Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya.
Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991

Menjadi Majikan Yang Berdaftar

Menyediakan dokumen yang diperlukan dan hadir ke Pejabat KWSP yang berdekatan untuk mendaftar sebagai majikan KWSP.

Majikan Sektor Awam

Mereka Yang Tergolong Dalam Kategori Ini, Antaranya Ialah :

  • Jabatan Pentadbiran di bawah Kerajaan Malaysia
  • Sekolah-sekolah Kerajaan/Institut Pengajian Tinggi Awam
  • Badan-badan Berkanun
  • Kerajaan Tempatan 
  • Suruhanjaya Awam

Apa Anda Perlukan

Dokumen

  • Salinan MyKad Pengarah/Ketua Jabatan

Di Mana Anda Boleh Mendaftar

  • Mana-mana kaunter KWSP

Apa Anda Akan Dapat

  • Nombor rujukan majikan
  • Notis pendaftaran majikan
  • Sijil pendaftaran sebagai majikan (untuk dipamerkan di premis majikan)

Majikan Sektor Swasta

Mereka Yang Tergolong Dalam Kategori Ini, Antaranya Ialah :

  • Syarikat Sdn Bhd berdaftar dengan SSM
  • Perniagaan yang berdaftar dengan SSM
  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
  • Bank-bank yang diluluskan oleh Bank Negara

Apa Anda Perlukan

Dokumen

  • Borang 49/Superform
  • Salinan pengenalan pemilik tunggal/rakan kongsi/pengarah (MyKad/Pasport)
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/ Pendaftar Perniagaan dari SSM
    ATAU
     
  • Seksyen 15 - Notis Pendaftaran
  • Seksyen 14 - Application For Registration For A Company
  • Seksyen 17 - Certificate Of Incorporation Of Private Company

Di Mana Anda Boleh Mendaftar

  • Mana-mana Kaunter KWSP

Apa Anda Akan Dapat

  • Nombor rujukan majikan
  • Notis pendaftaran majikan
  • Sijil pendaftaran sebagai majikan (untuk dipamerkan di premis majikan)
*Syarikat yang berdaftar dengan SSM dan telah mendaftar sebagai Majikan KWSP secara dalam talian boleh mendapatkan maklumat pendaftaran majikan di sini.  

Majikan Badan Profesional/Pertubuhan/Persatuan/Koperasi Dan Lain-Lain (Non-SSM)

Mereka Yang Tergolong Dalam Kategori Ini, Antaranya Ialah :

  • Firma Guaman/Arkitek/Akauntan
  • Pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Persatuan-persatuan Sukarela/Non-profit/NGO
  • Pertubuhan-pertubuhan Politik/Sukan
  • Suruhanjaya Koperasi yang berdaftar dengan KPDNKK

Apa Anda Perlukan

Dokumen

  • Salinan Sijil Pendaftaran Badan Profesional/Pertubuhan/Persatuan/Koperasi dan lain-lain
  • Salinan pengenalan majikan (MyKad/Pasport)
  • Senarai keanggotaan jawatankuasa Badan Profesional/Pertubuhan

Di Mana Anda Boleh Mendaftar

  • Mana-mana Kaunter KWSP

Apa Anda Akan Dapat

  • Nombor rujukan majikan
  • Notis pendaftaran majikan
  • Sijil Pendaftaran Majikan (untuk dipamerkan di premis majikan)

Becoming A Registered Employer Accordion

Permohonan Untuk Nombor Rujukan Melebihi Daripada Satu

back chevron

Majikan boleh memohon untuk didaftarkan di bawah nombor rujukan majikan melebihi daripada satu bagi memudahkan pembayaran caruman bulanan.


Contoh:

Syarikat XYZ Bhd

No. Rujukan Majikan

Untuk Pengurusan 

789100

Untuk Kakitangan

123456


Menerima Penyata Melalui Emel

back chevron

Untuk menerima penyata melalui emel, majikan perlu membuat pengesahan emel di [email protected] seperti format di bawah:

  • Nombor majikan
  • Nama Syarikat/Kementerian/Jabatan
  • Nombor telefon
  • Alamat emel

Mendaftar i-Akaun (Majikan)

back chevron

Selain daripada pendaftaran majikan, anda akan didaftarkan/perlu mendaftar sebagai pengguna i-Akaun Majikan bagi memudahkan anda membayar caruman secara dalam talian (online).

Langkah 1

Borang boleh diperoleh di kaunter atau Laman Web KWSP.

  1. Borang KWSP 1 - majikan baru
  2. Borang KWSP 1 (i) - majikan yang telah berdaftar dengan KWSP.

Langkah 2

Wakil majikan menyerahkan dokumen kepada petugas KWSP untuk pendaftaran.

Langkah 3

Petugas KWSP membuat pengesahan terhadap dokumen berikut:-

  1. Borang KWSP 1/ KWSP 1 (i)
  2. Cop Rasmi Syarikat

Langkah 4

Petugas KWSP mendaftarkan i-Akaun Majikan.

Langkah 5

Wakil majikan akan terima kod pengaktifan melalui SMS di telefon bimbit yang didaftarkan.

Langkah 6

Wakil majikan aktifkan i-Akaun di myEPF menggunakan kod pengaktifan dalam tempoh 30 hari.

 

Pengaktifan TAC

TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data.

Contoh:

Apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi lupa ID Pengguna atau Kata Laluan, TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP.

