Wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh memilih untuk mencarum di bawah i-Suri dan menerima insentif khas daripada Kerajaan. Kemudahan ini disediakan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf  sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Faedah
icon card
Insentif Khas
Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa*
icon card
Dividen Tahunan
Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
icon card
Bantuan Kematian
​Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP​
icon card
Pelepasan Cukai
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN
*Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 60 tahun, mana-mana terdahulu​. Tertakluk kepada terma dan syarat Kerajaan.
Siapa Yang Layak Memohon
icon card
Warganegara Malaysia
icon card
Belum mencapai umur 60 tahun
icon card
Ahli KWSP
icon card
Wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai setakat 30 November tahun sebelumnya

Kaedah Bayaran

Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

i-Suri

Had Caruman 
Minimum: RM1
Tertakluk kepada saluran pembayaran
Maksimum: RM100,000 setahun
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman i-Simpan, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Saraan Plus, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran.
Cara Mendaftar i-Suri​
Langkah 1: Pastikan anda telah disenaraikan dalam Pangkalan Data Kemaskinian Nasional (eKasih).

Langkah 2: Teruskan dengan pendaftaran i-Suri melalui menu i-Saraan di saluran pilihan berikut:
 KWSP i-Akaun*

Self Service Terminal (SST)*

  • Pendaftaran i-Suri di mana-mana SST di bawah menu Pendaftaraan i-Saraan
  • Sediakan MyKad

Pejabat KWSP

  • Isi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan/i-Suri - KWSP 16G (M)
  • Sediakan MyKad​
Nota: *​Permohonan ahli akan didaftarkan di bawah i-Suri secara automatik sekiranya ahli tersenarai di dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November tahun sebelumnya.

Borang

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

i-Suri FAQ Accordion

Apakah itu i-Suri?

back chevron

i‑Suri ialah program caruman sukarela untuk wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih), termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan wanita bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas sehingga maksimum RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau apabila mencapai umur 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu.


Mengapa i-Suri ini diperkenalkan?

back chevron

Tujuan i-Suri ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan wanita yang tersenarai dalam data eKasih mendapat manfaat seperti berikut:

i.    Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi wanita rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan;
ii.    Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
iii.    Mengiktiraf sumbangan wanita dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara; dan
iv.    Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.
Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh wanita, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.


Siapakah yang layak memohon i-Suri?

back chevron

Kriteria kelayakan permohonan i-Suri adalah seperti berikut:

i.    Ahli KWSP;
ii.    Warganegara Malaysia;
iii.    Berumur bawah 60 tahun;
iv.    Wanita yang berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.


Bagaimanakah ahli KWSP yang tersenarai di dalam eKasih ingin mendaftar di bawah i-Suri?

back chevron

Ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya boleh dibuat seperti berikut:

i.  Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih
ii. Pendaftaran kendiri melalui 
    a. Aplikasi KWSP i-Akaun 
    b. Secara dalam talian di laman web KWSP
    c. Self-Service Terminal (SST) di pejabat KWSP
iii. Hadir ke pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M))


Berapakah jumlah kadar Insentif Khas yang akan diterima oleh suri rumah/wanita yang berdaftar di bawah i-Suri?

back chevron

Jumlah Insentif Khas i‑Suri yang diterima adalah berdasarkan padanan sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman, tertakluk kepada had maksimum tahunan RM300.

Selain itu, had insentif khas terkumpul sebanyak RM3,000 seumur hidup atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu — turut diperkenalkan dan akan mula diambil kira mulai tahun 2024.


Bagaimanakah bayaran caruman i-Suri boleh dibuat?

back chevron

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Suri melalui saluran berikut:-

i.    Aplikasi KWSP i-Akaun
ii.   Perbankan Internet
iii.  Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
iv.  Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
v.   Bayaran secara cek dan draf bank di kaunter peresitan pejabat KWSP
vi.  Bayaran melalui Kad Debit dimana-mana pejabat KWSP atau Pasukan Mobile KWSP/Relationship & Advisory (RA)
vii. Self-Service Terminal (SST) - Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di pejabat KWSP yang terpilih


Berapakah jumlah minimum yang perlu dicarum bagi melayakkan ahli menerima Insentif Khas i-Suri maksimum tahunan sebanyak RM300?

back chevron

Tiada jumlah caruman minimum untuk caruman sukarela i‑Suri. Namun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i‑Suri pada tahun berkenaan bagi melayakkan mereka menerima insentif khas maksimum RM300 setahun.

Rujuk ilustrasi di bawah:

Ahli Jumlah Caruman Terkumpul
Tahun Semasa
Amaun Tahunan
Insentif Khas

Fatima

Cindy

Letchumy

RM200

RM500

RM800

RM100

RM250

RM300


Bagaimanakah had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira?

back chevron

Had maksimum insentif khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah insentif khas tahunan yang terkumpul dan dihadkan kepada RM3,000 atau sehingga ahli mencapai umur 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu. 

