i-Sayang: Caruman untuk Isteri Anda
Siapa Yang Layak Memohon
Syarat-syarat Kelayakan Suami (Pemberi)
Syarat-syarat Kelayakan Isteri (Penerima)
Soalan Lazim
Frequently Asked Question
Adakah saya perlu sediakan dokumen sokongan untuk mendaftar i-Sayang?
Tidak perlu. Jika anda dan isteri anda sudah memenuhi syarat kelayakan, anda layak untuk mendaftar.
Bolehkah suami memohon untuk mencarum i-Sayang melebihi 2% ke dalam akaun isteri?
Tidak boleh. Pada masa ini, pindahan caruman i-Sayang dihadkan kepada 2% sahaja.
Bolehkah isteri memohon untuk memindahkan caruman ke dalam akaun KWSP suami?
Tidak boleh. Inisiatif i-Sayang hanya membenarkan pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP suami ke dalam akaun KWSP isteri.
Bolehkah saya membatalkan pendaftaran i-Sayang?
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri.
Nota: Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri, suami perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri.
Bagaimanakah pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada caruman syer pekerja dikira?
Formula pengiraan pindahan 2% daripada caruman syer pekerja dikira seperti berikut:
Contoh 1:
a) Upah suami : RM2,000.00
b) Status Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
c) Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja : 11%
d) Kadar i-Topup Pekerja: 0%
e) Jumlah Caruman Syer Pekerja : RM220 (RM2,000 x 11%)
Amaun pindahan i-Sayang ialah : RM 40.00
Contoh 2:
a) Upah suami : RM2,000.00
b) Status Kewarganegaraan : Bukan Warganegara Malaysia
c) Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja : 2%
d) Kadar i-Topup Pekerja: 0%
e) Jumlah Caruman Pekerja : RM40 (RM2,000 x 2%)
Amaun pindahan i-Sayang ialah : RM 40.00
Bagaimana pengiraan pindahan 2% dari akaun suami ke akaun isteri dikira bagi suami yang memilih untuk mencarum lebih dari kadar berkanun (i-Topup)?
Formula pengiraan pindahan 2% daripada caruman syer pekerja dikira seperti berikut:
Contoh 1:
a) Upah suami : RM2,000.00
b) Status Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
c) Kadar Caruman Berkanun Pekerja : 11%
d) Kadar i-Topup Pekerja : 3%
e) Jumlah Caruman Syer Pekerja : RM280 (RM2,000 x (11%+3%))
Amaun pindahan i-Sayang ialah : RM 40.00
Contoh 2:
a) Upah suami : RM2,000.00
b) Status Kewarganegaraan : Bukan Warganegara Malaysia
c) Kadar Caruman Berkanun Pekerja : 2%
d) Kadar i-Topup Pekerja : 3%
e) Jumlah Caruman Syer Pekerja : RM100 (RM2,000 x (2%+3%))
Amaun pindahan i-Sayang ialah : RM 40.00
Adakah pemberi (suami) layak menerima apa‑apa insentif khas?
Tidak layak.
Adakah penerima i‑Sayang (isteri) layak menerima apa‑apa insentif khas?
Penerima i-Sayang yang berdaftar sebagai i-Saraan atau tersenarai dalam data eKasih layak menerima insentif i-Saraan/i-Suri sekiranya memenuhi syarat/kriteria kelayakan insentif i-Saraan/i-Suri.
Frequently Asked Question
Bagaimanakah permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat?
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui saluran berikut:
i. Aplikasi KWSP i-Akaun & portal web i-Akaun (Ahli); ATAU
ii. Self Service Terminal (SST); ATAU
iii. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Bagaimanakah suami (pemberi) boleh mendaftar i-Sayang secara dalam talian?
Suami (pemberi) boleh mendaftar i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli) dengan merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran i-Sayang.
Di manakah suami (pemberi) boleh mendapatkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY)?
Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) boleh didapati di laman web KWSP.
Bolehkah isteri mendaftar i-Sayang atau mewakili suami untuk mendaftar i-Sayang?
Tidak boleh. Pendaftaran i-Sayang hanya boleh dibuat oleh suami secara sukarela.
Bolehkah suami dan isteri menyemak status pendaftaran i-Sayang?
Hanya suami yang boleh menyemak pendaftaran i-Sayang melalui i-Akaun (Ahli).
Bolehkah pendaftaran i-Sayang dibuat untuk selain daripada isteri?
