Pengeluaran Mengurang/ Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Siapa Yang Boleh Memohon
Kelayakan
*Rumah kediaman - jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman dan seumpamanya di Malaysia.
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
Bagi ahli yang membeli rumah kediaman jenis Small Office Home Office (SOHO) dikehendaki untuk membuat permohonan secara manual di kaunter KWSP.
Dokumen Tambahan Untuk Pengeluaran Membantu Pasangan
- Rumah dimiliki sepenuhnya oleh pasangan/berkongsi hak dengan ahli dan pasangan
- Pasangan ahli adalah peminjam untuk pinjaman perumahan tersebut
- Pengeluaran individu
- Pengeluaran bersama dengan pasangan/ahli keluarga
| Pengeluaran Individu | Pengeluaran Bersama |
|---|---|
| Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Semua simpanan Akaun Sejahtera (mana yang terendah dan tidak kurang RM500) | Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Semua simpanan Akaun Sejahtera pemohon (mana yang terendah dan tidak kurang RM500) |
| Pengeluaran Individu | Pengeluaran Bersama |
|---|---|
Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Semua simpanan Akaun Sejahtera |
Jumlah baki pinjaman perumahan ATAU Semua simpanan Akaun Sejahtera pemohon |
Apa Anda Perlukan
Dokumen
Dengan MyKad
- MyKad
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengandungi maklumat yang ditetapkan KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Surat Perjanjian Jual Beli ATAU Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran anak – untuk pengeluaran membantu pasangan
- Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama (jika ada)
Tanpa MyKad
- Borang KWSP 9C (AHL) (D8) - Bukan pemegang MyKad sahaja
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran anak – untuk pengeluaran membantu pasangan
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengandungi maklumat yang ditetapkan KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Surat Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik/Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
- Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama - untuk pengeluaran mengurang/menyelesaikan rumah kedua
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
Dokumen
Dengan MyKad
- MyKad
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengandungi maklumat yang ditetapkan KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama - untuk pengeluaran mengurang/ menyelesaikan rumah kedua
- Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran anak – untuk pengeluaran membantu pasangan
- Surat Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik/Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
Tanpa MyKad
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Bukti penjualan/pelupusan rumah pertama (untuk pengeluaran mengurang/menyelesaikan rumah kedua)
- Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengandungi maklumat yang ditetapkan KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
- Surat Perjanjian Jual Beli/Bukti Gadaian/Penyerahan (Borang Gadaian & Suratan Hakmilik/Surat Ikatan Serahak) – sekiranya maklumat di dalam Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap
- Sijil Perkahwinan/Sijil Kelahiran anak – untuk pengeluaran membantu pasangan
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
Tambahan Kelayakan
- Pasangan mestilah membeli/membina rumah dan mengambil pinjaman
- Ahli boleh merupakan peminjam atau bukan peminjam bagi pembelian rumah tersebut
- Rumah tersebut telah digadaikan sebagai cagaran atas pinjaman perumahan
- Rumah tersebut dimiliki sepenuhnya oleh pasangan atau milik bersama suami/isteri
- Ahli perlu kemukakan bukti pertalian suami/isteri iaitu Surat Nikah/Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran anak
- Ahli boleh membuat pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman untuk mana-mana rumah sedia ada untuk diri sendiri atau pasangan (suami/isteri/isteri-isteri), tertakluk kepada pengeluaran sekali setahun
- Jika ahli tidak pernah membuat pengeluaran untuk membeli atau membuat rumah, ahli layak membuat apa-apa jenis pengeluaran perumahan.
- Ahli tidak layak untuk memohon jika:
- Tujuan pinjaman adalah untuk mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada atau bagi tujuan peribadi
- Pinjaman berbentuk overdraft
- Pinjaman diambil dari individu
- Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan bagi pinjaman rumah ketiga
- Pinjaman untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah yang dibeli di luar negara
- Baki pinjaman asal telah selesai
- Jika ahli pernah membuat apa-pengeluaran perumahan untuk membeli atau membina rumah, ahli hanya boleh membuat pengeluaran untuk rumah yang sama ataupun untuk membantu pasangan anda untuk rumah yang berbeza.
- Jika rumah dibiayai semula (re-finance), baki pinjaman yang dikira berdasarkan baki pinjaman terkini.
Cara Pembayaran
Bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan anda/pasangan anda jika anda memenuhi kesemua syarat berikut.
- Anda/pasangan anda mempunyai akaun pinjaman perumahan dengan bank panel KWSP yang dilantik
- Pinjaman perumahan tidak berstatus NPL
- Akaun pinjaman perumahan anda/pasangan anda masih aktif
- Nombor pengenalan diri anda/pasangan anda selaku peminjam adalah sama dengan rekod bank
- Bayaran di buat dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM)
Peringatan Penting
- Sahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP) - Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli - Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.Mel Ke KWSP:
JABATAN PENGURUSAN TRANSAKSI
Menara KWSP
No.1 Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam,
Selangor.
Mengapakah ahli masih perlu hadir ke pejabat KWSP untuk pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?
Tujuan ahli perlu hadir ke pejabat KWSP adalah untuk mengesahkan identiti pemohon bagi permohonan yang telah dihantar secara dalam talian.
Apa yang akan berlaku sekiranya ahli tidak hadir melakukan pengecaman Cap Ibu Jari?
Permohonan akan ditolak secara automatik jika ahli tidak hadir untuk pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana pejabat KWSP dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) di pejabat KWSP?
- Dokumen pengenalan diri ahli yang asal bagi tujuan pengesahan identiti (MyKad/MyPR/KP Polis/KP Tentera).
- Dokumen sokongan - ahli akan dimaklumkan melalui peti masuk aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) jika terdapat dokumen sokongan lain diperlukan.
Bagaimana cara ahli boleh menyemak status permohonan dan bayaran mereka?
- Menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)
- Mengunjungi mana-mana pejabat KWSP yang berdekatan
Di manakah pengecaman CIJ dan penyerahan dokumen sokongan boleh dilakukan?
- Ahli boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) dan penyerahan dokumen di mana-mana pejabat KWSP berhampiran.
- Ahli juga boleh membuat pengesahan cap ibu jari (CIJ) di mana-mana Self-Service Terminal (SST) berdekatan sekiranya permohonan tidak memerlukan sebarang dokumen sokongan.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