Contoh:
Aminah mencarum i-Suri dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024, 2025 dan 2026.

Tahun Amaun Tahunan Insentif Khas

2024

2025

2026

RM300

RM300

RM300

Jumlah terkumpul Insentif Khas yang telah diterima adalah RM900.

Jumlah Insentif Khas i-Suri yang masih layak untuk terima adalah RM2,100 (RM3,000 - RM900).


Mengapakah terdapat individu yang tersenarai dalam data eKasih tidak layak memohon i-Suri?

back chevron

Individu yang tersenarai di dalam data eKasih tidak layak memohon i-Suri sekiranya: 

i.    Tidak tersenarai sebagai peserta eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.
ii.    Melebihi syarat umur yang ditetapkan

Nota: Bagi individu di atas boleh memilih untuk mendaftar i-Saraan bagi mendapatkan Insentif Khas i-Saraan tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.


Bilakah bayaran Insentif Khas i-Suri dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli?

back chevron

Bayaran Insentif Khas i-Suri akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada Kerajaan).


Apakah faedah yang akan diperolehi bagi ahli yang mencarum di bawah i-Suri?

back chevron

Faedah yang boleh diperolehi bagi ahli yang mencarum di bawah i-Suri adalah:-

i.    Meningkatkan kadar simpanan persaraan dengan Insentif Khas daripada Kerajaan;
ii.    Menikmati dividen tahunan di atas simpanan;
iii.    Bantuan Kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP);
iv.    Ahli juga layak menerima pelepasan cukai (tertakluk kepada terma & syarat LHDN)


Bagaimanakah caruman i-Suri dikreditkan ke akaun ahli?

back chevron

Caruman i-Suri akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan yang ditetapkan masing-masing pada 75%, 15% dan 10%.


Bagaimanakah Insentif Khas i-Suri dikreditkan ke akaun ahli?

back chevron

Insentif Khas i-Suri akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan yang ditetapkan masing-masing pada 75%, 15% dan 10%.


Apakah yang dimaksudkan dengan eKasih?

back chevron

eKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional. Ia mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. (https://ekasih2.icu.gov.my/


Bagaimanakah data eKasih digunakan dalam konteks i-Suri?

back chevron

Data eKasih digunakan bagi tujuan pendaftaran i-Suri dan menentukan kelayakan untuk menerima Insentif Khas i-Suri.


Adakah KWSP akan menerima data eKasih terkini dari semasa ke semasa?

back chevron

Ya. KWSP akan menerima data eKasih yang terkini dari semasa ke semasa yang dibekalkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).


Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung sistem eKasih, dimanakah maklumat tersebut boleh dirujuk?

back chevron

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri (https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx).


Apakah kaedah pembayaran caruman i-Suri?

back chevron

Kaedah pembayaran caruman i-Suri adalah seperti berikut: 

  1. Sekali bayaran (one-time) melalui aplikasi KWSP i-Akaun, perbankan internet, ejen bank berdaftar, kaunter ejen bank, bayaran secara cek atau draf bank di kaunter peresitan pejabat KWSP, bayaran secara kad debit melalui perkhidmatan pasukan Mobile KWSP/ Relationship Advisor (RA), Self-Service Terminal (SST) dan di pejabat KWSP yang terpilih; ATAU 
  2. Caruman berulang secara automatk (Auto Tambah) melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)

Bagaimanakah cara untuk saya membuat pendaftaran Auto Simpan? 

back chevron

Ahli perlu mendaftar Auto Simpan terlebih dahulu sama ada melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) untuk membolehkan pembayaran caruman bulanan secara automatik dan berulang setiap bulan dibuat menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit. Ikuti langkah berikut: 

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)
  2. Klik tab Simpanan di Laman Utama; 
  3. Klik "Tambah simpanan";   
  4. Pilih “Aktifkan Auto Simpan”
  5. Skrin pengenalan Auto Simpan akan dipaparkan. Klik “Teruskan”
  6. Tetapkan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan yang dikehendaki;    
  7. Pilih bank; 
  8. Ahli perlu membaca dan memahami Terma & Syarat terlebih dahulu sebelum mengesahkan butiran pembayaran caruman. Setelah itu, tandakan setuju dengan Terma & Syarat, dan klik “Teruskan”
  9. Log masuk ke akaun bank untuk mengesahkan pendaftaran Auto Simpan;  
  10. Mesej pengesahan akan dipaparkan. Klik “Selesai” untuk menamatkan proses pendaftaran Auto Simpan.