Cara Fail Cukai Pendapatan 2026 (YA 2025)

Pelepasan Cukai untuk Ahli KWSP: Apa Yang Perlu Diketahui
Article Image

Musim untuk memfailkan cukai pendapatan telah tiba! Jangan lepaskan peluang untuk memfailkan cukai pendapatan anda dan manfaatkan pelepasan yang tersedia. Ketahui siapa yang perlu memfailkan cukai, jenis pendapatan yang dikenakan cukai, dan pelepasan baharu yang boleh anda tuntut untuk penjimatan maksimum bagi Tahun Taksiran 2025

Siapa yang perlu memfailkan cukai pendapatan?

Anda wajib memfailkan borang nyata cukai sekiranya memenuhi salah satu kriteria berikut:

Pekerja berstatus tetap/kontrak
Mempunyai pendapatan tahunan kasar melebihi RM37,333 (anggaran gaji bulanan RM3,111 ke atas) setelah mengambil kira potongan caruman wajib KWSP.

Penggiat ekonomi gig
Merangkumi individu bekerja sendiri, pemandu e-hailing, penghantar makanan, pempengaruh (influencer) atau pekerja bebas (freelancer) dengan pendapatan melebihi nilai ambang dikenakan cukai seperti yang dinyatakan di atas. 

Usahawan
Pemilik perniagaan yang berdaftar di Malaysia dan memperoleh keuntungan tertakluk kepada cukai perlu memfailkan borang nyata cukai mengikut borang yang ditetapkan.

Pemegang Nombor Cukai (TIN)
Individu yang telah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan menerima notis untuk memfailkan borang nyata cukai dikehendaki mengemukakan borang tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, walaupun tiada pendapatan

👉 Tidak pasti? Semak kelayakan anda dengan kalkulator cukai dalam talian di portal MyTax LHDNM.

Bagaimana cara semak & aktifkan fail percukaian LHDNM anda?

Bermula 1 Mac 2026, urusan percukaian di Malaysia kini lebih ringkas dan bersepadu. Bagi pemegang MyKad, MyPR, atau MyKAS, nombor kad pengenalan anda secara rasmi berfungsi sebagai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) tunggal. Anda tidak lagi perlu menghafal nombor rujukan fail yang berbeza!

Walau bagaimanapun, mempunyai nombor TIN tidak bermakna anda boleh terus log masuk untuk membuat e-Filing. Jika ini merupakan kali pertama anda ingin memfailkan cukai, anda perlu mengaktifkan Sijil Digital terlebih dahulu sebagai langkah pengesahan keselamatan sebelum boleh mengakses portal MyTax LHDNM.

Langkah 1: Semak status MyTax LHDNM: masuk ID; TIN ada jika sijil; jika tiada daftar e-Daftar.
Langkah 2: Aktifkan Digital Certificate: e-KYC melalui aplikasi MyTax atau e-CP55D guna komputer.
Langkah 3: Set kata laluan, log masuk MyTax ezHasil, pilih borang e-BE 2025.

Sediakan dokumen ini sebelum memulakan e-Filing

Individu tunjuk gelembung “e-Filing Digital”, senarai semak pendapatan, pelepasan cukai dan dokumen kewangan.

📌 Tip: Simpan semua dokumen berkaitan, termasuk resit dan penyata untuk pelepasan cukai, sekurang-kurangnya 7 tahun sebagai rekod.

 

Kategori pendapatan: Apa yang dikenakan cukai?

Tidak semua wang yang masuk ke dalam akaun anda dianggap sebagai pendapatan bercukai. Berikut adalah panduan ringkas untuk rujukan anda:

Jenis
Pendapatan
Contoh
Sumber
Dikenakan 
Cukai
Dikecualikan
Cukai
Penggajian Gaji, bonus, komisen, elaun tetap  
Keuntungan niaga Pendapatan perniagaan sendiri, freelance, ekonomi gig  
Hasil sewaan Pendapatan daripada penyewaan hartanah (rumah/kedai)  
Dividen & faedah Dividen KWSP, ASB, Tabung Haji, faedah bank tempatan  
Keuntungan modal Keuntungan hasil jualan saham di Bursa Malaysia (Individu)  
Pendapatan luar negara Gaji/dividen luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia   *✅
Hibah & warisan Wang yang diterima sebagai harta warisan/pusaka  
Hadiah & saguhati Hadiah wang tunai atau barangan (bukan daripada majikan)  


*Pengecualian sehingga 31 Disember 2036 tertakluk kepada syarat LHDNM.

 

Apa pelepasan cukai yang anda boleh tuntut?

Berikut ialah pelepasan cukai yang boleh anda tuntut untuk mengurangkan pendapatan bercukai:

Infografik pelepasan cukai 2025 Malaysia: individu, perubatan, gaya hidup, insurans, anak dengan ikon.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Pelepasan cukai melalui caruman KWSP & insurans hayat 

Sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda boleh memanfaatkan pelepasan cukai dengan menguruskan caruman dan premium insurans anda dengan bijak. Berikut adalah caranya:

1. Had Pelepasan Cukai (Maksimum RM7,000)

Bagi pekerja sektor swasta & penjawat awam tidak berpencen:

  • Caruman KWSP (Wajib/Sukarela) / Skim Yang Diluluskan: Sehingga RM4,000 
  • Premium Insurans Nyawa / Caruman KWSP (Sukarela) / Kedua-duanya: Sehingga RM3,000

Bagi penjawat awam berpencen:

  • Jika anda penjawat awam dalam skim berpencen, anda kini mempunyai fleksibiliti yang lebih besar. Pelepasan cukai sehingga RM7,000 tidak lagi terhad kepada premium insurans hayat sahaja, malah telah diperluas untuk merangkumi caruman sukarela KWSP. Ini adalah peluang terbaik untuk anda meningkatkan simpanan persaraan sambil menikmati penjimatan cukai maksimum.

2. Manfaat tambahan ahli KWSP

  • Pelepasan cukai melalui Pelan Perlindungan Ahli: Pelan perlindungan yang dibeli melalui platform i-Lindung menggunakan Akaun Sejahtera layak dituntut di bawah kategori insurans/takaful hayat sehingga RM3,000 setahun.
     
  • Dividen bebas cukai: Dividen daripada simpanan KWSP anda adalah sepenuhnya bebas cukai. Ini membolehkan simpanan persaraan anda berkembang secara maksimum tanpa sebarang potongan. Dengan membuat caruman sukarela, anda bukan sahaja meningkatkan dana persaraan, malah menikmati pulangan pelaburan yang bersih daripada cukai.
     

👉 Untuk maklumat lanjut, layari laman web KWSP: www.kwsp.gov.my.

Baca juga: Menyimpan Dengan Bijak: Tingkatkan Faedah Persaraan Anda Bersama KWSP

Tarikh akhir memfailkan cukai (Tahun Taksiran 2025)

Tarikh akhir cukai: gaji 30 Apr 2026, perniagaan 30 Jun; penalti 15–45%; MyTax portal.

 

Langkah seterusnya: Failkan cukai dengan yakin

Menguruskan cukai pendapatan tidak seharusnya menjadi perkara yang meresahkan. Dengan memahami kriteria kelayakan, serta menuntut pelepasan yang tepat, anda sebenarnya sedang mengukuhkan kedudukan kewangan untuk jangka masa panjang.

Jika anda masih ragu-ragu, jangan teragak-agak untuk merujuk kepada LHDNM atau dapatkan nasihat daripada pakar cukai profesional.

Selamat melengkapkan e-Filing anda! Semoga urusan percukaian anda dipermudahkan dan berjalan lancar.

back chevron