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

  • Majikan telah mendaftar i-Akaun

  • Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskini melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1(i)

  1. Layari i-Akaun Majikan dan klik Pengaktifan i-Akaun (Login Kali Pertama)
  2. Baca dan pilih ‘Setuju’ pada Terma dan Syarat, kemudian klik ‘Seterusnya’
  3. Masukkan nombor KWSP Majikan dalam ID Pengguna dan isikan kesemua ruang yang diperlukan untuk mendaftar
  4. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan dan anda boleh log masuk ke i-Akaun

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Majikan - PENDAFTARAN

Bilakah Pendaftaran Majikan perlu dibuat dan dokumen apakah yang diperlukan?

back chevron

Seksyen 41(1), Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh mengambil pekerja. Majikan melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Contoh: Borang 49/Sijil Pendaftaran oleh SSM). Majikan akan diberi:

a. Nombor Rujukan Majikan
b. Sijil Pendaftaran Majikan
c. Notis Pendaftaran Majikan


Apakah itu pendaftaran Majikan dalam talian bagi Syarikat berdaftar dengan SSM ?

back chevron

a. Pendaftaran majikan dalam talian merupakan kemudahan untuk syarikat yang berdaftar
    dengan SSM, mendaftar sebagai majikan KWSP di laman web KWSP (www.kwsp.gov.my).
b. Ia juga menyediakan kemudahan pendaftaran i-Akaun (Majikan) dalam talian bagi majikan
    yang layak.


Siapakah yang boleh menggunakan kemudahan ini ?

back chevron

Sebagai permulaan, kemudahan ini hanya dibuka kepada Majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat (Sdn. Bhd. & Bhd.) dengan pihak SSM untuk mendaftar sebagai Majikan KWSP.


Adakah majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain boleh menggunakan kemudahan ini ?

back chevron

Majikan yang berdaftar dengan SSM di bawah kategori lain TIDAK BOLEH menggunakan kemudahan ini.


Mengapakah kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat dengan pihak SSM?

back chevron

Buat masa ini, kemudahan ini hanya dibuka kepada majikan yang berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSM berikutan maklumat bagi kategori majikan ini telah pun disimpan di peringkat KWSP.


Adakah kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain ?

back chevron

Kemudahan ini akan diperluaskan kepada majikan di bawah kategori lain pada masa akan datang dan sebarang penambahbaikan kemudahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak KWSP.


Apakah syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini ?

back chevron
Syarat-syarat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini adalah seperti berikut:
i. Belum berdaftar sebagai Majikan KWSP
ii. Telah mempunyai pekerja yang bekerja
iii. Telah berdaftar di bawah kategori syarikat dengan SSM
iv. Setiap maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pendaftaran mestilah SAMA dengan maklumat yang telah didaftarkan/direkodkan di SSM untuk pengesahan.

Siapakah daripada majikan yang boleh membuat permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini?

back chevron

Permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP melalui kemudahan ini boleh dibuat oleh majikan, wakil majikan atau setiausaha syarikat.


Apakah fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi Majikan KWSP?

back chevron

Fasiliti tambahan yang disediakan dalam permohonan pendaftaran untuk menjadi majikan KWSP ialah pendaftaran i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak.


Bagaimanakah majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran Majikan dalam talian sama ada berjaya atau ditolak?

back chevron

Majikan boleh mengetahui status permohonan pendaftaran dalam talian secara automatik melalui makluman status berjaya atau tidak semasa membuat pendaftaran. 


Apakah maklumat yang akan diperolehi majikan setelah permohonan pendaftaran dalam talian berjaya?

back chevron

Maklumat yang akan diperolehi majikan adalah seperti berikut:
a. Nombor rujukan majikan
b. Notis pendaftaran majikan
c. Sijil pendaftaran sebagai majikan
d. Pengaktifan i-Akaun (Majikan) bagi majikan yang layak


Bolehkah majikan mendapatkan semula notis dan sijil pendaftaran majikan sekiranya terlupa untuk memuat turun atau mencetak dokumen tersebut ?

back chevron

Majikan BOLEH memuat turun atau mencetak semula notis dan sijil pendaftaran dengan mengunci masuk semula maklumat pendaftaran yang telah didaftarkan di skrin pendaftaran.


Adakah kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini selamat ?

back chevron

Kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ADALAH SELAMAT berikutan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi melindungi data majikan.


Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan permohonan pendaftaran majikan sebagai Majikan KWSP dalam talian ini ditolak?

back chevron

Faktor-faktornya adalah seperti berikut:
a. Majikan telahpun berdaftar sebagai majikan dengan pihak KWSP.
b. Maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pengesahan maklumat
    pendaftaran didapati TIDAK SAMA dengan maklumat yang didaftarkan/direkodkan di SSM.


Di manakah majikan boleh membuat permohonan pendaftaran Majikan KWSP jika permohonan pendaftaran majikan dalam taliannya ditolak?

back chevron

Sekiranya permohonan pendaftaran secara dalam talian ditolak, majikan boleh membuat pendaftar melalui Pejabat KWSP atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk pertanyaan lanjut.


Bolehkah majikan membuat permohonan pendaftaran untuk lebih daripada satu nombor rujukan melalui kemudahan pendaftaran majikan dalam talian ini ?

back chevron

TIDAK BOLEH. Majikan hanya boleh berbuat demikian di Pejabat KWSP.


Adakah saluran pendaftaran Majikan KWSP dalam talian ini akan menghapuskan saluran pendaftaran Majikan sedia ada di kaunter KWSP ?

back chevron

TIDAK. Saluran pendaftaran majikan di Pejabat KWSP masih kekal seperti sedia ada.