Pekerja Berpencen Dan Pesara Pilihan
Pengeluaran Pekerja Berpencen
Pengeluaran Pekerja Berpencen membolehkan ahli KWSP yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan telah diberikan taraf berpencen untuk mengeluarkan simpanan KWSP mereka bermula pada atau selepas tarikh kuat kuasa Pemberian Taraf Berpencen (PTB).
Pengeluaran Persaraan Pilihan
Pengeluaran Persaraan Pilihan pula adalah untuk ahli KWSP yang memilih untuk bersara awal daripada perkhidmatan awam dan telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); atau kakitangan kerajaan yang bersara atas pilihan di bawah penswastaan/ pengkorporatan tetapi masih bekerja di agensi berkenaan.
Baki Simpanan KWSP selepas pengasingan syer kerajaan
- Pekerja berpencen ditakrifkan sebagai seorang pekerja yang telah dilantik di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mempengaruhi pelantikan pekerja dalam sebuah perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri, atau oleh mana-mana pihak berkuasa berkanun atau tempatan.
- Mulai 1 Januari 2018, selepas Penjawat Awam membuat Pengeluaran Pekerja Berpencen, tanggungan mencarum bagi beliau adalah tidak terhenti selaras dengan pelaksanaan Skim Kebolehalihan (Portability Scheme).
Syarat-syarat
Apa Yang Anda Perlukan
Dokumen
Tanpa MyKad
- Borang KWSP 9J (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Lampiran A - Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan/Pengiraan Awal
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/ pengesahan cap ibu jari gagal
Apa Yang Anda Perlukan
Dokumen
Dengan MyKad
- MyKad
Bukti Pengesahan Pesara:
- Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
- Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA
Dokumen
Tanpa MyKad
- Borang KWSP 9J (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan
Bukti Pengesahan Pesara:
- Surat Pengesahan Taraf Pesara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
- Surat Kelulusan Pencen yang dikeluarkan oleh Bahagian Pencen, JPA
Maklumat Tambahan
Frequently Asked Question
Apakah caruman kerajaan (Syer Kerajaan)?
Caruman majikan kerajaan adalah caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat oleh majikan bagi kakitangan awam sepanjang tempoh perkhidmatan percubaan sebelum mereka mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB).
Apakah Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB)?
SPPB adalah skim pengeluaran KWSP yang layak dibuat oleh kakitangan awam setelah mendapat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Ahli KWSP hanya layak mengeluarkan caruman pekerja, manakala caruman kerajaan akan dikembalikan ke Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Mengapakah caruman kerajaan dikembalikan kepada KWAP?
Caruman kerajaan dikembalikan kepada KWAP bagi tujuan faedah persaraan kakitangan awam.
Bolehkah saya menuntut caruman kerajaan yang telah dikembalikan kepada KWAP?
Tidak. Caruman kerajaan ini tidak boleh dituntut oleh mana-mana kakitangan awam yang mendapat status berpencen.
Siapakah pihak yang boleh dihubungi sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut mengenai jumlah caruman kerajaan yang dikembalikan kepada KWAP?
Sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pasca Perkhidmatan) di Putrajaya atau Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP (CMC).
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda