Ahli KWSP dalam sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam mencarum melalui potongan gaji bulanan oleh majikan. Amaun caruman tersebut terdiri daripada syer ahli dan majikan yang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli.

Bagaimana Caruman Anda Dikreditkan?

Caruman wajib akan dikreditkan mengikut pecahan berikut:
Akaun 1

70%

Akaun 2

30%

Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun akan mempunyai dua akaun:

• Akaun 55 ialah gabungan Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai umur 55 tahun dan ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa setelah ahli mencapai umur 55 tahun.

• Akaun Emas ialah akaun yang diwujudkan setelah ahli mencapai umur 55 tahun. Mana mana caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur tersebut akan dikreditkan ke akaun ini dan hanya boleh dikeluarkan setelah mencapai umur 60 tahun.

Bayaran Dikenakan Caruman KWSP 


 
icon card
Upah 
icon card
Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit tidak digunakan 
icon card
Bonus
icon card
Elaun 
icon card
Komisen
icon card
Upah bagi cuti separuh gaji
icon card
Insentif
icon card
 Tunggakan upah
icon card
Upah bagi cuti bersalin
icon card
Upah bagi cuti belajar
icon card
Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya 


 


Bayaran Tidak Dikenakan Caruman KWSP


 

 
icon card
Caj perkhidmatan 
icon card
Bayaran kerja lebih masa 
icon card
Ganjaran
icon card
Faedah persaraan 
icon card
Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
icon card
Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsensi perjalanan 

Apa  Yang Perlu Anda Tahu

Caruman wajib dikira berdasarkan amaun upah bulanan mengikut Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga).  Caruman bulanan ini terdiri daripada syer majikan dan syer pekerja.

Caruman Wajib Accordion

Kadar Caruman Pekerja

Kadar Caruman Bulanan
(Jadual Ketiga)

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kadar caruman, anda boleh melihat kadar tersebut di bawah ini.

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

FAQ - Caruman Wajib

Bagaimana saya boleh menyemak caruman saya?

back chevron

Anda boleh menyemak caruman dalam Penyata KWSP atau melalui KWSP i-Akaun. Pastikan caruman anda dikreditkan dengan betul ke akaun anda.


Bilakah caruman saya dibayar?​

back chevron

Potongan gaji anda bersama-sama dengan caruman bahagian majikan mestilah dibayar oleh majikan anda ke KWSP tidak lewat daripada 15 hari bulan pada bulan berikutnya. Majikan yang lewat menghantar caruman akan dikenakan denda.


Bagaimana jika saya tidak ingin mencarum?

back chevron

Caruman kepada KWSP adalah wajib, dan sebarang percubaan untuk bersepakat dengan majikan anda untuk mengelakkan caruman wajib adalah dilarang dari segi undang-undang.


Bagaimana saya boleh membuktikan bahawa majikan saya telah memotong gaji saya untuk caruman KWSP?​

back chevron

Melalui penyata gaji anda yang di berikan oleh majikan anda. Anda dinasihatkan menyimpan penyata gaji anda bagi tujuan pembuktian bayaran caruman.


Bagaimana saya ingin mengetahui jika potongan gaji saya telah dicarum dengan betul?

back chevron

Ia merupakan peranan ahli bagi membuat semakan ke atas penyata gaji mereka melalui Penyata KWSP bagi memastikan bayaran caruman telah dikreditkan dengan sewajarnya.


Bagaimana saya ingin mendapatkan Penyata KWSP saya?

back chevron

Anda boleh mendapatkannya melalui i-Akaun atau mana-mana Self-Service Terminal (SST) KWSP.


Di bawah keadaan apakah simpanan KWSP saya boleh dilucuthak? 

back chevron

Simpanan KWSP ahli tidak boleh dipindahkan, dikenakan tuntutan, disita, atau dikenakan untuk atau berkenaan dengan sebarang hutang atau tuntutan termasuk oleh Ketua Pengarah Insolvensi. Walau bagaimanapun, perlindungan simpanan ahli boleh dirampas dalam keadaan perintah mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).​


Apakah maksud caruman / terminologi yang perlu saya tahu? 

back chevron

Ahli 

​Ahli KWSP mengikut peruntukan Akta KWSP ialah seseorang yang mempunyai akaun dan simpanan dengan KWSP. Ahli KWSP ialah pekerja di sektor swasta, pekerja tidak berpencen di sektor awam dan mereka yang telah memilih untuk mencarum.

Pekerja ​

​Anda adalah seorang pekerja jika anda telah diambil bekerja oleh majikan di bawah satu kontrak perkhidmatan atau perantisan.​

Kontrak Perkhidmatan ​

​Kontrak perkhidmatan ialah syarat-syarat perkhidmatan yang menerangkan perhubungan di antara majikan dan pekerja. Di antara faktor-faktor utama yang menentukan kontrak ini ialah wujudnya tawaran dan penerimaan kontrak, penyeliaan dan kawalan kerja oleh pihak yang menawarkan pekerjaan, balasan dalam bentuk wang dan janji untuk memberi perkhidmatan yang tidak boleh diganti oleh orang lain. Kontrak perkhidmatan ini merangkumi kontrak secara bertulis, lisan dan yang dinyatakan secara jelas atau tersirat. ​

Majikan ​

Majikan anda ialah pihak yang mengambil anda sebagai pekerja untuk bekerja di bawah satu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Ini termasuklah: ​​

  • Pengurus, agen atau orang yang bertanggungjawab membayar gaji atau upah seseorang pekerja; ​
  • Mana-mana kumpulan orang, sama ada berkanun atau tidak berkanun atau diperbadankan; ​
  • Mana-mana kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua Akta KWSP 1991.​