Cara Kekal Bergaya Tanpa Berbelanja Besar

Fesyenista Celik Kewangan: Tip Bergaya Dengan Bajet Terhad
Article Image

Anda sedang melayari media sosial dan ternampak satu trend fesyen yang semakin mendapat perhatian dalam talian. Pempengaruh dan selebriti pun turut serta, dan tanpa disedari, anda juga terikut-ikut trend tersebut. Pernah alami situasi begini?

download epf statement kwsp i akaun app screenshot 1

Dalam dunia hari ini yang dipenuhi trend yang sentiasa berubah, fesyen sebagai hobi semakin popular — terutamanya dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Namun, jika anda baru sahaja mula bekerja dan menerima gaji pertama, perbelanjaan fesyen yang kerap boleh membawa kepada inflasi gaya hidup, sekali gus menyukarkan anda untuk menyimpan atau mencapai matlamat kewangan yang lebih penting.

Jangan risau — anda masih boleh menikmati dunia fesyen tanpa perlu berbelanja besar. Tip fesyen bajet berikut boleh membantu anda kekal bergaya sambil bijak mengurus kewangan.

1. Tidak semua trend fesyen perlu diikut

Trend fesyen datang dan pergi. Namun, jika terlalu mengikut arus, anda mungkin terjebak dalam pembelian secara impulsif sehingga memenuhi almari dengan pakaian yang jarang dipakai. Sebaliknya, utamakan gaya yang klasik dan versatil, iaitu potongan asas dalam warna neutral yang mudah dipadankan antara satu sama lain:

  • Kemeja putih dan blaus berkolar
  • Blazer hitam dan skirt berpotongan kemas
  • Seluar berwarna neutral
  • Jaket ringkas yang mudah dipadankan

Pakaian asas seperti ini tidak lapuk dek zaman dan mudah digayakan untuk pelbagai acara.

Risau gaya anda terlalu biasa? Mahu tampil lebih menonjol? Serlahkan gaya anda dengan aksesori atau item pernyataan (juga dikenali sebagai statement piece). Bergaya klasik tidak bermakna anda perlu mengetepikan elemen moden — yang penting ialah keseimbangan antara gaya semasa dan gaya yang tahan lama. 

2. Terokai dunia thrift & fesyen vintage

download epf statement kwsp i akaun app screenshot 1

Istilah vintage sering dianggap lebih bergaya berbanding secondhand, bukan? Thrifting, iaitu aktiviti membeli pakaian atau barangan terpakai (secondhand) yang masih dalam keadaan baik, kini semakin menjadi arus perdana. Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah semakin dihargai kerana keunikan setiap item dan nilai estetikanya yang tersendiri.

Di Malaysia, kedai bundle fizikal dan platform dalam talian menawarkan pelbagai pilihan menarik — malah ada yang tampil seperti butik eksklusif dengan koleksi yang diseleksi khas untuk pencinta fesyen unik.

Kelebihan thrifting:

  • Mengurangkan pembaziran fesyen
  • Menyokong perniagaan tempatan
  • Mendapatkan item unik dan berjenama pada harga yang jauh lebih rendah

Baca Juga: 5 Sebab Anda Perlu Menyimpan Duit

3. Beli semasa jualan besar-besaran

Ambil peluang untuk berjimat dengan merancang pembelian semasa musim jualan seperti:

  • Jualan hujung tahun
  • Jualan perayaan (Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Kemerdekaan, Krismas)
  • Jualan dalam talian (11.11, 12.12, Black Friday, dan pelbagai kempen lain di platform e-dagang)

Namun, sebelum membuat pembelian, pertimbangkan dahulu: Adakah barangan ini benar-benar melengkapkan koleksi sedia ada anda? Elakkan pembelian impulsif hanya kerana diskaun yang menarik.

4. Kunjungi kedai outlet

Jika anda ingin mendapatkan pakaian berjenama pada harga yang lebih rendah, kedai outlet ialah pilihan yang bijak. Kedai seperti ini biasanya menawarkan stok musim lepas — pakaian daripada koleksi terdahulu yang tidak lagi dijual di butik utama, namun masih berkualiti dan bergaya.

Selain itu, anda juga boleh menemui lebihan stok atau koleksi lama daripada jenama terkenal. Jika bernasib baik, anda mungkin menjumpai ‘permata tersembunyi’ yang ditawarkan pada harga yang sangat berbaloi.

5. Labur pada pakaian berkualiti

Kadangkala, melabur sedikit lebih untuk pakaian berkualiti tinggi dan tahan lama yang kerap dipakai boleh menjimatkan dalam jangka masa panjang. Contohnya:

download epf statement kwsp i akaun app screenshot 1

Pakaian berkualiti tinggi tahan lebih lama, sekali gus menjadikan kos setiap pemakaian lebih rendah dan menyumbang kepada gaya hidup yang lebih lestari dan berhemah.

6. Guna aplikasi & teknologi untuk jimat

Manfaatkan aplikasi dan sambungan pelayar (browser extension) yang boleh membantu anda berjimat semasa membeli-belah dalam talian. Banyak platform pulangan tunai (cashback) di Malaysia menawarkan rebat untuk pembelian daripada pelbagai kedai dalam talian. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang menyediakan jualan berkala, baucar, dan kod diskaun.

Selain itu, sambungan pelayar tertentu boleh mengesan dan menggunakan kod diskaun secara automatik semasa pembayaran, memastikan anda mendapat tawaran terbaik. Dengan bantuan teknologi ini, anda boleh berbelanja dengan lebih bijak, kekal dalam bajet, dan menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi. 

Cinta fesyen, bijak kewangan

Fesyen bukan sekadar pakaian — ia mencerminkan siapa anda dan membantu anda tampil lebih yakin dengan diri sendiri. Kuncinya ialah mencari keseimbangan antara memenuhi keinginan berfesyen dan keperluan kewangan yang lain, bukannya mengelak terus daripada berbelanja untuk fesyen.

Dengan berbelanja secara bijak, membeli barangan terpakai, dan merancang bajet, anda tetap boleh tampil bergaya tanpa membebankan kewangan anda. Jadi pengguna yang bijak — mulakan langkah pertama ke arah gaya hidup seimbang antara fesyen dan kewangan dengan memuat turun aplikasi Belanjawanku di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.

back chevron