i-Lindung merupakan platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli boleh membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Permohonan membeli produk insurans/ takaful untuk ahli keluarga boleh dibuat melalui aplikasi KWSP i-Akaun baharu sahaja.

Siapa Yang Boleh Memohon

icon card
Warganegara Malaysia
(ahli KWSP dan tanggungan)
icon card
Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP
(Akaun Sejahtera/ Akaun 55/ Akaun Emas)
icon card
Pengguna i-Akaun (Ahli) & menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun baharu sahaja dibenarkan untuk membuat pembelian*
Siapa Yang Layak Dilindungi
icon card
​Ahli KWSP 
(Diri sendiri sebagai Orang Dilindungi Utama)
icon card
Pasangan (Tanggungan)
icon card
Anak-anak (Tanggungan) 
Definisi anak-anak adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah taraf.
Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan
icon card
Perlindungan hayat
icon card
Perlindungan penyakit kritikal
Ciri-ciri Utama i-Lindung
icon card
Proses Yang Lancar
Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa perlu pemeriksaan kesihatan
icon card
Sebut Harga Serta-merta
Dapatkan sebut harga produk yang ditawarkan secara dalam talian
icon card
Pusat Maklumat
Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan
icon card
Paparan Keseluruhan
Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan
icon card
Bila-bila Masa Dan Di Mana Sahaja
Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua

Mula Lindungi Diri Anda Dan Orang Tersayang

Soalan Lazim

Umum

Frequently Asked Question

i-Lindung Accordion (General) - BM

Apakah itu Pelan Perlindungan Ahli (PPA)?

back chevron

Pelan Perlindungan Ahli (PPA) adalah inisiatif yang membenarkan ahli untuk melakukan pengeluaran dari Akaun Sejahtera/Akaun 55/Akaun Emas bagi membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.

Mengapakah inisiatif ini diperkenalkan?

back chevron

Inisiatif ini diperkenalkan untuk memberi perlindungan sosial dan kestabilan kewangan kepada ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan, jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Apakah itu i-Lindung?

back chevron

i-Lindung adalah platform layan diri pada i-Akaun (Ahli) yang bertujuan untuk memberi kemudahan bagi pembelian produk insurans dan takaful di bawah PPA.

Apakah itu SIT?

back chevron

SIT adalah Syarikat Insurans/Pengendali Takaful. Syarikat insurans atau pengendali takaful ini diluluskan oleh KWSP yang menawarkan produk bersesuaian kepada ahli KWSP dengan premium/sumbangan yang berpatutan.

Apakah ciri-ciri utama i-Lindung?

back chevron
  1. Proses yang lancar
    Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan.
     
  2. Sebut harga serta-merta
    Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian.
     
  3. Pusat maklumat
    Mendapat akses dan membuat analisa berdasarkan semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan.
     
  4. Paparan keseluruhan
    Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan.
     
  5.  Bila-bila masa dan di mana sahaja
    Kebebasan untuk mendapatkan produk perlindungan bila-bila masa dan di mana jua.

Siapakah yang layak memohon?

back chevron
  1. Warganegara Malaysia (ahli dan tanggungan)
  2. Mempunyai baki simpanan dalam akaun KWSP
  3. Pengguna i-Akaun (Ahli) 

Jika saya bukan warganegara Malaysia yang merupakan Penduduk Tetap di Malaysia, bolehkah saya membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Tidak. Produk di bawah PPA hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja.

Siapakah yang layak dilindungi di bawah PPA?

back chevron
  1. Ahli KWSP (Diri Sendiri / Orang Dilindungi Utama)
  2. Pasangan (Tanggungan)
  3. Anak-anak (Tanggungan)

Nota: Definisi anak-anak adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah taraf.

Apakah pilihan perlindungan yang tersedia di bawah PPA?

back chevron

Terdapat empat (4) kategori pembelian seperti berikut:

  1. Ahli KWSP (Diri Sendiri) sahaja
  2. Ahli KWSP (Orang Dilindungi Utama) dan Pasangan (Tanggungan); atau
  3. Ahli KWSP (Orang Dilindungi Utama), Pasangan (Tanggungan) dan Anak-anak (Tanggungan); atau
  4. Ahli KWSP (Orang Dilindungi Utama) dan Anak-anak (Tanggungan)

Adakah saya boleh membeli produk insurans dan takaful untuk tanggungan saya tanpa perlindungan untuk saya?

back chevron

Tidak. Pembelian produk insurans dan takaful untuk perlindungan tanggungan di bawah PPA perlulah dibuat bersama Orang Dilindungi Utama iaitu ahli KWSP.

Bolehkah saya membeli beberapa produk insurans dan/atau takaful dengan jenis pilihan perlindungan yang berbeza?

back chevron

Ya. Anda boleh membeli pelbagai produk tertakluk kepada jumlah perlindungan maksimum bagi produk yang ditawarkan oleh SIT dan baki anda dalam Akaun KWSP. Anda boleh membeli untuk:

  1. Diri sendiri (selaku ahli KWSP dan Orang Dilindungi Utama) DAN pasangan saya (selaku Tanggungan); atau
  2. Diri sendiri (selaku ahli KWSP dan Orang Dilindungi Utama) DAN anak/anak-anak saya (selaku Tanggungan); atau
  3. Diri sendiri (selaku ahli KWSP dan Orang Dilindungi Utama), pasangan saya dan anak/anak-anak saya (selaku Tanggungan)

Saya mempunyai anak lebih daripada seorang. Adakah saya boleh membeli produk insurans dan takaful untuk anak-anak saya secara berasingan?

back chevron

Ya, boleh. Tertakluk kepada jumlah perlindungan maksimum bagi produk yang ditawarkan oleh SIT dan baki simpanan Akaun KWSP (yang mana terendah).

Berapakah had umur penyertaan dan jumlah dilindungi?

back chevron

Had umur penyertaan dan jumlah dilindungi adalah tertakluk kepada  produk yang ditawarkan oleh SIT. 

Berapakah bilangan maksimum isteri (pasangan) yang boleh dilindungi di bawah PPA?

back chevron

Anda boleh membeli perlindungan polisi secara berasingan untuk setiap isteri tertakluk kepada baki anda dalam Akaun KWSP.

Berapakah bilangan maksimum bagi anak yang dilindungi di bawah PPA?

back chevron

Bilangan maksimum bagi anak yang dilindungi di bawah PPA adalah sepuluh (10) orang bagi setiap transaksi. Sekiranya anda mempunyai anak melebihi 10, anda perlu membuat dua transaksi pembelian.

Adakah saya layak untuk membeli produk di bawah PPA sekiranya saya berumur lebih daripada 55 tahun?

back chevron

Ya, anda layak membeli produk di bawah PPA selagi anda mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM100 di dalam Akaun 55 dan/atau Akaun Emas anda. Selain itu, kelayakan anda juga adalah berdasarkan had umur penyertaan bagi produk yang ditawarkan oleh SIT.

