Panduan Mudah Kaedah Bajet 50/30/20

Kaedah 50/30/20: Cara Bijak Urus Bajet Anda
Article Image

Hari gaji selalu menjadi waktu yang dinanti-nantikan. Namun, saya pernah terbawa-bawa dengan keseronokan berbelanja seperti membeli pakaian baharu, makan di restoran mewah, atau memanjakan diri dengan perkara yang tidak begitu diperlukan. Akibatnya, menjelang pertengahan bulan, saya mula tertanya-tanya, “Ke mana hilangnya semua duit saya?”

Jika anda pernah merasakan perkara yang sama, ini mungkin petanda bahawa pengurusan kewangan anda memerlukan perhatian. Salah satu cara yang terbukti berkesan untuk mengurus kewangan ialah menggunakan kaedah bajet 50/30/20.

Apa itu kaedah 50/30/20?

Kaedah 50/30/20 adalah sistem bajet yang mudah untuk mengurus kewangan peribadi. Kaedah ini membahagikan pendapatan anda kepada tiga kategori utama: keperluan, kehendak, dan simpanan.

Tax Relief Document

 

Baca juga: Kuasa Belanjawan: Langkah, Kepentingan & Tips

Bagaimana kaedah 50/30/20 boleh diaplikasikan untuk gaji RM4,500?

Berikut ialah pecahan mudah untuk anda mula membuat bajet dengan bijak:

Tax Relief Document

Dengan mengikuti kaedah 50/30/20, anda dapat mengurus perbelanjaan harian dengan bijak sambil membina tabungan untuk masa hadapan. Pendekatan mudah ini membantu anda mengimbangi perbelanjaan dan simpanan, memberikan kawalan yang lebih baik terhadap kewangan serta meningkatkan kestabilan kewangan jangka panjang.

5 tip pengurusan bajet yang anda perlu tahu

Tax Relief Document

Jika anda ingin memahami tentang pengurusan kewangan dengan lebih mendalam, semak panduan My Money Matters 2.0 daripada KWSP. Panduan ini mengandungi tip praktikal untuk membantu anda membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan kekal fokus pada matlamat kewangan anda.

*Penafian: Maklumat ini adalah sebagai garis panduan umum. Kaedah 50/30/20 merupakan pendekatan biasa untuk pengagihan pendapatan. Walau bagaimanapun, ia boleh disesuaikan mengikut situasi kewangan, keperluan, dan gaya hidup anda.

back chevron