Faedah Mendaftar Sebagai Ahli
Pelaburan
KWSP melabur di dalam pelbagai portfolio bagi memastikan ahli menerima pulangan dividen tahunan. Berikut merupakan aset pelaburan yang telah dilaburkan bagi menjana hasil keuntungan.
- Instrumen pendapatan tetap
- Ekuiti
- Hartanah dan infrastruktur
- Instrumen pasaran wang
Dividen
Pembayaran Dividen Tahunan akan dikreditkan ke dalam akaun ahli berdasarkan simpanan ahli pada 1 Januari setiap tahun. Dividen dikira berdasarkan agregat baki harian.
Manakala caruman bulanan anda akan menerima pulangan dividen berdasarkan:
- Satu hari di dalam bulan caruman tersebut
- Pada bulan caruman tersebut akan menerima pulangan dividen berdasarkan pengiraan harian yang bermula pada bulan caruman yang berikutnya sehingga akhir bulan Disember pada tahun tersebut
Manfaat Sebagai Ahli
Soalan Lazim
Frequently Asked Question
1. Berapakah kadar dividen 2024 bagi Simpanan Konvensional (SK) dan Simpanan Shariah (SS)?
- Simpanan Konvensional (SK): 6.30%
- Simpanan Shariah (SS): 6.30%
2. Berapakah kadar dividen yang telah diisytiharkan oleh KWSP mengikut tahun?
Sila rujuk sejarah kadar dividen di sini.
3. Berapakah jumlah pembayaran dividen untuk tahun 2024?
- Jumlah pembayaran dividen untuk 2024 adalah RM73.24 bilion
- Jumlah bayaran untuk SK: RM63.05 bilion
- Jumlah bayaran untuk SS: RM10.19 bilion
4. Mengapa terdapat perbezaan antara kadar dividen Simpanan Konvensional (SK) dan Simpanan Shariah (SS)?
Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut. Walaupun Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional menerima pendapatan Shariah mengikut bahagian masing-masing, Simpanan Konvensional turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Shariah.
5. Bagaimana kadar dividen KWSP berbeza dari yang diisytiharkan oleh dana-dana lain (LTAT, LTH, ASB dan Institusi Pengurusan Dana yang lain)?
Polisi perakaunan yang diguna pakai dan kaedah pengiraan dividen KWSP adalah berbeza daripada institusi lain. Perbandingan terus/ langsung kadar dividen antara KWSP dengan dana-dana lain adalah perbandingan yang tidak setara (not apple-to-apple comparison) kerana objektif, strategi dan risiko pelaburan setiap dana adalah berbeza. KWSP adalah dana simpanan persaraan yang bertanggungjawab untuk kesejahteraan persaraan ahli.
Justeru itu, strategi pelaburan yang diamalkan KWSP adalah berhemah, dengan memberi lebih keutamaan kepada jaminan modal dan pulangan yang stabil untuk jangka masa yang panjang dan disokong oleh rangka pengurusan risiko pelaburan yang komprehensif. Kadar dividen KWSP yang mengatasi sasaran strategik untuk mengisytiharkan dividen sekurang-kurangnya 2 peratus melebihi kadar inflasi bagi purata 3 tahun bergerak adalah berpatutan dengan had toleransi risiko yang ditetapkan. Ahli yang telah menyimpan di KWSP sejak tiga tahun lalu telah menikmati pulangan dividen sebenar bagi purata tiga tahun bergerak, masing-masing pada kadar 3.51% (SS) dan 3.67% (SK).
6. Bolehkah ahli, tidak kira umur, membuat pengeluaran dividen dari simpanan mereka?
Tidak, kerana tiada peruntukan di bawah Akta KWSP 1991 yang membenarkan pengeluaran dividen dibuat tanpa mengira had umur. Pilihan untuk membuat pengeluaran dividen hanya terpakai kepada ahli yang berumur 55 tahun ke atas dan memenuhi syarat-syarat kelayakan.
7. Bagaimana saya boleh semak sama ada dividen telah dikreditkan ke dalam akaun KWSP saya?
Anda boleh menyemak Penyata Ahli melalui:
Anda digalakkan untuk mendapatkan Penyata Ahli melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Jika belum berdaftar, anda boleh mengikuti panduan di sini: Panduan Mendaftar i-Akaun.
8. Bagaimanakah dividen tahun 2024 dikira?
Berikut adalah dua (2) senario pengiraan dividen tahun 2024:
(i) Senario 1 - Terdapat caruman bulanan tetapi tiada pengeluaran;
(ii) Senario 2 - Terdapat caruman bulanan dan mempunyai pengeluaran.
Senario 1
Nota:
(i) Kadar dividen berdasarkan 6.30%.
(ii) Akaun Fleksibel hanya bermula pada 11 Mei 2024.
(iii) Diandaikan ahli tidak membuat pindahan permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.
Senario 2
Nota:
(i) Kadar dividen berdasarkan 6.30%.
(ii) Akaun Fleksibel hanya bermula pada 11 Mei 2024.
(iii) Diandaikan ahli tidak membuat pindahan permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.
9. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar dividen nominal?
Kadar dividen nominal adalah kadar yang diisytiharkan di mana ia digunakan di dalam pengiraan untuk pembayaran dividen ke dalam akaun ahli.
10. Berapakah dividen yang dijamin oleh KWSP?
Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
Walau bagaimanapun, bagi ahli yang memilih Simpanan Shariah, kadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh shariah tanpa sebarang jaminan dividen minimum 2.5%.
11. Apa yang dimaksudkan dengan kadar dividen benar?
Kadar dividen benar adalah kadar dividen nominal ditolak dengan kadar inflasi.
12. Siapa yang menentukan/ meluluskan kadar dividen?
Kadar dividen dicadangkan oleh Pengurusan KWSP kepada Lembaga KWSP. Sesudah Lembaga KWSP memperakukan kadar dividen tersebut, kelulusan daripada Menteri Kewangan perlu diperolehi terlebih dulu sebelum ia diisytiharkan.
13. Kenapakah jumlah aset dan jumlah pelaburan berbeza?
Jumlah aset adalah merangkumi aset tetap KWSP seperti bangunan pejabat dan kelengkapan pejabat KWSP. Manakala jumlah pelaburan adalah dana KWSP yang dilaburkan dalam semua instrumen pelaburan termasuk hartanah bagi mendapatkan pulangan ke atas pelaburan.
Frequently Asked Question
1. Adakah SK akan melupuskan kesemua aset patuh Syariah dan hanya melabur dalam aset tidak patuh Syariah?
Tidak, simpanan di SK akan terus dilaburkan dalam aset Syariah dan bukan Syariah. SK akan terus menerima pakai prinsip-prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai lanjutan kepada amalan pelaburan semasa KWSP iaitu termasuklah amalan pelaburan beretika dan bertanggungjawab.
2. Kemanakah keuntungan yang diperolehi daripada penjualan hartanah KWSP di luar negara?
Perolehan daripada penjualan hartanah di luar negara dilaburkan semula dalam pelaburan yang menepati kriteria pelaburan KWSP, sama seperti pelaburan dalam kelas aset yang lain. Keuntungan daripada penjualan aset tersebut diagihkan sebagai dividen kepada ahli KWSP.
3. KWSP telah memberi pinjaman/ pembiayaan kepada kerajaan dan apa akan jadi pada simpanan ahli sekiranya kerajaan gagal membayar balik pinjaman?
Pendedahan pelaburan kepada kerajaan adalah dikategorikan sebagai bebas risiko memandangkan nilai prinsipal dan pembayaran kupon adalah dijamin oleh kerajaan. Tiada sebarang kegagalan untuk pembayaran semula oleh kerajaan direkodkan.
Simpanan ahli KWSP adalah selamat. Pelaburan yang dilaksanakan KWSP adalah berpandukan Akta KWSP 1991 serta Alokasi Aset Strategik yang diluluskan. KWSP mengamalkan tadbir urus korporat yang ketat. Pelaburan KWSP melalui proses yang ketat serta diaudit oleh juru audit dalaman setiap suku tahun dan Jabatan Audit Negara setiap tahun.
4. Adakah semua pinjaman/ pembiayaan yang diberikan KWSP dijamin?
Sebahagian besar pinjaman/ pembiayaan yang diberi oleh KWSP adalah dijamin sama ada oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Bank-bank, Aset, Saham atau Hartanah. Walaupun terdapat juga pinjaman/ pembiayaan yang diberi oleh KWSP tiada jaminan, namun keputusan untuk melabur ke dalam pinjaman/ pembiayaan berkenaan adalah berdasarkan kriteria keselamatan, kemampuan menyelesaikan pembiayaan, kawalan risiko dan juga pulangan pelaburan. Setakat ini, kesemua pinjaman/ pembiayaan berkenaan tidak mempunyai masalah dalam menunaikan obligasi kewangannya.
5. Pernahkah dana KWSP digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu?
Falsafah pelaburan KWSP adalah berhemah atau "prudence" dalam mendukung amanah untuk melindungi dana ahli KWSP dari risiko kerugian pelaburan. Pelaburan KWSP dibuat berasaskan polisi dan garis panduan yang ketat dan komprehensif dan kelulusan pelaburan dibuat oleh Panel Pelaburan KWSP yang mempunyai kepakaran serta integriti yang tinggi. Selaras dengan falsafah itu, dana KWSP tidak pernah digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu kerana pelaburan KWSP dilaksanakan berasaskan garis panduan yang ketat dan diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP.
6. Bagaimanakah keputusan pelaburan dibuat?
Keputusan pelaburan akan dibuat melalui proses yang amat teliti di mana kepentingan ahli KWSP dipelihara oleh Panel Pelaburan KWSP. Bagi apa-apa pelaburan yg hendak dibuat oleh portfolio Syariah hendaklah mendapat pengesahan Syariah daripada Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS).
7. Di manakah simpanan ahli dilaburkan?
Simpanan ahli dilaburkan dalam instrumen pelaburan seperti berikut:
- Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Pinjaman/Pembiayaan
- Debentur, Bon dan Sukuk
- Saham-saham
- Pasaran Wang Hartanah
8. Siapakah yang melaksanakan transaksi pelaburan?
Transaksi pelaburan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa di bawah Surat cara Penurunan Kuasa Lembaga kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai-Pegawai Lembaga.
9. Apa yang dimaksudkan dengan Bon Kerajaan atau Sekuriti Kerajaan Malaysia?
Bon Kerajaan atau Sekuriti Kerajaan Malaysia adalah termasuk:
- Pinjaman-pinjaman yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan
- Kertas-kertas Bank Negara Malaysia dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan
- Mana-mana instrumen komersial (yang mempunyai sifat-sifat bolehniaga) yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan; dan
- Apa-apa deposit dalam akaun sumbangan pendahuluan di bawah seksyen 26(1)(a)(i)
10. 11Apakah yang dimaksudkan dengan ekuiti?
Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Saham dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Saham.
11. Apakah panduan pelaburan KWSP?
Pelaburan KWSP dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang telah diluluskan ole Penal Pelaburan KWSP serta Kementerian Kewangan dalam kes tertentu.
12. Siapakah yang bertanggungjawab mengenai dasar pelaburan KWSP?
Panel Pelaburan KWSP bertanggungjawab untuk meluluskan dasar pelaburan KWSP.
13. Siapakah yang meluluskan setiap cadangan pelaburan?
Setiap cadangan pelaburan akan dibentangkan kepada Panel Pelaburan KWSP untuk kelulusan.
14. Siapakah yang menganggotai Panel Pelaburan dan siapakah yang melantiknya?
Anggota Panel Pelaburan KWSP terdiri daripada:
- Pengerusi KWSP
- Wakil Bank Negara Malaysia
- Wakil Kementerian Kewangan
- Tiga ahli profesional dari sektor swasta yang berpengalaman di dalam bidang kewangan, atau pengalaman lain yang berkaitan
- Ketua Pegawai Eksekutif sebagai Ahli Ex-officio. Pelantikan Panel Pelaburan KWSP dibuat oleh Y.B. Menteri Kewangan
15. Adakah KWSP membayar zakat atas pelaburan/ simpanannya?
KWSP tidak membayar zakat atas pelaburan/ simpanannya.
16. Adakah pelaburan KWSP dikenakan cukai?
Pelaburan KWSP di Malaysia terkecuali dari cukai.
17. Apakah pelaburan KWSP di dalam prasarana negara?
KWSP dengan secara langsung telah membiayai projek-projek prasarana negara bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan rakyat seperti pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang (KLIA), Projek Penjanaan Kuasa Persendirian (Independent Power Producer - IPP), pembinaan lebuh raya dan pembinaan Rel Transit Aliran Ringan bagi STAR dan PUTRA.
18. Apakah perbezaan dalam alokasi aset semasa KWSP berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya?
Mengambil kira trend untuk 10 tahun yang lepas, jelas bahawa alokasi aset KWSP telah mengalami beberapa perubahan terutamanya dalam pelaburan dalam MGS. Pelaburan dalam instrumen ini mengalami penurunan tajam disebabkan oleh kurangnya penerbitan baru oleh Kerajaan. Oleh itu, dana KWSP terpaksa dilaburkan dalam kelas aset lain seperti pinjaman, instrumen pasaran wang, ekuiti, dan hartanah.
Sebagai contoh, pelaburan dalam MGS pada tahun 1995 menyumbang 40.94% daripada jumlah pelaburan sepanjang tahun tersebut. Sebaliknya, pelaburan dalam MGS sehingga 31 Mac 2005 hanya menyumbang 39.21% daripada keseluruhan pelaburan. Selain itu, KWSP telah meningkatkan pelaburannya dalam sektor ekuiti dari hanya RM10.5 bilion pada tahun 1995 kepada RM46.87 bilion sehingga 31 Mac 2005.
19. Bagaimanakah KWSP mempertimbangkan sesuatu cadangan pelaburan?
Dalam membuat pertimbangan ke atas sesuatu cadangan pelaburan, terlebih dahulu satu kajian mendalam ke atas syarikat-syarikat berpotensi untuk dilaburkan akan dilaksanakan. Kajian "due diligence" dilaksanakan untuk menentukan bahawa syarikat-syarikat yang akan dilaburkan mempunyai kekukuhan dari segi kewangan syarikat, pemegang saham dan tujuan kemudahan pembiayaan diperlukan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan. Panel Pelaburan akan membuat penilaian teliti sebelum memberi kelulusan untuk melaksanakan pelaburan.
20. Bagaimanakah KWSP memastikan keselamatan pelaburannya?
Sebagai agensi yang dipercayai dengan simpanan ahlinya, KWSP mengekalkan dasar pelaburan yang berhemat di mana risiko dan pulangan dipertimbangkan dengan teliti untuk memberikan keseimbangan yang betul untuk memastikan keselamatan pelaburan ahlinya. Kajian mendalam akan dijalankan sebelum KWSP melaksanakan sebarang jenis pelaburan. Analis pelaburan yang mempunyai kelayakan profesional yang relevan akan mengkaji dengan terperinci syarikat-syarikat yang berpotensi untuk dilaburkan. Jawatankuasa Pengurusan Pelaburan KWSP akan menyemak setiap cadangan pelaburan secara terperinci sebelum menyampaikannya kepada Panel Pelaburan. Panel Pelaburan KWSP pula akan menjalankan penilaian terperinci terhadap cadangan sebelum kelulusan diberikan.
21. Apakah yang dimaksudkan dengan instrumen pasaran wang?
Instrumen pasaran wang merupakan kertas-kertas yang boleh diurus niaga dalam pasaran wang. Ia terdiri daripada:
- Sijil Deposit Bolehniaga
- Penerimaan Jurubank Perjanjian
- Belian Balik Kertas-kertas komersial
- Nota Cagamas
22. Apakah yang dimaksudkan dengan pinjaman/ pembiayaan atau debentur?
Pinjaman/ pembiayaan adalah instrumen hutang yang melibatkan pihak pemberi pinjaman/ pembiaya dan peminjam/ penerima pembiayaan (pelanggan) yang digunakan bagi membiayai sesuatu tujuan di mana pengenaan kadar faedah/ keuntungan tertentu dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk sesuatu jangka masa. Pinjaman/ pembiayaan yang ditawarkan ini disertai dengan jaminan atau tanpa jaminan.
Debentur adalah instrumen sekuriti hutang yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat sebagai bukti/ keterangan ke atas hutang atau sebagai sekuriti kepada jumlah pinjaman/ pembiayaan yang ditetapkan. Debentur adalah termasuk stok debentur, bon dan lain-lain sekuriti syarikat peminjam/ penerima pembiayaan (pelanggan) sama ada mempunyai atau tidak caj ke atas aset syarikat berkenaan. Debentur selalunya mengenakan caj ke atas aset syarikat atau dalam bentuk sekuriti.
23. Bagaimanakah pulangan pelaburan diagihkan kepada ahli?
Pulangan pelaburan diagihkan kepada ahli melalui pembayaran dividen tahunan.
Artikel Berkaitan
Bacaan tambahan untuk anda