Pengeluaran Hilang Upaya
Penafian khas
- KWSP berhak untuk membuat pengesahan semua laporan perubatan yang dikemukakan dengan institusi perubatan yang berkenaan.
- Jika Lembaga Perubatan KWSP berpendapat bahawa ahli tersebut tidak dapat menjaga hal ehwal diri sendiri ataupun hal ehwal kewangannya, pembayaran boleh di buat kepada mana-mana orang yang layak mengikut pertimbangan KWSP.
Bantuan Hilang Upaya
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal
- Buku bank/penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Maklumat pemegang akaun
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Laporan perubatan asal dari Institusi Perubatan dengan tandatangan, nama penuh, jawatan, nombor pendaftaran MMC/MPM dan bidang pegawai perubatan yang merawat.
- Surat penamatan perkhidmatan dari majikan (wajib untuk sektor awam/pilihan untuk sektor lain)
Cara Pembayaran
Bayaran Dalam Negara
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank
Anda akan diberi Cek Jurubank
Jika bayaran ke akaun anda gagal
Bayaran Luar Negara
Bayaran penuh akan dibuat melalui draf bank asing (FDD) dalam mata wang pilihan berikut:
i. Dolar Brunei (BND)
ii. Dolar Singapura (SGD)
Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat dalam senarai di atas, bayaran penuh akan dibuat melalui pemindahan telegrafik asing (FTT).
Peringatan Penting
1. Sahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
2. Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli
3. Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke pejabat KWSP terdekat atau secara mel.
JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



