Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.
Bagaimana Caranya
  • Sebahagian daripada simpanan di dalam Akaun Sejahtera akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.
  • Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.
  • Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman.

*Tempoh minimum simpanan ialah satu (1) tahun dan ring fencing ini hanya boleh digunakan untuk membeli satu (1) rumah pada satu masa. Tempoh simpanan maksimum ialah sehingga umur 55 tahun, atau tertakluk kepada tarikh akhir pinjaman perumahan atau hari terakhir ring fencing (mana yang lebih awal).

Mengenai Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  • Simpanan di dalam akaun ini tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran Perumahan, Pendidikan, Kesihatan atau Pengeluaran Umur 50.
    *Simpanan di dalam Akaun Sejahtera masih boleh digunakan untuk tujuan di atas.
  • Wang yang diketepikan untuk akaun ini adalah hak anda dan tidak dipindahkan ke institusi kewangan.
  • Anda akan terus menerima dividen tahunan untuk simpanan ini tetapi akan di kredit ke dalam Akaun Sejahtera.
  • Anda boleh mengeluarkan simpanan dari akaun ini apabila mencapai usia 55 atau disebabkan Kematian, Hilang Upaya, Meninggalkan Negara atau Pengeluaran Pekerja Berpencen.
Siapa Yang Boleh Memohon

Keperluan

icon card
Warganegara dan Penduduk Tetap (PR)
icon card
Umur bawah 54 tahun
icon card
Membeli/Membina rumah kediaman
icon card
Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

*Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
Bagi ahli yang membeli rumah kediaman jenis Small Office Home Office (SOHO) dikehendaki untuk membuat permohonan secara manual di kaunter KWSP.

Cara Untuk Memohon

Langkah 1

  • Dapatkan pengesahan dari institusi kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian rumah/ bangunan dan ring fencing

Langkah 2

  • Hantar permohonan dan dokumen yang diperlukan melalui institusi kewangan

Langkah 3

  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel mesti dipohon bersama Pengeluaran Beli/ Bina Rumah ATAU Pengeluaran Pengurangan/ Menyelesaikan Hutang Rumah
Apa Yang Diperlukan

Dokumen

Dokumen yang diperlukan mungkin berubah untuk permohonan kali pertama dan seterusnya. Oleh itu, ia penting untuk mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk memastikan proses berjalan lancar.

Permohonan Pertama

Flexible Housing Documents 1st Withdrawal Accordion

Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan

back chevron

Pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi hilang hak ke atas rumah

back chevron
  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Dokumen/Bukti hilang hak ke atas harta
  • Borang KWSP 9Q (1)

Pernah membuat Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Pinjaman Rumah untuk pasangan dan/atau Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

back chevron

Permohonan Seterusnya

Flexible Housing Documents Subsequent Withdrawal Accordion

Harta Sama

back chevron
  • Borang KWSP 9Q (2)
  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Borang KWSP 9Q (1)

Harta Berlainan

back chevron
  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
  • Surat pengesahan pinjaman bank
  • Dokumen/Bukti hilang pemilikan ke atas harta
  • Borang KWSP 9Q (1)

Pembatalan

Flexible Housing Withdrawal Cancellation Accordion

Maklumat Tambahan

Flexible House Withdrawal Additional Info Accordion

Peringatan Penting

back chevron
  1. Mengesahkan dokumen anda
    Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
    (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

    Orang Yang Diberi Kuasa

  2. Pastikan bank panel anda
    Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli

    Bank Panel KWSP

  3. Hantar ke KWSP
    Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.

    Cari KWSP Terdekat

    Mel ke KWSP:

    JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
    KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
    P.O. Box 00220 Jalan Sultan,
    46720 Selangor Darul Ehsan.
  4. Perlu maklumat lanjut?
    Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Housing Withdrawal FAQ Accordion

Mengapakah ahli masih perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?

back chevron

Tujuan ahli perlu hadir ke pejabat KWSP adalah untuk mengesahkan identiti pemohon bagi permohonan yang telah dihantar secara dalam talian.


Apa yang akan berlaku sekiranya ahli tidak hadir melakukan pengecaman Cap Ibu Jari?

back chevron

Permohonan akan ditolak secara automatik jika ahli tidak hadir untuk pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana pejabat KWSP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.​


Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) di kaunter?

back chevron
  • Dokumen pengenalan diri ahli yang asal bagi tujuan pengesahan identiti (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera).​
  • Dokumen sokongan - ahli akan dimaklumkan melalui peti masuk (inbox) di KWSP i-Akaun jika terdapat dokumen sokongan lain diperlukan.

Bagaimana cara ahli boleh menyemak status permohonan dan bayaran mereka?

back chevron

Di manakah pengecaman CIJ dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan?

back chevron
  • Ahli boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) dan penyerahan dokumen di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.​
  • Ahli juga boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana Self-Service Terminal (SST) berdekatan sekiranya permohonan tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan.