Pengeluaran Pendidikan
Jumlah yuran pengajian/baki pinjaman pendidikan ATAU keseluruhan simpanan dalam Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah)
- Pengeluaran untuk diri sendiri bagi membiayai yuran pengajian
- Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian pasangan
- Pengeluaran bagi membiayai yuran pengajian anak/ pasangan/ ibu bapa
- Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi membiayai yuran pengajian anak
Bila Anda Boleh Keluarkan
Pilihan Pembayaran
Pembayaran kepada ahli
Jika yuran telah dibayar kepada institusi pengajian tinggi (resit tidak melebihi 1 tahun daripada tarikh permohonan)
Pembayaran kepada institusi pengajian tinggi
Bagi menyelesaikan yuran pengajian yang belum dijelaskan
Apa Yang Anda Perlukan
- MyKad atau dokumen pengenalan diri asal
- Resit bayaran yuran pengajian yang dikeluarkan oleh IPT dan
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/ pengesahan cop ibu jari gagal
- Surat pengesahan pendaftaran pelajar
- Bayaran balik tiket penerbangan (kelayakan penerbangan sehala bagi pelajar IPT dalam/ luar negara semasa mendaftar untuk memulakan pengajian pada tahun pertama sahaja)
- Dokumen bukti pertalian antara pemohon dan pelajar (sekiranya pemohon bukan pelajar)
- Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
- Nota: Borang KWSP 9H (AHL) & salinan dokumen pengenalan diri/ Mykad diperlukan bagi permohonan melalui pos atau wakil.
Dokumen Tambahan Yang Diperlukan Bagi Pengeluaran Pendidikan Untuk Ahli, Anak, Pasangan Atau Ibu Bapa
Pengeluaran kali pertama dan kedua mungkin memerlukan dokumen sokongan yang berbeza bagi ahli, anak, pasangan atau ibu bapa. Jadi, ia amatlah penting untuk mengemukakan semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.
• Diri Sendiri
Pengeluaran Kali Pertama
- Bukti Penerimaan
Surat tawaran belajar
DAN
Bukti kelayakan mengikuti pengajian
- Bukti Pengajian
Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
- Bukti Pembayaran*
Resit pembayaran yuran pengajian
DAN
Tiket penerbangan/ resit pembayaran asal
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
- Dokumen Tambahan
Borang Temuduga
DAN
Buku bank/ Penyata akaun simpanan/ Penyata akaun Semasa/ Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/ Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
- Dokumen Tambahan Bagi Pengajian Luar Negara
Salinan muka surat butiran pasport pelajar yang masih sah laku
DAN
Jika ahli telah ke luar negara
Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/ bayaran yuran pengajian/ Visa belajar/ Keputusan peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar negara
ATAU
Jika ahli belum ke luar negara
Bukti bayaran kepada pihak institusi pengajian tinggi
Pengeluaran Seterusnya
- Bukti Pengajian
Salinan keputusan peperiksaan terkini
- Bukti Pembayaran*
Resit pembayaran yuran pengajian
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
- Dokumen Tambahan
Buku bank/ Penyata akaun simpanan / Penyata akaun Semasa/ Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
• Anak Ahli
• Pasangan Ahli
• Pasangan Ahli
• Ibu Bapa Ahli
Pengeluaran Kali Pertama
- Bukti Penerimaan
Surat tawaran belajar
DAN
Bukti kelayakan mengikuti pengajian
- Bukti Pengajian
Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
- Bukti Pembayaran*
Resit pembayaran yuran pengajian
DAN
Tiket penerbangan/ resit pembayaran asal
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
- Dokumen Tambahan
Borang Temuduga
DAN
Buku bank/ Penyata akaun simpanan/ Penyata akaun Semasa/ Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/ Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
- Bukti Pertalian
i. Anak
Kad pengenalan anak
DAN
Sijil Kelahiran Anak/ Surat Nikah/ Sijil Perkahwinan (jika anak tiri)/ Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
ii. Pasangan
Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan
iii. Ibu Bapa
Sijil Kelahiran Ahli ATAU/ DAN Sijil Perkahwinan Ibu Bapa (tiri) ATAU Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
- Dokumen Tambahan Bagi Pengajian Luar Negara
Salinan muka surat butiran pasport pelajar yang masih sah laku
