i-Simpan (dahulunya dikenali sebagai Caruman Pilihan Sendiri) merupakan pilihan bagi individu yang ingin menambah simpanan persaraan mereka secara sukarela dengan KWSP.
Siapa Yang Boleh Mencarum​
icon card
Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap 
icon card
Ahli KWSP​
icon card
Berumur 75 tahun ke bawah 

Kaedah Bayaran

Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran:

i-Simpan (Payment Channel Accordion)

Had Caruman

Minimum: RM1

Tertakluk kepada saluran pembayaran​

Maksimum: RM100,000 setahun

Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman i-Simpan, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Saraan Plus, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran.

Borang

Soalan Lazim

i-Simpan FAQ BM

1. Apakah itu i-Simpan?

back chevron

i-Simpan ialah pilihan caruman sukarela yang membolehkan ahli meningkatkan simpanan persaraan mereka secara fleksibel melalui caruman tambahan ke akaun KWSP.

2. Siapakah yang layak untuk membuat i-Simpan?

back chevron

i-Simpan terbuka kepada warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia yang telah berdaftar sebagai ahli KWSP dan berumur bawah 75 tahun.

3. Bolehkah pekerja bergaji tetap membuat caruman i-Simpan?

back chevron

Boleh. Pekerja bergaji tetap boleh membuat i-Simpan sebagai tambahan kepada caruman wajib bulanan. Caruman ini bersifat sukarela dan boleh dilakukan mengikut kemampuan ahli. 

4. Bagaimanakah cara membuat bayaran i-Simpan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)?

back chevron

Ahli boleh membuat pembayaran i-Simpan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian, FPX. Ikuti langkah seperti berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli).
  2. Klik "Tambah Simpanan" pada tab Laman Utama atau Simpanan.
  3. Pada tab bahagian atas, pilih "Diri Sendiri" dan ikuti arahan yang dipaparkan hingga selesai.
  4. Muat turun resit untuk penyimpanan rekod.

Panduan visual tersedia di sini.

Nota: Senarai bank yang menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui FPX boleh dirujuk di Soalan 5. 

5. Apakah bank yang menyediakan pembayaran melalui FPX untuk i-Simpan?

back chevron

Berikut ialah senarai bank yang menyediakan pembayaran melalui FPX untuk i-Simpan:

  1. Affin Bank  
  2. Agro Bank 
  3. Alliance Bank Malaysia  
  4. AmBank  
  5. Bank Islam Malaysia  
  6. Bank Muamalat  
  7. Bank of China 
  8. Bank Rakyat 
  9. Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  10. CIMB Bank   
  11. Hong Leong Bank  
  12. HSBC Bank 
  13. Kuwait Finance House 
  14. Maybank  
  15. OCBC Bank 
  16. Public Bank  
  17. RHB Bank  
  18. Standard Chartered Bank 
  19. UOB Bank 

6. Berapa lama masa yang diambil untuk bayaran i-Simpan melalui i-Akaun (Ahli) dikreditkan ke dalam akaun KWSP saya?

back chevron

Bayaran i-Simpan melalui aplikasi KWSP i-Akaun akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja selepas bank memindahkan bayaran tersebut kepada KWSP.

7. Apakah yang berlaku jika bayaran i-Simpan melebihi had caruman sukarela tahunan RM100,000?

back chevron

Sebarang bayaran i-Simpan yang melebihi had maksimum terkumpul caruman sukarela tahunan RM100,000 akan dikembalikan kepada ahli.

8. Bolehkah saya mendapatkan pengembalian semula bayaran i-Simpan yang telah dibuat kepada KWSP?

back chevron

Tidak boleh. Bayaran i-Simpan tidak boleh dikembalikan setelah dikreditkan ke akaun ahli. Semua bayaran kepada KWSP adalah sah dan muktamad, jadi pastikan segala maklumat adalah tepat sebelum meneruskan transaksi pembayaran.

9. Apakah yang dimaksud dengan pernyataan "Anda mempunyai baki RMXXXXX had caruman untuk tahun ini"?

back chevron

Penyataan ini merujuk kepada baki had caruman sukarela (i-Simpan, i-Saraan, i-Suri dan Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) yang masih boleh dicarum oleh ahli untuk tahun tersebut melalui aplikasi KWSP i-Akaun, portal web i-Akaun (Ahli) dan Self-Service Terminal (SST). 

Formula pengiraan adalah seperti berikut:

(Jumlah maksimum tahunan Caruman Sukarela) – (Jumlah Caruman Sukarela dari semua saluran bayaran yang telah dikreditkan ke akaun KWSP ahli) = Baki jumlah caruman sukarela untuk tahun berkenaan 

Contoh: RM100,000 – RM312 = RM99,688.  

Peringatan penting: Caruman yang dibuat pada hari yang sama tetapi menggunakan saluran yang berbeza, belum lagi diambil kira sebagai jumlah caruman untuk tahun berkenaan. 

10. Apakah yang berlaku kepada caruman i-Simpan yang dibuat selepas ahli berumur 55 tahun?

back chevron

Semua caruman i-Simpan yang diterima selepas ahli mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun melalui Pengeluaran Umur 60 Tahun. Ahli tidak dibenarkan membuat caruman selepas mencapai umur 75 tahun.

Auto Simpan FAQ BM

1. Apakah fungsi Auto Simpan KWSP?

back chevron

Auto Simpan KWSP merupakan penambahbaikan kepada kemudahan caruman sukarela sedia ada yang membolehkan ahli menetapkan caruman bulanan secara automatik dan berulang ke dalam akaun KWSP. Ahli boleh menentukan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan pilihan mereka untuk menambah simpanan secara konsisten.

2. Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan untuk Auto Simpan?

back chevron

Tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan untuk menggunakan Auto Simpan.

3. Bagaimanakah cara mendaftar Auto Simpan?

back chevron

Ahli perlu mendaftar Auto Simpan terlebih dahulu sama ada melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) untuk membolehkan pembayaran caruman bulanan secara automatik dan berulang setiap bulan dibuat menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit. Ikuti langkah berikut: 

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli).
  2. Klik tab Simpanan di Laman Utama.
  3. Klik "Tambah Simpanan".
  4. Pilih "Aktifkan Auto Simpan".
  5. Skrin pengenalan Auto Simpan akan dipaparkan. Klik "Teruskan".
  6. Tetapkan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan yang dikehendaki.
  7. Pilih bank.
  8. Ahli perlu membaca dan memahami Terma & Syarat terlebih dahulu sebelum mengesahkan butiran pembayaran caruman. Setelah itu, tandakan setuju dengan Terma & Syarat, dan klik "Teruskan".
  9. Log masuk ke akaun bank untuk mengesahkan pendaftaran Auto Simpan.
  10. Mesej pengesahan akan dipaparkan. Klik "Selesai" untuk menamatkan proses pendaftaran Auto Simpan.

4. Apakah senarai bank yang menyediakan pembayaran Auto Simpan melalui DuitNow AutoDebit?

back chevron

Berikut ialah senarai bank yang menyediakan pembayaran Auto Simpan melalui DuitNow AutoDebit di aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli): 

  1. RHB
  2. AmBank
  3. Maybank
  4. CIMB Bank
  5. Bank Islam Malaysia Berhad
  6. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  7. Hong Leong Bank Berhad

Nota: Senarai bank yang terlibat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. 

5. Bolehkah saya menggunakan akaun bank orang lain untuk mendaftar Auto Simpan?

back chevron

Tidak boleh. Pendaftaran Auto Simpan KWSP memerlukan ahli menggunakan akaun bank sendiri yang aktif. Penggunaan akaun orang lain tidak dibenarkan bagi mengelakkan masalah semasa potongan bulanan.

6. Berapakah had minimum dan maksimum caruman untuk Auto Simpan?

back chevron

Had caruman Auto Simpan KWSP adalah seperti berikut: 

  1. Minimum: RM10.
  2. Maksimum: RM100,000.

Nota: Had maksimum terkumpul bagi semua Caruman Sukarela (i-Simpan, i-Saraan, i-Suri dan Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran ialah RM100,000 setahun.  

7. Bolehkah saya mengubah amaun caruman atau tarikh potongan Auto Simpan selepas pendaftaran?

back chevron

Tidak boleh. Tarikh potongan dan amaun caruman yang ditetapkan semasa pendaftaran tidak boleh diubah selagi Auto Simpan KWSP masih aktif. Untuk mengubah maklumat ini, ahli perlu membatalkan pendaftaran sedia ada dan mendaftar semula melalui aplikasi KWSP i‑Akaun atau portal web iAkaun (Ahli).

8. Kenapa saya tidak boleh memilih tarikh potongan yang lebih awal semasa mendaftar Auto Simpan?

back chevron

Untuk tujuan pemprosesan, Auto Simpan hanya membenarkan tarikh potongan bermula dua (2) hari selepas tarikh pendaftaran. 

Contoh
Jika daftar pada 1hb, tarikh potongan yang tersedia bermula dari 3hb dan seterusnya. 

9. Apakah yang berlaku kepada potongan Auto Simpan jika tarikh yang dipilih tidak wujud dalam sesuatu bulan?

back chevron

Sekiranya tarikh potongan bulanan yang dipilih tiada dalam sesuatu bulan (contohnya 29, 30 atau 31), potongan akan dibuat pada hari terakhir bulan tersebut

Contoh

  1. Jika ahli memilih 31hb sebagai tarikh potongan bulanan, potongan bagi bulan September akan dibuat pada 30hb.
  2. Jika ahli memilih 30hb sebagai tarikh potongan bulanan, potongan bagi bulan Februari akan dibuat pada 28hb (atau 29hb dalam tahun lompat).

10. Bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran Auto Simpan?

back chevron

Ahli boleh menyemak status pendaftaran Auto Simpanmelalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) dengan langkah berikut: 

  1. Pergi ke bahagian “Profil”
  2. Pilih “Transaksi Auto”
  3. Klik “Rekod Auto Simpan

Jika pendaftaran berjaya, ahli juga akan menerima pemberitahuan melalui push notification dan mesej di Peti Masuk (Inbox) yang boleh diakses melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). 

11. Apakah yang akan berlaku kepada Auto Simpan jika jumlah caruman sukarela melebihi had tahunan RM100,000?

back chevron

Status Auto Simpan KWSP anda akan kekal aktif. Namun, potongan bulanan akan dihentikan bagi baki tahun tersebut apabila had tahunan caruman sukarela sebanyak RM100,000 telah dicapai, termasuk caruman di bawah i-Simpan, i-Saraan, i-Suri dan Penambahan Simpanan Akaun Persaraan.

Potongan bulanan akan disambung semula secara automatik pada tahun berikutnya. Ahli juga akan menerima notifikasi melalui aplikasi KWSP i-Akaun dan portal web i-Akaun (Ahli).

12. Kenapa potongan Auto Simpan saya tidak berjaya?

back chevron

Potongan Auto Simpan KWSP tidak berjaya disebabkan oleh salah satu perkara berikut: 

  1. Baki dalam akaun bank tidak mencukupi.
  2. Kebenaran DuitNow AutoDebit telah tamat tempoh atau tidak sah.
  3. Gangguan teknikal semasa transaksi bayaran dibuat.
  4. Transaksi bayaran disekat atau ditolak oleh pihak bank.

13. Apakah yang perlu saya lakukan jika potongan Auto Simpan tidak berjaya?

back chevron

Sekiranya potongan tidak berjaya, ahli boleh membuat caruman secara manual melalui fungsi Tambah Simpanan dengan memilih “Carum untuk Diri Sendiri” di aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli), bagi memastikan simpanan KWSP ahli kekal konsisten.

14. Bagaimanakah cara membatalkan Auto Simpan?

back chevron

Auto Simpan KWSP boleh dibatalkan pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli): 

  1. Tab Auto Simpan: Pilih Kad “Tambah Simpanan Anda” → Pilih Tab “Auto Simpan” → Pilih “Lihat butiran” → Pilih “Batal Auto Simpan”.
  2. Medan Profil: Pilih bahagian “Profil” → Pilih “Auto Transaksi” → Pilih “Rekod Auto Simpan” → Pilih “Batal Auto Simpan”.

15. Bilakah Auto Simpan ditamatkan secara automatik?

back chevron

Auto Simpan KWSP akan ditamatkan secara automatik sekiranya: 

  1. Ahli telah mencapai umur 75 tahun.
  2. Akaun KWSP ahli dibatalkan apabila membuat pengeluaran penuh seperti Pengeluaran Meninggalkan Negara atau Pengeluaran Kematian.

16. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan jika menghadapi masalah berkaitan Auto Simpan?

back chevron

Sekiranya ahli memerlukan bantuan lanjut berkaitan Auto Simpan, sila hubungi kami melalui saluran berikut: 

  1. Borang Pertanyaan di laman web rasmi KWSP.
  2. WhatsApp KWSPMalaysia.
  3. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP.
  4. Pejabat KWSP berhampiran.

Caruman Untuk Ahli Lain FAQ

1. Apakah itu caruman untuk ahli lain?

back chevron

Caruman untuk ahli lain membolehkan ahli KWSP atau pembayar membuat caruman sukarela ke dalam akaun KWSP orang tersayang seperti ibu bapa, pasangan atau adik-beradik. Ia merupakan peluasan kemudahan i-Simpan sedia ada yang sebelum ini hanya membenarkan caruman ke akaun sendiri.

2. Siapakah yang layak menerima caruman daripada ahli lain?

back chevron

Penerima mestilah ahli KWSP yang berdaftar, merupakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Malaysia dan berumur di bawah 75 tahun.

3. Bagaimanakah cara membuat caruman ke akaun ahli lain?

back chevron

Pembayaran caruman untuk ahli lain boleh dibuat melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) perkhidmatan pembayaran dalam talian, FPX. Ikuti langkah berikut: 

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli).
  2. Klik "Tambah Simpanan" pada tab Laman Utama atau Simpanan.
  3. Pilih "Carum untuk ahli lain" dan ikuti arahan yang dipaparkan hingga selesai.
  4. Muat turun resit untuk penyimpanan rekod.

Panduan visual tersedia di sini.
 
Nota: Senarai bank yang terlibat untuk pembayaran melalui FPX boleh dirujuk di Soalan 4.  

4. Apakah senarai bank yang menyediakan pembayaran FPX untuk caruman kepada ahli lain?

back chevron

Senarai bank yang menyediakan pembayaran FPX untuk ciri ini adalah seperti berikut:

  1. Affin Bank  
  2. Agro Bank 
  3. Alliance Bank Malaysia  
  4. AmBank  
  5. Bank Islam Malaysia  
  6. Bank Muamalat  
  7. Bank of China 
  8. Bank Rakyat 
  9. Bank Simpanan Nasional (BSN) 
  10. CIMB Bank  
  11. Hong Leong Bank  
  12. HSBC Bank 
  13. Kuwait Finance House 
  14. Maybank  
  15. OCBC Bank 
  16. Public Bank  
  17. RHB Bank  
  18. Standard Chartered Bank 
  19. UOB Bank 

5. Berapa lama masa yang diambil untuk caruman kepada ahli lain dikreditkan ke akaun KWSP penerima?

back chevron

Caruman kepada ahli lain melalui aplikasi KWSP i-Akaun akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP penerima dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja selepas bank memindahkan bayaran tersebut.

6. Apakah yang berlaku jika caruman kepada ahli lain menyebabkan jumlah caruman sukarela penerima melebihi had tahunan RM100,000?

back chevron

Sebarang bayaran yang melebihi had maksimum terkumpul caruman sukarela tahunan RM100,000 akan dikembalikan kepada penerima.

7. Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik jika saya membuat caruman ke akaun ahli KWSP lain?

back chevron

Tidak, caruman yang dibuat kepada ahli lain tidak boleh dikembalikan setelah dikreditkan ke akaun penerima, kerana semua bayaran kepada KWSP adalah sah dan muktamad. Pembayar perlu memastikan segala maklumat adalah tepat sebelum meneruskan transaksi pembayaran.

8. Apakah yang berlaku apabila caruman kepada ahli lain diterima selepas penerima berumur 55 tahun?

back chevron

Semua caruman yang diterima selepas penerima mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun melalui Pengeluaran Umur 60 Tahun. Pembayar tidak dibenarkan membuat caruman setelah penerima mencapai umur 75 tahun.

Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Self-Contribution & Voluntary Contribution (FAQ Accordion)

Siapakah yang layak untuk membuat Caruman Pilihan sendiri? ​

back chevron

Caruman Pilihan Sendiri hanya terbuka kepada warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap yang telah berdaftar sebagai ahli KWSP.​

Saya merupakan pekerja warganegara asing yang memiliki permit kerja di Malaysia, bolehkah saya membuat Caruman Pilihan Sendiri?​

back chevron

Caruman Pilihan Sendiri hanya terbuka kepada ahli KWSP warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.​

Jika saya pekerja yang bergaji tetap, bolehkah saya membuat Caruman Pilihan Sendiri?​

back chevron

Boleh.

Bolehkah saya memohon pengembalian semula bayaran Caruman Pilihan Sendiri?​

back chevron

Tidak boleh. Semua Caruman Pilihan Sendiri yang telah dibayar kepada KWSP adalah benar dan muktamad. Justeru, ahli perlu memastikan bayaran adalah teratur sebelum meneruskan transaksi berkenaan.​

Apa yang dimaksudkan dengan penyataan ‘Anda mempunyai baki RMXXXXX had caruman untuk tahun ini’?

back chevron

Penyataan ini adalah merujuk kepada baki had caruman yang boleh dicarum oleh ahli untuk tahun tersebut.​

Formula pengiraan adalah seperti berikut:​

Jumlah maksimum tahunan Caruman Sukarela TOLAK jumlah Caruman Sukarela dari semua saluran bayaran yang telah dikreditkan ke akaun ahli = baki had caruman tahunan Ini.​

Contoh:​

RM100,000 – RM312 = RM99,688.​

​Peringatan penting: Caruman yang dibuat pada hari yang sama tetapi menggunakan saluran yang berbeza, belum lagi diambil kira sebagai had caruman untuk tahun berkenaan.​

Bolehkah saya membuat bayaran melebihi had maksimum (RM100,000)?​

back chevron

Tidak boleh. Bayaran yang melebihi had maksimum akan dikembalikan kepada ahli.​

Bolehkah saya membuat pembayaran Caruman Pilihan Sendiri melalui aplikasi KWSP i‑Akaun?​

back chevron

Boleh! Kini anda boleh membuat pembayaran Caruman Pilihan Sendiri atau Caruman kepada Ahli Lain melalui aplikasi KWSP i-Akaun kami.

Bagaimana cara membuat pembayaran Caruman Pilihan Sendiri melalui aplikasi KWSP i-Akaun?

back chevron

Carum untuk Diri Sendiri 
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun​ 
Langkah 2: Klik "Tambah simpanan"​ di tab Laman Utama atau Simpanan
Langkah 3: Pilih "Carum untuk diri sendiri"​​ 
Langkah 4: Masukkan jumlah caruman anda​ 
Langkah 5: Pilih bank anda​
Langkah 6: Sahkan butiran caruman anda dan klik teruskan
Langkah 7: Terima Terma & Syarat
Langkah 8: Log masuk ke akaun perbankan anda dan buat pembayaran melalui FPX
Langkah 9: Transaksi selesai! Muat turun resit sebagai salinan simpanan
 
Carum untuk Ahli Lain
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun​ 
Langkah 2: Klik "Tambah simpanan"​ di tab Laman Utama atau Simpanan​ 
Langkah 3: Pilih “Carum untuk ahli lain” 
Langkah 4: Masukan no. MyKad/MyPR penerima 
Langkah 5: Masukkan jumlah caruman​ 
Langkah 6: Pilih bank anda​ 
Langkah 7: Sahkan butiran caruman dan klik teruskan​ 
Langkah 8: Terima Terma & Syarat 
Langkah 9: Log masuk ke akaun perbankan anda dan buat pembayaran melalui FPX ​ 
Langkah 10: Transaksi selesai! Muat turun resit sebagai salinan simpanan

Apakah bank yang terlibat bagi kemudahan pembayaran online melalui FPX?​

back chevron
  • Maybank​
  • Public Bank​
  • CIMB Bank​
  • RHB Bank​
  • Affin Bank​
  • Alliance Bank Malaysia​
  • AmBank​
  • Bank Islam Malaysia​
  • Bank Muamalat​
  • Bank Rakyat​
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)​
  • Bank of China (M) Berhad​​
  • Deutsche Bank​
  • Hong Leong Bank​
  • HSBC​
  • Kuwait Finance House​
  • OCBC​
  • Standard Chartered Bank​
  • UOB

Bilakah bayaran Caruman Pilihan Sendiri melalui aplikasi KWSP i-Akaun dikreditkan ke akaun KWSP ahli?

back chevron

Bayaran Caruman Pilihan Sendiri melalui aplikasi KWSP i‑Akaun akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh tiga (3) hari bekerja untuk bayaran secara elektronik dan tujuh (7) hari bekerja untuk bayaran bukan secara elektronik.​

Bagaimanakah cara untuk membuat Caruman Sukarela melalui aplikasi KWSP i‑Akaun?

back chevron

Berikut merupakan cara untuk membuat Caruman Sukarela melalui aplikasi KWSP i‑Akaun:

Apakah had amaun bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi KWSP i‑Akaun?

back chevron

Had amaun bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi KWSP i-Akaun ialah minimum RM10.​

Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.

Apa yang dimaksudkan dengan penyataan ‘Anda mempunyai baki RMXXXXX had caruman untuk tahun ini’.

back chevron

Penyataan ini adalah merujuk kepada baki had caruman yang boleh dicarum oleh ahli untuk tahun tersebut.

Formula pengiraan adalah seperti berikut:
Jumlah maksimum tahunan Caruman Sukarela TOLAK jumlah Caruman Sukarela dari  semua saluran bayaran yang telah dikreditkan ke akaun ahli = baki had caruman tahunan Ini.

Contoh:

RM100,000 – RM312 = RM99,688.

Peringatan penting: Caruman yang dibuat pada hari yang sama tetapi menggunakan saluran yang berbeza, belum lagi diambil kira sebagai had caruman untuk tahun berkenaan.

Apakah senarai bank yang terlibat bagi kemudahan pembayaran online melalui FPX?

back chevron

• Maybank
• Public Bank
• CIMB Bank
• RHB Bank
• Affin Bank
• Alliance Bank Malaysia
• AmBank
• Bank Islam Malaysia
• Bank Muamalat
• Bank Rakyat
• Bank Simpanan Nasional (BSN)
• Bank of China (M) Berhad
• Deutsche Bank
• Hong Leong Bank
• HSBC
• Kuwait Finance House
• OCBC
• Standard Chartered Bank
• UOB

Bilakah bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi KWSP i‑Akaun dikreditkan ke akaun KWSP ahli?

back chevron

Bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi KWSP i‑Akaun akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja selepas bank memindahkan bayaran tersebut kepada KWSP.

Bolehkah saya memohon pengembalian semula bayaran Caruman Sukarela yang telah dibayar kepada KWSP?

back chevron

Tidak boleh. Semua Caruman Sukarela yang telah dibayar kepada KWSP adalah benar dan muktamad. Justeru itu, ahli perlu memastikan bayaran adalah teratur sebelum meneruskan transaksi berkenaan.

Bolehkah saya membuat bayaran melebihi had maksimum?

back chevron

Tidak boleh. Bayaran yang melebihi had maksimum akan dikembalikan kepada ahli.

Apa yang berlaku jika saya membuat caruman selepas mencapai umur 55 tahun?

back chevron

Semua caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 60 tahun. Walau bagaimanapun, ahli tidak dibenarkan membuat bayaran caruman setelah mencapai umur 75 tahun.

Caruman Sukarela

Frequently Asked Question

Voluntary Contribution FAQ Accordion

Apakah itu bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih i‑Akaun?

back chevron

Untuk membolehkan ahli membuat bayaran Caruman Sukarela hanya melalui aplikasi KWSP i‑Akaun sahaja.

Bagaimanakah cara untuk membuat Caruman Sukarela melalui aplikasi i-Akaun?

back chevron

Berikut merupakan cara untuk membuat Caruman Sukarela melalui aplikasi i-Akaun:

Apakah had amaun bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih i-Akaun?​

back chevron

Had amaun bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun ialah minimum RM10.​

Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i-Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.

Apa yang dimaksudkan dengan penyataan ‘Anda mempunyai baki RMXXXXX had caruman untuk tahun ini’.

back chevron

Penyataan ini adalah merujuk kepada baki had caruman yang boleh dicarum oleh ahli untuk tahun tersebut.

Formula pengiraan adalah seperti berikut:
Jumlah maksimum tahunan Caruman Sukarela TOLAK jumlah Caruman Sukarela dari  semua saluran bayaran yang telah dikreditkan ke akaun ahli = baki had caruman tahunan Ini.

Contoh:

RM100,000 – RM312 = RM99,688.

Peringatan penting: Caruman yang dibuat pada hari yang sama tetapi menggunakan saluran yang berbeza, belum lagi diambil kira sebagai had caruman untuk tahun berkenaan.

Apakah senarai bank yang terlibat bagi kemudahan pembayaran online melalui FPX?

back chevron

• Maybank
• Public Bank
• CIMB Bank
• RHB Bank
• Affin Bank
• Alliance Bank Malaysia
• AmBank
• Bank Islam Malaysia
• Bank Muamalat
• Bank Rakyat
• Bank Simpanan Nasional (BSN)
• Bank of China (M) Berhad
• Deutsche Bank
• Hong Leong Bank
• HSBC
• Kuwait Finance House
• OCBC
• Standard Chartered Bank
• UOB

Bilakah bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih i-Akaun dikreditkan ke akaun KWSP ahli?

back chevron

Bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih i-Akaun dikreditkan ke akaun KWSP ahli sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja selepas bank memindahkan bayaran tersebut kepada KWSP.

Bolehkah saya memohon pengembalian semula bayaran Caruman Sukarela yang telah dibayar kepada KWSP?

back chevron

Tidak boleh. Semua Caruman Sukarela yang telah dibayar kepada KWSP adalah benar dan muktamad. Justeru itu, ahli perlu memastikan bayaran adalah teratur sebelum meneruskan transaksi berkenaan.

Bolehkah saya membuat bayaran melebihi had maksimum?

back chevron

Tidak boleh. Bayaran yang melebihi had maksimum akan dikembalikan kepada ahli.

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membuat bayaran Caruman Sukarela jika saya telah berumur melebihi 55 tahun?

back chevron

Semua caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan setelah ahli mencapai umur 60 tahun.