Nota: 

  1. Bagi ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun, pembayaran untuk PPA adalah melalui pengeluaran berdasarkan jumlah premium/sumbangan tahunan produk yang dipilih (bagi tempoh masa satu (1) tahun), tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun Sejahtera ahli berkenaan.
  2. Bagi ahli KWSP yang berumur di antara 55 dan 59 tahun, pembayaran untuk PPA adalah melalui pengeluaran daripada Akaun 55 ahli berkenaan; dan
  3. Bagi ahli KWSP yang berumur 60 tahun dan ke atas, pembayaran untuk PPA adalah melalui pengeluaran daripada Akaun 55/ Akaun Emas ahli berkenaan.

Bolehkah saya melakukan permohonan PPA di mana-mana cawangan KWSP?

back chevron

Permohonan PPA hanya dapat dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun. Walau bagaimanapun, jika anda telah hadir di cawangan KWSP, petugas KWSP akan membantu anda dalam memohon melalui peranti elektronik anda atau melalui sudut e-Perkhidmatan. 

Bagaimanakah saya boleh mengakses i-Lindung untuk membeli produk PPA?

back chevron

Anda boleh membeli produk PPA melalui aplikasi KWSP i-Akaun baharu.

Untuk memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun baharu ini, sila klik di sini atau sila pastikan aplikasi KWSP i-Akaun adalah versi terkini.

Bolehkah saya membeli produk di bawah PPA melalui ejen insurans/takaful?

back chevron

Tidak. Anda boleh membeli produk di bawah PPA melalui platform i-Lindung di i-Akaun (Ahli).

Bolehkah saya membeli produk insurans jika saya pemegang akaun Simpanan Shariah?

back chevron

Tiada halangan untuk membeli jika anda adalah pemegang akaun Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, ahli beragama islam amat disarankan untuk menyertai produk takaful kerana Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah (haram).

Adakah ahli berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh memohon produk PPA?

back chevron

Mana-mana ahli/ wakil kepada ahli berstatus OKU berkenaan boleh menghubungi atau berurusan dengan SIT untuk mendapatkan produk yang sesuai dengan keperluan ahli OKU tersebut.

Mengapa seorang Muslim patut memilih produk takaful daripada produk insurans?

back chevron

Ia adalah penting bagi yang beragama Islam untuk menyertai produk takaful kerana produk insurans adalah produk tidak patuh syariah, dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa:

  1. Insurans konvensional adalah transaksi tidak patuh syariah (muamalah) yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip syariah iaitu ketidakpastian (gharar), perjudian (maysir) dan riba.
     
  2. Pampasan (jumlah yang dilindungi) dari insurans (tidak termasuk jumlah premium yang dibayar) adalah aset tidak patuh syariah yang tidak boleh digunakan atau diwarisi.
     
  3. Pampasan hendaklah dilupuskan dengan menyalurkan kepada Baitulmal dari Majlis Agama Islam Negeri berkenaan atau disumbangkan kepada badan amal termasuk orang miskin dan orang yang memerlukan (waris bagi pemegang polisi yang tergolong dari kalangan orang miskin dan memerlukan yang telah disahkan oleh pihak berkuasa atau jawatankuasa tempatan boleh menggunakan pampasan tersebut untuk keperluan mereka).

Sekiranya saya tidak mempunyai akaun bank kerana muflis, apakah prosedur yang perlu dilakukan bagi membeli produk PPA memandangkan nombor akaun bank perlu dikunci masuk di portal SIT yang terlibat?

back chevron

Anda dinasihatkan untuk menghubungi SIT yang menawarkan produk PPA berhubung keperluan memasukkan nombor akaun serta urusan tuntutan.

Produk

Frequently Asked Question

i-Lindung Accordion (Product) - BM

Apakah jenis perlindungan yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Perlindungan yang ditawarkan di bawah PPA terdiri daripada perlindungan hayat dan penyakit kritikal.

Apakah yang ditawarkan di bawah Perlindungan Hayat?

back chevron

Perlindungan Hayat menawarkan manfaat kewangan kepada ahli atau orang yang tersayang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (TPD). Maklumat tambahan boleh didapati di bahagian Maklumat Lanjut KWSP i-Akaun bahagian kad Pelan Perlindungan Ahli.

Apakah yang ditawarkan di bawah Perlindungan Penyakit Kritikal?

back chevron

Perlindungan penyakit kritikal menawarkan manfaat kewangan sekiranya anda didiagnosis menghidap mana-mana penyakit utama atau kritikal seperti serangan jantung, strok dan kanser. Ia juga adalah sebagai pengganti pendapatan sekiranya anda tidak dapat bekerja lagi. Maklumat tambahan boleh didapati di KWSP i-Akaun bahagian kad Pelan Perlindungan Ahli.

Apakah tempoh perlindungan bagi produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

PPA menawarkan produk dengan tempoh perlindungan jangka pendek (1 tahun) dan jangka panjang (melebihi 1 tahun) di mana pemegang polisi membuat pembayaran premium/sumbangan hanya dibuat sekali setahun.

Saya tidak mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun Sejahtera/Akaun Emas, bagaimana caranya saya boleh memperbaharui polisi/sijil di bawah PPA?

back chevron

Anda boleh menambah simpanan Akaun Sejahtera/Akaun Emas dengan membuat Caruman Sukarela bagi memastikan simpanan tersebut mencukupi untuk memperbaharui polisi / sijil di bawah PPA. 

Bagi ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke atas boleh memperbaharui polisi/sijil mereka dengan membayar secara tunai atau menggunakan kad debit/kredit dan berurusan terus dengan SIT yang menawarkan produk tersebut.

Nota:

  1. Ahli disarankan untuk menambahkan simpanan dalam tempoh 21 / 51 hari (calendar days) bagi membolehkan caruman dikreditkan sebelum polisi / sijil luput.
     
  2. Jika baki tidak mencukupi, Tempoh Ihsan akan diberikan kepada Ahli untuk pembayaran dan polisi akan luput selepas tamat Tempoh Ihsan. Tempoh Ihsan tertakluk kepada SIT.
     
  3. Sistem akan membuat cubaan bayaran sepanjang Tempoh Ihsan dan indikator baki tidak mencukup akan dihantar kepada SIT. Pihak SIT akan menghantar notifikasi kepada Ahli untuk menambah simpanan di Akaun KWSP melalui Caruman Sukarela. 

Bolehkah saya membuat bayaran premium/sumbangan selepas polisi/sijil luput?

back chevron

Tidak. Anda tidak boleh membuat bayaran premium/sumbangan selepas polisi/sijil luput.

Adakah terdapat nilai tunai/elemen simpanan untuk produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Tidak, produk yang ditawarkan hanya terhad kepada perlindungan asas.

Apakah maksud Perlindungan Asas?

back chevron

Perlindungan Asas adalah produk yang tidak menyediakan apa-apa simpanan dan tidak melibatkan nilai tunai. Sekiranya polisi/ sijil telah luput dan anda tidak membuat apa-apa tuntutan, anda tidak akan mendapat apa-apa pampasan/ tunai.

Adakah saya akan menerima sebarang manfaat (bayaran) jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi/sijil saya?

back chevron

Produk yang ditawarkan di bawah PPA tidak mempunyai manfaat matang. Oleh itu, tiada sebarang manfaat (bayaran) akan diterima oleh ahli jika TIADA tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi / sijil.