DAN
Jika anak ahli telah ke luar negara
Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/ bayaran yuran pengajian/ Visa belajar/ Keputusan peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar negara
DAN
Jika anak ahli telah ke luar negara
Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/ bayaran yuran pengajian/ Visa belajar/ Keputusan peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar negara
Pengeluaran Seterusnya
- Bukti Pengajian
Salinan keputusan peperiksaan terkini
- Bukti Pembayaran*
Resit pembayaran yuran pengajian
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
- Dokumen Tambahan
Buku bank/ Penyata akaun simpanan / Penyata akaun Semasa/ Surat pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun/ Cetakan butiran pemegang akaun melalui laman web*
*Untuk permohonan bayaran balik jika yuran pengajian telah dibayar kepada pihak institusi pengajian tinggi
• Ibu Bapa Ahli
- Pengeluaran untuk diri sendiri bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anda
- Pengeluaran bersama dengan pasangan bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan anak
- Pengeluaran bagi menyelesaikan baki pinjaman pendidikan pasangan/ibu bapa
Bila Anda Boleh Keluarkan
- Setiap semester atau tahun pengajian
- Mempunyai baki pinjaman pendidikan
Institusi Pinjaman Yang Diluluskan
Institusi Kewangan
Institusi Kewangan Yang Dilesenkan Di Bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Service Act, 2013) Khusus Menawarkan Pinjaman Untuk Pendidikan
IPP Di Bawah Kementerian/Jabatan/ Badan Berkanun
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri Malaysia
IPP Di Bawah Yayasan Negeri
Yayasan Wilayah Persekutuan
Yayasan Negeri Sembilan
Yayasan Terengganu
Yayasan Sabah
Yayasan Perak
Yayasan Pahang
Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)
Yayasan Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)
IPP Di Bawah Yayasan Pendidikan Negeri
Pejabat SUK Kedah (Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Darul Aman)
Pejabat SUK Pulau Pinang (Lembaga Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri Pulau Pinang)
Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor
Tabung Amanah Negeri Melaka
Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak Darul Ridzuan
IPP Di Bawah Yayasan
Yayasan Bank Rakyat (YBR)
Yayasan Biasiswa Tun Sambathan
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Yayasan Telekom Malaysia/Telekom Malaysia Berhad
Yayasan Tenaga Nasional
Koperasi Yang Berdaftar Dengan SKM*
Koperasi Anak Sains Mara Berhad (ASMARA)
Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI)
Koperasi NLFCS Berhad
*Suruhanjaya Koperasi Malaysia Khusus Menawarkan Pinjaman Untuk Pendidikan
Pinjaman Pendidikan Di Antara Majikan Dengan Pekerja
Pinjaman Pendidikan di antara majikan dengan pekerja (pelajar) untuk membiayai pengajian pekerja (pelajar) sahaja.
Lain-lain
Maju Institute Of Education Development (MIED)
PETRONAS
PERKESO
Pilihan Pembayaran
Pembayaran kepada institusi kewangan yang diluluskan.
Jika anda mengambil pinjaman daripada institusi kewangan yang diluluskan oleh KWSP
Jika anda mempunyai Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama anda/anak anda
Apa Yang Anda Perlukan
- MyKad ATAU Dokumen Pengenalan Diri
- Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama pelajar ATAU ibu bapa pelajar -diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (diri sendiri)
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
- Penyata Baki Pinjaman Pendidikan terkini
- Bukti Pertalian antara pemohon dan pelajar (sekiranya pemohon bukan pelajar)
- Nota: Borang KWSP 9H (AHL) & Salinan dokumen pengenalan diri/Mykad diperlukan bagi permohonan melalui pos atau wakil.
Dokumen tambahan yang diperlukan bagi Pengeluaran Pendidikan untuk ahli, anak, pasangan atau ibu bapa
Pengeluaran kali pertama dan kedua mungkin memerlukan dokumen sokongan yang berbeza bagi pembiayaan pendidikan ahli, anak, pasangan atau ibu bapa. Jadi, ia amatlah penting untuk mengemukakan semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.
Diri Sendiri
Pengeluaran Kali Pertama
Ahli masih belajar
Bukti penerimaan
Surat pengesahan pendaftaran pelajar
DAN
Bukti kelayakan mengikuti pengajian
DAN
Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
Bukti pengajian
Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
Bukti permohonan pinjaman
Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (Ahli)
DAN
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
Dokumen tambahan
Borang temuduga
DAN
Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
Sijil Pendaftaran Koperasi
DAN
Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman / perjanjian pinjaman / surat tawaran
Surat penjelasan dari pihak institusi pengajian tinggi
Ahli telah menamatkan pengajian
- Bukti permohonan pinjaman
Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan perkerja (Ahli)
DAN
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
- Dokumen tambahan
Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
Sijil Pendaftaran Koperasi
DAN
Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman / perjanjian pinjaman / surat tawaran
Surat penjelasan dari pihak institusi pengajian tinggi
Pengeluaran Seterusnya
Ahli masih belajar
Bukti penerimaan
Surat pengesahan pendaftaran pelajar
DAN
Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
Baki penyata pinjaman
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
Ahli telah menamatkan pengajian
Baki penyata pinjaman
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
Anak/ Pasangan/ Ibu Bapa Ahli
Pengeluaran Kali Pertama
Anak/ pasangan/ ibu bapa ahli masih belajar
- Bukti Penerimaan
Surat pengesahan pendaftaran pelajar
DAN
Bukti kelayakan mengikuti pengajian
DAN
Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
- Bukti Pengajian
Salinan keputusan peperiksaan terkini (tahun kedua dan seterusnya)
- Bukti Permohonan Pinjaman
Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli hanya diperlukan sekiranya Perjanjian Pinjaman Pendidikan di antara majikan dan pekerja (Ahli) pendaftaran pelajar
DAN
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
- Dokumen Tambahan
Borang temuduga
DAN
Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
Sijil Pendaftaran Koperasi
DAN
Sekiranya nama kursus atau nama institut pengajian tinggi berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman/ penjanjian pinjaman/ surat tawaran
Surat penjelasan dari pihak institut pengajian tinggi
- Bukti Pertalian
i. Anak
Kad Pengenalan Anak
DAN
Sijil Kelahiran Anak/ Surat Nikah/ Sijil Perkahwinan (jika anak tiri)/ Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
ii. Pasangan
Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan
iii. Ibu Bapa
Sijil Kelahiran Ahli ATAU/ DAN Sijil Perkahwinan Ibu Bapa (tiri) ATAU Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
Anak/ pasangan/ ibu bapa ahli telah menamatkan pengajian
- Bukti Permohonan Pinjaman
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
- Dokumen Tambahan
Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
Sijil Pendaftaran Koperasi
DAN
Sekiranya nama kursus atau nama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman/ penjanjian pinjaman/ surat tawaran
Surat penjelasan dari pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Bukti Pertalian
i. Anak
Kad Pengenalan Anak
DAN
Sijil Kelahiran Anak/ Surat Nikah/ Sijil Perkahwinan (jika anak tiri)/ Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
ii. Pasangan
Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan
iii. Ibu Bapa
Sijil Kelahiran Ahli ATAU/ DAN Sijil Perkahwinan Ibu Bapa (tiri) ATAU Sijil Pendaftaran Anak Angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
Pengeluaran Seterusnya
Anak/ pasangan/ ibu bapa ahli masih belajar
- Bukti Penerimaan
Surat pengesahan pendaftaran pelajar
DAN
Surat kelulusan pengiktirafan kursus pengajian
- Penyata Baki Pinjaman
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
Anak/ pasangan/ ibu bapa ahli telah menamatkan pengajian
Penyata baki pinjaman
Baki penyata pinjaman pendidikan terkini
Rujukan
Saluran Pengeluaran
- Pengeluaran Melalui i-Akaun (Ahli)
- Memohon Untuk Pengeluaran Manual
- Lihat Rakan Strategik e-Pengeluaran
Kaedah Bayaran
Bayaran Dalam Negara
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bankAnda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun anda gagal
Bayaran Luar Negara
|
---|
Peringatan Penting
- Sahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.Mel ke KWSP:
JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor. - Perlu maklumat lanjut?
Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.
Frequently Asked Question
Berapa kerap ahli boleh membuat pengeluaran Pendidikan?
Ahli boleh memohon bila-bila masa selagi Akaun Sejahtera ahli masih mempunyai simpanan (tertakluk kepada terma dan syarat Pengeluaran).
Berapakah amaun pengeluaran yang dibenarkan?
Jumlah yuran pengajian atau baki simpanan dalam Akaun Sejahtera, yang mana terendah.
Mengapa ahli masih perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman cap ibu jari (CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?
Ahli perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman CIJ bagi menentukan kesahihan identiti ahli sebagai pemohon dan menurunkan CIJ pada notis pengesahan sebagai bukti mengemukakan permohonan.
Apa yang akan berlaku sekiranya ahli tidak hadir melakukan pengecaman cap ibu jari?
Ahli diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk melakukan pengecaman cap ibu jari di kaunter KWSP. Jika ahli tidak hadir dalam tempoh tersebut, permohonan akan direjek secara automatik.
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pengecaman cap ibu jari (CIJ) di kaunter?
- Kad pengenalan diri (MyKad/MyPR/KP Polis/ KP Tentera) asal bagi tujuan pengecaman dan pengesahan identiti ahli
- Dokumen sokongan lain – Jika dokumen sokongan lain diperlukan, ahli akan dimaklumkan melalui Peti Masuk di i-Akaun.
Di manakah pengecaman CIJ dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan?
Pengecaman CIJ dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan dimana-mana kaunter KWSP atau Self-Service Terminal (SST) bagi permohonan tanpa dokumen.
Apakah borang dan dokumen yang perlu dikemukakan oleh ahli semasa serahan permohonan di kaunter?
Borang dan dokumen yang perlu dikemukakan oleh ahli semasa serahan permohonan di kaunter adalah seperti syarat sedia ada iaitu:
Ahli
Dokumen Utama
i. Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
Dokumen Sokongan
i. Penyata Baki Pinjaman Pendidikan versi terkini (V1/11/2021)
ii. Salinan sijil akademik; ATAU Transkrip keputusan peperiksaan semester akhir yang membuktikan pelajar telah berjaya menamatkan pengajian
iii. Salinan perjanjian pinjaman pendidikan (terpakai bagi pinjaman yang diambil di antara majikan dan pekerja)
Ibu Bapa
Dokumen Utama
i. Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
ii. Dokumen pengenalan diri anak ahli
Dokumen Sokongan
i. Bukti pertalian
ii. Penyata Baki Pinjaman Pendidikan versi terkini (V1/11/2021) dan
iii. Salinan sijil akademik; ATAU Transkrip keputusan peperiksaan semester akhir yang membuktikan pelajar telah berjaya menamatkan pengajian
iv. Salinan perjanjian pinjaman pendidikan (terpakai bagi pinjaman yang diambil di antara majikan dan pekerja)
Berapa kerap ahli boleh membuat pengeluaran mengurang/menyelesaikan baki pinjaman pendidikan?
Ahli boleh memohon bila-bila masa selagi terdapat baki pinjaman pendidikan dengan IPP dan Akaun Sejahtera ahli masih mempunyai simpanan.
Adakah ahli boleh membayar baki pinjaman pendidikan kepada IPP secara bulanan?
Tidak, bayaran kepada IPP dibuat secara sekaligus bagi setiap permohonan pengeluaran.
Berapakah amaun bayaran yang boleh dikeluarkan oleh ahli?
Amaun bayaran yang boleh dikeluarkan adalah tertakluk kepada yang mana terendah di antara baki pinjaman dan baki simpanan Akaun Sejahtera.
Adakah IPP perlu memulangkan lebihan amaun pengeluaran kepada KWSP sekiranya baki pinjaman telah diselesaikan?
IPP perlu mengembalikan lebihan amaun pengeluaran kepada KWSP sekiranya baki pinjaman telah diselesaikan.
Adakah ahli layak membuat pengeluaran menyelesaikan baki pinjaman semasa masih belajar di Institusi Pengajian Tinggi?
Layak, ahli perlu mengemukakan dokumen mengikuti pengajian seperti di dalam senarai semakan dokumen dan Penyata baki pinjaman pendidikan. Serahan permohonan adalah melalui kaunter sahaja.
