Pengeluaran Akaun Fleksibel (Akaun 3)
- Pengeluaran Akaun Fleksibel boleh dimohon secara dalam talian melalui aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli), atau secara manual di mana-mana pejabat KWSP.
- Permohonan secara dalam talian bagi pekerja bukan warganegara Malaysia adalah terhad kepada amaun maksimum RM3,000 untuk setiap transaksi pengeluaran.
Apa Anda Perlu Tahu
Frequently Asked Question
Adakah kelayakan pengeluaran sedia ada ahli terjejas dengan penstrukturan semula akaun KWSP ini?
Tidak, ahli masih layak untuk membuat pengeluaran sedia ada tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
Apakah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan selepas pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP?
Kesemua jenis pengeluaran sedia ada masih terpakai tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan. Antara pengeluaran yang dibenarkan adalah:
| Sebelum Umur 55 Tahun | Selepas Umur 55 Tahun |
|---|---|
|
|
Bilakah ahli boleh mula membuat pengeluaran Akaun Fleksibel?
Ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.
Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?
Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:
a. Belum mencapai umur 55 tahun;
b. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
c. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.
Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.
Bagaimanakah kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i. Aplikasi KWSP i-Akaun ;
ii. Portal Web i-Akaun (Ahli) ; atau
iii. Pejabat KWSP
- Permohonan secara hassle-free tanpa menggunakan borang di pejabat KWSP berhampiran anda.
- Bagi ahli yang berada di luar Malaysia dan tidak mempunyai capaian kepada aplikasi KWSP i-Akaun, anda boleh memuat turun borang di sini.
Adakah ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?
Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran adalah teratur.
Bilakah ahli perlu hadir ke pejabat KWSP atau Self-Service Terminal (SST) untuk pengesahan cap ibu jari (CIJ) bagi permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel yang dibuat secara dalam talian?
Secara umum, pengesahan identiti dilakukan secara automatik melalui sistem e-KYC. Namun, keperluan untuk hadir ke pejabat KWSP atau SST bagi pengesahan CIJ bergantung kepada jumlah pengeluaran seperti berikut:
a) RM50.00 hingga RM3,000.00
- Tidak perlu hadir ke pejabat KWSP atau SST sekiranya ahli telah mempunyai rekod pengesahan CIJ terdahulu. Permohonan diproses secara automatik, tertakluk kepada semakan sistem.
b) RM3,000.01 hingga RM30,000.00
Kehadiran ke pejabat KWSP atau SST diperlukan jika:
- Anda tiada rekod pengeluaran terdahulu; ATAU
- Maklumat akaun bank anda tidak sepadan dengan rekod KWSP; ATAU
- Pengesahan e-KYC anda tidak berjaya.
c) RM30,000.01 dan ke atas
- Wajib hadir ke pejabat KWSP atau SST untuk pengesahan cap ibu jari.
Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?
Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:
• Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
• Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.
Adakah ahli yang telah memohon Pengeluaran Bersyarat Umur 50/55 Tahun di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?
Ya, ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel, tertakluk kepada terma dan syarat berikut:
- Anda belum mencapai umur 55 tahun.
- Anda mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
- Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.
Bilakah bayaran Pengeluaran Akaun Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?
Bayaran akan dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
Adakah pekerja bukan warganegara Malaysia boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)?
Pekerja bukan warganegara Malaysia layak membuat permohonan pengeluaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel, dengan had amaun maksimum RM3,000 bagi setiap transaksi pengeluaran (tertakluk kepada terma dan syarat).
Bagi permohonan pengeluaran lain, ahli perlu memohon di mana-mana pejabat KWSP.
Cara Pembayaran
- Bayaran Dalam Negara
a. Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun bank anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
b. Anda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun bank anda gagal.
- Bayaran Luar Negara
Bayaran penuh akan dibuat melalui draf bank asing (FDD) dalam mata wang pilihan berikut:
i. Dolar Brunei (BND)
ii. Dolar Singapura (SGD)Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat dalam senarai di atas, bayaran penuh akan dibuat melalui pemindahan telegrafik asing (FTT).
Peringatan Penting
- Mengesahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk pengkreditan terus ke dalam akaun simpanan ahli. - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke pejabat KWSP terdekat atau secara mel.Mel ke KWSP:
JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