Sebagai contoh, bagi perlindungan Penyakit Kritikal atau Hayat, jika dalam tempoh polisi ahli yang diinsuranskan disahkan menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia, SIT akan membayar jumlah yang diinsuranskan kepada ahli / penama seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh SIT.

Namun, jika ahli yang diinsuranskan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal atau tidak meninggal dunia dalam tempoh polisi masih aktif/ berkuat kuasa, ini bermakna SIT tidak akan memproses sebarang tuntutan atau pembayaran kepada orang yang dilindungi (ahli dan tanggungan) atau penama mereka.

Bagaimanakah jumlah premium/sumbangan ditentukan untuk produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Premium/sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.

Apakah tempoh menunggu? Adakah tempoh menunggu terpakai bagi produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Tempoh menunggu adalah tempoh yang perlu berlalu sebelum sebahagian atau kesemua manfaat perlindungan boleh bermula. SIT tidak akan membuat sebarang pembayaran untuk sesuatu manfaat di dalam tempoh menunggu.

Untuk produk di bawah PPA, tempoh menunggu hanya terpakai bagi perlindungan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk membaca risalah pemberitahuan sebelum membeli sebarang produk, kerana tempoh menunggu adalah berbeza bagi setiap produk.

Bolehkah saya membeli lebih dari satu produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Ya. Anda boleh membeli pelbagai produk di bawah SIT yang sama atau dari SIT yang berbeza tertakluk kepada baki dalam Akaun KWSP anda. Sekiranya SIT dan produk yang sama dipilih, anda dibenarkan membeli sehingga had jumlah perlindungan maksima yang ditetapkan oleh SIT tersebut.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri dan faedah produk di bawah PPA?

back chevron

Anda boleh rujuk kepada Risalah Pemberitahuan Produk, Soalan Lazim & Risalah bagi produk yang dipilih di bahagian Langkah 3 – Lihat Butiran Produk di bawah PPA. Anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT yang terlibat untuk pertanyaan lanjut.

Nota:

  1. PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD
  2. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD
  3. ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD
  4. ETIQA LIFE INSURANCE BERHAD
  5. FWD TAKAFUL BERHAD

Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau kesihatan untuk membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Tidak. Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau kesihatan. Namun, anda perlu menjawab beberapa soalan kesihatan (pengunderaitan) yang disediakan oleh SIT, jika perlu.

Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan kewangan untuk membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kewangan untuk membeli produk PPA. Walau bagaimanapun, pihak SIT akan membuat Penilaian Pencegahan Pengubahan Wang Haram sekiranya perlu.

Apakah yang akan berlaku jika saya tersalah/tersilap mengisytiharkan maklumat yang tidak tepat semasa membeli produk yang ditawarkan oleh SIT?

back chevron

SIT akan mengesahkan maklumat dan deklarasi yang diberikan dan boleh membatalkan polisi/sijil sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak tepat. Anda dinasihatkan untuk mendedahkan semua fakta yang relevan dan telus.

Adakah produk yang ditawarkan di bawah PPA layak menikmati pelepasan cukai?

back chevron

Ya. Premium/sumbangan yang ditolak daripada Akaun KWSP anda layak mendapat pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bolehkah produk yang bukan dibawah PPA digunakan untuk menyambung bayaran premium/sumbangan bagi polisi/sijil yang sedia ada?

back chevron

Tidak. Pengeluaran melalui Akaun KWSP hanya boleh digunakan untuk membeli produk di bawah PPA.

Bolehkah saya menggunakan wang sendiri untuk membeli produk di bawah PPA sekiranya saya tidak mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun KWSP?

back chevron

Sekiranya anda tidak mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun KWSP, anda boleh menambah simpanan sama ada melalui Caruman Sukarela / i-Saraan / Voluntary Excess (VE) dan pembayaran ke SIT akan ditolak melalui Akaun KWSP anda.

Adakah terdapat pengecualian manfaat (exclusion) bagi produk di bawah PPA?

back chevron

Produk yang ditawarkan di bawah PPA mempunyai pengecualian manfaat tertakluk kepada produk yang ditawarkan oleh SIT.

Polisi

Frequently Asked Question

i-Lindung Accordion (Policy) - BM

Apakah langkah untuk menyempurnakan transaksi melalui PPA?

back chevron

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun baharu
Langkah 2: Klik ‘Pengeluaran’ dan klik ‘Pelan Perlindungan Ahli’
Langkah 3: Klik 'Dapatkan sebut harga insurans & takaful'
Langkah 4: Pilih 'Siapa yang anda ingin lindungi?' dan kunci masuk semua maklumat
Langkah 5: Pilih 'Jenis produk' dan pilih 'Produk' untuk pembelian
Langkah 6: 'Semakan Ringkasan' maklumat dan lakukan 'pengisytiharan & persetujuan'
Langkah 7: Permohonan di route ke laman web SIT dan lengkapkan maklumat di SIT
Langkah 8: Pengesahan permohonan bagi membolehkan proses pembayaran dijalankan
Langkah 9: Penerimaan maklumat polisi/sijil dari SIT 

Apakah kekerapan bayaran untuk premium/sumbangan bagi produk yang dibeli?

back chevron

Kekerapan pembayaran adalah untuk satu (1) tahun dan akan diperbaharui secara automatik secara tahunan.

Berapakah jumlah baki minimum yang diperlukan di dalam Akaun Sejahtera KWSP untuk membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Ahli perlu mempunyai sekurang-kurangnya jumlah premium/sumbangan minima satu (1) tahun bagi produk yang ingin dibeli.

Bilakah saya akan menerima pengesahan permohonan saya?

back chevron

Pengesahan bagi permohonan anda adalah serta merta. Anda juga boleh rujuk bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memeriksa status permohonan anda.

Bolehkah SIT menolak permohonan saya?

back chevron

Ya. Sekiranya anda gagal penilaian yang dilakukan oleh SIT.

Bilakah perlindungan bagi polisi/sijil saya bermula?

back chevron

Perlindungan anda bermula setelah permohonan diluluskan. Anda boleh merujuk kepada Tarikh Mula' yang dipaparkan pada dokumen polisi/sijil anda yang dikeluarkan oleh SIT. Dokumen polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT ke alamat e-mel anda yang berdaftar.  Ia juga boleh didapati di bahagian 'Pelan Perlindungan Saya' di portal i-Lindung pada butang 'Lihat e-Sijil'.

Bagi produk yang mempunyai tempoh menunggu, adakah saya dilindungi dengan serta merta setelah permohonan berjaya?

back chevron

Tidak. Tempoh menunggu adalah tempoh yang perlu berlalu sebelum manfaat perlindungan boleh bermula dari tarikh kuat kuasa seperti yang dinyatakan di dalam polisi / sijil anda. SIT tidak akan membuat sebarang pembayaran untuk sesuatu manfaat di dalam tempoh menunggu. Anda dinasihatkan untuk membaca risalah pemberitahuan produk sebelum membeli sebarang produk, kerana tempoh menunggu adalah berbeza bagi setiap produk.

Bilakah pembayaran akan dibuat kepada SIT?

back chevron

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polis /sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.

Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di dalam portal i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.

