Sebagai pekerja yang bergaji tetap, anda mempunyai pilihan untuk mencarum lebih kepada simpanan persaraan anda melalui i-Topup (dahulunya dikenali sebagai Voluntary Excess). Sama ada anda, majikan anda, atau kedua-duanya sekali boleh mencarum secara sukarela pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi anda memenuhi syarat kelayakan.

Sebagai pekerja yang bergaji tetap, anda mempunyai pilihan untuk mencarum lebih kepada simpanan persaraan anda melalui i-Topup (dahulunya dikenali sebagai Voluntary Excess). Sama ada anda, majikan anda, atau kedua-duanya sekali boleh mencarum secara sukarela pada kadar yang melebihi kadar berkanun selagi anda memenuhi syarat kelayakan.
Who Can Apply

Penerbit Aset

Death Benefit
Subject to EPF terms and conditions.
Tax Exemption
Subject to IRB terms and conditions.
Annual Dividend
Enjoy annual dividends on top of your retirement savings.
Special Incentive
Up to 15% of total contribution or max RM300 this year.
Siapa Yang Boleh Mencarum
Pekerja
  • Tetapkan i‑Topup anda melalui aplikasi atau portal web KWSP i‑Akaun; ATAU
  • Lengkapkan dan kemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) menggunakan Borang KWSP 17A/18A (AHL) kepada majikan masing‑masing.
Majikan
  • ​Majikan hendaklah mengunci masuk permohonan i‑Topup (Syer Majikan) melalui i‑Akaun (Majikan);
  •  Tiada borang diperlukan sekiranya majikan memilih untuk mencarum melebihi kadar berkanun bagi majikan.

Nota: Majikan perlu mengunci masuk permohonan i-Topup (Syer Pekerja) dan i‑Topup (Syer Majikan) melalui i‑Akaun (Majikan)


i-Topup (Dahulunya Dikenali Sebagai Voluntary Excess)

i-Topup (Dahulunya Dikenali Sebagai Voluntary Excess)

Siapa Yang Boleh Mencarum

Majikan atau pekerja, atau kedua-duanya boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar yang ditetapkan di bawah Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Kadar terakhir yang anda pilih untuk mencarum akan menjadi kadar berkanun yang baru dan kekal sehingga anda dan/atau majikan mengemukakan notis pembatalan.

Sekiranya majikan ingin membayar caruman sebanyak 5% melebihi kadar yang ditetapkan untuk syer majikan, pengiraan adalah seperti berikut:

Responsive Table
Gaji Pekerja A Majikan Kadar Berkanun (i) i-Topup Majikan (ii) Caruman Majikan (i)+(ii)=B Caruman Yang Perlu Dibayar
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 RM1,000 11%=RM110 13% 5% 18%XRM1,000=RM180 RM290
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji melebihi dari RM5,000 RM6,250 11%=RM693 12% 5% 17%XRM6,250=RM1,062.50 RM1,755.50=RM1,756
(dibundarkan kepada ringgit berikutnya)
Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 RM1,000 0%=RM0 4% 5% 9%XRM1,000=RM90 RM90
Perkerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 RM6,250 0%= RM0 4% 5% 9%XRM6,250=RM562.50 RM562.50=RM563
(dibundarkan kepada ringgit berikutnya)
* Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991
Contoh ahli yang memilih untuk mencarum 5% lebih daripada kadar syer ahli:
Responsive Table
Gaji Pekerja Kadar Berkanun (i) i-Topup Ahli (ii) Pekerja Caruman Pekerja (i)+(ii)=A Majikan B Caruman Yang Perlu Dibayar A+B
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 RM1,000 11% 5% 16%XRM1,000=RM160 13%=RM130 RM290
Pekerja berumur kurang dari 60 tahun dan gaji melebihi RM5,0000 RM6,250 11% 5% 16%XRM6,250=RM1,000 12%=RM750 RM1750.00
Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji kurang dari RM5,000 RM1,000 0% 5% 5%XRM1,000=RM50 4%= RM40 RM90
Pekerja berumur lebih atau sama dengan 60 tahun dan gaji melebihi RM5,000 RM6,250 0% 5% 5% X RM6,250=RM312.50 4%=RM252 RM562.50=RM563
(dibundarkan kepada ringgit berikutnya)
* Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991

Keperluan

  • Membuat pilihan i‑Topup melalui aplikasi atau portal web KWSP i‑Akaun; ATAU
  • Lengkapkan dan kemukakan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) menggunakan Borang KWSP 17A/18A (AHL) kepada majikan masing-masing.
  • Tiada borang diperlukan bagi permohonan i‑Topup (Syer Majikan).

Nota:
1. Umur minimum untuk mendaftar sebagai ahli KWSP dan mula mencarum ialah 14 tahun, manakala umur maksimum caruman ialah 75 tahun.
2. Majikan perlu mengunci masuk permohonan i-Topup (Syer Pekerja) dan i-Topup (Syer Majikan) melalui i-Akaun (Majikan)
3.Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.


Notis Pembatalan Caruman Melebihi Kadar Berkanun

Untuk membatalkan pilihan mencarum melebihi kadar berkanun, ahli hendaklah melengkapkan Borang KWSP 17A/18A(AHL) dan mengemukakan kepada majikan. Majikan perlu mengunci masuk permohonan i-Topup (Syer Pekerja) dan i-Topup (Syer Majikan) melalui i-Akaun (Majikan).

Apa Yang Anda Perlukan

  • Borang Permohonan Pendaftaran/ Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) – KWSP 17A/18A (AHL) 
Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Employee i-Topup - FAQ

1. Apakah dimaksudkan dengan i-Topup?

back chevron

i-Topup (sebelum ini dikenali sebagai Voluntary Excess) ialah kemudahan caruman sukarela yang membolehkan ahli mencarum melebihi kadar caruman berkanun, sama ada bagi Syer Pekerja, Syer Majikan, atau kedua-duanya sekali.

Ahli boleh mendaftar i-Topup untuk Syer Pekerja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli), tertakluk kepada pengesahan majikan. Bagaimanapun, kemudahan ini boleh dibuat oleh ahli yang tidak pernah membuat permohonan i-Topup.

i-Topup bagi Syer Majikan dan pembatalan i-Topup masih tersedia melalui i-Akaun (Majikan).


2. Bilakah kemudahan permohonan i-Topup melalui KWSP i-Akaun (Ahli) dilaksanakan?

back chevron

Kemudahan permohonan i-Topup melalui KWSP i-Akaun (Ahli) telah dilaksanakan mulai 16 Mei 2026.


3. Siapakah yang membuat permohonan i-Topup?

back chevron

Permohonan i-Topup boleh dibuat oleh:

a) Semua ahli KWSP (Warganegara dan Bukan Warganegara) yang belum mencapai umur 75 tahun; DAN / ATAU;
b) Semua majikan yang berdaftar dengan KWSP.


4. Bagaimana untuk mendaftar i-Topup (Syer Pekerja)?

back chevron

a) Ahli perlu melengkapkan permohonan pendaftaran i-Topup melalui aplikasi KWSP i-Akaun / portal web i-Akaun (Ahli) atau dengan mengemukakan borang fizikal KWSP 17A/18A – Permohonan Pendaftaran / Pembatalan i-Topup (Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja)) kepada majikan.
b) Majikan hendaklah mengunci masuk maklumat permohonan ahli yang dikemukakan secara fizikal ke dalam i-Akaun (Majikan).
c) Majikan bertanggungjawab membuat caruman mengikut kadar caruman statutori baharu yang dipohon oleh pekerja. Untuk maklumat lanjut, majikan boleh merujuk Panduan Mudah Permohonan i-Topup melalui i-Akaun (Majikan).
d) Semua maklumat yang dimasukkan dan diproses oleh majikan hendaklah disimpan sebagai rekod majikan dan tidak perlu dikemukakan kepada KWSP.


5. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status permohonan pendaftaran i-Topup (Syer Pekerja)?

back chevron

Ahli boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) di mana Permohonan Pendaftaran/Pembatalan i-Topup yang berjaya akan menerima mesej di bahagian Inbox.


6. Adakah ahli yang bekerja sendiri boleh memohon i-Topup (Syer Pekerja)?

back chevron

Tidak boleh. Walau bagaimanapun, ahli yang bekerja sendiri boleh mencarum secara sukarela. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini.


7. Apakah peratusan (%) potongan caruman maksimum yang boleh dikenakan oleh pekerja untuk i-Topup (Syer Pekerja)?

back chevron

Peratusan (%) potongan caruman maksimum bagi i-Topup (Syer Pekerja) adalah tertakluk kepada potongan wajib dan apa-apa syarat yang ditetapkan oleh majikan berkaitan potongan serta peruntukan undang-undang buruh yang terpakai.


8. Bagaimana untuk membatalkan permohonan i-Topup (Syer Pekerja)?

back chevron

a) Ahli perlu melengkapkan permohonan pembatalan i-Topup melalui portal web i-Akaun (Majikan) atau dengan mengemukakan borang fizikal KWSP 17A/18A – Permohonan Pendaftaran / Pembatalan i-Topup (Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja)) kepada majikan.
b) Majikan hendaklah mengunci masuk maklumat permohonan pembatalan i-Topup ahli yang dikemukakan secara fizikal ke dalam i-Akaun (Majikan).
c) Majikan bertanggungjawab membuat caruman mengikut kadar caruman statutori asal sebelum permohonan i-Topup dibuat oleh pekerja. Untuk maklumat lanjut, majikan boleh merujuk Panduan Mudah Permohonan i-Topup melalui i-Akaun (Majikan).
d) Semua maklumat yang dimasukkan dan diproses oleh majikan hendaklah disimpan sebagai rekod majikan dan tidak perlu dikemukakan kepada KWSP.