Apakah penambahbaikan atau perluasan di bawah Pengeluaran Pendidikan KWSP?
Pengeluaran Pendidikan telah ditambahbaik dan diperluaskan seperti berikut:
i. Pengeluaran untuk tahap pengajian ke peringkat Sijil Tahap 3:
Permohonan pengeluaran diperluaskan untuk pengajian Sijil Tahap 3, tertakluk kepada senarai persijilan yang diluluskan oleh KWSP; dan
ii. Pengeluaran bagi pengajian/pinjaman pendidikan pasangan dan/atau ibu bapa:
Permohonan pengeluaran diperluaskan untuk ahli membiayai yuran pengajian dan/atau mengurangkan pinjaman pendidikan pasangan (suami/isteri) dan ibu/bapa (kandung/angkat/tiri) bagi pengajian peringkat pensijilan Tahap 3, Diploma dan ke atas.
Apakah Sijil Tahap 3?
Sijil Tahap 3 ialah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia bagi program kemahiran yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan atau ‘Pusat Bertauliah’ awam atau swasta.
Apakah objektif perluasan Pengeluaran Pendidikan ke peringkat Sijil Tahap 3?
Objektif perluasan Pengeluaran Pendidikan ke peringkat Sijil Tahap 3 adalah seperti berikut:
i. Memberi peluang kepada lebih ramai Ahli/pelajar untuk mengikuti pengajian;
ii. Menggalakkan peningkatan kemahiran (upskilling) dan kemahiran semula (reskilling) selari dengan aspirasi Revolusi Industri (IR 4.0);
iii. Membantu industri berkaitan untuk melahirkan pekerja berkualiti yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta berdaya tahan di masa hadapan; dan
iv. Membolehkan ahli, pasangan, anak dan ibubapa meningkatkan tahap pendidikan ke arah memperoleh pendapatan yang lebih tinggi dan menikmati taraf hidup yang lebih baik sekaligus menambah simpanan persaraan di KWSP.
Adakah ahli layak memohon Pengeluaran Pendidikan ini untuk semua kursus/program Sijil Tahap 3 di mana-mana Pusat Bertauliah (PB) atau Penyedia Latihan?
Buat masa ini, ahli hanya layak memohon pengeluaran ini untuk kursus/program Sijil Tahap 3 yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah (PB) dan Penyedia Latihan yang mendapat akreditasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sahaja.
Bagaimanakah cara ahli/pelajar ingin memohon Pengeluaran Pendidikan Sijil Tahap 3?
Kaedah permohonan adalah seperti berikut:
(a) Permohonan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli)
Ahli/pelajar yang mendapat pembiayaan pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK);
(b) Permohonan secara manual
Ahli/pelajar yang tidak mendapat pembiayaan atau mendapat pembiayaan selain dari PTPK perlu mengemukakan permohonan di Pejabat KWSP dengan melengkapkan Borang Permohonan 9H (AHL) beserta dokumen sokongan.
Ahli/pelajar boleh melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut.
Apakah syarat kelayakan permohonan Pengeluaran Pendidikan secara dalam talian?
Syarat utama untuk memohon Pengeluaran Pendidikan ialah:
i. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR);
ii. Belum mencapai umur 55 tahun;
iii. Mempunyai simpanan di dalam Akaun Sejahtera KWSP;
iv. Mempunyai pembiayaan pendidikan dengan PTPK.
Untuk membolehkan permohonan dibuat secara dalam talian, Ahli/pelajar hendaklah:
i. Mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun (Ahli) di mana-mana kios KWSP;
ii. Mendaftar/mengemaskini no. telefon bimbit untuk penerimaan nombor Transaction Authorisation Code (TAC) di mana-mana Pejabat/kios KWSP.
Adakah ahli perlu mengemukakan dokumen sokongan jika membuat permohonan melalui i-Akaun (Ahli)?
Ahli hanya perlu mengemukakan dokumen sokongan dalam keadaan tertentu dengan memuat naik ke dalam i-Akaun (Ahli) sebelum menghantar permohonan.