Adakah polisi/sijil saya akan diperbaharui secara automatik setelah tempoh perlindungan berakhir?

back chevron

Ya.  Polisi/sijil anda akan diperbaharui secara automatik setelah tempoh perlindungan berakhir tertakluk kepada baki di dalam Akaun KWSP anda. 

Bolehkah saya mengubah jumlah perlindungan bagi polisi/sijil saya?

back chevron

Tidak, anda tidak boleh membuat pindaan ke atas jumlah perlindungan selepas perlindungan polisi / sijil sudah bermula. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli produk lain yang ditawarkan di bawah PPA.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal untuk membayar premium/sumbangan dalam Tempoh Ihsan?

back chevron

Sekiranya anda tidak membayar premium/sumbangan semasa Tempoh Ihsan tersebut, polisi/ sijil anda akan ditamatkan secara automatik tertakluk kepada SIT yang menawarkan produk berkenaan.

Adakah produk di bawah PPA boleh membiayai kos kemasukan ke hospital atau membekalkan kad perubatan untuk rawatan pesakit luar?

back chevron

Produk yang ditawarkan di dalam portal i-Lindung merupakan produk Perlindungan Asas yang tidak menyediakan apa-apa simpanan dan tidak melibatkan nilai tunai. Sekiranya polisi / sijil telah luput dan anda tidak membuat apa-apa tuntutan, anda tidak akan mendapat apa-apa pampasan / tunai.

Oleh itu, produk yang merangkumi kos kemasukan ke hospital (hospitalisation), kad perubatan atau investment-linked tidak ditawarkan di bawah PPA.

Apakah kesan sekiranya saya tersalah memberikan maklumat berkaitan tanggungan saya seperti maklumat 'Jantina' dan 'Tarikh Lahir'?

back chevron

Sekiranya anda tersalah memberikan maklumat bagi tanggungan anda seperti maklumat 'Jantina' dan 'Tarikh Lahir', ia akan mempengaruhi jumlah bayaran premium/sumbangan yang perlu dibayar kepada SIT yang terlibat dan juga tuntutan yang dibuat.

Bagaimana jika saya berubah fikiran setelah saya mendapatkan produk di bawah PPA?

back chevron

Jika anda berubah fikiran setelah mendapatkan produk di bawah PPA dan belum membuat tuntutan, anda boleh membatalkan polisi /sijil anda pada bila-bila masa melalui SIT berkenaan. 

Sekiranya anda membatalkan polisi /sijil anda dalam Tempoh 15 hari atau 30 hari  masa bertenang/Tempoh rujukan percuma yang pertama selepas perlindungan bermula, SIT akan memulangkan premium / sumbangan yang telah dibayar. 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan polisi/sijil anda Tempoh masa bertenang/Tempoh rujukan percuma, SIT akan mengembalikan bahagian yang belum digunakan, tertakluk kepada pengiraan yang ditentukan oleh SIT. 

Anda boleh menyemak dokumen polisi/sijil anda yang dihantar melalui e-mel oleh SIT ke alamat e-mel anda yang berdaftar.  Ia juga boleh didapati di bahagian 'Pelan Perlindungan Saya' di portal i-Lindung pada butang 'Lihat e-Sijil'.

Sila ambil perhatian bahawa selepas pembatalan polisi/sijil, anda tidak lagi mempunyai perlindungan. Oleh itu, sebelum membatalkan, adalah dinasihatkan untuk mempertimbangkan perkara ini dengan teliti.
 
Perkhidmatan Lain

Frequently Asked Question

i-Lindung Accordion (Other Service) - BM

Setelah pembatalan polisi/sijil dilakukan, adakah pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP?

back chevron

Ya, pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP sekiranya pembayaran dibuat sebelum anda mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank, berdasarkan maklumat perbankan yang diberikan kepada SIT. Pemulangan ini juga akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda jika Akaun KWSP tidak aktif.

Berapa lamakah masa diambil untuk memaparkan jumlah pemulangan di dalam Akaun KWSP saya?

back chevron

Ia akan mengambil masa tujuh (7) hari bekerja setelah SIT meluluskan proses pembatalan polisi/sijil anda dan memaklumkan kepada KWSP. Tempoh kelulusan proses pembatalan polisi/sijil adalah berbeza di antara SIT. Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT berkenaan.

Mengapakah penting untuk membuat penamaan?

back chevron

Penamaan adalah penting untuk melindungi orang yang tersayang dan memastikan mereka menerima manfaat seperti yang anda inginkan tanpa sebarang kelewatan. Tanpa penamaan, manfaat di bawah polisi/sijil akan dibayar oleh SIT kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa. Adalah penting bagi penama mengetahui polisi/sijil yang dibeli oleh anda.

Anda boleh membuat penamaan selepas pembelian produk PPA di portal i-Lindung pada bahagian 'Pelan Perlindungan Saya'.

Bagaimanakah cara untuk membuat penamaan bagi polisi/sijil yang telah dibeli?

back chevron

Anda boleh melakukan penamaan melalui SIT tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, anda  boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk pada dokumen polisi/sijil anda. 

Selain itu, anda juga boleh merujuk  di bahagian 'Pelan Perlindungan Saya' di dalam portal i-Lindung.

Bolehkah saya melakukan Hibah untuk polisi/sijil yang telah dibeli?

back chevron

Hibah, yang bermaksud hadiah atau pemberian secara sukarela tanpa balasan, hanya terpakai bagi penamaan di bawah produk takaful. Dengan menamakan orang yang tersayang sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat akan dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa melalui prosedur pewarisan atau Faraid yang lazimnya memakan masa yang panjang.

Adakah saya mesti menamakan penama yang sama bagi polisi/sijil dengan penamaan KWSP saya?

back chevron

Tidak. Anda boleh menamakan mana-mana individu mengikut terma & syarat yang ditetapkan oleh SIT.

Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan bagi polisi/sijil yang telah dibeli?

back chevron

Anda dan/atau tanggungan atau waris anda boleh melakukan tuntutan melalui SIT tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda dan/atau tanggungan atau waris anda boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk pada dokumen polisi /sijil anda. Selain itu, anda juga boleh merujuk di bahagian 'Pelan Perlindungan Saya' di dalam portal i-Lindung.

Bagaimanakah jika terdapat tuntutan sebelum pembayaran dibuat kepada SIT?

back chevron

Setelah pembayaran berjaya, anda dan/atau tanggungan atau waris boleh membuat tuntutan bagi manfaat yang tidak mempunyai tempoh menunggu melalui SIT tersebut. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT, dan tiada tuntutan dapat dilakukan.

Anda dinasihatkan untuk memeriksa status permohonan pembayaran anda di bahagian 'Sejarah Transaksi' di dalam portal i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.

Apakah terdapat sebarang manfaat (bayaran) yang akan saya terima jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan?

back chevron

Produk yang ditawarkan di bawah PPA tidak mempunyai manfaat matang. Oleh itu, tiada sebarang manfaat (bayaran) akan diterima oleh orang dilindungi (ahli dan/atau tanggungan) jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan.

Sebagai contoh, bagi perlindungan Penyakit Kritikal atau Perlindungan Hayat, jika dalam tempoh perlindungan, orang dilindungi (ahli dan/atau tanggungan) disahkan menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia, SIT akan membayar jumlah dilindungi kepada orang dilindungi (ahli dan/atau tanggungan) atau penama seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi/sijil tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh SIT.

Namun, jika orang dilindungi (ahli dan/atau tanggungan) tidak menghidap sebarang penyakit kritikal atau tidak meninggal dunia dalam tempoh perlindungan masih aktif/berkuat kuasa, ini bermakna tiada sebarang tuntutan dan pembayaran akan dibuat oleh SIT kepada orang dilindungi (ahli dan/atau tanggungan) atau penama mereka.

Bilakah saya akan menerima dokumen polisi/sijil setelah melakukan membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Dokumen polisi/sijil akan dijana secara automatik dan boleh didapati di dalam 'Pelan Perlindungan Saya' (e-Polisi/e-Sijil). Walau bagaimanapun, dokumen polisi/sijil akan tersedia di dalam e-Polisi/e-Sijil tertakluk kepada tempoh masa (SLA) yang ditetapkan oleh pihak SIT.

Apa yang boleh saya lakukan jika saya mempunyai sebarang aduan atau pertikaian dengan tuntutan saya?

back chevron

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan dan BNM Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK) telah ditubuhkan untuk memberi perlindungan kepada pelanggan dan membantu untuk menyelesaikan sebarang perselisihan mengenai tuntutan. Sekiranya anda/penama(-penama) anda tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh SIT tersebut, anda/penama(-penama) anda boleh menulis kepada alamat-alamat berikut:

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan
(dahulu dikenali sebagai Biro Perantara Kewangan)
Tingkat 14, Blok Utama,
Menara Takaful Malaysia,
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2272 2811
Faks: 03-2272 1577
Laman web: www.ofs.org.my

Pengarah
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia,
P.O. Box 10922,
50929 Kuala Lumpur.
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-2174 1515
E-mel: [email protected]

Soalan Umum

Frequently Asked Question

MPP General-FAQ

Saya berumur lebih 55 tahun, adakah saya layak untuk mendapatkan produk di bawah i-Lindung?

back chevron

PPA adalah inisiatif yang membenarkan ahli untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 2/ Akaun 55/ Akaun Emas bagi membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.

Mengapakah inisiatif ini diperkenalkan?

back chevron

iInisiatif ini diperkenalkan untuk memberi perlindungan sosial dan kestabilan kewangan kepada ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan, jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Apakah itu i-Lindung?

back chevron

i-Lindung adalah platform layan diri pada i-Akaun (Ahli) yang bertujuan untuk memberi kemudahan bagi pembelian produk insurans dan takaful di bawah PPA.

Apakah itu SIT?

back chevron

SIT adalah Syarikat Insurans/Pengendali Takaful. Syarikat insurans atau pengendali takaful ini diluluskan oleh KWSP yang menawarkan produk bersesuaian kepada ahli KWSP dengan premium/sumbangan yang berpatutan.

Apakah ciri-ciri utama i-Lindung?

back chevron

a.     Proses yang lancar
Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan
b.     Sebut harga serta-merta
Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian
c.      Pusat maklumat
Mendapat akses dan membuat analisa berdasarkan semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan
d.     Paparan keseluruhan
Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan
e.      Bila-bila masa dan di mana sahaja
Kebebasan untuk mendapatkan produk perlindungan bila-bila masa dan di mana jua

Siapakah yang layak memohon?

back chevron

   a. Warganegara Malaysia (ahli dan tanggungan); 
   b. Mempunyai baki simpanan dalam akaun KWSP; dan 
   c. Pengguna i-Akaun (Ahli) 

Jika saya bukan warganegara Malaysia yang merupakan Penduduk Tetap di Malaysia, bolehkah saya membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Tidak. Produk di bawah PPA hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia sahaja.

Siapakah yang layak dilindungi di bawah PPA?

back chevron

a. Ahli KWSP (Diri Sendiri / Orang Dilindungi Utama)

b. Pasangan (Tanggungan); dan

c. Anak-anak (Tanggungan)

Nota: 

Definisi anak-anak adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah taraf

Apakah pilihan perlindungan yang tersedia di bawah PPA?

back chevron

Terdapat empat (4) kategori pembelian seperti berikut:

a. Ahli KWSP (Diri Sendiri) sahaja;
b. Ahli KWSP (Orang Dilindungi Utama) dan Pasangan (Tanggungan); atau
c. Ahli KWSP (Orang Dilindungi Utama), Pasangan (Tanggungan) dan Anak-anak (Tanggungan); atau
d. Ahli KWSP (Orang Dilindungi Utama) dan Anak-anak (Tanggungan)

Adakah saya boleh membeli produk insurans dan takaful untuk tanggungan saya tanpa perlindungan untuk saya?

back chevron

Tidak. Pembelian produk insurans dan takaful untuk perlindungan tanggungan di bawah PPA perlulah dibuat bersama Orang Dilindungi Utama iaitu ahli KWSP.

Bolehkah saya membeli beberapa produk insurans dan/ atau takaful dengan jenis pilihan perlindungan yang berbeza?

back chevron

Berbeza seperti berikut:

  1. Diri sendiri (selaku ahli KWSP dan Orang Dilindungi Utama) DAN pasangan saya (selaku Tanggungan); atau
  2. Diri sendiri (selaku ahli KWSP dan Orang Dilindungi Utama) DAN anak/anak-anak saya (selaku Tanggungan); atau
  3. Diri sendiri (selaku ahli KWSP dan Orang Dilindungi Utama), pasangan saya dan anak/anak-anak saya (selaku Tanggungan)?

Ya. Anda boleh membeli pelbagai produk tertakluk kepada jumlah perlindungan maksimum bagi produk yang ditawarkan oleh SIT dan baki anda dalam Akaun KWSP.

Saya mempunyai anak lebih daripada seorang. Adakah saya boleh membeli produk insurans dan takaful untuk anak-anak saya secara berasingan?

back chevron

Ya, boleh. Tertakluk kepada jumlah perlindungan maksimum bagi produk yang ditawarkan oleh SIT dan baki simpanan Akaun KWSP (yang mana terendah).

Berapakah had umur penyertaan dan jumlah dilindungi?

back chevron

Had umur penyertaan dan jumlah dilindungi adalah tertakluk kepada  produk yang ditawarkan oleh SIT.

Berapakah bilangan maksimum isteri (Pasangan) yang boleh dilindungi di bawah PPA?

back chevron

Anda boleh membeli perlindungan polisi secara berasingan untuk setiap isteri tertakluk kepada baki anda dalam Akaun KWSP.

Berapakah bilangan maksimum bagi anak yang dilindungi di bawah PPA?

back chevron

Bilangan maksimum bagi anak yang dilindungi di bawah PPA adalah sepuluh (10) orang bagi setiap transaksi. Sekiranya anda mempunyai anak melebihi 10, anda perlu membuat dua transaksi pembelian.

Adakah saya layak untuk membeli produk di bawah PPA sekiranya saya berumur lebih daripada 55 tahun?

back chevron

Ya, anda layak membeli produk di bawah PPA selagi anda mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM100 di dalam Akaun 55 dan/atau Akaun Emas anda. Selain itu, kelayakan anda juga adalah berdasarkan had umur penyertaan bagi produk yang ditawarkan oleh SIT.
 
