i-Invest: Skim Pelaburan Ahli
Platform i-Invest
Akses platform i-Invest dengan mudah melalui saluran berikut:
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP turut layak.
- Ahli berumur 55 tahun dan ke atas, boleh memilih untuk melabur sebahagian simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55/60 Tahun (Pelaburan). Pelaburan ini tidak terikat dengan syarat-syarat Skim Pelaburan Ahli. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat dalam talian melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun .
Permohonan melalui ejen/kaunter IPD
- Borang KWSP 9N (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Borang ini perlu diperolehi dari IPD yang berkenaan)
- Dokumen Pengenalan atau Pasport (Untuk Bukan Warganegara yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
Portal Web & Aplikasi KWSP i-Akaun
- Ahli mendaftar sebagai pengguna portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun
- Ahli mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC
Apa Yang Boleh Anda Laburkan
| Ahli | Umur | Simpanan di Akaun Persaraan (RM) | Simpanan Asas Baharu (RM) | Pengiraan Untuk Pelaburan (30%) | Kelayakan |
|---|---|---|---|---|---|
| A | 22 | 2,000 | 4,000 | - | Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun Persaraan adalah kurang daripada Simpanan Asas baharu. |
| B | 22 | 6,000 | 4,000 | (6,000 − 4,000) × 30% = RM600 | Ahli tidak layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000. |
| C | 25 | 24,000 | 11,000 | (24,000 − 11,000) × 30% = RM3,900 | Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000 dan maksimum adalah RM3,900. |
Kepentingan Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah jumlah simpanan dalam Akaun Persaraan yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh sekurang-kurangnya RM390,000 pada umur 60 tahun. Simpanan Asas ini membolehkan ahli memperoleh pendapatan minimum sebanyak RM1,625 sebulan bagi menampung keperluan asas persaraan selama 20 tahun, iaitu dari umur 60 hingga 80 tahun, selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia. Pengeluaran bulanan dianggarkan sebanyak RM1,625 pada tahun pertama persaraan dan meningkat secara berperingkat sehingga RM4,434 menjelang tahun ke-20.Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun Persaraan yang melebihi Simpanan Asas menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Kuantum terbaharu Simpanan Asas bagi Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2026.
Nota: Tempoh semakan bagi Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) ditetapkan selama lima (5) tahun, dan peralihan kepada Tahap Simpanan Asas yang baharu juga akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun, dengan peningkatan tahunan sebanyak RM30,000, berdasarkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF).
Contoh Pengiraan Kelayakan
Contoh Pengiraan Kelayakan
Ahli: A
Umur: 22
Simpanan di Akaun Persaraan (RM): 2,000
Simpanan Asas Baharu (RM): 4,000
Pengiraan Untuk Pelaburan (30%): -
Kelayakan: Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun Persaraan kurang daripada Simpanan Asas baharu
Ahli: B
Umur: 22
Simpanan di Akaun Persaraan (RM): 6,000
Simpanan Asas Baharu (RM): 4,000
Pengiraan Untuk Pelaburan (30%): (6,000 - 4,000) x 30% = RM600
Kelayakan: Ahli tidak layak memohon. Kelayakan minimum adalah RM1,000
Ahli: C
Umur: 25
Simpanan di Akaun Persaraan (RM): 24,000
Simpanan Asas Baharu (RM): 11,000
Pengiraan Untuk Pelaburan (30%): (24,000 - 11,000) x 30% = RM3,900
Kelayakan: Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000.00 dan maksimum adalah RM3,900
Lihat Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun Persaraan Bagi Tahun 2026
| Umur | Simpanan Asas (RM) | Age | Simpanan Asas (RM) |
|---|---|---|---|
| 18 | 900 | 40 | 74,000 |
| 19 | 1,100 | 41 | 80,200 |
| 20 | 1,500 | 42 | 86,700 |
| 21 | 1,900 | 43 | 93,600 |
| 22 | 4,000 | 44 | 100,000 |
| 23 | 6,200 | 45 | 108,000 |
| 24 | 8,500 | 46 | 115,000 |
| 25 | 11,000 | 47 | 124,000 |
| 26 | 13,700 | 48 | 132,000 |
| 27 | 16,600 | 49 | 141,000 |
| 28 | 19,600 | 50 | 150,000 |
| 29 | 22,900 | 51 | 160,000 |
| 30 | 26,300 | 52 | 170,000 |
| 31 | 30,000 | 53 | 181,000 |
| 32 | 33,900 | 54 | 192,000 |
| 33 | 38,100 | 55 | 203,000 |
| 34 | 42,400 | 56 | 216,000 |
| 35 | 47,000 | 57 | 228,000 |
| 36 | 51,900 | 58 | 241,000 |
| 37 | 57,000 | 59 | 255,000 |
| 38 | 62,400 | 60 | 270,000 |
| 39 | 68,100 |
Nota: Jadual adalah merujuk kepada Simpanan Asas baharu tahun 2026.
Di Mana Anda Boleh Melabur
Senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik
| Institusi | Kod IPD & Dana |
|---|---|
AHAM Asset Management Berhad3rd Floor, Menara Boustead 69, Ketua Pegawai Eksekutif: Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2116 6000 |
IPD055 |
Amanah Saham Nasional BerhadAras 91, Menara Merdeka 118, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 7730 8899 |
IPD035 |
Amanah Saham SarawakLot 357, Section 5 KTLD, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 082 - 231 433 |
IPD004 |
AmFunds Management BhdTingkat 9, Bangunan AmBank Group Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2032 2888 |
IPD019 |
Astute Fund Management Berhad3rd Floor, Menara Dungun, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2095 9999 |
IPD033 |
Eastspring Investments BhdLevel 22, Menara Prudential, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2052 3388 |
IPD046 |
Hong Leong Asset Management BhdLevel 18, Block B, Plaza Zurich, Ketua Pegawai Eksekutif Ketua Pematuhan: Tel: 03 - 2081 8600 |
IPD009 |
KAF Investment Funds BhdLevel 13, Menara IQ, Pengarah Eksekutif/ Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2171 0559 |
IPD052 |
Kenanga Investors BhdLevel 14, Kenanga Tower Pengarah Urusan/ Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2172 3000 |
IPD056 |
Manulife Investment Management
|
IPD057 |
MIDF Amanah Asset Management BhdLevel 20, Menara MBSB Bank, PJ Sentral Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tex |
IPD012 |
Pheim Unit Trusts BhdTingkat 7, Menara Hap Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2142 8888 |
IPD053 |
Phillip Capital Management Sdn BhdB-18-6 Megan Avenue II Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2783 0300 |
IPD028 |
PMB Investment BhdTingkat 2, Wisma PMB, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 4145 3800 |
IPD020 |
Principal Asset Management BhdLevel 32, Exchange 106, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 – 8680 8000 |
IPD034 |
Public Mutual Bhd8th Floor, Menara Public Bank 2, Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2022 6800 |
IPD003 |
RHB Asset Management Sdn BhdLevel 8, Tower 2 & 3, RHB Centre Ketua Pegawai Eksekutif Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 9205 8000 |
IPD026 |
RHB Islamic International Asset
|
IPD058 |
TA Investment Management BhdTingkat 23, Menara TA One, Ketua Pegawai Eksekutif: Pegawai Pematuhan: Tel: 03 - 2031 6603 |
IPD014 |
Apa Anda Perlu Tahu
- Pelaburan hanya boleh dibuat sama ada melalui IPD yang dilantik oleh KWSP atau Penasihat Institusi Unit Amanah (IUTA) yang terlibat.
- Permohonan pelaburan boleh dibuat secara manual melalui ejen/kaunter IPD atau dalam talian melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun.
- Permohonan yang telah dihantar kepada KWSP melalui IPD/IUTA atau secara dalam talian melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun tidak boleh dibatalkan.
- Permohonan pelaburan boleh dibuat pada bila-bila masa dalam pelbagai dana unit amanah/pelbagai IPD yang dilantik oleh KWSP selagi ahli mempunyai amaun kelayakan pelaburan.
- Amaun kelayakan pelaburan akan dikemaskini setiap 3 bulan.
- Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
- Ahli bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat. KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian. Ahli diingatkan supaya membaca dan memahami secara menyeluruh Dokumen Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur.
- Ahli tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.
- Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP.
- Bagi ahli berumur bawah 55 tahun, sekiranya ahli menjual pelaburan berkenaan atau IPD ditamatkan di bawah SPA, IPD akan mengembalikan semua hasil jualan pelaburan kepada KWSP.
- KWSP akan melepaskan kawalan terhadap pelaburan di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau ahli/waris ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan. Sebarang urusan pelaburan adalah di antara ahli/waris ahli dan IPD. Hasil jualan pelaburan ahli tidak akan dikembalikan semula kepada KWSP apabila pelaburan tersebut dijual.