Pendaftaran adalah untuk isteri yang sah di bawah undang-undang Malaysia sahaja. Sebarang ketidaktepatan maklumat isteri adalah tanggungjawab suami sepenuhnya.
Frequently Asked Question
Bolehkah suami (pemberi) membatalkan caruman i-Sayang melalui i-Akaun?
Tidak boleh. Proses pembatalan caruman i-Sayang hanya boleh dibuat di Kaunter KWSP kerana suami (pemberi) perlu kemukakan dokumen sokongan.
Berapa lamakah proses pembatalan caruman i-Sayang diambil?
Proses pembatalan caruman i-Sayang mengambil masa sebulan selepas permohonan dibuat.
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pembatalan i-Sayang?
Dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pembatalan i-Sayang adalah seperti berikut:
i. Sijil Penceraian; ATAU
ii. Sijil Kematian Isteri (penerima)
Frequently Asked Question
Bilakah pemindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)?
Pindahan caruman i-Sayang akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) pada hari yang sama selepas caruman dikreditkan ke akaun suami (pemberi). Pindahan juga bergantung kepada baki terkini akaun pemberi mengikut sub akaun (Akaun Persaraan 75%, Akaun Sejahtera 15% dan Akaun Fleksibel 10%) ketika pindahan caruman dibuat. Sekiranya terdapat baki sub akaun yang tidak mencukupi, pindahan caruman i-Sayang tidak akan berlaku.
| Bulan caruman | Tarikh caruman dikreditkan ke akaun suami (Pemberi) |
Tarikh pindahan caruman i-Sayang ke akaun isteri (Penerima) |
|
|---|---|---|---|
Senario 1 Senario 2 |
07/2025 08/2025 |
15/07/2025 10/08/2025 |
15/07/2025 10/08/2025 |
Bolehkah suami menuntut semula jumlah caruman i-Sayang yang telah dikreditkan ke akaun isteri jika lewat mengemukakan makluman penceraian atau kematian isteri kepada KWSP?
Tidak boleh. Suami perlu segera melaporkan kepada KWSP mengenai penceraian atau kematian isteri.
Bolehkah suami menuntut semula caruman yang telah dipindahkan ke akaun isteri?
Tidak boleh. Caruman yang telah dipindahkan ke dalam akaun isteri tidak boleh dipindahkan kembali ke akaun suami.
Perlukah suami mendapatkan persetujuan isteri untuk mendaftar i-Sayang?
Tidak perlu. Pendaftaran i-Sayang adalah pilihan suami secara sukarela untuk memindahkan caruman 2% ke dalam akaun KWSP isteri.
Bagaimanakah KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel isteri?
KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri dengan mengkreditkan 75% ke dalam Akaun Persaraan, 15% ke dalam Akaun Sejahtera, dan 10% ke dalam Akaun Fleksibel.
Bolehkah suami atau isteri penjawat awam dalam skim perkhidmatan berpencen mendaftar i-Sayang tanpa menghadapi risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak?
Boleh. Tiada sebarang risiko akan berlaku kerana pindahan adalah berdasarkan syer pekerja dan tidak melibatkan syer majikan.
Adakah perbezaan jenis akaun (Simpanan Shariah atau Simpanan Konvensional) antara suami dan isteri dibenarkan bagi pemindahan caruman i-Sayang?
Ya, dibenarkan. Perbezaan jenis akaun (Simpanan Shariah atau Simpanan Konvensional) antara suami dan isteri tidak memberi sebarang implikasi kepada pemindahan caruman i-Sayang.
Mengapakah caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja?
Lebih 80% ahli KWSP yang mempunyai gaji RM5,000 ke bawah. Kadar permulaan 2% membolehkan majoriti suami yang merupakan ahli KWSP berpeluang untuk menyediakan simpanan jangka panjang dan jaminan pendapatan jangka panjang kepada isteri mereka seperti yang dinikmati oleh ahli KWSP kini. Walau bagaimanapun, suami boleh membuat caruman tambahan ke akaun KWSP isteri melalui saluran caruman sukarela.
Perlukah majikan membuat pengasingan caruman bagi pekerja yang mendaftar i-Sayang?
Tidak perlu. Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman seperti biasa. Pengasingan tersebut akan dilaksanakan oleh KWSP melalui pemindahan caruman daripada akaun suami ke dalam akaun isteri.
Adakah amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP suami (pemberi) dan isteri (penerima)?
Ya, amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP suami (pemberi) dan isteri (penerima) yang boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli).
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda



