i-Saraan Plus merupakan inisiatif caruman sukarela KWSP, khusus untuk pemandu e‑hailing dan p‑hailing. Program ini membolehkan ahli menikmati insentif khas daripada Kerajaan demi jaminan persaraan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Faedah
icon card
Insentif Khas
Menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM600 setahun) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*
icon card
Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
icon card
Bantuan Kematian
​Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​
icon card
Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN
*Had insentif seumur hidup sebanyak RM6,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​. Tertakluk kepada terma dan syarat Kerajaan
Siapa Yang Layak
icon card
Warganegara Malaysia​
icon card
Individu yang bekerja sebagai pemandu e‑hailing dan/atau p‑hailing
Caruman perlu dibuat melalui penyedia platform di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing untuk melayakkan diri sebagai peserta i-Saraan Plus
icon card
Ahli KWSP yang berdaftar di bawah i-Saraan
icon card
Berumur 60 tahun ke bawah

Tanggungjawab Penyedia Platform

Penyedia platform di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing perlu membuat caruman i-Saraan Plus bagi pemandu mereka melalui i-Akaun (Majikan) untuk membolehkan pemandu tersebut layak menerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM600 setahun) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa.
 

Kaedah Bayaran

Penyedia platform di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing perlu membuat bayaran caruman bagi pihak pekerja mereka melalui i-Akaun (Majikan).
 

Nota:
Peserta i-Saraan Plus juga dibenarkan untuk membuat caruman sukarela melalui saluran sedia ada bagi memaksimumkan jumlah insentif padanan kerajaan.

 

Kaedah Bayaran

​Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

i-Saraan (Payment Channel Accordion)

Had Caruman

Minimum: RM1

Tertakluk kepada saluran pembayaran

Maksimum: RM100,000 setahun

Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman i-Simpan, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Saraan Plus, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran.

Cara Sertai i-Saraan Plus

  • Pemandu e‑hailing dan/atau p‑hailing perlu daftar i-Saraan terlebih dahulu.
  • Penyertaan i-Saraan Plus adalah secara automatik apabila individu membuat bayaran caruman melalui penyedia perkhidmatan di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing.

Nota: Pemandu e-hailing dan/atau p‑hailing yang telah berdaftar untuk i‑Saraan tidak perlu mendaftar semula.

  • Pemandu e‑hailing dan/atau p‑hailing perlu daftar i‑Saraan terlebih dahulu.

 

  • Penyertaan i‑Saraan Plus adalah secara automatik apabila individu membuat bayaran caruman melalui penyedia platform di bawah sektor e‑hailing dan/atau p‑hailing.
Nota: Pemandu e-hailing dan/atau p‑hailing yang telah berdaftar untuk i‑Saraan tidak perlu mendaftar semula.

KWSP i-Akaun

Laman Web KWSP

  • Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian
Self Service Terminal (SST)​
  • Lawati mana‑mana lokasi SST
  • MyKad

Pejabat KWSP

  • Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri - KWSP 16G (M)
  • MyKad
Borang
Nota: Peserta i-Saraan Plus juga dibenarkan untuk membuat caruman sukarela melalui saluran sedia ada bagi memaksimumkan jumlah insentif padanan kerajaan.
Soalan Lazim

Frequently Asked Question

General - i-Saraan Plus

Apakah i-Saraan Plus?

back chevron

i-Saraan Plus adalah penambahbaikan kepada program i-Saraan di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan khas oleh KWSP mulai tahun 2026.

Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan/atau p-hailing untuk menerima insentif khas Kerajaan sehingga RM600 setahun dan RM6,000 seumur hidup, atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun atau yang mana terdahulu bagi tujuan jaminan persaraan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.


Dengan pengenalan i-Saraan Plus, adakah i-Saraan masih akan diteruskan?

back chevron

Ya. Program i-Saraan masih diteruskan untuk individu yang bekerja sendiri dan sektor tidak formal seperti peniaga kecil, pekerja bebas, serta mereka di luar tenaga kerja formal. 

Ringkasan:

  • i-Saraan: Insentif sehingga RM500 setahun, dan had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun (yang mana lebih awal)​.
  • i-Saraan Plus: Khusus untuk pemandu e-hailing/p-hailing. Insentif sehingga RM600 setahun, insentif seumur hidup sebanyak RM6,000 atau mencapai umur 60 tahun (yang mana lebih awal)​.

Sekiranya ahli telah mendaftar ahli i-Saraan, adakah perlu daftar semula untuk i-Saraan Plus?

back chevron

Tidak. Ahli yang telah berdaftar di bawah program i-Saraan tidak perlu membuat pendaftaran semula.