Jenis dokumen sokongan yang boleh dimuat naik adalah seperti berikut:
i. Bukti pertalian/hubungan
ii. Resit bayaran
iii. Dokumen sokongan lain yang diperlukan
Nota:
Kemudahan memuat naik dokumen sokongan dalam i-Akaun (Ahli) hanya bagi permohonan pengeluaran untuk kursus/program Sijil Tahap 3 sahaja.
Bagaimanakah cara untuk memuat naik dokumen sokongan melalui i-Akaun (Ahli)?
Ahli perlu muatnaik dokumen sokongan pada Langkah 3 di Ringkasan Permohonan.
Format yang dibenarkan untuk muatnaik dokumen adalah seperti berikut:
(a) .jpg, .jpeg atau PDF; dan
(b) Saiz maksimum setiap dokumen tidak melebihi 256KB
Nota:
Ahli dinasihatkan untuk merujuk panduan yang disediakan untuk mengecilkan saiz dokumen sekiranya melebihi had maksimum 256KB.
Apakah kos pengajian yang layak dituntut di bawah Pengeluaran Pendidikan Sijil Tahap 3?
Kos pengajian yang layak dituntut di bawah Pengeluaran Pendidikan Sijil Tahap 3 adalah yuran pengajian sahaja.
Berapakah amaun pengeluaran yang dibenarkan untuk Pengeluaran Pendidikan?
Amaun pengeluaran yang dibenarkan ialah jumlah yuran pengajian (tahun akademik) atau baki pinjaman pendidikan tertakluk kepada simpanan dalam Akaun Sejahtera (yang mana lebih rendah).
Bagi permohonan pengeluaran bersama (joint application), amaun pengeluaran yang dibenarkan tidak boleh melebihi jumlah yuran pengajian.
Adakah ahli/pelajar yang mengikuti pengajian Sijil Tahap 3 boleh membuat tuntutan bayaran balik (reimbursement) yuran pengajian?
Ya, ahli/pelajar boleh membuat tuntutan bayaran balik (reimbursement) yuran pengajian dengan syarat tarikh resit tersebut tidak melebihi tempoh setahun semasa permohonan dibuat, tertakluk kepada baki Akaun Sejahtera ahli.
Bagi tuntutan bayaran balik lebih daripada satu resit, jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada baki Akaun Sejahtera ahli.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank simpanan/semasa pilihan ahli.
Bagaimanakah ahli boleh menyemak status permohonan dan bayaran untuk Pengeluaran Pendidikan?
Ahli boleh menyemak status permohonan melalui kaedah berikut:
1) i-Akaun (Ahli):
a. Peti Masuk i-Akaun (Ahli)
b. Menu Sejarah Pengeluaran
Ahli akan dimaklumkan melalui SMS bagi status bayaran pengeluaran yang dibuat secara pengkreditan terus.
Bagi bayaran secara cek jurubank, ahli akan menerima notis bayaran pengeluaran yang dipos ke alamat Ahli.
Adakah ahli akan dimaklumkan sekiranya bayaran dibuat kepada Pusat Bertauliah?
Ya, ahli akan dimaklumkan melalui notis yang dipos ke alamat ahli berkenaan bayaran kepada Pusat Bertauliah.
Sekiranya ahli mengemukakan surat tawaran belajar bagi pengajian Sijil Tahap 1, 2 dan 3, bolehkah permohonan pengeluaran diproses sedangkan ahli baru mendaftar Sijil Tahap 1?
Tidak boleh. ahli hanya layak memohon Pengeluaran Pendidikan sekiranya surat tawaran mengesahkan ahli/pelajar memulakan pengajian Sijil Tahap 3 sahaja.
Bilakah tarikh kuatkuasa ahli/pelajar layak memohon Pengeluaran Pendidikan Sijil Tahap 3?
Ahli/pelajar layak memohon Pengeluaran Pendidikan Sijil Tahap 3 sekiranya mendaftar pada atau selepas 1 Januari 2020.
Frequently Asked Question
Kaedah Bayaran
Bayaran Dalam Negara
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bankAnda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun anda gagal
Bayaran Luar Negara
|
---|
Peringatan Penting
- Sahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.Mel ke KWSP:
JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor. - Perlu maklumat lanjut?
Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda