Majikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP seperti yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991. Jika anda gagal berbuat demikian anda tertakluk kepada penalti yang disenaraikan di bawah.
Seksyen Kesalahan Penalti
41(1) Kegagalan mendaftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari setelah mengambil pekerja. Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
43(2) Kegagalan membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb. Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
59(a) Kesalahan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis. Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
48(3) Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP. Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
47(1) & 47(2) Memotong atau cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja. Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
41(3) Kegagalan memaklumkan KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja. Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
42(1) Kegagalan menyedia dan memberikan slip gaji kepada pekerja. Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
46(1) Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak. Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:
a) Tindakan kebankrapan
b) Penyitaan dan penjualan aset
c) Larangan Keluar Negara;
Seksyen 39 - Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan.
Seksyen Kesalahan Kes Tarikh Penghakiman/ Perintah
41(1) Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak. LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA V. ADORNA RMIT SDN BHD & 9 ORS
[CIVIL SUIT NO: 22-632-2001]
Lihat Kes
03.11.2003
41(1) Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak. TAM KWOR HAM & ORS V. LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
[CIVIL APPEAL NO: 1-12-73-2004]
Lihat Kes
28.02.2006
Seksyen Kesalahan Penalti
Seksyen Kesalahan Kes Tarikh Penghakiman/ Perintah
Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Employer - Offences and Penalties FAQ

Jika majikan gagal mendaftar sebagai majikan dalam tempoh ditetapkan, apakah tindakan yang akan dikenakan kepada majikan?

back chevron

Majikan boleh dikenakan penjara tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya (Seksyen 41 (2), Akta KWSP 1991).