Kemaskini terakhir : 27 Sep 2022    

1. Apakah  itu Bayaran Caruman Sukarela  melalui aplikasi mudah alih i-Akaun?

Bayaran Caruman Sukarela adalah satu fungsi baharu yang diperkenal untuk kemudahan ahli membuat bayaran Caruman Sukarela melalui i-Akaun ahli.

 

2. Apakah had amaun  bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih i-Akaun?

Had amaun adalah tertakluk kepada minimum RM10 sehingga maksimum RM60,000 setahun.

 

3. Apa yang dimaksudkan dengan penyataan ‘Anda mempunyai baki RMXXXXX had caruman untuk tahun ini’.

Penyataan ini adalah merujuk kepada baki had caruman yang boleh dicarum oleh ahli untuk tahun tersebut.

Formula pengiraan adalah seperti berikut:

 

Jumlah Maksimum Tahunan Caruman Sukarela TOLAK Jumlah Caruman Sukarela dari  Semua Saluran Bayaran yang telah dikreditkan ke akaun ahli = Baki Had Caruman Tahunan Ini.

 

Contoh:

RM 60,000 – RM 312 = RM 59,688.

 

4. Apakah senarai bank yang terlibat bagi kemudahan pembayaran online melalui FPX?

• Maybank
• Public Bank
• CIMB Bank
• RHB Bank
• Affin Bank
• Alliance Bank Malaysia
• AmBank
• Bank Islam Malaysia
• Bank Muamalat
• Bank Rakyat
• Bank Simpanan Nasional (BSN)
• Bank of China (M) Berhad
• Citibank
• Deutsche Bank
• Hong Leong Bank
• HSBC
• Kuwait Finance House
• OCBC
• Standard Chartered Bank
• UOB

 

5. Bilakah bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih i-Akaun dikreditkan ke akaun KWSP ahli?

Bayaran Caruman Sukarela melalui aplikasi mudah alih i-Akaun dikreditkan ke akaun KWSP ahli sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja selepas bank memindahkan bayaran tersebut kepada KWSP.

 

6. Adakah ahli yang membuat bayaran Caruman Sukarela menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun layak menerima insentif khas i-Saraan/Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP?

Ya,hanya ahli yang telah berdaftar dengan i-Saraan/Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan layak menerima insentif khas.