Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian. Kami menggalakkan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang KWSP 9KM (AHL) dan senarai semak dokumen
  • Salinan dokumen pengenalan diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan dokumen sijil kelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil kematian ahli ATAU sijil kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  • Sijil kelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU sijil perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU sijil penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  • Butiran akaun bank (akaun simpanan/ akaun semasa/ surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/akaun harta pusaka si mati - nama si mati)
  • Dokumen bukti pertalian (sijil daftar kahwin/sijil akuan sumpah kahwin bagi ahli bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat kuasa (surat pentadbiran mahkamah/ institusi perundangan/ Amanah Raya Berhad (ARB))
  • Pengistiharan tanggungjawab penerima  (Islam – Lampiran A)
  • Pengistiharan tanggungjawab penerima (Bukan Islam – Lampiran B)

Dengan Penamaan

Siapa Yang Boleh Memohon

icon card
Penama
icon card
Berumur 18 tahun dan ke atas

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

• Kesemua bahagian simpanan KWSP ahli mengikut bahagian penamaan yang dibuat.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Ahli beragama Islam:
Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.

Ahli bukan beragama Islam:
Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.

Tanpa Penamaan

Siapa Yang Boleh Memohon

icon card
Ahli telah berkahwin
• Balu/ duda ahli, anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka
icon card
Ahli belum berkahwin
• Ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusaka
Ahli telah berkahwin Ahli belum berkahwin

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

Simpanan Ahli/Tempoh Pengeluaran ≤RM2,500 > RM2,500 - RM25,000 > RM25,000

*Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana individu yang telah di lantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.

Bantuan Kematian

Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada orang tanggungan ahli yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli, tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Nota: KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan Bantuan Kematian.
icon card
Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap; atau bukan warganegara Malaysia yang telah didaftarkan sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998
icon card
Orang tanggungan ahli (balu/ duda/ anak /ibu bapa)
Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
icon card
Permohonan mesti diterima dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kematian ahli
icon card
Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun
icon card
Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen

  • Borang KWSP 9KM (AHL) (PA) dan senarai semak dokumen
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/ Institusi Perundangan/ Amanah Raya Berhad (ARB))
  • Sijil Kematian ahli

Siapa Yang Boleh Memohon

Dengan Penamaan

Dengan Penamaan

icon card
Amanah Raya Berhad
Nota: Amanah Raya Bhd (ARB) akan menerima 100% daripada simpanan KWSP ahli samada sebagai penama (bagi ahli Islam/bukan Islam) atau sebagai Pemegang Amanah (bagi ahli bukan Islam – tertakluk kepada usia penama dan pembahagian) berdasarkan undang–undang yang terpakai.

Tanpa Penamaan

icon card
Pentadbir Pusaka / Pemegang Wasiat / Pemegang Amanah
Nota: Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana Institusi yang telah dilantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.

Maklumat Tambahan

Death (Payment/ Reminder) Accordion

Cara Pembayaran​

back chevron
  1. Bayaran Dalam Negara

    a. Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda
    Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank.

    b. Anda akan diberi Cek Jurubank
    Jika bayaran ke akaun bank anda gagal.
     
  2. Bayaran Luar Negara

    a. Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda
    Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan.

    b. Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar
    Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan.

Peringatan Penting

back chevron
  1. Mengesahkan dokumen anda
    Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
    (lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)

    Orang Yang Diberi Kuasa

  2. Pastikan bank panel anda
    Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk pengkreditan terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli.

    Bank Panel KWSP

  3. Hantar ke KWSP
    Hantar permohonan lengkap ke Pejabat KWSP terdekat atau secara mel.

    Cari KWSP Terdekat

  4. Perlu maklumat lanjut?
    Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.

    Muat Turun Risalah