Pengeluaran Umur 50 Tahun
Apabila anda mencapai umur 50 tahun, anda mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran sebahagian daripada simpanan Akaun Sejahtera anda. Pengeluaran ini boleh dimohon sekali sahaja bagi membantu perancangan kewangan pra-persaraan anda.
Apabila anda mencapai umur 50 tahun, anda mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran sebahagian daripada simpanan Akaun Sejahtera anda. Pengeluaran ini boleh dimohon sekali sahaja bagi membantu perancangan kewangan pra-persaraan anda.
Keperluan
Kategori
Apa Anda Perlu Tahu
Maklumat Tambahan
Cara Pembayaran
- Bayaran Dalam Negara
a. Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun bank anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.
b. Anda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun bank anda gagal.
- Bayaran Luar Negara
Bayaran penuh akan dibuat melalui draf bank asing (FDD) dalam mata wang pilihan berikut:
i. Dolar Brunei (BND)
ii. Dolar Singapura (SGD)Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat dalam senarai di atas, bayaran penuh akan dibuat melalui pemindahan telegrafik asing (FTT).
Peringatan Penting
- Mengesahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk pengkreditan terus ke dalam akaun simpanan ahli. - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke pejabat KWSP terdekat atau secara mel.Mel ke KWSP:
JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