Walau bagaimanapun, penyertaan i-Saraan Plus adalah tertakluk kepada kelayakan. Hanya ahli yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan/atau p-hailing layak untuk i-Saraan Plus.


Apakah itu e-hailing dan p-hailing?

back chevron

e-hailing:

  • e-hailing merujuk kepada perkhidmatan pengangkutan penumpang menggunakan kenderaan persendirian. Tempahan dibuat melalui aplikasi mudah alih elektronik yang menghubungkan pemandu dengan penumpang yang memerlukan pengangkutan.

p-hailing:

  • p-hailing merujuk kepada perkhidmatan penghantaran makanan, minuman, atau bungkusan. Pesanan diterima melalui aplikasi mudah alih, yang memerlukan penghantar mengambil barangan daripada vendor dan menghantarnya kepada pelanggan.

Penyedia Platform:

  • Organisasi atau syarikat perniagaan yang menawarkan pekerjaan kepada individu secara bebas / freelance di bawah kontrak untuk perkhidmatan e-hailing atau p-hailing.

Bagaimana cara untuk menyertai i-Saraan Plus?

back chevron

Penyertaan dalam i-Saraan Plus adalah secara automatik setelah ahli membuat bayaran caruman sukarela melalui penyedia perkhidmatan di bawah sektor e-hailing dan/atau p-hailing.


Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam yang berada dalam skim perkhidmatan berpencen menyertai i-Saraan Plus?

back chevron

Ya. Anggota perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat di bawah skim berpencen dan berumur di bawah 60 tahun layak menyertai i-Saraan Plus, dengan syarat mereka adalah pemandu e-hailing dan/atau p-hailing. Caruman sukarela KWSP mereka hendaklah dibuat melalui penyedia perkhidmatan masing-masing di bawah sektor e-hailing dan/atau p-hailing.


Bolehkah ahli yang merupakan anggota tentera yang masih berkhidmat atau pesara tentera menyertai i-Saraan Plus?

back chevron

Ya, anggota tentera yang masih berkhidmat atau pesara tentera belum mencapai umur 60 tahun layak menyertai i-Saraan Plus, dengan syarat mereka adalah pemandu e-hailing dan/atau p-hailing. Caruman sukarela KWSP mereka hendaklah dibuat melalui penyedia perkhidmatan masing-masing di bawah sektor e-hailing dan/atau p-hailing.


Bagaimanakah cara untuk membayar caruman i-Saraan Plus?

back chevron

Bayaran caruman i-Saraan Plus hendaklah dibuat melalui penyedia platform di bawah sektor e-hailing dan/atau p-hailing.

Penyedia platform bertanggungjawab membuat bayaran caruman bagi pihak pemandu melalui i-Akaun (Majikan).


Adakah ahli layak menerima insentif i-Saraan Plus sekiranya ahli mendaftar dan membuat caruman sukarela lebih dari satu penyedia platform?

back chevron

Ya, ahli layak menerima insentif i-Saraan Plus walaupun membuat caruman sukarela melebihi dari satu (1) penyedia platform. Semua jumlah caruman sukarela akan digabungkan bagi tujuan pengiraan insentif.

Walaubagaimanapun, jumlah maksimum insentif khas yang boleh dibayar dihadkan kepada RM600 setahun dan tertakluk kepada terma serta syarat kelayakan i-Saraan Plus, termasuk syarat bahawa ahli tidak menerima caruman mandatori daripada majikan.


Adakah peserta i-Saraan Plus boleh membuat bayaran caruman sukarela melalui saluran sedia ada?

back chevron

Ya. Peserta i-Saraan Plus juga dibenarkan untuk membuat caruman sukarela melalui saluran sedia ada bagi memaksimumkan jumlah insentif khas Kerajaan.

Saluran sedia ada bagi bayaran caruman sukarela adalah seperti berikut:

  1. Aplikasi KWSP i‑Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli).
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter Ejen Bank - BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  4. Ejen Bank Berdaftar - (EB) BSN
  5. Bayaran secara Kad Debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA)
  6. Self-Service Terminal (SST) - Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di pejabat KWSP

Berapakah amaun insentif khas i-Saraan Plus?

back chevron

Kadar insentif khas i-Saraan Plus adalah sebanyak 20% (sehingga maksimum RM600 setahun) daripada jumlah caruman sukarela yang diterima  dalam tahun semasa*.

*Had insentif seumur hidup sebanyak RM6,000 atau mencapai umur 60 tahun, yang mana lebih awal (tertakluk kepada terma dan syarat).


Berapakah jumlah yang perlu dicarum bagi melayakkan ahli menerima insentif khas i-Saraan Plus maksimum sebanyak RM600 setahun?

back chevron

Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% (sehingga maksimum RM600) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM600 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM3,000 setahun di bawah i-Saraan Plus.

