Pemberi boleh menilai semula keputusan dan membatalkan permohonan. Selepas tempoh berakhir, pembatalan tidak lagi dibenarkan. 

Contoh: 
Tarikh permohonan i-Legasi: 1 Jun 2026 
Tempoh bertenang: 2 - 8 Jun 2026 


Adakah Penerima boleh menolak atau membatalkan i-Legasi yang dibuat oleh Pemberi?

back chevron

Tidak. Penerima tidak boleh menolak atau membatalkan i-Legasi yang dibuat oleh Pemberi. 


Apakah yang akan berlaku kepada amaun pindahan sekiranya Pemberi membuat pembatalan i-Legasi?

back chevron

Sekiranya Pemberi berumur 55 tahun sehingga berumur 59 tahun membuat pembatalan i-Legasi, amaun tersebut akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 55. 

Manakala bagi Pemberi berumur 60 tahun ke atas, amaun pindahan akan dikreditkan semula ke dalam Akaun Emas. 


Frequently Asked Question

i-Legasi Others FAQ

Sekiranya terdapat permohonan Pengeluaran Kematian dibuat oleh waris atau penama Pemberi, apakah kesan kepada pindahan i-Legasi?

back chevron

Sekiranya terdapat permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh bertenang (cooling-off period), permohonan i-Legasi akan terbatal secara automatik. Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan Pengeluaran Kematian dibuat selepas tempoh bertenang, pindahan i‑Legasi akan tetap diteruskan. 


Apakah kesan kepada i-Legasi sekiranya Penerima meninggal dunia dalam tempoh bertenang?

back chevron

Sekiranya Penerima meninggal dunia dalam tempoh bertenang, permohonan i-Legasi akan tetap diproses dan dikreditkan ke akaun KWSP Penerima sekiranya tiada sebarang permohonan pembatalan dibuat oleh Pemberi semasa dalam tempoh bertenang. 


Adakah Pemberi dibenarkan untuk memohon mana-mana pengeluaran KWSP dalam tempoh bertenang?

back chevron

Ya. Pemberi dibenarkan membuat sebarang pengeluaran yang layak selagi terdapat baki dalam Akaun KWSP. 


Adakah pindahan dari jenis akaun yang berbeza (Simpanan Shariah atau Simpanan Konvensional) antara Pemberi dan Penerima dibenarkan bagi i-Legasi?

back chevron

Ya, dibenarkan. Perbezaan jenis akaun (Simpanan Shariah atau Simpanan Konvensional) antara Pemberi dan Penerima tidak memberi sebarang implikasi kepada pindahan i-Legasi.