- Ahli yang telah memilih Simpanan Shariah hanya boleh memilih pelaburan ke Unit Amanah dalam produk patuh shariah yang disenaraikan oleh KWSP.
- Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP, tetapi ahli adalah diingatkan bahawa terdapat caj yang dikenakan oleh IPD/IUTA kepada ahli yang melabur.
Peringatan Penting
Mengesahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
Maklumat Tambahan

Frequently Asked Question
Apa itu Skim Pelaburan Ahli (SPA)?
- Ahli boleh memindahkan sebahagian simpanan Akaun Persaraan untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan.
- Pindahan hingga maksimum 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun Persaraan (bagi ahli yang berumur 55 tahun dan ke bawah.)
- Pindahan kepada Institusi Pengurusan Dana (IPD) atau Institutional Unit Trust Adviser (IUTA) yang dilantik.
Apakah saluran permohonan yang disediakan sekiranya ahli ingin memohon SPA?
- Melalui Ejen/Kaunter IPD
- Melalui aplikasi KWSP i-Akaun
- Melalui portal web i-Akaun (Ahli)
Apakah syarat-syarat kelayakan untuk membuat pelaburan?
| Ahli Berumur 55 Tahun Ke Bawah | Ahli Berumur 55 Tahun Dan Ke Atas |
|
|
Berapakah kekerapan pelaburan yang dibenarkan?
| Permohonan melalui Ejen/ Kaunter IPD | Permohonan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) |
|
|
Bagaimanakah cara membuat permohonan?
| Permohonan melalui Ejen/ Kaunter IPD | Permohonan melalui portal web atau aplikasi KWSP i-Akaun |
|
|
Berapakah bayaran perkhidmatan yang dikenakan kepada ahli?
| Permohonan melalui Ejen/ Kaunter IPD | Permohonan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) |
|
|
Apakah ciri-ciri yang terdapat di dalam i-Invest?
- Pegangan akaun pelaburan keseluruhan
- Prestasi dana
- Fungsi menganalisa dana
- Transaksi dalam talian (beli, tukar, jual)
- Sejarah transaksi
- Penilaian kesesuaian pelabur
- Simulasi pelaburan
- Dashboard prestasi pelaburan individu
- Hub maklumat
Adakah ahli yang telah memilih Simpanan Shariah hanya boleh melabur dalam dana patuh syariah sahaja?
Ya, ahli yang telah memilih Simpanan Shariah dan telah berkuatkuasa hanya boleh melabur dalam dana patuh syariah sahaja.
Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya ahli mempunyai masalah/pertanyaan berkaitan SPA?
- Urusan dengan KWSP:
Ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP atau melayari laman web KWSP.
- Urusan dengan IPD/IUTA:
Ahli boleh menghubungi pusat panggilan IPD/IUTA yang berkaitan.
Bagaimanakah ahli dapat menyemak status permohonan SPA?
Ahli boleh menyemak status permohonan melalui Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP atau di aplikasi KWSP i-Akaun.
Bilakah hasil jualan akan ditunjukkan dalam Akaun Persaraan dan pegangan i-Invest ahli?
Hasil jualan boleh mengambil masa sehingga 7 hari bekerja bermula dari IPD menerima permohonan (melalui transaksi dalam talian atau melalui ejen) untuk dikreditkan semula kepada KWSP, walaupun ia biasanya mengambil masa 2-4 hari bekerja. Tempoh masa juga bergantung pada polisi penebusan dan proses di IPD atau IUTA. Sebaik sahaja pelaburan anda dicairkan, ia akan ditunjukkan dalam pegangan i-Invest anda pada hari bekerja berikutnya.
Sebaik sahaja KWSP telah menerima hasil jualan daripada IPD yang berkaitan, ia boleh mengambil masa sehingga 7 hari bekerja lagi untuk hasil jualan dikreditkan ke dalam Akaun Persaraan anda. Oleh itu, mungkin timbul situasi di mana pegangan i-Invest anda telah menunjukkan transaksi jual tetapi Akaun Persaraan anda belum menunjukkan hasil jualan dikreditkan.
Jika KWSP telah melepaskan kawalan, hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi anda oleh IPD yang berkaitan. Sila hubungi IPD yang berkaitan untuk penjelasan lanjut.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda