Sebagai majikan, anda perlu tahu mengenai kepentingan mengemaskini maklumat anda ke maklumat yang terkini. Di bawah adalah sebahagian daripada maklumat yang penting dan perlu di kemaskini dengan KWSP sebelum tarikh akhir bayaran caruman pada bulan berkenaan.
Apa Yang Perlu Dikemaskini

Perubahan Alamat Dan Nama/Status Majikan

Majikan perlu memaklumkan KWSP dalam masa 14 hari jika terdapat pertukaran alamat.

Bagi pertukaran nama dan status, contoh daripada Pemilik Tunggal kepada Perkongsian, majikan hendaklah memaklumkan kepada KWSP dalam tempoh 21 hari dengan menggunakan Borang KWSP 1 (MAJ).

Pemberhentian Pekerja

Sebagai majikan, anda perlu memaklumkan KWSP jika anda menghadapi senario di bawah.

  1. Berhenti mengambil pekerja sementara waktu
    Majikan yang tidak mempunyai pekerja untuk sesuatu bulan perlu memaklumkan KWSP melalui surat/emel ataupun saluran yang ditetapkan dari masa ke semasa.

    KWSP boleh membatalkan Nombor Rujukan Majikan sekiranya majikan tidak bertanggung/tiada pekerja untuk tempoh 6 bulan berturut-turut.

  2. Tidak mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja
    Majikan yang tidak mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja pada masa akan datang, perlu memaklumkan KWSP dengan melengkapkan Borang KWSP 6 (Borang B)/surat/emel atau lain-lain saluran yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari.

    Sila maklumkan KWSP sekiranya anda mengambil pekerja semula.

 

Penamatan Operasi

Majikan yang ingin menamatkan operasi perlu memaklumkan KWSP sama ada dengan melengkapkan Borang KWSP 6 (Borang B)/surat/emel atau lain-lain saluran yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari.

 

Apa Yang Perlu Anda Senggara

Update & Maintain Records Accordion

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Update & Maintain Records

Bilakah pendaftaran majikan perlu dibuat dan dokumen apakah yang diperlukan?

back chevron

Mengikut Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh mengambil pekerja. Majikan melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Contoh: Borang 49/ Sijil Pendaftaran oleh SSM). Majikan akan diberi:

a. Nombor Rujukan Majikan
b. Sijil Pendaftaran Majikan
c. Notis Pendaftaran Majikan


Apakah itu pendaftaran majikan dalam talian bagi syarikat berdaftar dengan SSM?

back chevron

a. Pendaftaran majikan dalam talian merupakan kemudahan untuk syarikat yang berdaftar
    dengan SSM, mendaftar sebagai majikan KWSP di laman web KWSP (www.kwsp.gov.my).
b. Ia juga menyediakan kemudahan pendaftaran i-Akaun (Majikan) dalam talian bagi majikan
    yang layak.


Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan ini ?

back chevron

Sebagai permulaan, kemudahan ini hanya dibuka kepada Majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat (Sdn. Bhd. & Bhd.) dengan pihak SSM untuk mendaftar sebagai Majikan KWSP.


Adakah majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain boleh menggunakan kemudahan ini ?

back chevron

Majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain TIDAK BOLEH menggunakan kemudahan ini.


Mengapakah kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat dengan pihak SSM?

back chevron

Buat masa ini, kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSM berikutan maklumat bagi kategori majikan ini telah pun disimpan di peringkat KWSP.


Adakah kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain ?

back chevron

Kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain pada masa akan datang dan sebarang penambahbaikan kemudahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak KWSP.


Apakah syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini ?

back chevron

Syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini adalah seperti berikut:
i. Belum berdaftar sebagai Majikan KWSP
ii. Telah mempunyai pekerja yang bekerja
iii. Telah berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSM
iv. Setiap maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pendaftaran mestilah SAMA dengan maklumat yang telah didaftarkan/direkodkan di SSM untuk pengesahan.


Siapakah daripada majikan yang boleh membuat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini?

back chevron

Permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini boleh dibuat oleh majikan, wakil majikan atau setiausaha syarikat.


Apakah fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP?

back chevron

Fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi majikan KWSP ialah pendaftaran i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak.


Bagaimanakah majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran Majikan dalam talian sama ada berjaya atau ditolak?

back chevron

Majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran dalam talian secara automatik melalui makluman status berjaya atau tidak semasa membuat pendaftaran. 


Apakah maklumat yang akan diperolehi majikan setelah permohonan pendaftaran dalam talian berjaya?

back chevron

Maklumat yang akan diperolehi majikan adalah seperti berikut:
a. Nombor rujukan majikan
b. Notis pendaftaran majikan
c. Sijil pendaftaran sebagai majikan
d. Pengaktifan i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak


Bolehkah majikan mendapatkan semula notis dan sijil pendaftaran majikan sekiranya terlupa untuk memuat turun atau mencetak dokumen tersebut ?

back chevron

Majikan BOLEH memuat turun atau mencetak semula notis dan sijil pendaftaran dengan mengunci masuk semula maklumat pendaftaran yang telah didaftarkan di skrin pendaftaran.


Adakah kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini selamat ?

back chevron

Kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ADALAH SELAMAT berikutan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi melindungi data majikan.


Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan permohonan pendaftaran majikan sebagai Majikan KWSP dalam talian ini ditolak?

back chevron

Faktor-faktornya adalah seperti berikut:
a. Majikan telahpun berdaftar sebagai majikan dengan pihak KWSP.
b. Maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pengesahan maklumat
    pendaftaran didapati TIDAK SAMA dengan maklumat yang didaftarkan/direkodkan di SSM.


Di manakah majikan boleh membuat permohonan pendaftaran Majikan KWSP jika permohonan pendaftaran majikan dalam taliannya ditolak?

back chevron

Permohonan boleh dibuat di kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pertanyaan lanjut.


Bolehkah majikan membuat permohonan pendaftaran untuk lebih daripada satu nombor rujukan melalui kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini ?

back chevron

Tidak. Majikan hanya boleh berbuat demikian di Pejabat KWSP.


Adakah saluran pendaftaran Majikan KWSP dalam talian ini akan menghapuskan saluran pendaftaran Majikan sedia ada di Pejabat KWSP?

back chevron

TIDAK. Saluran pendaftaran majikan di Pejabat KWSP masih kekal seperti sedia ada.