Rujuk ilustrasi di bawah:

Ahli Jumlah Caruman Terkumpul
Bagi Tahun Semasa
Amaun Tahunan
Insentif Khas

Ahmad

Baba

Kevin

RM1,000

RM3,000

RM5,000

RM200

RM600

RM600


Bilakah had maksimum insentif khas seumur hidup RM6,000 i-Saraan Plus berkuatkuasa?

back chevron

Had maksimum insentif khas seumur hidup i-Saraan Plus sebanyak RM6,000 terpakai bagi caruman yang dibuat melalui penyedia perkhidmatan di bawah sektor e-hailing dan/atau p-hailing bermula 2026 bagi ahli baharu yang layak i-Saraan Plus. 

Bagi ahli sedia ada yang layak i-Saraan Plus dan telah menerima insentif i-Saraan sebelum ini, had insentif khas seumur hidup akan dinaikkan kepada RM6,000 dikira berdasarkan insentif yang diterima sejak 2024.


Adakah peserta i-Saraan Plus layak mendapat insentif khas i-Saraan dan i-Saraan Plus pada masa yang sama?

back chevron

Tidak. Ahli hanya layak menikmati satu (1) insentif pada tahun semasa.


Bilakah bayaran insentif khas i-Saraan Plus dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli?

back chevron

Bayaran insentif Khas i-Saraan Plus akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada Kerajaan).


Bolehkah ahli memohon pengembalian semula bayaran caruman i-Saraan Plus yang telah dibayar kepada KWSP?

back chevron

Tidak boleh. Semua caruman i-Saraan Plus yang telah dibayar kepada KWSP adalah muktamad. Justeru itu, ahli perlu beri persetujuan terlebih dahulu kepada penyedia perkhidmatan sebelum pembayaran caruman dilakukan.


Bagaimanakah caruman i-Saraan Plus dikreditkan ke akaun ahli?

back chevron

Caruman i-Saraan Plus akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan 75%, 15% dan 10%.

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua caruman i-Saraan Plus akan dikreditkan ke Akaun Emas.


Bagaimanakah insentif khas i-Saraan Plus dikreditkan ke akaun ahli?

back chevron

Insentif khas i-Saraan Plus akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1) bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun. Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, insentif khas akan dikreditkan ke Akaun Emas.


Soalan Lazim

Frequently Asked Question

i-Saraan (FAQ Accordion)

Apakah i-Saraan?

back chevron

i-Saraan ialah kemudahan caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Program ini memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri, golongan yang tiada pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig untuk mencarum bagi simpanan persaraan dan menerima insentif khas daripada kerajaan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.


Apakah penambahbaikan yang diumumkan kerajaan bagi i-Saraan?

back chevron

Kadar insentif khas kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan daripada 15% kepada 20% untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya pekerja sektor tidak formal dan mereka yang tiada pendapatan tetap, menambah simpanan persaraan.

Namun, had maksimum insentif khas tahunan kekal pada RM500 setahun dan RM5,000 seumur hidup, atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.


Apakah syarat untuk memohon i-Saraan?

back chevron

Syarat permohonan i-Saraan adalah seperti berikut:

  • Telah berdaftar sebagai ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig

Adakah ahli yang telah mencapai umur 55 tahun boleh mendaftar i-Saraan?

back chevron

Ya. Ahli KWSP yang berstatus warganegara Malaysia dan belum mencapai 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan. 


Adakah ahli yang telah mencapai umur 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan?

back chevron

Tidak. i-Saraan hanya terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 60 tahun. 


Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dalam skim berpencen memohon i-Saraan?

back chevron

Ya. Anggota perkhidmatan awam yang berada dalam skim perkhidmatan berpencen dan belum mencapai umur 60 tahun layak memohon i-Saraan.


Bolehkah ahli yang merupakan anggota tentera yang masih berkhidmat memohon i-Saraan?

back chevron

Ya, anggota tentera yang masih berkhidmat boleh memohon i-Saraan sekiranya telah berdaftar sebagai ahli KWSP.


Berapakah kadar insentif khas i-Saraan?

back chevron

Kadar insentif khas i-Saraan ialah 20% daripada jumlah caruman sukarela tahunan, sehingga maksimum RM500 setahun.

Insentif ini tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.

Tertakluk kepada terma dan syarat.


Bilakah had maksimum insentif khas seumur hidup RM5,000 berkuat kuasa?

back chevron

Had maksimum insentif khas seumur hidup RM5,000 berkuat kuasa mulai tahun 2024, berdasarkan caruman yang dibuat bermula tahun tersebut.


Bagaimanakah had maksimum insentif khas seumur hidup dikira?

back chevron

Had maksimum insentif khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah insentif khas tahunan yang terkumpul dan terhad kepada RM5,000 atau apabila mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.  

Contoh:
Abu mencarum i-Saraan dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025.

Tahun Amaun Tahunan Insentif Khas

2024

2025

RM500

RM500

Jumlah insentif khas yang terkumpul adalah RM1,000.

Jumlah insentif khas i-Saraan yang masih layak untuk diterima adalah RM4,000 (RM5,000 - RM1,000).


Apakah saluran bayaran caruman i-Saraan?

back chevron

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Saraan melalui saluran berikut: 

  1. Aplikasi KWSP i-Akaun
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  4. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
  5. Bayaran secara Kad Debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA)
  6. Self-Service Terminal (SST)

Berapakah jumlah caruman yang perlu dibuat untuk menerima insentif khas i-Saraan maksimum RM500 setahun?

back chevron

Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun di bawah i-Saraan.

Nota: Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa yang dibuat oleh ahli.

Ahli Jumlah Caruman Terkumpul
Bagi Tahun Semasa
Amaun Tahunan
Insentif Khas

Ahmad

Baba

Kevin

RM1,000

RM2,500

RM5,000

RM200

RM500

RM500


Apakah faedah i-Saraan?

back chevron

Faedah bagi ahli yang mencarum di bawah i-Saraan termasuk:

  • Meningkatkan simpanan persaraan dengan insentif khas daripada kerajaan
  • Menikmati dividen tahunan ke atas simpanan
  • Bantuan kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)
  • Pelepasan cukai (tertakluk kepada terma dan syarat LHDN)

Bilakah insentif khas i-Saraan dikreditkan ke akaun KWSP ahli?

back chevron

Insentif khas i-Saraan akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dua (2) kali setahun, tertakluk kepada penerimaan bayaran insentif khas daripada Kerajaan.


Bolehkah ahli memohon pengembalian semula bayaran caruman i-Saraan?

back chevron

Tidak. Semua caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP adalah muktamad. Ahli perlu memastikan maklumat bayaran adalah betul sebelum meneruskan transaksi.


Apakah yang berlaku jika caruman i-Saraan dibuat selepas umur 55 tahun?

back chevron

Semua caruman i-Saraan yang diterima selepas ahli mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan selepas ahli mencapai umur 60 tahun.


Bagaimanakah caruman i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli?

back chevron

Caruman i-Saraan akan dikreditkan ke akaun KWSP berikut mengikut kadar agihan seperti di bawah:

Akaun KWSP Kadar Agihan

Akaun Persaraan (Akaun 1)

Akaun Sejahtera (Akaun 2)

Akaun Fleksibel (Akaun 3)

75%

15%

10%

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, 100% caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Emas.


Bagaimanakah insentif khas i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli?

back chevron

Insentif khas i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1) bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun.

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, insentif khas akan dikreditkan ke Akaun Emas.


Apakah kaedah pembayaran caruman i-Saraan?

back chevron

Kaedah pembayaran caruman i-Saraan adalah seperti berikut:

1. Sekali bayaran (one-time) melalui:

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Perbankan internet
  • Ejen bank berdaftar
  • Kaunter ejen bank
  • Bayaran secara kad debit melalui perkhidmatan pasukan Mobile KWSP / Relationship Advisory (RA)
  • Self-Service Terminal (SST)

2. Caruman berulang secara automatik (Auto Simpan / Auto Tambah) melalui:

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Portal Web i-Akaun (Ahli)

Bagaimanakah cara mendaftar Auto Simpan?

back chevron

Ahli boleh mendaftar Auto Simpan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) untuk membolehkan caruman dibuat secara automatik setiap bulan menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit.

Ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)
  2. Klik tab Simpanan di Laman Utama; 
  3. Klik "Tambah simpanan";   
  4. Pilih “Aktifkan Auto Simpan”
  5. Skrin pengenalan Auto Simpan akan dipaparkan. Klik “Teruskan”
  6. Tetapkan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan yang dikehendaki;    
  7. Pilih bank; 
  8. Ahli perlu membaca dan memahami Terma & Syarat terlebih dahulu sebelum mengesahkan butiran pembayaran caruman. Setelah itu, tandakan setuju dengan Terma & Syarat, dan klik “Teruskan”
  9. Log masuk ke akaun bank untuk mengesahkan pendaftaran Auto Simpan;  
  10. Mesej pengesahan akan dipaparkan. Klik “Selesai” untuk menamatkan proses pendaftaran Auto Simpan.