Rawatan Kesuburan
- Diri sendiri
- Pasangan anda**
- Pengeluaran individu
- Pengeluaran bersama dengan pasangan
ATAU
Keseluruhan simpanan dalam Akaun Sejahtera
(mana yang lebih rendah)
ATAU
Simpanan Akaun Sejahtera pemohon masing-masing
ATAU
Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu
(mana yang lebih rendah)
*Jika kos perubatan telah dibiayai sebahagiannya oleh majikan ahli/pesakit, anda hanya boleh mengeluarkan baki kos perubatan yang belum dilangsaikan.
Bayaran kepada ahli
Bayaran kepada institusi perubatan dalam negara
Jika kos perubatan masih tertunggak/belum selesai
- MyKad ATAU Dokumen Pengenalan Diri Asal
- Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
- Bil Rawatan Pesakit Luar/ Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
- Surat pengesahan daripada majikan ahli dan pasangan (sekiranya masih bekerja) mengesahkan tidak menanggung pembiayaan kos rawatan kesuburan
- Bukti rawatan kesuburan
Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
Lihat Sampel Laporan Perubatan - Rawatan Kesuburan LPP-2
Lengkap dengan maklumat pesakit dan rawatan kesuburan yang dibuat.
Laporan perubatan juga perlu, diturunkan cop Institusi Perubatan, tandatangan, cop nama penuh, jawatan dan bidang doktor yang merawat ahli (tidak melebihi satu tahun dari tarikh permohonan diterima).
- Bukti bayaran
Bil rawatan sebenar
DAN
Resit bayaran asal dari institusi perubatan (untuk tujuan pembayaran balik)
Tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh permohonan diterima dan jika resit bayaran bukan atas nama pemohon, surat kebenaran daripada pembayar kos rawatan (mengandungi tandatangan, nama dan nombor dokumen pengenalan diri diperlukan.
Nota: Kelayakan adalah tertakluk kepada rawatan yang diterima mulai 1 Januari 2020.
- Bukti identiti
Dokumen Pengenalan Diri pesakit*
*Sekiranya pemohon bukan pesakit
- Surat Pengesahan Majikan
Surat pengesahan tanggungan majikan ahli dan pasangan (jika bekerja)
- Bukti pertalian*
Sijil Perkahwinan
*jika pemohon bukan pesakit
- Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
Nota: Borang Pengeluaran Kesihatan - KWSP 9D (AHL) & Salinan dokumen pengenalan diri/Mykad diperlukan bagi permohonan melalui pos atau wakil.
Institusi Perubatan Dalam Negara
- Bukti rawatan kesuburan
Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
Lihat Sampel Laporan Perubatan - Rawatan Kesuburan LPP-2
Lengkap dengan maklumat pesakit dan rawatan kesuburan yang dibuat.
Laporan perubatan juga perlu, diturunkan cop Institusi Perubatan, tandatangan, cop nama penuh, jawatan dan bidang doktor yang merawat ahli (tidak melebihi satu tahun dari tarikh permohonan diterima).
- Bukti bayaran
Bil rawatan sebenar
DAN
Resit bayaran asal dari institusi perubatan (untuk tujuan pembayaran balik)
Tidak melebihi satu (1) tahun dari tarikh permohonan diterima dan jika resit bayaran bukan atas nama pemohon, surat kebenaran daripada pembayar kos rawatan (mengandungi tandatangan, nama dan nombor dokumen pengenalan diri diperlukan.
Nota: Kelayakan adalah tertakluk kepada rawatan yang diterima mulai 1 Januari 2020.
- Bukti identiti
Dokumen Pengenalan Diri pesakit*
*Sekiranya pemohon bukan pesakit
- Surat Pengesahan Majikan
Surat pengesahan tanggungan majikan ahli dan pasangan (jika bekerja)
- Bukti pertalian*
Sijil Perkahwinan
*jika pemohon bukan pesakit
Maklumat Tambahan
Cara Pembayaran
Bayaran Dalam Negara
- Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kreditkan ke dalam akaun anda
Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank - Anda akan diberi Cek Jurubank jika bayaran ke akaun anda gagal
Peringatan Penting
1. Sahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
2. Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli
3. Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke pejabat KWSP terdekat atau secara mel.
Jabatan Pengurusan Transaksi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor

Frequently Asked Questions
Frequently Asked Question
Apakah Pengeluaran Rawatan Kesuburan?
Pengeluaran Rawatan Kesuburan merupakan inisiatif perluasan di bawah Pengeluaran Kesihatan KWSP. Pengeluaran ini diperkenalkan di dalam pembentangan Belanjawan 2020 bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan rawatan kesuburan serta meringankan bebanan kewangan memandangkan kos rawatan yang tinggi.
Apakah jenis rawatan kesuburan yang dibenarkan untuk pengeluaran ini?
Rawatan kesuburan yang dibenarkan untuk Pengeluaran ini adalah seperti berikut:
i. Intrauterine insemination (IUI);
ii. In-Vitro Fertilisation (IVF);
iii. Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI).
Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?
Syarat kelayakan semasa di bawah Pengeluaran Kesihatan adalah terpakai dengan tambahan seperti berikut:
i. Jenis rawatan kesuburan yang dibenarkan adalah IUI,IVF & ICSI;
ii. Hanya dibenarkan kepada pasangan yang sah berkahwin dari segi undang-undang.
iii. Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja
Adakah permohonan pengeluaran bagi rawatan penyakit lain seperti penyakit ‘Endometriosis’ sebelum rawatan kesuburan dibenarkan?
Tidak. Ahli layak membuat pengeluaran bagi penyakit kritikal yang dibenarkan oleh KWSP dan bagi rawatan kesuburan sahaja.
Adakah ahli layak membuat pengeluaran bagi Rawatan Kesuburan di Institusi Perubatan luar negara?
Ahli tidak layak membuat membuat pengeluaran bagi Rawatan Kesuburan sekiranya menerima rawatan di Institusi Perubatan luar negara.
Adakah ahli boleh membuat Pengeluaran Rawatan Kesuburan bagi ahli keluarga yang lain?
Tidak boleh. Buat masa ini, pengeluaran adalah terhad untuk diri sendiri atau pasangan sahaja.
Adakah ahli/pasangan yang memohon Pengeluaran ini dibenarkan membuat tuntutan semula (reimbursement) kos rawatan yang dijalankan?
Tuntutan semula kos rawatan adalah dibenarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat semasa.
Bagaimanakah pengendalian permohonan rawatan kesuburan yang mendapat tajaan majikan ahli/pasangan?
i) Tajaan sepenuhnya
- Bagi ahli yang mendapat tajaan penuh dari majikan atau mana-mana badan/agensi, adalah tidak layak bagi pengeluaran ini;
ii) Tajaan separa
- Sekiranya ahli/pasangan mendapat tajaan separa, ahli/pasangan hanya layak memohon jumlah perbezaan di antara kos rawatan dan amaun tajaan atau baki simpanan Akaun Sejahtera (mana terendah).
Apakah tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Institusi Perubatan sekiranya terdapat kelebihan bayaran amaun pengeluaran yang dipohon?
Institusi Perubatan berkenaan perlu mengembalikan amaun bayaran yang berlebihan kepada KWSP dengan segera.
Adakah terdapat tempoh kekerapan bagi ahli memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?
Tiada tempoh kekerapan bagi ahli memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun Sejahtera seperti syarat-syarat Pengeluaran Kesihatan semasa.
Adakah Pengeluaran Rawatan Kesuburan terhad kepada kelahiran kali pertama atau berulang?
Pengeluaran Rawatan Kesuburan adalah tidak terhad dan terbuka kepada kelahiran seterusnya tertakluk kepada syarat-syarat semasa.
Adakah ‘ibu tumpang’ (surrogate mother) dibenarkan untuk pengeluaran ini?
Tidak boleh. Pengeluaran Rawatan Kesuburan hanya dibenarkan kepada pasangan suami isteri yang sah sahaja.
Adakah pengeluaran ini terhad kepada seorang isteri sahaja?
Tidak. Pengeluaran ini terbuka kepada ahli yang mempunyai lebih daripada seorang isteri.
Adakah permohonan bersama dibenarkan bagi Pengeluaran Rawatan Kesuburan?
Ya. Permohonan bersama adalah dibenarkan bagi membantu pasangan menampung kos rawatan kesuburan yang tinggi.
Apakah kaedah bayaran di bawah Pengeluaran Rawatan Kesuburan?
Kaedah bayaran utama bagi Pengeluaran Rawatan Kesuburan adalah secara Pengkreditan Terus.
Bagaimanakah ahli memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?
Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.
Apakah dokumen sokongan yang perlu dikemukakan semasa memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan?
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Laporan perubatan daripada institusi perubatan;
ii. Bukti pertalian di antara ahli dengan pasangan seperti sijil nikah/perkahwinan;
iii. Bil/resit rawatan.
Bolehkah ahli membatalkan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan yang telah didaftarkan?
Boleh. Pembatalan permohonan adalah seperti prosedur semasa.

Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda