Kemaskini terakhir : 11 Sep 2019    

Simpanan Shariah

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

  • Mengapa Simpanan Shariah?

    Ahli Beragama Islam:

    • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
    • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
    • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

    Ahli Bukan Beragama Islam:

    Ahli bukan beragama Islam juga boleh memilih Simpanan Shariah sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional:

    • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
    • Alokasi aset strategik yang sama.
    • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
    • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.
  • Ciri-ciri
      Simpanan Shariah Simpanan Konvensional
    Keahlian Semua ahli KWSP boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah. Semua Ahli KWSP adalah Simpanan Konvensional selagi mana belum memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
    Akad (Kontrak Shariah) Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad Wakalah Tidak berkenaan
    Kadar dividen Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah Kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh Syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%
    Perakuan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS) Diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah Tidak berkenaan
    Pertukaran akaun Ahli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa Ahli boleh memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah
  • Bagaimana Ia Berfungsi
      Simpanan Shariah Simpanan Konvensional
    Pendaftaran
    • Di Kaunter KWSP
    • KWSP Mobile Team
    • Secara dalam talian menerusi i-Akaun
    • Automatik
    • Kaunter KWSP
    • i-Akaun Majikan
    • Kios
    Caruman Proses berkaitan caruman sedia ada kekal dan majikan tidak perlu membuat pembayaran caruman secara berasingan bagi pekerja yang memilih Simpanan Shariah.
    Majikan/Penguatkuasaan Majikan yang lewat membayar caruman sama ada pekerja-pekerjanya memilih Simpanan Shariah atau tidak, akan dikenakan:
    • Caj lewat bayar: Kadar dividen terendah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi setiap tahun berkenaan dengan ditambah 1%. ("Caj lewat bayar" menggantikan "faedah")
    • Dividen: Kadar dividen terendah antara kadar dividen Simpanan Konvensional dan kadar dividen Simpanan Shariah


    Sebelum tahun 2017, kadar dividen KWSP yang diisytiharkan bagi setiap tahun berkenaan hendaklah dirujuk bagi pengiraan caj lewat bayar dan dividen
    Pengeluaran Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal kecuali Skim Pelaburan Ahli, di mana ahli hanya dibenarkan untuk melabur dalam dana patuh Shariah yang diluluskan oleh KWSP Kemudahan pengeluaran sedia ada kekal
    Pelaburan Pelaburan beretika yang mengelakkan dari melabur dalam sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, perjudian , hiburan dewasa dan senjata ketenteraan.

    Tertakluk kepada saringan syariah untuk menyingkirkan elemen tidak patuh syariah seperti riba (faedah) gharar (ketidakpastian dalam kontrak) maysir (perjudian) dan lain-lain elemen terlarang seperti barangan dan perkhidmatan tidak patuh syariah
    Pelaburan beretika yang mengelakkan dari melabur dalam sektor yang menghasilkan dan mempromosikan alkohol, perjudian , hiburan dewasa dan senjata ketenteraan.
  • Apa Yang Anda Perlukan
    • Melalui Kaunter KWSP dan KWSP Mobile Team
      • MyKad (Warganegara Malaysia)
      • Pasport (Warganegara asing)
    • Secara Dalam talian meneruis i-Akaun
      • Mempunyai i-Akaun KWSP (Ahli)
      • Mendaftar nombor telefon bimbit untuk penerimaan TAC
  • Nota Penting
    1. Ahli tidak boleh kembali ke Simpanan Konvensional, selepas tarikh kuat kuasa pilihan Simpanan Shariah.
    2. Dividen Simpanan Shariah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah dan tiada jaminan dividen minima 2.5%.
housing