Nota: 

  1. Bagi ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun, pembayaran untuk PPA adalah melalui pengeluaran berdasarkan jumlah premium/sumbangan tahunan produk yang dipilih (bagi tempoh masa satu (1) tahun), tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 ahli berkenaan.
  2. Bagi ahli KWSP yang berumur di antara 55 dan 59 tahun, pembayaran untuk PPA adalah melalui pengeluaran daripada Akaun 55 ahli berkenaan; dan
  3. Bagi ahli KWSP yang berumur 60 tahun dan ke atas, pembayaran untuk PPA adalah melalui pengeluaran daripada Akaun 55/ Akaun Emas ahli berkenaan.

Bolehkah saya melakukan permohonan PPA di mana-mana cawangan KWSP?

back chevron

Permohonan PPA hanya dapat dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun. Walau bagaimanapun, jika anda telah hadir di cawangan KWSP, petugas KWSP akan membantu anda dalam memohon melalui peranti elektronik anda atau melalui sudut e-Perkhidmatan.

Bagaimanakah saya boleh mengakses i-Lindung untuk membeli produk PPA?

back chevron

Anda boleh membeli produk PPA melalui aplikasi KWSP i-Akaun baharu.

Untuk memuat turun aplikasi KWSP i-Akaun baharu ini, sila klik di sini atau sila pastikan aplikasi KWSP i-Akaun adalah versi terkini.

Bolehkah saya membeli produk di bawah PPA melalui ejen insurans/takaful?

back chevron

Tidak. Anda boleh membeli produk di bawah PPA melalui platform i-Lindung di i-Akaun (Ahli).

Bolehkah saya membeli produk insurans jika saya pemegang akaun Simpanan Shariah?

back chevron

Tiada halangan untuk membeli jika anda adalah pemegang akaun Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, ahli beragama islam amat disarankan untuk menyertai produk takaful kerana Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah (haram).

Adakah ahli berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh memohon produk PPA?

back chevron

Mana-mana ahli/ wakil kepada ahli berstatus OKU berkenaan boleh menghubungi atau berurusan dengan SIT untuk mendapatkan produk yang sesuai dengan keperluan ahli OKU tersebut.

Mengapa seorang Muslim patut memilih produk takaful daripada produk insurans?

back chevron

Ia adalah penting bagi yang beragama Islam untuk menyertai produk takaful kerana produk insurans adalah produk tidak patuh syariah, dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa:

a. Insurans konvensional adalah transaksi tidak patuh syariah (muamalah) yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan prinsip syariah iaitu ketidakpastian (gharar), perjudian (maysir) dan riba

b. Pampasan (jumlah yang dilindungi) dari insurans (tidak termasuk jumlah premium yang dibayar) adalah aset tidak patuh syariah yang tidak boleh digunakan atau diwarisi

c. Pampasan hendaklah dilupuskan dengan menyalurkan kepada Baitulmal dari Majlis Agama Islam Negeri berkenaan atau disumbangkan kepada badan amal termasuk orang miskin dan orang yang memerlukan (waris bagi pemegang polisi yang tergolong dari kalangan orang miskin dan memerlukan yang telah disahkan oleh pihak berkuasa atau jawatankuasa tempatan boleh menggunakan pampasan tersebut untuk keperluan mereka).

Sekiranya saya tidak mempunyai akaun bank kerana muflis, apakah prosedur yang perlu dilakukan bagi membeli produk PPA memandangkan nombor akaun bank perlu dikunci masuk di portal SIT yang terlibat?

back chevron

Anda dinasihatkan untuk menghubungi SIT yang menawarkan produk PPA berhubung keperluan memasukkan nombor akaun serta urusan tuntutan.

Produk

Frequently Asked Question

Product FAQ

Apakah jenis perlindungan yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Perlindungan yang ditawarkan di bawah PPA terdiri daripada perlindungan hayat dan penyakit kritikal.

Apakah yang ditawarkan di bawah Perlindungan Hayat?

back chevron

Perlindungan Hayat menawarkan manfaat kewangan kepada ahli atau orang yang tersayang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti Kematian atau Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal (TPD). Maklumat tambahan boleh didapati di bahagian Maklumat Lanjut KWSP i-Akaun bahagian kad Pelan Perlindungan Ahli.

Apakah yang ditawarkan di bawah Perlindungan Penyakit Kritikal?

back chevron

Perlindungan penyakit kritikal menawarkan manfaat kewangan sekiranya anda didiagnosis menghidap mana-mana penyakit utama atau kritikal seperti serangan jantung, strok dan kanser. Ia juga adalah sebagai pengganti pendapatan sekiranya anda tidak dapat bekerja lagi. Maklumat tambahan boleh didapati di KWSP i-Akaun bahagian kad Pelan Perlindungan Ahli.

Bagaimanakah jumlah premium/sumbangan ditentukan untuk produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung?

back chevron

Premium/sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. Faktor-faktor yang akan menentukan premium/sumbangan tersebut adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.

Apakah tempoh perlindungan bagi produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

PPA menawarkan produk dengan tempoh perlindungan jangka pendek (1 tahun) dan jangka panjang (melebihi 1 tahun) di mana pemegang polisi membuat pembayaran premium/ sumbangan hanya dibuat sekali setahun.

Saya tidak mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun 2/Akaun Emas, bagaimana caranya saya boleh memperbaharui polisi/sijil di bawah PPA?

back chevron

Anda boleh menambah simpanan Akaun 2/Akaun Emas dengan membuat Caruman Sukarela bagi memastikan simpanan tersebut mencukupi untuk memperbaharui polisi / sijil di bawah PPA. 

Bagi ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke atas boleh memperbaharui polisi/sijil mereka dengan membayar secara tunai atau menggunakan kad debit/kredit dan berurusan terus dengan SIT yang menawarkan produk tersebut.

Nota: 

  1. Ahli disarankan untuk menambahkan simpanan dalam tempoh 21 / 51 hari (calendar days) bagi membolehkan caruman dikreditkan sebelum polisi / sijil luput. 
  2. Jika baki tidak mencukupi, Tempoh Ihsan akan diberikan kepada Ahli untuk pembayaran dan polisi akan luput selepas tamat Tempoh Ihsan. Tempoh Ihsan tertakluk kepada SIT.
  3. Sistem akan membuat cubaan bayaran sepanjang Tempoh Ihsan dan indikator baki tidak mencukup akan dihantar kepada SIT. Pihak SIT akan menghantar notifikasi kepada Ahli untuk menambah simpanan di Akaun KWSP melalui Caruman Sukarela. 

Adakah produk yang ditawarkan di bawah i-Lindung layak menikmati pelepasan cukai?

back chevron

Ya, premium/sumbangan yang ditolak daripada Akaun KWSP anda layak mendapat pelepasan cukai, seperti yang ditetapkan di dalam peraturan cukai Malaysia semasa dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bolehkah saya membuat bayaran premium/sumbangan selepas polisi/sijil luput?

back chevron

Tidak. Anda tidak boleh membuat bayaran premium/sumbangan selepas polisi/sijil luput.

Adakah terdapat nilai tunai/elemen simpanan untuk produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Tidak, produk yang ditawarkan hanya terhad kepada perlindungan asas.

Apakah maksud Perlindungan Asas?

back chevron

Perlindungan Asas adalah produk yang tidak menyediakan apa-apa simpanan dan tidak melibatkan nilai tunai.

Sekiranya polisi/ sijil telah luput dan anda tidak membuat apa-apa tuntutan, anda tidak akan mendapat apa-apa pampasan/ tunai.

Adakah saya akan menerima sebarang manfaat (bayaran) jika tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi/sijil saya?

back chevron

Produk yang ditawarkan di bawah PPA tidak mempunyai manfaat matang. Oleh itu, tiada sebarang manfaat (bayaran) akan diterima oleh ahli jika TIADA tuntutan dibuat sepanjang tempoh polisi / sijil.

Sebagai contoh, bagi perlindungan Penyakit Kritikal atau Hayat, jika dalam tempoh polisi ahli yang diinsuranskan disahkan menghidap penyakit kritikal atau meninggal dunia, SIT akan membayar jumlah yang diinsuranskan kepada ahli / penama seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh SIT.

Namun, jika ahli yang diinsuranskan tidak menghidap sebarang penyakit kritikal atau tidak meninggal dunia dalam tempoh polisi masih aktif/ berkuat kuasa, ini bermakna SIT tidak akan memproses sebarang tuntutan atau pembayaran kepada orang yang dilindungi (ahli dan tanggungan) atau penama mereka.

Bagaimanakah jumlah premium/sumbangan ditentukan untuk produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Premium/sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/ umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.

Apakah tempoh menunggu? Adakah tempoh menunggu terpakai bagi produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Tempoh menunggu adalah tempoh yang perlu berlalu sebelum sebahagian atau kesemua manfaat perlindungan boleh bermula. SIT tidak akan membuat sebarang pembayaran untuk sesuatu manfaat di dalam tempoh menunggu.

Untuk produk di bawah PPA, tempoh menunggu hanya terpakai bagi perlindungan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk membaca risalah pemberitahuan sebelum membeli sebarang produk, kerana tempoh menunggu adalah berbeza bagi setiap produk.

Bolehkah saya membeli lebih dari satu produk yang ditawarkan di bawah PPA?

back chevron

Ya. Anda boleh membeli pelbagai produk di bawah SIT yang sama atau dari SIT yang berbeza tertakluk kepada baki dalam Akaun KWSP anda. Sekiranya SIT dan produk yang sama dipilih, anda dibenarkan membeli sehingga had jumlah perlindungan maksima yang ditetapkan oleh SIT tersebut.

Bagaimanakah saya boleh mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri dan faedah produk di bawah PPA?

back chevron

Anda boleh rujuk kepada Risalah Pemberitahuan Produk, Soalan Lazim & Risalah bagi produk yang dipilih di bahagian Langkah 3 – Lihat Butiran Produk di bawah PPA. Anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT yang terlibat untuk pertanyaan lanjut.

Nota:
1. PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD : [email protected]
2. PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD : [email protected]
3. ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD : [email protected]
4. ETIQA LIFE INSURANCE BERHAD : [email protected]
5. FWD TAKAFUL BERHAD : [email protected]

Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau kesihatan untuk membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Tidak. Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan perubatan atau kesihatan. Namun, anda perlu menjawab beberapa soalan kesihatan (pengunderaitan) yang disediakan oleh SIT, jika perlu.

Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan kewangan untuk membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Anda tidak perlu menjalani pemeriksaan kewangan untuk membeli produk PPA. Walau bagaimanapun, pihak SIT akan membuat Penilaian Pencegahan Pengubahan Wang Haram sekiranya perlu.

Apakah yang akan berlaku jika saya tersalah/tersilap mengisytiharkan maklumat yang tidak tepat semasa membeli produk yang ditawarkan oleh SIT?

back chevron

SIT akan mengesahkan maklumat dan deklarasi yang diberikan dan boleh membatalkan polisi/ sijil sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak tepat. Anda dinasihatkan untuk mendedahkan semua fakta yang relevan dan telus.

Bolehkah saya menggunakan wang sendiri untuk membeli produk di bawah PPA sekiranya saya tidak mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun KWSP?

back chevron

Sekiranya anda tidak mempunyai baki yang mencukupi di dalam Akaun KWSP, anda boleh menambah simpanan sama ada melalui Caruman Sukarela / i-Saraan / Voluntary Excess (VE) dan pembayaran ke SIT akan ditolak melalui Akaun KWSP anda.

Adakah terdapat pengecualian manfaat (exclusion) bagi produk di bawah PPA?

back chevron

Produk yang ditawarkan di bawah PPA mempunyai pengecualian manfaat tertakluk kepada produk yang ditawarkan oleh SIT.

Polisi

Frequently Asked Question

Policy - FAQ

Apakah langkah untuk menyempurnakan transaksi melalui PPA?

back chevron
  1. Langkah 1

    Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun (Baharu)

  2. Langkah 2

    Klik ‘Pengeluaran’ dan klik ‘Pelan Perlindungan Ahli’

  3. Langkah 3

    Klik 'Dapatkan sebut harga insurans & takaful'

  4. Langkah 4

    Pilih 'Siapa yang anda ingin lindungi?' dan kunci masuk semua maklumat

  5. Langkah 5

    Pilih 'Jenis produk' dan pilih 'Produk' untuk pembelian

  6. Langkah 6

    'Semakan Ringkasan' maklumat dan lakukan 'pengisytiharan & persetujuan'

  7. Langkah 7

    Permohonan di route ke laman web SIT dan lengkapkan maklumat di SIT

  8. Langkah 8

    Pengesahan permohonan bagi membolehkan proses pembayaran dijalankan

  9. Langkah 9

    Penerimaan maklumat polisi/insurans dari SIT 

Apakah kekerapan bayaran untuk premium/sumbangan bagi produk yang dibeli?

back chevron

Kekerapan pembayaran adalah untuk satu (1) tahun dan akan diperbaharui secara automatik secara tahunan.

Berapakah jumlah baki minimum yang diperlukan di dalam Akaun 2 KWSP untuk membeli produk di bawah PPA?

back chevron

Ahli perlu mempunyai sekurang-kurangnya jumlah premium/sumbangan minima satu (1) tahun bagi produk yang ingin dibeli.

Bilakah saya akan menerima pengesahan permohonan saya?

back chevron

Pengesahan bagi permohonan anda adalah serta merta. Anda juga boleh rujuk bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memeriksa status permohonan anda.

Bolehkah SIT menolak permohonan saya?

back chevron

Ya. Sekiranya anda gagal penilaian yang dilakukan oleh SIT.

Bilakah perlindungan bagi polisi/sijil saya bermula?

back chevron

Perlindungan anda bermula setelah permohonan diluluskan. Anda boleh merujuk kepada Tarikh Mula' yang dipaparkan pada dokumen polisi/sijil anda yang dikeluarkan oleh SIT.

Dokumen polisi/sijil anda akan dihantar melalui e-mel oleh SIT ke alamat e-mel anda yang berdaftar.  Ia juga boleh didapati di bahagian 'Pelan Perlindungan Saya' di portal i-Lindung pada butang 'Lihat e-Sijil'.

Bagi produk yang mempunyai tempoh menunggu, adakah saya dilindungi dengan serta merta setelah permohonan berjaya?

back chevron

Tidak. Tempoh menunggu adalah tempoh yang perlu berlalu sebelum manfaat perlindungan boleh bermula dari tarikh kuat kuasa seperti yang dinyatakan di dalam polisi / sijil anda. SIT tidak akan membuat sebarang pembayaran untuk sesuatu manfaat di dalam tempoh menunggu. Anda dinasihatkan untuk membaca risalah pemberitahuan produk sebelum membeli sebarang produk, kerana tempoh menunggu adalah berbeza bagi setiap produk.

Bilakah pembayaran akan dibuat kepada SIT?

back chevron

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polis /sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.

Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di dalam portal i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.

Adakah polisi/sijil saya akan diperbaharui secara automatik setelah tempoh perlindungan berakhir?

back chevron

Ya.  Polisi/ sijil anda akan diperbaharui secara automatik setelah tempoh perlindungan berakhir tertakluk kepada baki di dalam Akaun KWSP anda.

Bolehkah saya mengubah jumlah perlindungan bagi polisi/sijil saya?

back chevron

Tidak, anda tidak boleh membuat pindaan ke atas jumlah perlindungan selepas perlindungan polisi/ sijil sudah bermula. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mendapatkan perlindungan tambahan, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli produk lain yang ditawarkan di bawah PPA.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal untuk membayar premium/sumbangan dalam Tempoh Ihsan?

back chevron

Sekiranya anda tidak membayar premium/sumbangan semasa Tempoh Ihsan tersebut, polisi/ sijil anda akan ditamatkan secara automatik tertakluk kepada SIT yang menawarkan produk berkenaan.

Adakah produk di bawah PPA boleh membiayai kos kemasukan ke hospital atau membekalkan kad perubatan untuk rawatan pesakit luar?

back chevron

Produk yang ditawarkan di dalam portal i-Lindung merupakan produk Perlindungan Asas yang tidak menyediakan apa-apa simpanan dan tidak melibatkan nilai tunai. Sekiranya polisi/ sijil telah luput dan anda tidak membuat apa-apa tuntutan, anda tidak akan mendapat apa-apa pampasan/ tunai.

Oleh itu, produk yang merangkumi kos kemasukan ke hospital (hospitalisation), kad perubatan atau investment-linked tidak ditawarkan di bawah PPA.

Apakah kesan sekiranya saya tersalah memberikan maklumat berkaitan tanggungan saya seperti maklumat 'Jantina' dan 'Tarikh Lahir'?

back chevron

Sekiranya anda tersalah memberikan maklumat bagi tanggungan anda seperti maklumat 'Jantina' dan 'Tarikh Lahir', ia akan mempengaruhi jumlah bayaran premium/sumbangan yang perlu dibayar kepada SIT yang terlibat dan juga tuntutan yang dibuat.

Bagaimana jika saya berubah fikiran setelah saya mendapatkan produk di bawah PPA?

back chevron

Jika anda berubah fikiran setelah mendapatkan produk di bawah PPA dan belum membuat tuntutan, anda boleh membatalkan polisi /sijil anda pada bila-bila masa melalui SIT berkenaan. 

Sekiranya anda membatalkan polisi /sijil anda dalam Tempoh 15 hari atau 30 hari  masa bertenang/ Tempoh rujukan percuma yang pertama selepas perlindungan bermula, SIT akan memulangkan premium/ sumbangan yang telah dibayar. 

Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk membatalkan polisi/ sijil anda Tempoh masa bertenang/Tempoh rujukan percuma, SIT akan mengembalikan bahagian yang belum digunakan, tertakluk kepada pengiraan yang ditentukan oleh SIT. 

Anda boleh menyemak dokumen polisi/sijil anda yang dihantar melalui e-mel oleh SIT ke alamat e-mel anda yang berdaftar.  Ia juga boleh didapati di bahagian 'Pelan Perlindungan Saya' di portal i-Lindung pada butang 'Lihat e-Sijil'.

Sila ambil perhatian bahawa selepas pembatalan polisi/sijil, anda tidak lagi mempunyai perlindungan. Oleh itu, sebelum membatalkan, adalah dinasihatkan untuk mempertimbangkan perkara ini dengan teliti.

Perkhidmatan Lain

Frequently Asked Question

Other Services - FAQ

Setelah pembatalan polisi/sijil dilakukan, adakah pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP?

back chevron

Ya, pemulangan akan dikreditkan ke Akaun KWSP sekiranya pembayaran dibuat sebelum anda mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank, berdasarkan maklumat perbankan yang diberikan kepada SIT. Pemulangan ini juga akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda jika Akaun KWSP tidak aktif.

Berapa lamakah masa diambil untuk memaparkan jumlah pemulangan di dalam Akaun KWSP saya?

back chevron

Ia akan mengambil masa tujuh (7) hari bekerja setelah SIT meluluskan proses pembatalan polisi/sijil anda dan memaklumkan kepada KWSP. Tempoh kelulusan proses pembatalan polisi/sijil adalah berbeza di antara SIT. Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT berkenaan.

Mengapakah penting untuk membuat penamaan?

back chevron

Penamaan adalah penting untuk melindungi orang yang tersayang dan memastikan mereka menerima manfaat seperti yang anda inginkan tanpa sebarang kelewatan. Tanpa penamaan, manfaat di bawah polisi/sijil akan dibayar oleh SIT kepada pelaksana atau pentadbir anda yang sah untuk mengagihkan wang tersebut mengikut undang-undang pengagihan yang berkaitan. Proses ini mungkin akan memakan masa. Adalah penting bagi penama mengetahui polisi/sijil yang dibeli oleh anda.

Anda boleh membuat penamaan selepas pembelian produk PPA di portal i-Lindung pada bahagian 'Pelan Perlindungan Saya'.

Bagaimanakah cara untuk membuat penamaan bagi polisi/sijil yang telah dibeli?

back chevron

Anda boleh melakukan penamaan melalui SIT tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, anda  boleh menghubungi khidmat pelanggan SIT tersebut atau merujuk pada dokumen polisi/sijil anda. 

Selain itu, anda juga boleh merujuk  di bahagian 'Pelan Perlindungan Saya' di dalam portal i-Lindung.

Bolehkah saya melakukan Hibah untuk polisi/sijil yang telah dibeli?

back chevron

Hibah, yang bermaksud hadiah atau pemberian secara sukarela tanpa balasan, hanya terpakai bagi penamaan di bawah produk takaful. Dengan menamakan orang yang tersayang sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat akan dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa melalui prosedur pewarisan atau Faraid yang lazimnya memakan masa yang panjang.

Dengan menamakan orang yang tersayang sebagai benefisiari di bawah hibah bersyarat, manfaat akan dibayar oleh Pengendali Takaful tanpa melalui prosedur pewarisan atau Faraid yang lazimnya memakan masa yang panjang.